“Jubah Konvokesyen UIAM Beserta Songkok Tinggal Kenangan!”
“Kenangan Isteri Saya (Kiri Sekali) Sempena Konvokesyen UIAM 2005”
As-Sarawaki, 08.08.08: Alhamdulillah atas segalanya. Insya Allah sampai akhir hayat saya tidak akan melupakan jasa Taman Ilmu dan Budi UIAM di dalam mendidik saya sehingga menjadi jurutera hari ini. Apa yang juga pasti, saya tidak akan melupakan penghayatan Visi dan Misi UIAM yang diperjuangkan oleh Mantan Rektor Tan Sri Dr. Mohd Kamal Hassan iaitu:
IIUM Vision:
“Inspired by the worldview of Tawhid and the Islamic philosophy of the unity of knowledge as well as its concept of holistic education, the University aims at becoming a leading international centre of educational excellence which seeks to restore the dynamic and progressive role of the Muslim Ummah in all branches of knowledge for the benefit of all mankind.”
IIUM Mission of “Triple I CE”:
- Integration;
- Islamization;
- Internationalization; and
- Comprehensive Excellence
Saya insya Allah tidak akan lupa semua ini. Ia satu komitmen dan impian murni yang mudah-mudahan akan kesampaian!
Cuma entah mengapa hati kecil saya berirama gundah dan jiwarasa serta nurani saya digamit nostalgia dengan perkembangan berita di bawah. Saya dan isteri lebih cenderung untuk tidak bersetuju dengan perubahan ini. Persoalan utamanya, adakah perubahan ini memungkinkan UIAM lebih hampir kepada visi dan misinya? Anda fikirlah sendiri!
UIAM seragamkan jubah konvokesyen
Oleh W. Rahimah Draman
Sumber: Utusan Malaysia
|
SABAN tahun para graduan UIAM daripada pelbagai bangsa, agama dan suku kaum bergaya segak di hari konvo dengan jubah dan songkok bagi lelaki, serta bertudung bagi wanita untuk tampil menerima skrol yang tersimpan segulung ijazah sebagai bukti kejayaan akademik.
UIAM satu-satunya institusi pengajian tinggi di negara ini yang memilih songkok sebagai ‘uniform’ bagi graduan di hari konvokesyen.
Namun selepas 25 tahun beroperasi dan ‘melahirkan’ lebih 10,000 graduan yang datang dari seluruh dunia, budaya bersongkok pada hari konvokesyen itu akan ditamatkan tahun ini.
Ini bermakna mulai Hari Konvokesyen pada 23 Ogos depan, para graduan UIAM tidak lagi bersongkok sebagaimana biasa tetapi akan memakai topi keras konvokesyen yang standard dengan jubah berwarna hijau muda bercorak baru.
Timbalan Rektor Bahagian Akademik dan Penyelidikan UIAM, Prof. Datuk Dr. Md Tahir Azhar ketika memperkenalkan seragam konvokesyen baru kepada media memberitahu, penukaran tersebut tidak mempunyai apa-apa agenda.
[Nota As-Sarawaki: Benarkah tiada apa-apa agenda? Saya sedikit sangsi!].
“Ia lebih untuk meningkatkan imej UIAM serta menyelaraskan bentuk seragam hari konvokesyen secara yang lebih standard sebagaimana universiti-universiti yang ada sekarang.
“Jika graduan UIAM terus bersongkok sedangkan lain-lain universiti semua bertopi khas yang selaras tidak nampaklah keseragaman dan standard hari konvokesyen,” jelasnya.
[Nota As-Sarawaki: Bukankah UIAM itu sendiri unik dan istimewa dari segi tujuan penubuhannya berbanding universiti-universiti lain di Malaysia? Saya sekadar bertanya…].
Selain bertukar kepada imej topi keras bertali yang standard, jubah para graduan juga turut berimej baru dengan menampilkan warna dan corak baru yang lebih eksklusif.
Malah pemakaian jubah konvokesyen konsep baru dengan warna yang serupa (hijau muda), kecuali jubah Ketua Perlembagaan, itu meliputi seluruh ahli warga UIAM bermula dari Presiden, rektor, ahli majlis, ahli senat dan ahli akademik mengikut kedudukan masing-masing.
Untuk para graduan, bilangan lilitan bercorak pada lengah jubah akan membezakan tahap lulusan di mana graduan diploma tanpa lilitan corak di lengan manakala ijazah pertama dengan satu lilitan dan lulusan sarjana dua tanda lilitan bercorak di lengan jubah masing-masing.
Lulusan doktor falsafah (Ph.D) pula mempunyai seragam dengan tiga tanda lilitan bercorak di lengan diikuti corak bunga bersulam yang menyeluruh pada kedua tepi jubah serta bertopi hitam lembut.
Menurut Dr. Md Tahir, cadangan menukar corak seragam konvokesyen itu dibuat lebih setahun lalu.
