“Kebodohan Itu Perlu Diajar, Kesombongan Itu Perlu Dicabar!”
As-Sarawaki, 9 Safar 1430H: Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin, segala puji bagi Allah SWT selama-lamanya yang mengutus Rasulullah SAW dan para Rasul dengan sifat Siddiq (benar dalam perkataan dan perbuatan), Amanah (terpercaya atau dapat dipercaya), Fathonah (cerdas, pandai atau pintar) dan Tabligh (menyampaikan wahyu atau risalah dari Allah SWT).
Benarlah kata-kata Hamzah Fansuri:
“Kebodohan itu perlu diajar, Kesombongan itu perlu dicabar!”
Atas segalanya, Allah SWT menyukai orang-orang yang jujur! Bahkan kejujuran yang ditambah dengan keikhlasan adalah prasyarat utama untuk mendapat gelaran Mu’min dan beroleh redha Allah. Sebaliknya, salah satu jenis manusia yang tidak dicintai (yakni dibenci) oleh Allah SWT ialah Al-Khaa’inun (Para Pengkhianat). Antara ciri pengkhianat itu ialah suka memungkiri janji, tidak boleh dipercaya, suka bertengkar untuk membenarkan pengkhianatannya, tidak malu berbuat dosa, bersikap tidak konsisten, suka mengambil hak orang lain tanpa hak dan tidak memiliki timbang rasa. Ayat yang secara jelas menyebut para pengkhianat ialah di dalam Surah Al-Anfal, ayat 58:
“Dan jika kamu khuatir akan (terjadinya) pengkhianatan dari suatu golongan, maka kembalikanlah perjanjian itu kepada mereka dengan cara yang jujur. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berkhianat!“
Entri ringkas ini adalah sebagai menyatakan luahan rasa tentang situasi cacamarba di Negeri Perak kini. Secara peribadi, saya berpegang sekaligus bersetuju kepada kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertarikh 22 Mac 2008 yang menyifatkan perbuatan melompat parti sebagai tindakan yang tidak bermaruah:
‘‘Lompat parti ini bukan kerja orang politik tetapi kerja orang yang makan upah. Sebab masa kita hendak menang jadi wakil rakyat… mengundi bukan main lagi tetapi lepas itu, dia main-main lompat. Bukan manusia kalau boleh jual beli undi. Orang itu tak reti dosa pahala kalau dia reti dia tak lompat, orang yang faham tak buat macam itu!”
Nota: Niat Datuk Seri Anwar Ibrahim hendak menubuhkan Kerajaan Pusat 16 September 2008 vs tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak menubuhkan Kerajaan Baru Perak masing-masing melalui Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang melompat atau mengkhianat… Adakah kedua-duanya tidak bermaruah? Saya lebih cenderung mengiayakannya!
Bacaan Menarik: Kisah Benar… Dari Jurutera Menjadi Menteri Besar.
Wallahu a’lam bissawab.
Bung,
Seharusnya kita berusaha gigih mempertahankan 5 Bukit Uhud yang Allah telah beri hadiah tempoh hari. 4 tahun lagi baru kita buat Fathu Makkah.
http://pemikir.blogspot.com/2008/09/uhud-atau-fathu-makkah.html
Kini…
Erm… betul. Patut sangatlah Hasan al-Banna kata kita takkan bersama dengan orang yang mahu memetik buah yang belum masanya masak.
Apapun, keadilan sejagat perlu kita bantu kerana Islam itu adil!
manusia mmg terkenal sikapnya tergopoh gapah…
“Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Surah Ali Imran, ayat 26)
Allah Maha Kuasa…
ehm… btul3…
pengundi mengundi pilih calon @ pilih parti…???
kalau pilih calon, xde la kesah sgt… tp, kalau pilih sebab parti, pengkhianat la org yg dipilih tu…
Salam.
Tuan, dalam demokrasi ia dibenarkan tapi mestilah mengikut garis Perlembagaan yang jelas.
Pada ana, penglibatan Sultan adalah the weakest point dalam isu ini. Yang terbaik tentunya mengembalikan kepada rakyat tapi itu makan kos.
Ana tak kisah pun jika benar UMNO-BN beroleh majoriti. Cuma sidang dewan perlu dibuka dan UMNO-BN perlu membawa usul. Nampak tertib.
Justeru, ana berpandangan bahawa isu Behrang, Changkat Jering mesti selesai dulu satu persatu sebab bayangkan jika mereka sabit rasuah, nak tukar kerajaan lagikah? Dan soal surat berhenti mereka juga mesti dikendalikan dengan cara undang-undang.
Rakyat lelah…negara punya masa depan tanpa cita-cita.
Assalamualaykum saudara Muhtar, lama tak meninggalkan komen di sini, turut mengikuti perkembangan yang berlaku di Perak walaupun mungkin tidak seteliti ramai pemerhati lain.
Pada saya isu lompat parti dari satu parti kepada parti yang lain sepatutnya tidak menjadi satu agenda kepada pemimpin-pemimpin dan ahli politik yang berprinsip walaupun ia dibenarkan oleh peraturan dan perlembagaan. Ia soal maruah dan prinsip.
