“Semoga kita berjaya mengharungi gelora mehnah dan tribulasi kehidupan menuju ke pelabuhan kejayaan”
As-Sarawaki, 4 Februari 2008: Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’un. Wallahi, Akan Tiba Masa.. Tangan dan Kaki Berbicara! Inilah satu kepastian: Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepadaNyalah kita akan dikembalikan! Alhamdulillah, hujung minggu yang sudah adalah minggu kesibukan berprogram dan minggu turut sama merasai musibah. Semoga usaha ini diterima oleh Allah SWT sebagai ‘amal bermanfaat di dalam Memburu Kecemerlangan Di Sekolah Kehidupan. Benarlah betapa Tujuan Hidup Adalah Bersedia Untuk Mati!
Pada pagi Sabtu, saya dan rakan-rakan Yayasan ‘Amal Malaysia (Miri) terlibat di dalam Karnival Ma’al Hijrah di Masjid Ar-Rayyan, Permyjaya. Sebelah petangnya, saya bersama beberapa orang sahabat terus menuju ke Taman Negara Similajau di Bintulu setelah dimaklumkan tentang tragedi 2 pelajar Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang Miri mati lemas ketika mengikuti kem kepimpinan anjuran pihak sekolah di sana. Tengah malamnya kami bergegas balik semula ke Miri kerana perlu menunaikan amanah sebagai fasilitator Bengkel Halatuju Harakah Islamiyyah Miri yang diadakan pada pagi Ahad keesokannya. Setelah selesai program, sebelah petangnya sekali lagi dengan lebih ramai sahabat-sahabat beserta isteri dan keluarga berkonvoi ke Taman Negara Similajau untuk mengikuti perkembangan semasa tragedi, sebahagiannya membantu ikhtiar mencari dan menyelamat, memberi sokongan moral kepada pihak penganjur yang merupakan sahabat-sahabat akrab serta memberi dorongan semangat iman dan segenggam tabah kepada ahli keluarga yang terlibat.
Sila baca berita lanjut mengenai tragedi ini di pautan berikut:
2. Mayat pelajar lemas ditemui
3. Mayat pelajar lemas ditemui, seorang masih hilang
4. One of two missing students found dead
5. Second missing student found
Alhamdulillah, siang tadi jenazah kedua-dua pelajar Tingkatan 4 tersebut – Allahyarham Zaid Mohd Dzulkhairi Julaihi dan Allahyarham Mohd Arif Abd Rahman telah selamat dikebumikan. Allahyarham Zaid dan Allahyarham Mohd Arif saya kenali secara langsung kerana kedua-duanya pernah menjadi peserta ceramah motivasi yang saya kendalikan. Sementara itu, keluarga kedua-duanya pula saya kenali secara tidak langsung kerana ayahanda Zaid adalah seorang Pengurus di syarikat tempat saya bekerja, manakala ibunda Mohd Arif saya kenali ketika dijemput menyampaikan ceramah di sekolah beliau. Malah bapa saudara Mohd Arif, yang menggunakan nickname Ali Putera merupakan antara penziarah laman weblog ini. Ukhuwwah fillah selamanya cikgu!
Barat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. ‘Ala kulli hal, sebagai saudara seaqidah, mari bersama kita doakan semoga keluarga yang menerima musibah ini redha dengan Qada’ dan Qadar Allah SWT serta dikurniakan ketabahan dan kesabaran. Mudah-mudahan ketabahan dan kesabaran kalian beroleh ganjaran kebaikan dan kemuliaan. Semoga kalian beroleh Syurga!
Melalui entri ini, saya juga ingin mengajak tetamu ziarah yang budiman sekalian mendoakan semoga roh Allahyarham Zaid Mohd Dzulkhairi Julaihi dan Allahyarham Mohd Arif Abd Rahman ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Semoga amalan baiknya diterima oleh Allah SWT dan segala kesalahannya diampunkan oleh Allah SWT Yang Maha Pengampun. Semoga kuburnya dijadikan sebagai salah satu daripada Taman-taman Syurga. Amiin Ya Rabbal ‘Alamin.