“Kajian perlaksaannya mengambil masa setahun manakala kos yang diperuntukan bagi menyediakan seragam baru untuk seluruh warga konvokesyen UIAM ini menelan belanja tidak kurang RM2.1 juta,” jelasnya.
[Nota As-Sarawaki: RM2.1 juta? Bukankah ini satu pembaziran yang nyata? Terkenang betapa budget yang diperuntukkan oleh STADD untuk program-program MPP UIAM sesi 2003/2004 ialah hanya RM70,000 setahun. Maknanya secara kiraan mudah Matematik, RM2.1 juta adalah peruntukan untuk membiayai program-program MPP selama 30 tahun!].
Malah kata beliau, seragam baru yang akan mulai dipakai pada hari konvokesyen ke-25 tahun UIAM Ogos ini turut melambangkan kematangan serta keterampilan sebenar tahap profesionalisme warga universiti berkenaan.
Pada hari konvokesyen UIAM yang ke-25 mulai 23 hingga 25 Ogos ini, seramai 4,112 graduan akan menerima penganugerahan masing-masing di mana 42 daripadanya adalah penerima Ph.D, 425 (sarjana), 3,416 (ijazah pertama) dan selebihnya adalah diploma.
“Jubah Konvokesyen UIAM (Bertopi Keras) Yang Baru! [Sumber]”
As-Sarawaki: Meskipun memakai songkok bukan tanda seseorang itu lebih Islamik, tetapi sebagai warga Melayu menurut perlembagaan, saya yakin dan percaya topi keras khas konvokesyen ini juga tidak menjadikan UIAM nampak lebih bersyiar Islamik atau lebih menghampiri identiti Ketuanan Melayu (itupun sekiranya anda percaya kepada Ketuanan Melayu, saya lebih memperjuangkan seruan kepada Ketuanan Islam)!
[Terkenang teman-teman alumni UIAM yang dengan bangga memakai songkok konvo UIAM di hari bahagia Majlis Perkahwinan masing-masing.]
Fakta Sejarah: Alhamdulillah, apabila Sultan Muhammad bin Murad (yang lebih dikenali sebagai Muhammad Al-Fateh) menawan Constantinopel dan menukar namanya kepada Islambul (kini dikenali sebagai Istanbul) pada 27 Mei 1453M, baginda telah menukar Gereja Aya Sofya yang telah lebih kurang 1,000 tahun berfungsi sebagai gereja menjadi Masjid Aya Sofya. Malangnya setelah lebih kurang 5 abad (500 tahun) dijadikan masjid, penguasa sekular Turki pimpinan Mustafa Kamal Attarturk menjadikannya sebagai muzium. Sungguh berbeza antara peninggalan jasa dan pengkhianatan amanah!
“Mungkinkah Aya Sofya Akan Dikembalikan Fungsinya Sebagai Masjid Aya Sofya Setelah Dimuziumkan Oleh Kamal Attarturk?”
Wallahu a’lam bissawab.
Muhtar,
Isteri saya konvo MA di UIA tahun ini. Tapi kami tidak berasa sangat ‘semangat dan nostalgia UIA’ itu (kami ex-UM). Ini kerana beliau pelajar ISTAC. Sebahagian pelajar, pensyarah dan kakitangan ISTAC melihat UIA sebagai ‘penjajah’ atau ‘big brother’ di ISTAC.
Maaf, banyak pengalaman pahit sejak ISTAC diambil-alih UIA ini membuat kami agak fobia dengan tempat yang menjadi ‘lubuk Arab’ dan ‘lubuk Melayu’. Apatah lagi dengan banyak cerita politiking dalaman yang agak kronik di kalangan kakitangan dan pensyarah UIA yang memberi imej negatif dari positif (sebenarnya, UM pun sama, terlalu banyak cerita negatif tentang politiking dalaman di kalangan pensyarah).
Harap2 UIA dan ISTAC akan berubah menjadi lebih baik.
salam,
saya tidak nmpk apa cacatnya pakaian konvo iium yg terbaru ini, sungguh kemas dan menepati standard sekali.
krasi
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Saudara Fitri;
Alhamdulillah, tahniah buat zaujah anta. Hasil pengalaman menjadi Presiden MPP UIAM, saya serba sedikit memaklumi apa yang saudara maksudkan. Apapun, saya menghormati kepimpinan dan keikhlasan Mantan Rektor UIA, Tan Sri Dr. Mohd Kamal Hassan. Saya banyak belajar daripada beliau.
Saudara Krasi;
Saya bernostalgia dengan ‘substance’nya, saudara melihat pada ‘appearance’nya.
Wallahu a’lam bissawab.