Kalau katakan parti yang diwakili sebelum ini sudah tidak lagi dirasakan layak untuk diwakili, maka lebih elok mereka ini mengambil sikap meletak jawatan sebagai wakil rakyat dan memberikan mandat kembali kepada rakyat untuk membuat keputusan samada mereka masih mahukan pemimpin tadi untuk mewakili mereka samada sebagai ahli parti lain ataupun sebagai calon bebas, dan saya rasa kalau mereka bertanding sebagai calon bebas pasti mereka tidak akan menang bahkan mungkin akan kehilangan wang pertaruhan.
Keadaan di Perak ketika ini amat mendukacitakan dan memalukan, di kala kita sepatutnya lebih menumpukan perhatian kepada membangunkan negara dan memberikan kefahaman Islam kepada semua, pemimpin dan rakyat masih lagi disibukkan dengan politiking yang tiada kesudahan. Samada Najib atau Anwar, kenapa tidak boleh menunggu kepada PRU ke 13 untuk rakyat kembali membuat penilaian, walau mungkin BN akan cuba menggagalkan dengan sedaya upaya dan apa cara sekalipun. Entahlah. Moga Allah memberikan hidayah kepada pemimpin, rakyat dan kita semua…
Terima kasih, wallahu a’lam.
Salam kenal.
Senario politik di Payrock penuh kontroversi.
assalamualaikum brother,
saya yang jauh di perantauan ni pun sgt terkesan dgn apa yg berlaku. lantas mood saya terganggu kat sini. semua rasa ada. =( tp saya yakin, kuasa Allah mengatasi segalanya. beranilah buat apa pun, tapi satu hari nanti, akan diuraikan segala persoalan.
Daripada Abu al-Abbas, Abdullah bin Abbas r.anhuma, Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW (di atas binatang tunggangannya), lalu Sabda Baginda:
“Wahai anak, sesungguhnya aku akan mengajar kamu beberapa perkataan. Peliharalah (perintah) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu, peliharalah (kehormatan) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu. Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata. Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu manfaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi manfaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditaqdirkan oleh Allah. Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah ke atas kamu. Telah diangkat kalam (tulisan) dan telah kering (tinta) buku catitan.” (Hadith Riwayat Tirmidzi)
Masa terbaik membaca buku “La Tahzan” karangan Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni…
Salam Ir 🙂
Spasibo za post
Towe vsem za comments
Allax vsegda riadom!
Moga kita semua dipelihara daripada fitnah ini…
(Masa untuk banyak berzikir dan elakkan diri daripada perkataan tak elok)
Salam dari Rusia.
sesungguhnya manusia-manusia yang tidak pandai yang tidak tahu akan ilmu matematik dan gagal periksa lebih baik berbanding manusia pandai yang berijazah tapi gagal mengawal hawa nafsu.
Salam. Inilah kesannya jika kuasa raja mula tercalar dan demokrasi semakin punah.
Suka dikongsikan bersama artikel Raja dan Demokrasi.
Raja dan demokrasi
Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat
Thu | Feb 05, 09 | 6:21:48 pm MYT
1.Menteri Besar dalam sesebuah negeri adalah mewakili rakyat dalam sesebuah negeri untuk disembah kepada Raja. Orang lain, walau PM sekalipun adalah orang luar. Kalau tidak begitu maka akan timbul bermacam-macam krisis dan huru hara. Ini termasuklah siri-siri jenayah dan pencolekan seperti yang berlaku ke atas Menteri Besar Terengganu, Daud Samad dan beberapa Wakil Rakyat di Negeri Kelantan di tahun 1960an.
2.Status Institusi Raja akan terjejas di mata rakyat kalau Raja mendengar dan akur menerima nasihat (advise) dari orang lain.Di zaman Tun Dr. Mahathir, Institusi Raja terjejas teruk dan jangan-jangan ia terjejas lagi di kali ini. Ucapan saya ketika di Parlimen di masa itu antara lain berbunyi: “Orang politik akan menjadi Raja/Presiden di masa hadapan. Puncanya kerana peribadi sebahagian Raja-Raja itu sendiri.”
3.Sistem Beraja tidak menjadi semakin bertambah. Hendaklah diingati benar-benar bahawa sistem Beraja semakin hari semakin berkurangan. Bertambah tidak. Dunia boleh saksikan sendiri bagaimana Raja Nepal di Katmandu, Sultan Hussein di Singapura, Hamingkubuwono di Indonesia, Sultan Kudrat di Filipina, Al-Malik Farouk di Mesir, Shah Iran di Iran, Maharaja China di Negeri China, Maharaja Yaman di Yaman, Iraq, India dan seluruh Benua Eropah. Kini, mereka hanya tinggal sejarah.
4.Jadi, Institusi Raja di Malaysia perlu berhati-hati benar.
5.Saya sayangkan Institusi Raja kerana saya tahu bahawa rakyat hormatkan Rajanya. Saya sendiri dapat merasakannya kerana saya sendiri juga daripada keturunan Raja Jembal. Selain daripada menghormati saya dari aspek-aspek yang lain khususnya dari hal agama, mereka hormat saya kerana saya juga datang dari keturunan ini.
6.Tegasnya semua pihak perlu berhati-hati dalam menangani krisis yang cuba dicetuskan oleh pihak-pihak yang berkepentingan di luar dari Negeri Perak.Ingatlah, Allah Maha Berkuasa diatas segala sesuatu dan Allah tidak akan berpihak kepada pihak yang berbuat kezaliman.
Sebaliknya, Allah akan menurunkan bantuan kepada mereka yang dikhianati dan mereka yang ditindas. Firman Allah S.W.T. bermaksud :
“Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala Puji Bagi Allah Tuhan semesta Alam.” (Surah Al An’aam: Ayat 45)..