Sebagai nasihat buat kita dan seluruh insan-insan bertaqwa lagi beriman, berikut disertakan satu artikel tentang ‘Musibah dan Muhasabah: Kenapa Kita Diuji’ yang telah diterbitkan di laman weblog Task Force Kecemerlangan Miri: http://taskforcemiri.wordpress.com/2007/09/04/muhasabah-kenapa-kita-diuji/. Semoga ada manfaat dan khairnya dunia dan Akhirat.
Musibah dan Muhasabah: Kenapa Kita Diuji?
Semua manusia di muka bumi ini dalam apa peringkat sekalipun tidak terlepas daripada ujian Allah. Raja diuji, rakyat diuji, orang besar diuji, orang kecil diuji, orang perempuan diuji, orang lelaki diuji, orang jahat diuji, orang baik-baik pun diuji. Semua manusia tidak akan dapat mengelakkan diri mereka daripada diuji.
Ujian itu berbagai-bagai pula bentuknya. Bahkan seribu satu macam ujian datang menimpa dan datang dengan tidak disangka-sangka. Ada yang diuji dengan musibah kematian, kemiskinan, kesakitan, bencana alam, kejahatan manusia, fitnah, dengki, penyakit bawaan haiwan, bahaya yang datang dari makanan, bahkan adakalanya ujian perasaan. Kadang-kadang perkara-perkara yang tidak terfikir dan terduga dek akal pun boleh menjadi ujian kepada manusia. Ujian yang menjadi rahsia dalam rahsia Allah.
Ujian demi ujian datang menerpa. Isteri memudharatkan suami, suami memudharatkan isteri. Anak memudharatkan ibubapa, ibubapa memudharatkan anak-anaknya. Murid-murid memudharatkan guru, guru-guru memudharatkan murid-muridnya. Adakalanya kenderaan memudharatkan manusia. Harta juga sering memudharatkan tuannya sebagaimana pangkat dan kuasa memudharatkan pemiliknya. Paling menyedihkan apabila sahabat mengkhianati sahabatnya. Malah lebih malang lagi ialah apabila pendakwah menabur fitnah kepada pendakwah yang lain!
Ujian, mehnah dan tribulasi adalah lumrah di dalam Sekolah Kehidupan ini. Kalau memang sudah begini hakikatnya, alangkah baiknya jika ketika kita diuji dalam keadaan kita mentaatiNya daripada diuji dalam keadaan kita menderhaka kepadaNya. Ini kerana sudah tentu ujian dalam keadaan kita mentaatiNya itu pasti akan mendapat redha Allah selain mendapat darjat dan pangkat di dalam Syurga. Kalau dalam derhaka kemudian diuji juga, maka rugilah di dua negeri. Di negeri dunia mendapat kesusahan, di negeri Akhirat sana Neraka pula menjadi balasan. Na’uzubillahi min dzalik.
Apabila menyebut tentang ujian, maka renungilah falsafah bermakna yang digali rahsianya dari Kitab Suci Al-Qur’an Al-Karim berikut. Hayatilah ia dengan mata hati, semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua. Amiin.
KENAPA AKU DIUJI?
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah Al-Ankabut, ayat 2-3)
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah, ayat 216)
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah Al-Baqarah, ayat 286)
RASA FRUST?
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.” (Surah Ali ‘Imran, ayat 139)
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” (Surah Ali ‘Imran, ayat 200)
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” (Surah Al-Baqarah, ayat 45)
APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…” (Surah At-Taubah, ayat 111)
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” (Surah At-Taubah, ayat 129)
AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
“… dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf, ayat 87)
Semoga segala persoalan dan rintihan yang melanda jiwa dan sanubari kita terubat dengan janji-janji Allah… Sesungguhnya kepada Kitab Suci Al-Qur’anlah tempat kita merujuk segala permasalahan kerana ia adalah penawar… Penawar untuk kita… Marilah kita kembali kepada Al-Qur’an… Kembali mengamalkan ajaran yang terkandung di dalamnya sepenuhnya… Semoga Allah memberkati kita semua dan manusia beriman seluruhnya! Amiin.
