Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for 31 Oktober 2007

YAB Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, PAS Mursyidul Am (Spiritual Advisor)

“Abdullah Ahmad Badawi – Nik Abdul Aziz Nik Mat”

As-Sarawaki, 31 Oktober 2007: Alhamdulillah! Rasulullah SAW bersabda di dalam sebuah hadith: “Setiap kamu semua adalah pemimpin dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap kepimpinannya”. Saya baru selesai membaca dan menganalisa teks ucapan dua orang pemimpin Islam parti politik Melayu utama negara kita yang telah disampaikan di dalam program yang sama iaitu Majlis Pelancaran Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) pada 29 Oktober 2007 bersamaan 17 Syawal 1428H di Kompleks Sekolah-sekolah Mek Zainab, Kota Bharu, Kelantan. Dua orang pemimpin tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri/ Presiden UMNO, dan Yang Amat Berhormat Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan/ Mursyidul ‘Am PAS.

 

Sebagai perkongsian dengan tetamu ziarah yang budiman sekalian, berikut disertakan teks ucapan kedua-dua tokoh tersebut untuk kita fikir-renungkan bersama. Baca dan hayatilah dengan mata hati, biar keikhlasan berbicara. Semoga ada khair dan manfaatnya, mudah-mudahan.

 

Petikan Ucapan YAB Perdana Menteri:

 

[…] Saya berpendirian bahawa mengejar kemajuan itu adalah sebahagian daripada ibadah. Kerana dalam mengejar kemajuan, kita bukanlah mengejar kekayaan semata-mata; kita mengejar ilmu, kita mengejar penghormatan, kita mengejar keupayaan untuk menentukan masa depan kita dan anak-anak kita.

 

Kemajuan bukan hanya penting, malah ianya dituntut. Namun kemajuan hanyalah bermakna sekiranya ianya tersebar ke seluruh pelusuk negara. Inilah pemikiran di sebalik pendekatan pembangunan ‘koridor’ yang dibawa oleh kerajaan. Saya tegas dalam pendirian bahawa tiada sesiapa yang harus tercicir daripada kemajuan dan kesejahteraan. Peluang ekonomi harus tersedia kepada mereka yang ingin berusaha, tidak mengira bangsa, agama, kedudukan geografi atau perbezaan-perbezaan lain. Rancangan Wilayah Ekonomi Pantai Timur ini mengenengahkan prinsip ini. Kualiti hidup rakyat harus diutamakan, jika tidak kita bukanlah negara yang benar-benar maju dan dinamik. […]

 

Baca lebih lanjut: Ucapan Pelancaran Perdana Menteri »»

 

Petikan Ucapan YAB Menteri Besar Kelantan:

 

[…] Mustahil insan itu boleh dibina tanpa agama. Ilmu Al-Quran mengajar kita tentang adanya dua perkara dalam setiap insan itu yakni jasad dan roh.

 

Membina roh insan adalah memberi faham kepada mereka tentang dosa dan pahala, adanya taat dan maksiat, adanya malaikat dan adanya iblis, adanya hisab dan adanya hari pembalasan, adanya Syurga dan adanya Neraka.

 

Ini soal asas yang tiada khilaf. Ini konsep tarbiyyah bawaan Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul alaihissalam (selanjutnya…)

Read Full Post »