Kesimpulannya, saya berpendapat bahawa hak rakyat Perak yang majoriti 54% menyokong Pakatan Rakyat telah diketepikan dalam menentukan pemerintah yang dikehendaki.
Berkenaan dengan tindakan Jamaluddin, Mohd Osman dan Yat Fong yang keluar parti dan mengistiharkan mereka sebagai wakil rakyat bebas merupakan pengkhianatan kepada rakyat. Saya yakin dan percaya semasa pilihan raya yang lalu kebanyakan rakyat mengundi berdasarkan Parti bukan individu. Dan jika diadakan pilihan raya dan ketiga-tiga mereka bertanding atas tiket bebas pasti dan nyata kekalahan menanti mereka.
Mengenai politik wang atau rasuah memang tidak dinafikan memang wujud dalam kalangan politikus yang ingin menjaga kepentingan mereka. Rasuah ini yang akan menjadi barah dalam daging, gunting dalam lipatan dan api dalam sekam yang memusnahkan negara kita. Bak kata sarjana kegemilangan dan kecemerlangan negara di masa hadapan banyak dipengaruhi oleh tindakan generasi kepimpinan pada masa kini.
Menjadi tanda tanya dalam diri saya. Mengapa dipersoalkan apa yang dilakukan oleh PR yang hanya memerintah belum sampai setahun di Perak namun sebelum ini telah berkurun BN memerntah tidak pernah dipersoalkan sedangkan semasa pemerintahan BN hak rakyat tetap tidak terbela. Apakah tandanya ini semua?
Terkesima jiwa ini…
AKU BENCI SANDIWARA POLITIK SEDANGKAN RAKYAT TERUS MENDERITA.
Assalamualaikum Akhi Muhtar,
Suasana di Perak amat berbeza dengan 16 September. DSAI lebih demokratik dengan cara menghantar surat untuk memohon PM mengadakan sidang parlimen khas untuk undi tidak percaya. Manakala Najib menggunakan cara yang sangat tidak demokratik dengan menculik, merasuah ADUN Pakatan Rakyat untuk menyokong BN. Sepatutnya Pilihanraya Kecil diadakan untuk rakyat mengundi semula untuk menentukan siapa yang berhak menjadi wakil rakyat di kawasan mereka.
Kamu ajar kami supaya jujur, tapi kamu tidak jujur.
Kamu ajar kami supaya berintegriti, kamu tiada integriti.
Kamu ajar kami cakap benar walaupun pahit, tapi kamu anggap manis lebih penting daripada benar.
Kamu ajar kami jangan pentingkan diri, tapi kepentingan kamu kepada diri lebih dari segalanya.
Mukhriz saran PAS Perak sertai BN
KUALA LUMPUR, 9 Feb. – PAS Perak disaran menyertai Barisan Nasional (BN) untuk mewujudkan pentadbiran kerajaan negeri yang lebih mantap.
Exco Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir menegaskan, PAS Perak perlu mempertimbangkan cadangan itu agar dapat membentuk kerajaan negeri yang mantap serta bersatu seperti dahulu.
“Gabungan PAS dan BN akan memastikan kerajaan negeri yang kini dipimpin BN akan lebih terjamin kerana gabungan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimiliki PAS serta BN akan mewujudkan pentadbiran negeri yang lebih kuat,’’ katanya.
Persoalan kepada Datuk Mukhriz:
Sanggupkan Datuk Mukhriz dan UMNO mendokong cita-cita PAS melaksanakan penubuhan Negara Islam dan sekaligus membakulsampahkan fahaman sekular di Malaysia?
Sekiranya jawapannya ialah YA, saya berpandangan cadangan Datuk Mukhriz wajib untuk dipertimbangkan oleh PAS. Malah sekiranya UMNO benar-benar mendokong cita-cita Daulah Islamiyyah yang syumul, haram bagi PAS bersama dengan DAP! Yang penting, jalannya hendaklah suci.. Bukan dengan khianat, culik, rasuah dan perbuatan keji yang seumpama dengannya.
Petikan komentar Ustaz Hasrizal di SaifulIslam.Com:
“Yang salah di sisi Dia, salahlah ia walau siapa pun yang membuatnya.
Yang betul di sisi Dia, betullah ia walau siapa pun yang membuatnya.”
Seperkara lagi, saya 100% menyokong pelaksanaan hukum hudud di negara tercinta Malaysia! Saya mengimpikan sebuah negara yang aman makmur “baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur”!
Sila baca lebih lanjut di pautan berikut:
Wallahu a’lam bissawab.
Sdr Mukhtar,
Ust Zaharuddin ada menerangkan hukum lompat parti. Bukan semuanya tidak bermaruah katanya.. Apa komen?
http://www.zaharuddin.net/content/view/800/72/
As-Sarawaki: Saya lebih cenderung mengatakan ianya tidak bermaruah khususnya jika jalannya tidak suci, apatah lagi dengan cara yang keji.
Salam….
Bagi pendapat saya, apa yang diuar-uarkan oleh DSAI mengenai 16 Sept itu adalah strategi politik. Saya berpandangan begitu kerana pada ketika itu negara mengalami tsunami politik yang mana BN seakan-akan terkena heart attack. BN yang tidak dapat menerima kekalahan di 5 buah negeri cuba sedaya upaya membeli ADUN-ADUN yang dimenangi PR. Oleh sebab itu DSAI cuba menghalang ianya daripada berlaku dengan meniupkan ‘semboyan’ 16 Sept supaya BN sibuk dengan menjaga ADUN2nya bukannya menyibuk merasuah ADUN-ADUN PR serta mengucar-kacirkan ADUN2 PR.