[…] (Khabarnya, Kampus kehidupan yang saya tinggalkan, telah berubah sekarang. Ia memilih untuk “menjadi kesamaan” berbanding “mencari kelainan”. Lihat di sini) […]
salam…my dear senior
just wanna share my enthusiasm with the iium convocation dress. actually sy teruja nak pkai songkok yg ada lilitan logo uia bila sy grad nnt ngn jubah hijau tu. i think songkok and iium is unique and has it own spirit. really proud bila tgk senior pkai songkok time konvo tp bila tgk gambar kat ats td pkai “benda” tu rasa segan pun ader gak..huhuhu.
nak dijdikan cerita la ni…
td g solat jumaat kat masjid salehuddin al-ayyubi tmn melati.if u still remember ar. seating next to me was a brother wearing iium songkok. suddenly i feel proud with him and also iium. i would like to wear it mb in the future but i realize that it just only a dream coz no iium songkok in the near future aka starting convest 2008.(so sad)pasni nak cari songkok tu mb kat gallery iium kot..hahahah.
Triple ICE and maybe plus S?????
“Tambahan pula dengan perubahan ini kami tidak perlu lagi menjawab soalan-soalan berunsur skeptikal (was was) daripada sesetengah pihak,” katanya (Timbalan Rektor di Bahagian Akademik dan Kajian Prof Datuk Dr Tahir Azhar) pada sidang akhbar di sini hari ini.
lu pikir la sendrik..(kata nabil raja lawak)
wallahua’lam
-final sem student-
mmg bangga dan seronok kalau tengok di masjid luar ada songkok uia dipakai. dalam majlis kahwin ke. walaupun kita tak kenal pun brother tu. perasaan tu datang sendiri.
songkok uia tu dah jadi budaya uia sebenarnya. dan kini budaya itu sudah diubah. aduh…
yearhhghh saya sokong bro mokhtar!!
saya mengimpikan jubah lama yang kemas!!
mungkin tiada agenda berkaitan dengan penukaran ini, tapi ianya seolah2 bagai membuang terus budaya uia yang lama..
—-smells like uia spirit—-
saya sedikit geli hati melihat budaya uiam yang sekarang nampak si perempuan nya makin suka membonceng motosikal lelaki. apa nak jadi?
salam akhi,
kian banyak yang baik ditambah/ubahbaiki
jadi tidak baik sama sekali
oleh yang bukan ahli
songkok tradisi ditukarganti topi keras bertali
merentap keunikan UIAM nan tersendiri.
sambil membaca entri ini
hati berlari ke almari peribadi
mencari tudung krim graduasi
yang bersulam emas logo UIAM ditepi
lalu tudung yang berusia 11 tahun itu dikucupi
syahdu dan rindu pun mengetuk-ngetuk pintu memori.
Grad ’97
Pol.Sc.
PJ Campus
saya baru saja plan nak pakai songkok konvo UIA semasa majlis perkahwinan nanti… kempunan la agaknya!
Salam Saudara Muhtar,
Saya mantan pelajar UTM, namun hati saya terluka apabila UIA melaksanakan pembatalan pemakaiaan songkok ketika konvo.
Amat mendukacitakan..
Teringat karisma Prof Kamal dan Cikgu Sidek….
“Terkenang betapa budget yang diperuntukkan oleh STADD untuk program-program MPP UIAM sesi 2003/2004 ialah hanya RM70,000 setahun”
Mmm, RM70,000 tu kira amat la byk.. Bagi MPP UIAM 06/07 budget hanya la RM30,000 setahun.. dan dengar cerita bagi MPP UIAM 07/08 hanya la separuh dr tu.. Terkesima bila dgr duit yg di’buang’ utk jubah baru tu..
Treasurer MPP UIAM 06/07
Perubahan yang tak membawa erti..
Hanya nak tunjukkan GAH semata, duit berjuta hilang entah ke mana. Kan bleh guna duit tu untuk pembangunan ummah..
Ntahlah… semuanya la ni serba tak kena..
Sememangnya perubahan perlu dilakukan untuk menjadi yang lebih baik tapi harus diingat kadang-kadang perubahan tanpa kajian menyeluruh membinasakan diri sendiri. Sebagai contoh, saya dapat melihat penggunaan Bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik tidak mencapai matlamat PIPP untuk merapatkan jurang pendidikan antara luar bandar dan bandar malah satu gaung besar memisahkannya. Hal ini terbukti melalui pengalaman saya menjalankan aktiviti di perkampungan orang asli melihat dilemma anak-anak orang asli yang begitu susah menguasai Bahasa Inggeris membuatkan hati saya terkesima sedangkan Sains dan Matematik wajib diajar dalam Bahasa Inggeris…. Oleh itu pertimbangan yang wajar harus dibuat sebelum melaksanakan perubahan. Jangan nanti sudah terhantuk baru tengadah. FIKIR DAN RENUNG-RENUNGKANLAH…
Huhuhu… Saya konvo thn ni… Malangnya kami 1st batch yg akan merasmikan jubah baru tu… Tak suka laaa jubah baru tu! Tak suka langsung! Hish! 😦
Aya Sofie was once a church of Christian Othodox sect!…
! Mungkin musium Aya Sofie patut dikembalikan menjadi Gereja kot!
