Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for 30 Oktober 2007

 

“Kuasa HIJRAH Kuasa Untuk BERUBAH!”

As-Sarawaki, 30 Oktober 2007: Alhamdulillah, segala puji milik Allah SWT di atas segala nikmat pembangunan hati dan kesedaran diri untuk terus maju dalam segala urusan duniawi dan Ukhrawi. Ini adalah sms yang baru sahaja saya terima dari Ustaz Ahmad Fauzi Yaakob, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Pengurusan Kecemerlangan Miri: “Awas dengan ‘self limiting belief’! Awas kerana ia lebih bahaya daripada kanser. Jangan sabotaj diri anda dengan sifat tersebut. Insya Allah yakinlah dengan diri anda sendiri. Ini penting kerana setiap kali anda ragu dengan keupayaan diri anda, sebenarnya anda memberikan energi negatif kepada diri sendiri.”

 

Alhamdulillah, antara buku terbaru yang telah saya baca ialah buku ‘Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah’ terbitan PTS Millennia. Buku ini merupakan karya terkini hasil tulisan sahabat akrab se-UIA saya, Saudara Ahmad Fadzli Yusof (http://www.fadzliyusof.com/) bersama Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah. Beliau kini merupakan Konsultan Kanan di RK Training and Management dan juga merupakan mantan Presiden MPP UIAM 2001/2002, jawatan sama yang diamanahkan kepada saya tiga tahun kemudiannya. Secara tidak langsung, beliau bolehlah dikatakan sebagai salah seorang mentor saya di dalam dunia kemahasiswaan dan kepimpinan kampus.

 

Setelah membaca buku beliau tersebut, saya mengambil keputusan untuk mempromosikannya melalui laman weblog ini kepada tetamu ziarah yang budiman sekalian. Sebagai perkongsian, berikut disertakan kata pembuka buku ‘Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah’ bagi menimbulkan minat dan nyala rasa untuk memilikinya. Semoga ada manfaat dan khairnya.

 

Mengapa Anda Perlu Baca Buku Ini?

Sumber: http://fadzliyusof.com/?p=230

 

Sebenarnya, andalah yang lebih mengerti tentang diri anda sendiri. Namun, kami percaya bahawa setiap insan inginkan kejayaan. Anda mahukan hari ini yang lebih baik daripada semalam. Anda mahu esok yang lebih bermakna daripada hari ini. Bukankah begitu? (selanjutnya…)

Read Full Post »