Anwar itu cerdik. Kadang2 apa yang beliau cakap atau buat, x tercapai akal kita untuk menduga. Selagi Anwar Ibrahim itu taat pada perintah Allah, aku akan sokong. Lagi satu, walau betapa jahat manusia, selagi tiada bukti kukuh untuk menuduh beliau, jangan tuduh. Lagipun, mana boleh bukak aib orang. Bukan?
Beginilah yang akan terjadi jika perjuangan tanpa manhaj.. Mereka yang berjuang dengan gigih dan meyakini fikrah akan menang dan mendahului nanti Insya Allah.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Saya jemput Yang Berhormat Permatang Pauh untuk menyambung perbahasan.
2.33 ptg.
Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Tuan Yang di-Pertua, saya hanya ingin merumuskan bahagian pertama tentang isu institusi Raja, Perlembagaan dan derhaka. Saya harap dengan penjelasan ini, walaupun media UMNO, Barisan Nasional memilih untuk memadamkan tapi kita harap rakyat akan dapat terdedah dengan kenyataan yang sebenar.
Dalam merumuskan isu ini juga, saya ingin mengulangi pendirian kita tentang keperluan untuk membuat sedikit rombakan dan pindaan Perlembagaan untuk memantapkan semula kekuatan institusi tersebut. Dalam hal ini juga, dalam membicarakan Perlembagaan sebagaimana titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung, maka isu bahasa ada kaitannya.
Kita berbangga dan mempertahankan prinsip Perlembagaan dan bahasa Melayu di antara tunggaknya. Akan tetapi bila pelaksanaan di Kementerian Pelajaran kini mengkhianati prinsip ini, orang yang menjadi juak-juak Melayu dan Perlembagaan itu mendiamkan diri.
Maka saya hanya mengulangi pandangan beberapa rakan termasuk Yang Berhormat Marang yang menggesa Kementerian Pelajaran supaya segera membuat perubahan, menghormati semangat Akta Pelajaran Razak, Penyata Rahman Talib dan apa yang dilaksanakan selama puluhan tahun, memartabatkan kedudukan bahasa Melayu.
Alasan yang dikemukakan oleh Menteri Pelajaran, beliau memohon sedikit lagi waktu, saya fikir itu hambar sama sekali kerana enam tahun pelaksanaannya, laporan dan kajian dikemukakan, dan melengahkan ini maknanya terus mengorbankan kepentingan bahasa dan mengkhianati amanah yang tertera dalam Perlembagaan Persekutuan.
Salah satu tunggak Perlembagaan juga adalah kedudukan hak keistimewaan orangorang Melayu dan bumiputera. Yang dipertikaikan kini adalah cara kita mengendalikan. Kita menggunakan hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera itu untuk memperkayakan segelintir pemimpin-pemimpin dan memberikan hadiah kecil-kecilan kepada rakyat terbanyak.
Oleh yang demikian, ada kewajarannya supaya kita melihat semula maksud peruntukan 153 itu, mempertahankan kedudukan orang Melayu dan bumiputera supaya majoriti bumiputera memperoleh manfaat bersama dengan rakan-rakan mereka masyarakat Cina, India dan lain-lain.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kini kepada permasalahan demokrasi dan jenayah di negara kita. Pertama, soal pencabulan demokrasi. Pimpinan negara sehingga kini belum dapat menerima, menelan kenyataan bahawa ada kemaraan rakyat yang inginkan perubahan dan Pilihan Raya Umum 8 Mac memberi kejutan besar kepada UMNO dan Barisan Nasional. Jadi apa langkah yang mereka ambil sekarang ialah menidakkan kenyataan itu dengan meneruskan cara ugutan dan rakus memastikan perubahan mandat rakyat itu berlaku.
Saya ingin memberikan bukan saja kenyataan longgar, saya memberikan hujah dan bukti yang nyata. Percubaan yang dilakukan oleh pimpinan UMNO termasuk Timbalan Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin, mengugut, melarikan orang, memberikan rasuah dengan jenayah yang besar, ini hanya meneruskan rekod dan tradisi rasuah yang memang dipalitkan kepada tokoh-tokoh berkenaan.
Terima kasih kerana Yang Berhormat Kuala Krau pun bersetuju dengan senyuman. Saya mulakan dengan akuan bersumpah. Seorang pemimpin Keadilan, Fauzi Muda yang mengaku awal 8 Mac pilihan raya, 11 Mac beliau di bawa bertemu dan berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri di rumah kediamannya. Apa kenyataan Fauzi Muda? “Dalam perbincangan tersebut, Dato’ Sri Mohd Najib telah merayu kepada saya agar membantu memujuk sekurang-kurangnya dua Adun Negeri Perak daripada Parti Keadilan Rakyat melompat kepada UMNO atau menjadi wakil Bebas.
Beliau sanggup menawarkan kepada saya sebanyak RM50 juta bagi tujuan tersebut dan terpulang kepada saya berapa jumlah yang saya hendak bayar kepada mana-mana ADUN Pakatan Rakyat yang mahu lompat.’’
