“Converts of Peace, Reverts to Islam – Statistics in USA”
More Videos at YouTubeIslam.com, IslamTomorrow.com and TurnToIslam.com.
As-Sarawaki, 10 Ogos 2007: Alhamdulillah, segala puji selamanya milikMu Ilahi Rabbi. Entri ini adalah kesinambungan dari entri sebelum ini iaitu This Is Islam.. Beautiful Way Of Life, Perfect Way To Live dan Yusuf Estes: Hidayah Nikmat Paling Berharga!. Di kala isu murtad hangat diperbincangkan, di laman weblog ini saya lebih suka mengambil pendekatan menonjolkan peribadi-peribadi yang telah beroleh hidayah Allah SWT untuk menganut agama yang suci murni ini. Penting untuk kita selamatkan mereka-mereka yang berbaris panjang membeli tiket percuma untuk masuk ke dalam Neraka Jahannam. Namun adalah sesuatu yang mendesak malah rasanya lebih penting untuk kita terus memantapkan keimanan kita kepada Allah SWT. Mudah-mudahan dengan mendengar, mengetahui dan menghayati kisah-kisah insan-insan terpilih yang beroleh hidayah Allah SWT ini, insya Allah ia akan menjadi penyejuk mata, penawar hati, penguat iman dan penggilap semangat juang.
Sepanjang dua ceramah saya iaitu “Mencari Rib’i Abad Ke-21” di SMK Agama Miri sempena Program Usrah Perdana sekolah berkenaan pada hari Rabu malam Khamis yang lepas, dan ceramah “Isra’ dan Mi’raj Pemangkin Kecemerlangan Insan” di SM Teknik Miri semalam, antara isi utama yang saya tekankan ialah peripentinganya jatidiri umat Islam diperkukuhkan. Saya turut menegaskan pentingnya kita kembali menghayati ajaran Islam, menjadikan Islam sebagai Ad-Din ya’ni cara hidup serta menjadikan agama yang tercinta ini sebagai misi kecemerlangan tamadun. Jangan sampai kepincangan kita dalam beragama menjadi fitnah kepada keindahan dan kecantikan Islam. Pendek kata, marilah kita memandaikan diri dan masyarakat dengan kesyumulan Islam demi memastikan nur ya’ni cahaya keunggulannya terus bersinar terang-benderang dan melimpah ruah. Sungguh, kemuliaan kita kerana Islam!
Melalui entri ini, saya kongsikan dengan tetamu ziarah yang budiman sekalian kisah pengIslaman Saudara Nicholas Sylvester yang sesungguhnya penuh dengan inspirasi dan tentunya akan menghangatkan lagi percikan rasa keimanan, menyemarak obor semangat keIslaman dan memarakkan bara api perjuangan. Semoga ada khair dan manfaatnya, mudah-mudahan.
Islam Beri Ketenangan Kepada Nicholas Sylvester
KETIKA umurnya 12 tahun, selepas selesai menjalani upacara Baptism Confirmation (atau pengkristianan), Nicholas Sylvester dipilih oleh pihak gereja sebagai Soldiers of Jesus Christ. Antara lain anugerah itu bermaksud Nicholas layak untuk meninggalkan kehidupan yang biasa kepada kehidupan yang lebih beragama dengan sepenuh masa melaksanakan pelbagai tuntutan dan ajaran Kristian.
“Jadi selain bersekolah, masa saya banyak dihabiskan dengan menghadiri pelbagai upacara gereja, terutama sebagai anggota koir gereja dan melakukan kerja-kerja kebajikan seperti mengunjungi para pesakit di hospital-hospital dan menghulurkan apa juga bentuk bantuan yang para pesakit perlukan,” kata Muhammad Abdullah Nicholas Slyvester ketika ditemui untuk satu temuramah.
Dibesarkan berhampiran gereja terbesar di Sabah, Cathederal St. Mary, Kota Kinabalu, dan bersekolah di sebuah sekolah Mubaligh Kristian, iaitu di Sekolah Rendah Sacred Heart, tidak menghairankan jika anak sulung daripada enam adik-beradik ini akan mempertahankan agama itu sehingga ke akhir hayatnya.
Sementelahan bapanya sendiri merupakan orang kuat gereja. Pada setiap hari Ahad dalam upacara Mass, dari altar gereja bapanya menyeru setiap penganut Kristian supaya memperteguhkan ‘iman’ mereka terhadap Isa (Nabi Isa a.s.) yang didogma sebagai tuhan.
“Sama ada sebagai Anak Tuhan atau kesatuan dua tuhan dalam satu dan mempercayai juga Holy of Spirit (Ruhul Kudus) adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mempercayai Trinity ini tanpa perlu bersoal jawab lagi,” kata bapa Nicholas.
Maka tentunya si bapa menaruh harapan tinggi agar usaha-usaha peneguhan iman dan missionary Kristian dapat diteruskan oleh Nicholas. Namun dalam diri Nicholas sendiri, titik-titik perubahan mula dilihat apabila Yayasan Sabah menawarkan beliau biasiswa yang membolehkannya menyambung di peringkat sekolah menengah di Sekolah Tinggi Batu Pahat, Johor.