Anouhea Audiya;
Spain once upon a time through the 8th – 15th centuries was known as the Al-Andalus during “the awakening of Islam” legacy period. When I visited Spain last year, I missed the pride of life during Andalusia’s golden era where fascinating Mosques or “Mezquita” were built by the Muslims, but sadly later were converted into Roman Catholic cathedrals. One of them is the Mosque of Cordoba (one of the finest examples of Arab-Islamic architecture) built by the Umayyads but then rededicated as a Christian cathedral known as Cathedral of Cordoba. Tales of the Al-Hamra in memory!
Masjid-masjid atau “Mezquita” yang didirikan oleh orang Islam Sepanyol telah ditukar menjadi Gereja-gereja Roman Katolik! Mungkin Gereja ni patut dikembalikan menjadi Masjid kot! What say you?
That is why there is a word we call a STRUGGLE or PERJUANGAN!
Salam saudara Muhtar…
Sungguh benar apa yang dikata… Keunikan UIA semakin lama semakin hilang… Sedih ar… Teringat zaman2 dulu..
Convo Batch 2004..
“Terkenang betapa budget yang diperuntukkan oleh STADD untuk program-program MPP UIAM sesi 2003/2004 ialah hanya RM70,000 setahun”
Kami di MPPUIAM untuk tenure 2007/2008 ni hanya dapat RM16, 000. Setelah rayuan dapat RM20, 000.
CONVEST tahun ni pula hanya dapat RM 15, 000. (dah la Stall and Bazaar dah diberikan kepada Enterpreneur Club). *sigh
SUA
MMPUIAM 2007/2008
sokong hayyi!!!
takbeer!!
bile la nak turun DTE ni… duit tak cukup…
sian kami….
salam akhi muhtar,
sebagai seorang graduan yang pernah menyarung jubah hijau tua itu, saya juga berkongsi kekesalan dan keperitan yang ditanggung kalbu..
apalah erti “sama” tetapi tiada makna.. sayang, tak ramai yang mampu menyelam dasar ‘cinta’..
salam bro. muhtar. jika sebelum ini saya lebih banyak membaca dari memberi komen di blog bro. muhtar, rasanya kali ini saya nak tulis panjang-panjang komen saya dan saya ingin membidas komen daripada krasi. Dan izinkan kamek menggunakan bahasa Melayu dan bercampur English untuk komen kali tok. 😛
Krasi, kenapa persoalkan tentang standard? Dan ada apa dengan stardard yang ingin diperjuang itu jika dengan mengejar standard itu UIAM kehilangan identiti sendiri yang menjadi suatu kebanggaan pada awalnya? Dan adakah saudara/saudari Krasi benar-benar tahu apa itu standard? Dan adakah songkok dan hijab yang digunakan pada setiap kali majlis konvokesyen suatu ketika dahulu merupakan suatu yang kurang standard pada saudara/saudari?
As a student of UIAM, I am very upset with this “standardization” and seriously we are losing our identity! And it isn’t something that can be proud of at all. Although the uses of songkok and hijab during convocation day has nothing to do with Islamization but to me, it is quite synonym to Islam and UIAM itself. All these while UIAM has play its role to make the Islamic identity (which is songkok and hijab with no mortar board) as the prestigious convocation dress conduct to the world especially to the non-Muslim and the westerner which makes UIAM different from other universities. People out there may say that UIAM convocation dress is different from other universities and it looks ridiculous but to me, there’s nothing wrong in being that different since the old convocation dress (songkok and hijab) is the real signature of UIAM.
When I write all these, it reminds me of Lim Kit Siang article here : http://blog.limkitsiang.com/2007/08/16/scarf-issue-in-iium/
Ini mungkin tidak ada kena mengena tetapi saya cuma ingin berkongsi thought about this particular matter. Sekiranya ada opportunist ingin menjadikan ini satu modal untuk mempertahankan mortar board for convocation dress UIAM dengan alasan untuk memastikan isu yang sama tidak akan berlaku dengan pakaian konvo baru ini, saya rasa itu bukan satu modal bidasan yang baik. Hal ini kerana, untuk menjadi warga UIAM kita ada bai’ah yang merupakan satu kontrak ikrar dan bertulis dimana setiap orang telah bersumpah dan berjanji untuk mematuhi segala peraturan UIAM, thus everyone who choose to study in UIAM is expected to submit to all the rules of the university with no compromise.
Malangnya, walaupun apa hujah saya, I am going to wear that jubah baru for my convocation day jugak. Tak ada maknanya… Sangat mengecewakan!
