Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for 2 Oktober 2007

Masjid Malaysia, Bosnia

Masjid Malaysia di Ibu Kota Sarajevo, Bosnia – Herzegovina

As-Sarawaki, 2 Oktober 2007: Alhamdulillah, hari Ahad yang lepas saya dipertemukan dengan seorang sahabat dari Sarajevo, Bosnia-Herzegovina yang bertugas sebagai pemandu pelancong di segenap kota Eropah dan kini berkhidmat di Rotterdam, Belanda. Saudara Muharem Mulasmajic itulah nama insan yang tenang ketika berbicara dan dari sinar matanya nyata sudah pelbagai pengalaman pahit manis yang ditempuhinya. Mahir berbahasa dalam 10 bahasa termasuk bahasa Bosnia/ Croatia/ Serbia, Arab, Inggeris, Belanda, Jerman, Sepanyol, Perancis, Itali, Parsi dan Turki (dan menyebut insya Allah Bahasa Melayu akan menjadi bahasa ke-11 dimahirinya) membuatkan saya kagum pada kebolehan beliau tersebut.

 

Sepanjang pengenalan ringkas, kami sempat berbincang secara agak terperinci tentang perjalanan panjang sejarah kedatangan Islam ke Bosnia, selain hala tuju negara Bosnia-Herzegovina yang merdeka kini. Selain itu, beliau turut mengisahkan sejarah sebuah negara Yugoslavia yang terdiri daripada 6 wilayah iaitu Bosnia-Herzegovina, Serbia, Montenegro, Croatia, Slovenia dan Macedonia, namun akhirnya tercatat di lipatan sejarah terlibat dalam memori duka Perang Bosnia-Serbia-Croatia yang akhirnya memecahkan Yugoslavia kepada beberapa negara tersendiri. Beliau juga meminta didoakan agar Kosovo yang kini masih di bawah cengkaman Serbia juga akan beroleh kemerdekaan. Sama-sama kita doakan kemajuan dan kebangkitan ummah. Amiin Ya Rabbal ‘Alamin.

 

Yugoslavia_Peta.jpg 

Yugoslavia Sekitar Tahun 1990. 1: Slovenia; 2: Croatia; 3: Bosnia-Herzegovina; 4: Serbia; 4a: Vojvodina; 4b: Kosovo; 5: Montenegro; 6: Republik Yugoslavia Macedonia; A: Lautan Adriatik

 

Beliau turut menceritakan dan masih segar di dalam ingatannya bagaimana perang tersebut bermula apabila tentera Serbia melancarkan peluru-peluru berpandu ke masjid-masjid ketika Muslimin Bosnia tengah menunaikan solat ‘Eidul Adha pada tahun 1991. (selanjutnya…)

Read Full Post »