Sebagai penutup, bersama kita fahami firman Allah SWT:
“Demi Masa, Sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman, dan beramal soleh, dan saling berpesan-pesan kepada kebenaran yang Haq, dan saling berpesan-pesan kepada kesabaran.” (Surah Al-Ashr, ayat 1-3)
Wallahu a’la wa a’lam.
Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’un… al-fatihah… menarik artikel ni…
al-fatihah… semoga roh adik2 kita itu ditempatkan bersama dgn orang2 beriman… amiinnn… sentiasa bermuhasabah diri… semakin dalam kita bermuhasabah, semakin jauh kita kenali diri, semakin dekat dengan Al-Malik, semakin sadar akan betapa kerdilnya kita… semakin bersedia dgn segala ujian yg mendatang dariNya…
Al-Fatihah… Bersama kita pohon pada Ilahi semoga roh anak-anak tersebut berada di kalangan orang-orang yang soleh. Ujian serta musibah yang Allah berikan ada hikmah di sebaliknya. Kedua ibubapa anak-anak tersebut perlu bersabar kerana kita adalah hak mutlak Allah. Daripada Allah kita datang kepada Allah kita dikembalikan. Firman Allah SWT yang dicatitkan adalah menjadi pedoman untuk diikuti bagi menempoh hari yang mendatang. Syabas adik Muhtar dengan artikel tersebut.
Sesungguhnya segala kenikmatan dan kemalangan yang berlaku dlm hidup kita adalah ujian dari Yang Maha Esa.
Salam…
Semoga kematian itu akan menjadi ikhtibar pada kita yang masih hidup…
Sungguh… KEMATIAN itu pasti…
Maaf… Belum berkesempatan lagi mengikuti apa-apa program… agak sibuk sedikit… maklum masih dalam proses belajar nak jadi isteri solehah… nak kejar ganjaran pahala seorang isteri solehah…
Semoga Allah mudahkan segalanya…
Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud tertantu. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian samada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula elatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu.Allah Maha Pengasih; jauh sekali Allah takdirkan ujian hanya untuk menyusahkan hamba-Nya.
Firman Allah dalam surah Al Imran; 142 yang bermaksud:
“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.”
Apapun yang penting niat yang Ikhlas kepada Allah…
Macamana nak Tahu keikhlasan Kita ?????
Allah saja yg tahu…
Terimalah sagala ujian yang besar mahupun yang kecil sebagai satu didikan terus dari Allah. Dan ingatlah, andaikata kita diuji, kita masih wajib bersyukur kerana masih ada 1001 jenis nikmat lain yang Allah kurniakan kepada kita! Jadi mengapa mesti merungut ketika diuji?
dalam hidup ini memang banyak ujian.
moga kesabaran menjadi milik kita.
dan benar, walau seberat mana pun ujian menimpa kita, kita wajib mensyukuri kerana masih banyak nikmat lain yang dikurniakan Allah kepada kita.
Sabda Rasulullah SAW: “Ajaib sungguh segala urusan orang yang beriman (Mukmin). Setiap urusannya baginya baik. Jika diberikan kebaikan maka ia bersyukur, maka ianya menjadi baik baginya. Apabila ditimpakan musibah padanya maka ia bersabar, maka itupun menjadi baik baginya…”
me tumpang lalu jer bro..
selamat bercuti.. hati2 djlnraya..
assalmmualaikum…
sdr mukhtar…
saya berkesempatan berada di hutan Similajau… maklumlah ahli keluarga… apatah lagi anak buah yang paling disayangi…
memang benar sesuatu kejadian itu membawa kepada muhasabah diri… menilai… bercemin pada jagat diri… ia satu tuntutan.