I am going to miss the feeling of “bangga-ness” melihat abang-abang yang segak bersongkok dan kakak-kakak yang manis bertudung pada hari convo nanti. 😦
kamek cadangkan kitak guna plugin comment mailer supaya commentators dapat notification for every reply yang kitak berik 🙂 http://hudatoriq.web.id/wp-hacks/commentmailer/
and sigek gik WordPress Thread Comment untuk allow user to reply comment pada same comment
http://blog.2i2j.com/plugins/wordpress-thread-comment
🙂
Salam.. Mantan Rektor UIA, Tan Sri Dr. Mohd Kamal Hassan tiada ganti nyer….. Barisan pemimpin UIA skarg amat menyedihkan dan tak berkarisma….. huhu…
Jubah baru dari segi positif nyer sangat lah buruk dan negetif nyer teramat la bosan dan buruk dan buruk… Sedih sesaper yg konvo utk tahun2 seterusnyer… Takder aper yg nak dibanggekan…
“mereka bertambah2 mengarut”
Muhtar, seorg bekas ketua MPPUIAM yg disegani…
Pada tahun ini saya sekali lagi naik ke pentas untuk Bachelor of Architecture dan ini sekaligus menjadikan saya and my batch to be the first yg pakai robe baru ni.
Pada konvo 2006, sy telah menerima Bachelor of Science in Architectural Studies, mmg telah ditetapkan utk student architecture melengkapkan double degree…
Walaubagaimanapun, pada saya pemakaian songkok adalah sgt unik. Saya masih menyimpan songkok berlilitan benang emas sehingga hari ini. Semua kawan2 dari IPTA/IPTS lain turut menyatakan yg UIAM unik dan mempunyai imej tersendiri. Dan yg paling menarik, apabila menjelang raya, kekadang terserempak dgn individu lain yg turut memakai songkok yg sama lantas bertegur sapa walaupun saling tidak mengenali. Saya setuju ramai bekas pelajar UIAM memakai songkok tersebut semasa nikah dan majlis perkahwinan kerana ia memang menarik… Tapi ape nak buat, semua sudah tinggal kenangan…
salam
yup. saya sokong mahdi.
apakah tujuannya mengikut budaya secular (berasal dari oxford university kalau tak silap)? songkok dan tudung lilitan logo uia pun cukup mantap dan mampu mempamerkan budaya kita orang timur.
saya mendpt inside information mengenai robe dan mortar board baru ini dari 4/5 bulan yg lepas. saya tak stuju sejak awal lagi. ingin je rasa hati nak wat petition agar robe tak ditukar.
plus, upon clearance, wajib bayar 120 utk robe…
Bro. Mukhtar…
Dasat jadual bro.. tak menang pungkok nie…
Sokong pemakaian songkok… Tapi apa leh buat, pake songkok orang kata balaci UMNO pake serban kata kuli PAS… Tak ada apa yang leh dibuat…. Setiap yang baik mesti ada jalannya…. Mungkin ada hikmah…. or musibah… Kita tengok jer nanti.
Sian Hayyi… Dulu zaman kami dapat ribu2 ringgit… Banyak dari sponsorlah…. Belanja kenalah berjimat… Nie wat opening pun RM15,000… Sume barang tak datang free…. Bayor bro….. Cubalah cari sponsor….. Masa nie nak belajar tebal muka…. Programme ok, bleh tahan….
Hareree…. Duit baju tu dari fund lain lah, bukan student trust fund. Duit tu duit konvo dari fund kerajaan, duit Cina bayor tax kat gomen….. Duit haram tu, mana leh bagi student pake wat programme…. Bayor duit aktiviti RM120 setaun…. Darab 14,000 pelajar tolak duit pengangkutan, aktiviti bukan SRC jer yang buat…. MRC, Kelab, Persatuan, Kulliyyah…. Pake duit nielah…. Nie nak sedekah pun mintak duit orang lain, nak bagi duit kat orang lain pun pake duit Universiti ka…. Pelik gak Hareeree….
Kalau ISTAC pun mereka sanggup pijak, inikan pula songkok. Error in understanding knowledge bak kata Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud.
Some people teach due to amanah others for position.
Tidak…!!
UIA kesayangan dah berubah…
Salam penulis & pembaca budiman,
Sememang nyer berita penukaran jubah konvo dari songkok dan tudung berjalur unik kepada mortar suatu yang menyedihkan. Alasan penukaran tersebut tidak langsung dapat diterima akal yang waras. Mengapa kita harus meniru budaya orang lain? Tambahan jutaan ringgit yang dibazirkan!
Itu identiti UIAM yg unik dan menjadi suatu kebanggaan pada pemakainya… Saya percaya setiap graduan UIA pasti ada nostalgia manis dgn songkok dan tudung tersebut, hingga ada yang masih simpan dan gunakan.
Soalnyer perubahan dibuat oleh pihak pengurusan UIA sendiri, yang terdiri dari mereka yang fikrahnya mungkin sudah lari dari dasar dan matlamat penubuhan UIA itu sendiri. Kekurangan ‘orang senior’ seperti Prof Kamal, memberi kesan lain kepada UIAM.
