Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for 1 Oktober 2007

 “Di Palang Ini… Tolonglah Bilang Apa Salahku?”

As-Sarawaki, 1 Oktober 2007: Alhamdulillah atas segala nikmatNya. Tetamu ziarah yang budiman sekalian tentu pernah mendengar tentang ISA = Internal Security Act. Saya berpendirian kurang bersetuju dengan akta penahanan tanpa perbicaraan ini. Mengapa? Saya tidak ingin memberikan komentar tambahan melalui entri ini, sekadar menyertakan petikan Wikipedia tentang Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 berikut untuk didiskusikan:

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Lazimnya dikenali sebagai ISA, iaitu akronim nama bahasa Inggerisnya, Internal Security Act) merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia. Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan. Pada tahun 1989, kebolehan mahkamah untuk menyiasat kuasa Menteri di bawah peruntukan ini telah dihapuskan dengan beberapa pindaan kepada Akta ini. Pada masa kini, mahkamah boleh melihat semula hanya perkara-perkara teknikal sahaja berkenaan sebarang penahanan di bawah ISA.

 

Semenjak tahun 1960 apabila Akta ini dikuatkuasakan, beribu-ribu orang termasuk ahli kesatuan sekerja, pemimpin pelajar, aktivis hak buruh, aktivis politik, golongan agama, ahli akademik dan aktivis badan bukan kerajaan telah ditahan di bawah ISA.

 

ISA telah digunakan secara konsisten terhadap mereka yang mengkritik kerajaan dan mempertahankan hak asasi manusia. Dikenali sebagai “keganasan putih” (white terror), ia amat ditakuti dan dibenci, meskipun menjadi satu alat mudah untuk negara membasmi sebarang penentangan dan debat terbuka. Akta ini merupakan satu alatan yang dikekalkan oleh kerajaan yang berkuasa untuk mengawal kehidupan umum dan masyarakat awam. Akta Keselamatan Dalam Negeri telah menerima kritikan dalam pengaplikasiannya terhadap kawalan isu awam.

Gambaran pelukis mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri, yang telah menerima kritikan dalam pengaplikasiannya terhadap kawalan isu awam.

 

(selanjutnya…)

Read Full Post »