Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for 25 Oktober 2007

syair_hab_mg_sk.jpg

Jagalah Dirimu Dari Hal-hal Yang Hina – Imam Hassan Al-Banna 

As-Sarawaki, 25 Oktober 2007: Alhamdulillah, segala puji milik Allah SWT, Dzat Pemilik Segala Cinta. Semalam saya telah membaca terjemahan buku ‘Tauqul Hamaamah’ karangan Ibnu Hazm El-Andalusy. Saya tertarik dengan kata-kata Sir Muhammad Iqbal yang dijadikan sebagai pembuka kata pengantar penterjemah buku ‘Di Bawah Naungan Cinta’ tersebut iaitu Ustaz Anif Sirsaeba. Kata Sir Muhammad Iqbal:

 

“Aku ragu ada dan tiadaku.

Tapi cinta mengumumkan aku ada!”

Mudah-mudahan kita beroleh cintaNya. Mudah-mudahan Allah sentiasa memberikan seluruh pertolonganNya untuk kita selalu taat kepadaNya. Mudah-mudahan Allah sentiasa memberikan taufiqNya kepada kita, sehingga kita memiliki kekuatan luar biasa untuk tidak bermaksiat kepadaNya. Mudah-mudahan Allah tidak menjadikan kita orang-orang yang lemah cita-citanya, yang lumpuh kekuatannya, yang rapuh mentalitinya, yang keliru pendapatnya, yang salah pilihannya, yang sedikit kehormatannya dan yang rosak jiwanya. Amiin.

 

Melalui entri kali ini, berikut saya kongsikan dengan izin artikel Saudara Azree MH bertajuk ‘Ibadah Itu Cinta’ yang saya rasakan amat baik untuk kita fikir-renungkan dalam memahami makna dan tujuan ibadah. Pengisiannya santai tetapi berbekas di sanubari. Semoga ada khair dan manfaatnya buat saya dan tetamu ziarah yang budiman sekalian.

 

IBADAH ITU CINTA 

http://studiomuslim.com/

 

“Azree, boleh kamu berikan maksud ibadah?” Soal ustazah saya.

 

“Erm.. Taat dan patuh kepada Allah, ustazah.” Itulah jawapan yang saya berikan semasa masih berada di bangku sekolah dahulu. Jawapan yang dihafal. Jawapan skema.

 

Pernah dulu saya dengar seorang penceramah mengatakan, “Kebanyakkan mualaf, iman mereka tetap kerana mereka cuba mencari maksud sebenar Islam itu. Sehinggalah mereka betul-betul yakin yang Islam itu benar. Tapi, berbeza dengan kita yang sedari lahir memang sudah Islam.”

 

Sewaktu mendengar kata-kata itu saya buat tidak kisah sahaja, mungkin kerana sudah terbiasa mendengarnya. Tetapi beberapa bulan lepas kata-kata itu seakan menyerang benak kepala.

 

Berdengung. Sehingga timbul pelbagai persoalan. Saya tertanya kenapa saya ini Islam? Kenapa saya kena melakukan ibadah itu ibadah ini? Tetapi saya senyapkan sahaja keadaan diri saya ketika itu.

 

Takut ada orang kata saya menghampiri murtad. Saya sendiri takut bila persoalan itu datang menyerang. (selanjutnya…)

Read Full Post »