Kepada adik2 yang bakal grad tak lama lagi, moga tidak begitu terkesan dgn perubahan ini dan ‘intipati hasil didikan UIA’ tetap tersemat dan dibawa ke mana jua anda berada.
Kak Asiah
Ex-UIA
B Hsc (98), MLIS (2000)
Salam………..
Hadis ke 5 dari 40 Hadis Tentang Peristiwa Akhir Zaman:
Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, bahawasanya Rasullah SAW bersabda, “Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya, “Ya Rasullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?” Nabi menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka”.
Ya Allah! Selamatkanlah kami daripada mereka.
Email yang diterima dari KampusNegara YahooGroups:
GOMBAK, 20 OGOS, 12.30pm: Ketika bajet untuk Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) mengendalikan Pesta Konvokesyen UIAM ‘dipotong’ sehingga berbaki belasan ribu ringgit sahaja, UIAM telah menggunakan hampir 2.1 juta untuk menggunakan jubah baru dan menggantikan pemakaian songkok dengan mortar untuk majlis konvokesyennya. Berikutan itu, seramai 100 pelajar UIA telah mengadakan perhimpunan tengahari untuk menyatakan sokongan penyerahan petisyen 3,158 mahasiswa melalui MPP UIAM kepada Timbalan Rektor UIA (Akademik dan Penyelidikan), Prof Datuk Dr Md Tahir Azhar.
Baca lagi di http://gamisdaily.com/blog/?p=1114
tidak perlu berbahas pasal jubah dan topi. mari kita singkap kembali siapa yang kita ikut.. i meant pemakaian jubah dan topi semasa convo. mestilah barat yang mula, convo pertama di oxford, mereka convo kerana kagum dengan ilmu org islam yang memakai jubah dan serban dek ketamadunan islam pada ketika itu, walhal kita pula mengikut barat secara membuta tuli tanpa tahu asal usul… jadi bagi saya tidak ada makna berconvo.. kerana saya pernah jumpa org tidak pergi convo phd, master dan degree beliau. asif…
Inilah tandanya berkahir sebuah legasi unik UIA yang kita banggakan suatu ketika dahulu.
The Songkok was part and parcel that reflects iium/uiam… thats why universities in Malaysia need to reflect themselves… running universities is not supposed to be business, it should be building future leaders… I wonder how do we get this message across… students should be treated as part of the university…
Apart from that, as far as i know, iiu is the only university, where ex-students still where the songkok for many function (raya, kawin.. you name it.. the songkok is usefull still)…
Hafiz J
cubalah tanya pendapat2 mereka yg convo pada ari tu? diorg seronok ke tak bila dpt tahu uia dah pun selaraskan uniform konvo kali ni dgn ipt2 lain… bukan uia jer ipt yg pakai songkok n line kat tudung. KUIS (KISDAR) tu pun pakai juga. mmg sebijik lah uniform konvo tu. kalau student yg dari KUIS tu konvo kali ni pakai uniform yg sama, tak der bezalah gambar konvokesyen untuk ijazah dgn diploma. apa yg penting di sini adalah cara pemakaian uniform konvo mestilah menutup aurat. ada tak kali ni UIAM umumkan yg non-muslim female tak perlu bertudung? tak der, kan? kan? kan? istiadat konvokesyen pun masih bermula dgn bacaan Bismillahirrahmanirrahim dan Iqra’, Intermission dengan lagu2 nasyid dan Masih lagi ditutup dgn bacaan doa dan surah al-‘Asr… malah kitab al-Quran masih lagi menjadi keutamaan di pentas UIAM. yang tu kita masih lupa untuk pertikaikan. sbb itulah kelainan yg ada dalam majlis konvokesyen UIAM. Bukan hanya jubah dan topi yg perlu dilihat sbb uniform tu just a small part. benda yg remeh pun boleh dijadikan masalah besar ke?
p/s: bg yg dah konvo, tak perlulah pertikaikan uniform skrg. sbb kita2 smua dah konvo dan dah pun keje… biarlah ini menjadi urusan pelajar2 yg masih blajar di UIAM sbb diorg yang kena pakau uniform tu nnt dan kita tidak lg punya hak bersuara tentang perkara tersebut sbb dah pun konvo. hehe… jd, sesamalah kt renung2kan smua ni dari sudut pandangan yg positive. bukan negative jer… “aurat tu yang penting!”