Tuan Yang di-Pertua, ini pengakuan bersumpah. Kalau salah, ini terserah kepada siasatan pihak polis tetapi tidak ada siasatan daripada pihak polis. Cuma yang di war-war, yang dihebahkan oleh pimpinan UMNO, yang memulakannya Anwar. Ini orang yang buta sejarah… [Tepuk] Bodoh alang kepalang. Tidak tahu apa berlaku di Kelantan, di Terengganu di bawah pimpinan Menteri Besar, Daud Samad tidak berlaku apa yang diketahui dilakukan di Sabah, itu pertama.
Keduanya, saya meminta dan saya ulangi kepada rakan-rakan saya Barisan Nasional secara terbuka, saudara-saudara dipelawa untuk bersama menerima agenda ini termasuk Yang Berhormat Batu Pahat. Apa isu dia? Apakah saya sogok kepada Yang Berhormat Batu Pahat dengan janji nak jadi Perdana Menteri seperti mana yang beliau harapkan benar-benar? Saya tidak janjikan. Saya melalui teman-teman mengatakan kepada beliau ini agenda kita, kita mahu perubahan. Ini, di mana salahnya? Saya kata ini tawaran kita.
Apakah saya janji RM5 juta ataupun RM50 juta seperti mana yang dibuat oleh pemimpin beliau dalam pengakuan bersumpah ini? Tidak ada! Jadi, mengapa nak dikaitkan cara dan kaedah saya mengajak orang memilih Pakatan Rakyat dengan cara bawa lari orang, simpan di rumah, sembilan hari kemudian muncul bersama Timbalan Perdana Menteri.
Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Tidak malu sama sekali, tidak ada maruah sama sekali. [Tepuk]
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Memang muka tidak malu puak ini.
Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Terima kasih. Ya, tidak ada maruah, maruah pemimpin, ambil orang hilang.
Tuan Yang di-Pertua saya mulakan dengan pengakuan Fauzi Muda, Pengakuan Bersumpah, saya ulang di Parlimen kerana pimpinan polis tidak boleh diharap untuk membuat apa-apa penyiasatan. Kalau kes yang melibatkan pimpinan Pakatan Rakyat selak habis kelambu, tetapi kalau kes yang melibat kan pemimpin, kes bunuh pun tidak berani disoal. Saya tidak katakana siapa yang terlibat tetapi soalan pun tidak ada, penyiasatan yang teliti pun tidak ada. Ini Negara apa ini? Somalia, Chad atau Malaysia?
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak bagi Batu Pahat Yang Berhormat?
Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Boleh.. Biar saya habis yang sebahagian dahulu, saya memang tunggu nak Yang Berhormat Batu Pahat mencelah. Dalam pengakuan bersumpah Fauzi Muda tadi beliau menambah pengakuan “ Usaha mereka memujuk saya semakin kerap semenjak kes dua Exco Keadilan yang didakwa di Mahkamah atas tuduhan rasuah.” Mereka mensasarkan kedua-dua Exco tersebut agar dapat dipujuk dan kali terakhir ialah sebelum hari sebelum Tahun Baru Cina di mana mereka telah berjumpa saya dan menawarkan jika kedua-dua Exco tersebut bersetuju untuk melompat dari Pakatan Rakyat,
Dato’ Sri Haji Mohd. Najib bersedia membayar RM5 juta bagi setiap orang termasuk untuk saya RM 5 juta. Ini percubaan awal untuk menggugat Kerajaan Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Dato’ Seri Nizar. Jadi bila hilang dua Ahli Dewan Undangan Negeri Jelapang dan Changkat Jering, isteri ADUN Changkat Jering dan Behrang. Yang Berhormat Batu Pahat dengar baik-baik. Ini bukan wakil parti, isteri telefon menangis minta tolong saya “ Dato’ Seri, suami saya dibawa lari”.
Saya kata di mana? Kata mereka” berjumpa Timbalan Perdana Menteri “. Saya kata telefon, tak jawab telefon, SMS, tak jawab SMS. Menangis, Yang Berhormat Batu Pahat kerana masa itu empat hari suami tu hilang. Hari kelima saya telefon, ada berita? Tak dapat, cuma ada hanya satu berita bagi tahu jangan bimbang kerana pimpinan UMNO jaga dia dengan baik.
Saya jawab kalau ada perkembangan tolong bagi tahu. Cukup tujuh hari dua orang ini muncul bersama Timbalan Perdana Menteri tersengih, “Kami sekarang tidak percaya lagi dengan Pakatan Rakyat dan jadi Bebas dan menyokong pimpinan UMNO “
Yang Berhormat Kinabatangan bolehkah kita senyum dengan cara yang sedemikian? Tidak, betul saya bagi tahu, ini isteri dia telefon menangis. Ya, ini politik kotor, jijik, politik hambar, politik yang melibatkan pembunuhan, penculikan dan rasuah. Orang yang terlibat dalam ketiga-tiga kes ini nak diamanahkan jaga pimpinan negara ini, ini dia politik yang di banggakan. [Tepuk]
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini yang menjadi masalah kepada kita iaitu bahawa akhirnya apa yang sering kita katakan ialah diugut, dilarikan orang dan berbagai-bagai-bagai lagi.