kalau kita bisa bicara… bisa memberi motivasi… bisa berkhutbah… bisa mengajar… bisa baca doa…. hebat di mata sendiri mahupun teman dan rakan taulan…
JANGAN LUPA… JANGAN LUPA… JANGAN LUPA… KADANG-KADANG KITA LUPA ADA YANG KITA TERLUPA…
adakah kita menguasai ilmu hutan belantara yang penuh dengan onak, duri, misteri dan makhluk-makhluk lain penghuninya…
adakah kita menguasai ilmu air sungai, laut, ombak, pantai, pasir, batu, arus… dan misterinya serta penghuni makhluk lain yang berkongsi dengan kita…
Kalau tiada ilmu di dada tentang apa yang dibicarakan… muhasabahlah diri… muhasabah bukan saja dituntut selepas tapi sebelum juga amatlah perlu…
sdr mukhtar…
kalau perancangan yg tersusun, program teratur… ikut aturan dan tidak menyombong diri serta kenal diri… berlaku juga musibah… kekecohan tidak berlaku… dendam tidak berlaku… lidah marah menjadi kelu… jiwa memberontak menjadi kaku…
semoga roh anakanda muhammad arif dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang yang sholeh… amin…
AL-FATIHAH.
InsyaAllah esok-esok sambung lagi…
Al-Fatihah.
Bagi sesiapa yang berkenan utk melawat friendster mereka bagi memberi ucapan takziah, terus saja ke sini:
Arif:
http://profiles.friendster.com/55878050
Zaid:
http://profiles.friendster.com/42995480
Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Amin.
Beriman perlulah diuji…
Bersama Kami Untuk Yang Lebih Baik (http://www.keampunanallah.blogspot.com)
Assalamualaikum…
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul…
Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah. Lalu Allah berfirman: “Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia.” Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang dibenci oleh umat manusia.
Lalu Allah berfirman lagi: “Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.”
Subhanallah…
Sesungguhnya janji Allah swt itu Maha Benar. Mana mungkin kita mampu menidakkan yang Maha Benar. Namun kecuaian membawa padah yang tidak akan dilupa sampai bila-bila. Semoga kejadian seperti ini dapat memberi pengajaran yang BERKESAN kepada individu/ kumpulan yang berhajat untuk membuat aktiviti luar sekolah bagi murid-murid yang cemerlang, moderate dan sebagainya.
sambungan…
kalau dihalusi dari pelbagai sudut, mata, telinga, bicara, kata, baca dan segalanyanya… satu kesan yang besar kepada warga guru, sekolah, jabatan hatta kementerian… masyarakat macam ada unsur kehilangan kepercayaan kepada guru/ sekolah dalam membawa anak anak mereka… kesan besar ini merangkumi semua wajah-wajah warga pendidik… kita dinilai oleh satu kelompok yg besar…
apakah kita tiada pekeliling khusus utk aktiviti luar?
jawapan ada… kalau ada mengapa alpa… kerana dah biasa… kenapa biasa… kerana tak kenal erti keselamatan… apa itu keselamatan… kalau saya tafsirkan itulah… LOVE, KASIH SAYANG… sayangkan kaki berkasut kita… sayangkan kepala bertopi kita… sayangkan… sayangkan… sayangkan…
akhir kata
SELAGI
langit kujunjung
bumi kupijak
aku insan biasa
salah bicara…
salah kata…
salah bahasa…
salah membaca…
kemaafan dipinta.