salam…
teringat pada zaujah anta…
dulu…kami sama2 melangkah kaki di kelas yg sama di matrik uia…masih terasa betapa bangganya kami kerana menjadi warga uia…
zaujah anta grade dahulu sebelum ana…tp melihat dia menyarung jubah hijau itu membuatkan ana semakin bersemangat meneruskan perjuangan di uia walaupun zaujah anta dah x bersama ana lg…kerana ketika itu ana rasa x sabar sgt utk memakai jubah hijau itu…
jubah hijau itu kebanggaan kami…terasa perjuangan selama hampir 6thn di uia itu terasa indah sgt,n kami mahukan hari bersejarah itu juga indah…
tp melihat jubah biru itu (macam perang ‘biru’ ‘hijau” lak kan)….ana rasa x sggp melihat adik ana convo nanti dgn jubah tu…x cantik, x da “cantik”….
to black (komen #27)…
untuk pengetahuan black, src yang lepas zaman anda pun turut mencari sponsor. bukanlah mereka bergantung sepenuhnya pada duit stadd. saudara mungkin tak rasa kesukaran sangat mencari sponsor sebab saudara mungkin dikira ‘anak emas’ dengan diberi peruntukan yang besar walaupun saudara claim saudara dapat beribu2..(boleh dipersoalkan jugak nih. mana saudara belanja duit tu??) pelik!!!
tentang pemakaian, saya setuju mungkin ada yang berpendapat ianya perkara kecil jer. TAPI, sekecil2nya pun, itulah yang orang tengok. memang masih dikekalkan pembacaan al-quran dan sebagainya. tapi yang lebih obvious kepada masyarakat luar ialah pemakaian. sangat sedih bila kita tidak unik dah. bila students nak wat program atau bertanding pilihanraya, bukan main lagi pihak pentadbiran cakap perlu keunikan dan identiti sendiri. tapi pentadbiran jugak yang nak ikut universiti lain.. bagai meludah ke langit la pulak!!!
haha..saya pun tak suka ngan jubah baru kita..saya grad next year 2009..sedih sangat bila tau uia dah tukar jubah konvo..baru nak rasa n bermegah ngan jubah kita yang dulu, len dari U-U yang lain..tapi, mimpi jadi mimpi je..sedihnya hati ini..sobsob..
baru nak tunjuk kat parent betapa uniknya uia..tapi dorang pun tak sempat nak rasa..UIA dah tak da spirit triple ICE..sedih sangat2..
salam..
sy mmg sedih bila tahu uia da tukar jubah convo..
xd cacat cela jubah dulu..
cume, mgkin designnya sgt kemas dan cantik amat sgt..
kalo nk dibandingkan dgn U lain..personally, bg sy tiada tandingan..
lgpun membazir sj..jubah yg dah bagus di tukar dgn yang lain..
ingat.. nk berbangga sb sy convo 06 merupakan first batch convo ngan rektor baru, tp…..xsangka jd mcm ni..
jubah uiam tinggal kenangan..sedih dan terkilan sgt..geram pun ada..
pas ni, kt dah ikut standard la plak..tiada lagi keunikan tersendiri..
apapun sy mendoakan uiam terus cemerlang, jgn rosakkan imej U kt..ameen
[…] (Khabarnya, kampus kehidupan yang saya tinggalkan, telah berubah sekarang. Ia memilih untuk “menjadi kesamaan” berbanding “mencari kelainan”. Lihat di sini) […]
Inilah akibatnya bila politik telah mempengaruhi pemikiran pentadbir universiti.
salam
dear bro.
anyway, i totally agree w u.and even i used to open a vote regarding the “new appearance” during convo. in the alumni yahoogroups. [ReachCircle@yahoogroups.com].i’m the last batch using the songkok n the old robe..so sad.
i just wonder…is there any action or response on the issue by the alumni?…i mean the board of IIU alumni?…
to me…better we preserve the legacy…it’s already 25 years!!…and so sudden they change!…i don’t know what happen for the next 25 years….
halis
convo 2007
kalo pakai kopiah korg setuju tak?
songkok atau mortarbot (betul ke ejaannye?)
hanyalah formaliti… kite juga diberi pilihan sama ada nak konvo atau tidak…
substance nyer pemakaian robe pada hari convo hanyalah merupakan tanda kenangan…
tanda kita habis belajar hanyalah dengan menerima release letter..
salam….
sedih uia dah x pakai songkok ngan tudung yang ada benang mas tu masa konvo… perubahan yang tah hapa-hapa..
Ana masih simpan lagi songkok tu di kampung, cuma tidak seperti saudara-saudara bangga memakainya, ana agak takut nak memakainya kerana hormat. masa anak nikah tahun 2006 dulu ana ana pilih untuk tidak pakai walaupun terasa dalam hati nak pakai, pasal takut2 akan menjatuhkan nama iium. tapi daripada banyak2 cenderahati konvokesyen iium, songkoknya lah yang paling berharga. simpati kepada graduan yang akan datang apabila cenderahati ini tidak dibawa pulang sekali. bangga jadi graduan iium.