Sedangkan di manakah puncanya? Puncanya ialah kelemahan kepada PKR sendiri kerana itu adalah Wakil Rakyat mereka, yang mereka pilih untuk menjadi calon dan mereka ini ialah sebenarnya yang sebelum ini apabila didakwa di Mahkamah di tuduh bahawa ini adalah konspirasi Barisan Nasional ketika mereka di buat tuduhan dahulu, diperangkap dan sebagainya, sedangkan bagaimana nasibnya mereka ini terpilih menjadi calon? Itu juga menjadi satu persoalan.
Sebab itulah bila dikaitkan dengan Akuan Bersumpah, ini adalah perkara yang kita tahu bahawa sekarang ini Akuan Bersumpah pun di mana kredibilitinya? Banyak sudah Akuan Bersumpah yang dibuat, Saiful pun buat Akuan Bersumpah dan sebagainya macam-macam. Apakah kita nak dengar? apakah kita nak guna pakai? Begitu juga dengan perkara ini, Fauzi ini, bolehkah di guna pakai? Kredibiliti atau tidak sedangkan ada pula orang lain berhujah bahawa apa yang dikatakan oleh Fauzi itu tidak benar. Jadi itu kita nak gunakan itu sebagai hujah kita dalam Parlimen? Di mana kredibilitinya? Sebab itu…
Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: [Menyampuk]
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Sikit lagi Permatang Pauh ya..sikit lagi. Sebab itu saya kata saya lebih mempersoalkan kredibiliti kita dalam melihat mereka ini, sebab itu sekarang ini timbul pula berbagai-bagai isu yang memperlihatkan kredibiliti Wakil-wakil Rakyat daripada sebelah sana tapi semuanya dikaitkan dengan kita. Saya membangkitkan soal, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh ini bukan kerana saya nak berhujah, maksudnya begini, iaitu apabila kita diminta menyokong Yang Berhormat Permatang Pauh ya, maka yang saya hujahkan ialah tidak kah ini double standard?
Iaitu kita minta orang lain tandatangan surat untuk dihantar pada Agong itu dengan tujuan untuk membuktikan kepada Agong bahawa Perdana Menteri tidak lagi mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen, maka perlu lah Permatang Pauh diterima sebagai Perdana Menteri.
Inilah yang berlaku di Perak iaitu apabila tiga ahli Bebas menyatakan sokongannya kepada BN apabila Wakil Rakyat Bota itu kembali kepada BN ia telah menjadi 28:28, tidak perlulah maksudnya dibawa kepada Dewan Undangan Negeri. Ini yang saya buatkan perbandingan, apa bezanya kalau dulu kita nak buat cuma tidak berjaya, gagal 16 September, tetapi berlaku di Perak. Kenapa kita nak marah? itu sahaja, mohon penjelasan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya nak ulang kepada Batu Pahat saya bukan marah orang nak keluar parti, saya marah cara menculik, ugut, bini pun tak tahu, isteri pun tidak tahu, menangis rayu pada saya “Mana suami saya dilarikan?” Yang Berhormat Batu Pahat, sekarang saya akan bagi Kinabatangan. Jadi jangan kita pertahankan jenayah, ini tuduhan ini Akuan Bersumpah, siasat tanya Fauzi, Tanya saksi dia, tanya Timbalan Perdana Menteri betul tak dia pergi ke rumah sekian hari bulan?
Mengapa bila datang Timbalan Perdana Menteri kes pembunuhan Altantuya tidak boleh tanya, kes hilang rekod imigresen tidak boleh tanya, kes Bala Subramaniam hilang ke mana, tidak boleh tanya.
Saya tidak tuduh siapa bersalah, tanya pun tidak boleh, nak harapkan Polis macam ini nak jaga, kawal jenayah macam mana? Ini yang disebut double standard. Kalau Batu Pahat sebut Tuan Yang di-Pertua, dia kata “Kalau Anwar panggil saya, apa salahnya Tajul Rosli, Datuk Tajul Rosli, Tan Seri kalau tak silap, Tan Seri Tajul Rosli panggil orang lain”.
Saya tidak kata salah, dengar betul-betul. Saya tidak pertikai hak sesiapa untuk pilih nak sertai, saya pertikai cara dibuat. Ramai Ahli Yang Berhormat Barisan Nasional yang ada tahu, banyak yang dah bincang dan dah datang ke rumah tu jumpa saya, ada yang dah tanda tangan, ada yang kata at the right time, ada saya sebut? saya tak sebut? Sebab apa? itu understanding, ada saya bagi RM5 juta? Ada saya ugut kalau you tak buat, aku sula kamu sampai mati, tak ada. Ada saya bawak lari dia seminggu sampai isteri tak tahu.
Tuan Yang di-Pertua saya tidak akan gunakan Dewan ini kalau isteri dia tak telefon saya bagi tahu dalam keadaan menangis teresak-esak. Yang Berhormat Batu Pahat kena ingat ini bukan politik lagi dah, ini sudah satu jenayah yang dilakukan bawa lari orang dan sebelum Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kinabatangan kawan lama, saya pun nak pergi Sandakan juga. Bukan masalah-masalah keluar parti, masuk parti, kena ingat yang saya bangkitkan cara ia dibuat, baik ADUN Bota, kawan saya Nasaruddin, telefon datang ke rumah, saya kata okey bila? Saya kata tidak sempat lepas jamuan, okey pukul 10 malam datang. Dia kata saya tidak ada keyakinan sama sekali dengan pimpinan sekarang lebih-lebih lagi bila ada peralihan kuasa.