Salam…
Semoga ada ikhtibar di atas apa yang berlaku… semoga tiada pihak yang disalahkan… ditunjukkan semua kesalahan setelah semua ini berlaku…
Kenapa mesti ada salah menyalah??? Walhal semua pun orang tidak mengharap perkara ini berlaku…
Kesian pula kalau sebelah pihak sahaja disalahkan…
Assalamualaikum
Ambilah iktibar dan pengajaran terhadap apa yang berlaku… jgn salah menyalah antara satu dengan yang lain, jgnlah dijadikan peritiwa itu sebagai titik permusuhan antara kita semua… jadikanlah apa yang berlaku itu sebagai cermin muhasabah diri… Berkatilah persahabatan kita semua…
Salam.
Setiap yang hidup pasti akan mati. Terpulang kepada Pencipta untuk mematikan seseorang itu dengan apa cara sekalipun. Sebagai hamba Allah kita perlu lah REDHA dengan ketentuanNya. Tiada keluh mengeluh, tiada salah menyalah, tiada tunding menunding… Memang susah sebagai manusia untuk mencapai tahap REDHA ini..
me insaf dgn kekurangan n kelemahan diri me yg inih..
saya turut berasa simpati terhadap nasib yang telah menimpa dua insan ini. saya yang mengenali arwah arif akan sangat merinduinya. semoga dia bahagia di tempat yang lebih selamat.
Assalamualaikum..
Terjumpa page ni bila rasa rindu datang menerpa yang membuatkan jari tiba-tiba mahu mencari seandainya tragedi yang terjadi didepan mata ada dikhabarkan dalam mana-mana laman sesawang. Alhamdulillah terjumpa juga satu yakni yang ini.
Lima tahun sudah berlalu. Namun tidak akan pernah lupa tragedi hitam yang umpama masih segar dalam ingatan seolah-olah baru semalam terjadi. 2 Februari 2014 akan menjadi tahun ke-6 mereka meninggalkan kita buat selama-lamanya.
Tragedi ini sedikit sebanyak memberi tamparan hebat kepada diri bahawa mati itu bila-bila masa sahaja dan dalam macam-macam cara. Pernah timbul penyesalan dalam diri mengajak kedua-dua arwah menyertai program ini. Sedikit demi sedikit rasa penyesalan mula memakan diri sehinggakan saya berubah dari periang ke pendiam. Tetapi, masa merubah semua walaupun perlahan. Saya terima akan ketentuan, ajal maut di tangan Allah.
Memang tidak menyangka mereka pergi dalam keadaan yang menyedihkan dan tragedi tersebut terjadi betul-betul di depan mata saya sendiri. Agak terkilan dan kecewa dengan diri sendiri kerana tidak mampu untuk berbuat apa-apa demi menyelamatkan mereka selain air mata yang pantas mengalir dan berdoa kepada Allah mereka berdua selamat.
Memang pernah terjadi bila mana perasaan geram, marah, kecewa timbul apabila mana-mana badan penyelamat gagal untuk tampil dengan lebih pantas yang mana saya rasa mereka berdua boleh diselamatkan lagi.
Namun, sudah menjadi ketentuan Ilahi. Saya redha. Kami redha.
Sebagai sahabat, rakan seperjuangan, mereka berdualah yang menjadi pendorong untuk saya lebih berusaha untuk memperoleh kejayaan. Setiap hari saya ingat akan mereka. Setiap hari saya akan berkata, ‘Alangkah indahnya kalau mereka berdua masih ada. Tentu mereka berada di universiti yang terkemuka sama ada di dalam atau luar negara.’
Wahai sahabat, damailah kau di sana. InsyaAllah, kita akan berjumpa lagi suatu hari kelak di Jannah Allah yang abadi..
Buat abang Muhtar, terima kasih atas segala nasihat yang diberi. Masih segar dalam ingatan bila mana abang datang ke kem pelajar PMR yang dianjurkan di Taman Negara Lambir pada tahun 2007 sebagai jemputan untuk memberi kami motivasi sebelum berjuang dalam PMR 2007. Abang telah saya jadikan inspirasi untuk peroleh kejayaan. Alhamdulillah, saya berjaya masuk ke salah sebuah universiti atas dorongan yang telah abang berikan kepada kami semua.