BBA ’04
Citer pasal songkok berjalur kuning UIAM ni, itulah satu-satunya cenderahati… cenderamata yang saya ada sejak konvokesyen 2003 yang lalu. Masa tu saya baru habis pengajian sarjana saya dalam education. Songkok tu sering juga saya pakai di kepala semasa membaca Khutbah Jumaat di masjid-masjid. Kini saya sedang melanjutkan pengajian saya ke peringkat Doktor Falsafah pula di UKM. Bila difikir-fikirkan setidak-tidaknya ada juga tanda kenangan kita di UIA. Tanda kenangan itu harus dijaga rapi.
Salam…
Saja nak mencelah kat sini.
Kesian juga kat korang e, esp yang dah malalui pengalaman konvo dengan songkok mesti terasa macam tak best etc. Anyway, saya faham apa yang korang rasa.
Actually saya budak engine UiTM. Saya memang pakai mortar board pun masa grad dulu. Jadi value tu terasa bukanlah bergantung pada apa yang dipakai, tapi value konvo tu sendiri.
By the way jeles sbnrnya sbb UIA boleh dengan bangga berkata nak lahirkan Jurutera atau Profesional Muslim tapi university saya plak dgn ‘bangga’ mengaku tak akan ada ustaz-ustazah lahir dari UiTM. Pelik betul masa dengar tu, agak kecewa kerana yang berkata tu tersangatlah tinggi jawatan di UiTM dan sangat sayangkan Melayu!
Macam2 kerenah manusia! Akhirnya tak banyak pun profesional lahir dari situ. Yang biasa2 bersepahlah.. Semua sebab utamakan sangat kuantiti, bukan kualiti.
Anyway, UIA patut teruskan identiti unik yang dah sedia ada. Bukan tukar sebab nak jadi macam orang lain… (sedangkan sebenarnya ada banyak orang nak jadi macam kita, kita pula nak jadi orang lain. Ah! Rumput di laman jiran memang selalu nampak lebih hijau! 🙂 )
Assalamualaikum… Muhtar,
Apa pakaian jubah, topi dan songkok pun tak kisahlah janji anda berjaya ke marcu kecermelangan.. dan sudah bekerja dengan baik.. Ibu bapa yang melahirkan lagi bangga dengan kejayaan anak itu semasa di pentas dengan jubah dan apa jua… mereka sikit pun tak fkirkan hebatnya songkok atau topi bertali… janji anak mereka ada segulong ijazah dengan kemampuan anda.
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Hjh Noor Azizan;
Alhamdulillah, terima kasih atas komentar Hjh.
Entahlah, membaca komentar Hjh membuatkan saya tiba-tiba terkenang Temasik yang kini menjadi Singapore…
Wallahu a’lam.
Salam,
Iya, sedih bila mengenangkan “matlamat sering meng HALAL kan cara”. Previously UTM juga konvo memakai songkok di bawah kepimpinan mantan Tan Sri Ainudin Wahid, tapi kini telah di “SAMA TARAF” kan dengan lain2 U.
Masjid yang menjadi LAMBANG KEMEGAHAN UTM, juga sering diimarahkan dulu, tapi kini? segalanya kelihatan (&(^(%*%^&&(^$#@$)….
saya nak mencelah sikit ni.. saya graduate dari UIAM sept 02.. time nk konvo dulu, kena pakai tudung dgn lace gold.. selalu tertanya knp UIA xde mortar board.. but then, br sy fhm… itu yg wat UIA special.. dan unik.. bl dgr jubah UIA dh kena tkr coz nk standardize with uni, mcm x stuju jer.. hilang sudah keunikan kita… memglaa btl byk dh kolej islam lain n uni islam lain yg dh wat budaya songkok n tudung lace.. but then, who started it.. UIA did… n personally, i’m proud to be one the gradutes who got to wear it on my convo day.. really miss Gombak.. thanks a lot IIUM, garden of virtue and knowledge…
salam, sekadar kongsi pengalaman
masa undergrad, konvo mcm org putih – grad dr usa. master plak, grad cara uia (jubah lama). masa tu, tertanya2 naper kena pakai sama – tudung cream cair(which is really not my color!), dan lagi satu, naper tak der mortar board. rase mcm tak cukup jer, sbb mortar board tu satu lambang pencapaian akademik seseorang. now, anticipating convo seterusnya di uia for my phd oktober ini. dpt tau ada mortar board..yahooo!!! i like!!! tp, persoalannya, samabentuk dgn adik2 or laen. saya berharap ia berbentuk bulat!
tukar songkok dgn mortar board bukan satu masalah bagi saya, sbb saya mmg favor mortar board..hehheeh. dan saya rasa, perkara ini bukan sampai menyelewengkan aqidah saya, insyaAllah.
alangkah, lebih baik mengekalkan pemakaian songkok drpd topi keras 2. lebih bgus krna m’gekalkan ciri k’islaman. tp, p’kaian topi keras menyerupai pemakaian paderi.
banyak cara digunakan scra halus oleh yahudi untuk untk rosakan islam.