Saya tengok rasuah, jenayah banyak, saya sudah fed up. Saya kata, “kalau begitu ambil keputusan.” Dia kata “boleh.” Saya kata “kalau boleh ambil keputusan, saya tahu saudara akan didera dan dicaci oleh media UMNO.” Mereka mempunyai kekayaan, mereka mempunyai media. You kena decide betul-betul. Dia kata, “saya sudah ambil keputusan, saya sudah bertekad, saya sudah beristikharah”. Okey, kalau begitu you kena berdepan dengan media.
Biar media tanya you sendiri, saya tidak mahu umum bagi pihak saudara. Maka kita uruskan buat media. Dia draf sendiri kenyataan, dia tanya pendapat Datuk Seri, “Boleh, kenyataan?”. Saya kata, “Saya tidak mahu campur kenyataan, sebab kalau saya campur nanti rekod kata, Anwar campur untuk pinda kenyataan.” Dia buat kenyataan. Kemudian saya kata, “Kalau begini, saudara bertanggungjawab menerangkan kepada pengundi-pengundi saudara di Bota, Parit, Perak.” Dia kata, “Okey”. Dalam tempoh tiga hari 10,000 orang lebih berhimpun dan dia berucap dengan tegas depan 10,000 orang.
Saya hilang kepercayaan kepada pimpinan UMNO. Parti yang tidak punya idealisme, yang bergelumang dengan rasuah dan saya memilih Parti Keadilan dalam pakatan Rakyat. Kemudian dia jumpa saya di Ipoh, dia pergi jumpa saya di Permatang Pauh kerana ada hadir ke satu majlis. Selepas itu ada sekali lagi telefon dari isteri, suami dia hilang lagi. Yang Berhormat Batu Pahat, saya tidak tambah. Saudara pun orang politik, saya pun orang politik. Saya pun bertanggungjawab akhirnya kepada Allah SWT. Bila saya sebut ada telefon, menangis, kata hilang, dengarnya pergi ke rumah Timbalan Perdana Menteri.
Ini Tuan Yang di-Pertua, saya sebut the polemic. Hilang setelah beberapa hari menjelma dengan Timbalan Perdana Menteri, saya sudah sokong UMNO semula. Walaupun saya tahu perlembagaan UMNO tidak boleh terima balik sebelum lima tahun tetapi itu masalah UMNO bukan masalah saya. Akan tetapi perlembagaan UMNO itu saya ingat, Yang Berhormat Batu Pahat tidak hafal, saya hafal perlembagaan UMNO ini. Jadi…
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Mohon penjelasan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Tuan Yang di-Pertua, saya Cuma hendak sebut yang ini, bukan hendak pertikai apa Yang Berhormat Batu Pahat sebut soal saudara juga diajar melalui teman-teman, ada bezanya. Akan yang saya pertikai ini, boleh tidak cara menculik orang. Boleh tidak seperti mana dalam ini…. [Menunjukkan satu dokumen]
Mengugut orang.You charge, dakwa dua orang pasal kes rasuah. Kes yang entah ke mana sekarang kerana Badan Pencegah Rasuah ketika itu pun didakwa, dia pun dakwa. Selepas itu bila ada kes rasuah, ambil dia buat deal Saudara kita tunggu.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Minta penjelasan, sikit lagi.
Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Yang Berhormat Kinabatangan dulu.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya ada dua isu, yang pertama saya ditanya bolehkan kita tersenyum dalam keadaan isteri dia menangis? Memang, saya bukan tersenyum pasal itu, saya bersimpati sebetulnya. Cuma, apabila melibatkan culik ini bermakna satu perbuatan yang tidak baik.
Akan tetapi mungkin, kalau kita percaya bahawa politic is possible game, mungkin dia ada understanding agreement di antara yang mahu berpindah dengan yang merunding. Ini kita tidak boleh tuduh culik juga. Sebab kalau culik ini boleh dikatakan kekerasan. Dia tiba-tiba hilang dan saya sendiri pun saya mengakui, perkara-perkara politik kita tidak boleh bagi tahu orang rumah kita sekali pun sebab dia rahsia. Jadi mungkin dia pun berpendapat tidak perlu bagi tahu isteri dia, dia hendak berhijrah. Sebab politik ini…
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Hendak kahwin seorang lagi tidak perlu bagi tahu bini.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Kadang-kadang kita lihat kotor, tetapi realitinya begitu. Jadi persoalan yang ingin saya kemukakan, mungkin bagi pihak Pakatan Rakyat di Perak cari kaedah pendekatan yang baru. Sebab saya juga mendapat laporan, dulu pun Yang Berhormat Batu Gajah sebelum pilihan raya dia kata, “Saya tidak mahu bertanding sebab saya tidak sehaluan dengan pemimpin DAP di Perak.” Dua kerabat, sepupu, adik beradik yang menguasai segala-galanya. Tiba-tiba dia punya mentor campur tangan, Yang Berhormat Batu Gajah bertanding balik.
Akan tetapi yang satu ini mungkin sudah tidak tahan walaupun dia deputy speaker di Perak tetapi sudah tidak tahan kerana kena tekan, dia pun lari. Akan tetapi DAP kata tidak ada kronisme, tidak ada apa-apa, tetapi jelas. Jadi mungkin inilah yang berlaku. Dua orang ini pun mungkin kerana tekanan dalaman. Mungkin dia dalam PR Melayu tetapi tidak tahan dengan DAP di Perak. Dia pun “Ah, buat apa tunggu kalau tidak tahan.” Dia pun lari bukan pasal diculik, dia sengaja mahu lari, cuma dia rahsiakan, mungkin itu yang berlaku.
Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Terima kasih. Yang Berhormat Kinabatangan. Tuan Yang di-Pertua, ini bukan politik serba kemungkinan. Ini saya bagi ini fakta. Kalau Yang Berhormat fikir isterinya itu pura-pura nangis depan saya, itu soal Yang Berhormat. Pada masa itu saya benar-benar runsing, okey.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Minta maaf. Saya bukan kata purapura. Dia sendiri pun tidak tahu apa yang berlaku sebab dirahsiakan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Baik. Kalau benar dia tidak tahu Yang Berhormat, kita pilih Datuk Nasar dia pilih. Saya tidak mahu kata apa-apa yang menyinggung dia, saya bagi tahu fakta. Dia datang, dia buat kenyataan terbuka besoknya depan 10,000, dia berdepan. Orang pakatan Rakyat, dua Keadilan, satu DAP masuk. Sudahlah dia hilangkan macam kes dua Exco itu sepuluh hari, sembilan hari hilang.
Kemudian menjelma hanya sekali di depan awam, di depan Timbalan Perdana Menteri. Kemudian hilang semula. Sampai sekarang tidak sanggup berdepan dengan rakyat yang memilihnya. Ada beza Yang Berhormat Kinabatangan. Bezanya besar, orang datang dengan conviction, dengan datang dengan pelbagai cara kaedah yang lain. Memalu dan mengaibkan kita kerana ia melibatkan langsung nama Timbalan Perdana Menteri dalam kes ini. Tidak ada langsung sense of shame. Tidak rasa tersinggung sama sekali bahawa ada orang hilang sembilan hari, jelma depan dia kemudian hilang semula.
Ini dari segi yang disebut etika, moral, akhlak, prinsip semua. Boleh katakan “Oh, Anwar pun ajak”. Saya jumpa Yang Berhormat, saya kata “Bila Yang Berhormat boleh?” Itu ada saya sorok, ada saya paksa, ada saya larikan orang? Saya cakap soal prinsipal kerana saudara pernah…, dan sekarang saya menganggap sebagai sahabat. Saya cakap terus terang dan ini agenda kita. Jangan hairan kalau perkara ini berlaku dalam politik kerana Yang Berhormat sebut art of the possible tetapi possible itu jangan cara sogok, khianat, tipu, culik dan jenayah. Saya akan sambung dengan bukti yang lain. Kedah Darul Aman ….
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Penjelasan sikit.
Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Sebelum itu Yang Berhormat Batu Gajah, bagaimana saudara hendak kaitan dengan Yang Berhormat Batu gajah. Ini soal dalam parti. Apakah Yang Berhormat Batu Gajah diugut, cuba dibeli? Tidak. Dia ambil satu sikap dan pendirian tidak hendak. Pengalaman saya dengan ahli parlimen Parti Keadilan pun banyak. Dia berbeza pendapat dengan satu dua keputusan dari Kerajaan Negeri, dia ambil keputusan begitu begini kemudian kita panggil, kita bincang.
Tapi yang kita bahaskan ini soal khianat, soal culik, soal bunuh, soal ugut. Akan sampai Yang Berhormat Kinabatangan. Saya hendak gunakan majlis ini hendak bincangkan titah di raja ini. Kalau tidak diganggu, saya tidak akan pendekkan. Saya tahu Tuan Yang di-Pertua, sudah lihat jam.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Sikit sahaja penjelasan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Baik,sebab itu Yang Berhormat Batu Gajah, dia ada prinsip dia. Dia masuk parti, bertanding berdasarkan prinsip. Dia berbeza pendapat dengan satu dua tokoh kemudian dia leraikan kerana prinsip perjuangan itu mengatasi sedikit satu dua pendapat perbezaan dengan parti. Bagaimana kita hendak bezakan pendirian Yang Berhormat Batu Gajah dengan prinsip dengan orang yang lari entah ke mana. Tidak tahu ke mana, tidak tahu sampai sekarang. Hendak kontak tidak tahu, pengundi dia tidak tahu mana. Sesekali telefon, tengok ini apa dia ini? Yang Berhormat Batu Pahat saya faham saudara Yang Berhormat Batu pahat wakil UMNO dan Barisan Nasional. Tidak apa saya faham, saya juga menghormati kerana Yang Berhormat Batu Pahat ini di antara ahli parlimen yang bercakap dan pertahan juga beberapa prinsip. Akan tetapi saya hendak sebut di sini, bila saya sebut kes-kes ini dan kes yang hendak sebut di sini, ini fakta.
Saya dengar khabar-khabar angin, saya tidak berani sebut kerana ini saya terpaksa pertahankan dan saya berkewajipan membentangkan hanya apa yang saya yakin sebagai fakta, ada laporan polis atau …statutory declaration. Kalau tidak ada, saya tidak berani. Akan orang kata diugut, saya kata buat laporan dia tidak mahu. Kalau begitu saya tidak mahu sebut.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebab itulah di awal tadi saya membangkitkan soal kredibiliti kepada akuan bersumpah apa yang dinyatakan oleh si isteri tadi kebenarannya. Sebab itu saya kata bahawa ini berbangkit bertambah-tambah lagi apabila dalam kes Bukit Lanjan itu, mereka terus membuat satu andaian, ini adalah konspirasi Barisan Nasional.