Di situ, beliau terpaksa membiasakan diri walaupun hampir 90 peratus pelajar yang menghuni asrama di sekolah itu terdiri daripada pelajar Melayu atau lebih tepat pelajar Islam.
“Namun, pegangan saya terhadap gereja masih lagi teguh ketika itu. Kebetulan pula berdekatan dengan sekolah itu terdapat sebuah gereja. Walaupun ia gereja beraliran Anglican berbanding saya yang bermazhab Roman Katolik, saya tetap mengunjungi gereja itu sebagai satu tanggungjawab penganut Kristian,” katanya.
Bagaimanapun, menurut Nicholas, ‘iman’nya seakan-akan mula goyah selepas mengikuti satu upacara ibadat yang dinamakan Baptism of Fire di gereja itu.
Dengan menjalani upacara itu, diri seseorang itu akan diresapi oleh Ruhul Kudus dengan tanda-tanda suhu badannya akan naik, terasa ada bahang panas dan yang paling ketara secara tiba-tiba dia boleh bertutur dalam bahasa asing yang sukar difahami oleh orang lain.
“Ini dipanggil Language of Tongue. Jadi saya juga mengharapkan agar diresapi oleh ruh tersebut tetapi saya menjadi orang yang terakhir dalam kumpulan tersebut yang tidak diresapi. Tetapi oleh kerana seorang paderi menunggu sambil membaca pelbagai ayat dan doa untuk saya, akhirnya saya terpaksa menipu dengan mengeluarkan bahasa yang saya sendiri reka-reka. Akhirnya paderi tersebut memegang bahu saya dan mengesahkan saya dimasuki oleh Ruhul Kudus itu.
“Sejak itu saya mula rasa cuak mengenai upacara itu dan kebenaran ajaran Kristian tetapi saya terpaksa reserve terlebih dahulu perasaan saya dan tetap menjalani kehidupan seperti biasa. Dalam pada itu saya sering memerhatikan kehidupan penghuni asrama yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar Islam. Saya mula tertarik melihatkan mereka melaksanakan tanggungjawab sebagai umat Islam terutama dalam mendirikan solat berjemaah setiap kali tiba waktu.
“Adab pergaulan mereka yang begitu terjaga dan sopan hasil ajaran agama yang mereka anuti itu sedikit sebanyak turut memberikan kesan dalam hati saya. Tetapi saya hanya mampu memerhatikan,” katanya.
Tamat tingkatan tiga, Nicholas kemudian kembali ke Kota Kinabalu untuk menyambung pelajaran tingkatan empat di Sekolah Menengah La Salle yang juga sebuah lagi sekolah mubaligh Kristian.
“Apabila semakin dewasa, maka otak kita mula bekerja dengan lebih keras lagi. Saya mula menilai agama saya dan ada perasaan ingin tahu yang membuak mengenai agama Islam. Sehinggakan saya sanggup mengikuti kelas mata pelajaran Agama Islam yang tentunya khas untuk pelajar-pelajar Islam sahaja.
“Tidak cukup dengan itu saya mula bertanyakan mengenai Islam daripada pelajar-pelajar tersebut. Walaupun tidak mendapat jawapan yang memuaskan hati, ia tidak menjadi penghalang untuk saya terus mengenali Islam,” katanya.
Nicholas semakin tertarik kepada Islam apabila melihatkan peribadi seorang gurunya yang dikenali sebagai Cikgu Rashid.
Walaupun Cikgu Rashid tidak menjelaskan kepada saya mengenai Islam secara fakta dan hujah namun kehidupan dan peribadi beliau yang begitu baik, patuh pada ajaran Islam dan mempunyai pelbagai sikap yang positif menyebabkan saya semakin nampak akan keindahan Islam itu sendiri,” katanya.
Dalam keadaan itu, bersama ‘iman’ yang masih cuba dipertahankan, Nicholas kemudian mengikuti kursus Test of English as a Foreign Language (TOEFL) selepas mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat di sebuah sekolah menengah asrama penuh terkemuka di Cheras, Kuala Lumpur.
“Sebenarnya, sepanjang enam bulan mengikuti kursus tersebut saya seperti merayakan musim berbulan madu. Ini kerana saya tidak mempunyai masalah langsung dengan bahasa Inggeris. Ini menyebabkan juga saya berpeluang mengikuti pelbagai program anjuran gereja dengan menyertai kumpulan Non Dominational Group yang bersifat Engelical.
“Sehinggalah pada suatu hari, saya bersama dengan beberapa orang kawan sanggup ke Melaka mengikuti satu lagi upacara keagamaan yang dapat mengesahkan keimanan kami terhadap Jesus,” katanya.
Sebenarnya gereja di Melaka tersebut hanya sebuah rumah kedai tetapi di dalamnya telah berkumpul beberapa orang paderi bagi menjalankan upacara itu.
Secara tiba-tiba salah seorang rakan perempuan mereka mengalami kerasukan yang teruk! Dia meronta-ronta, tidak sedarkan diri dan dari mulutnya keluar suara lelaki yang begitu menakutkan dan keadaan bertukar menjadi kecoh.
Mereka cuba diyakinkan agar menerima bahawa budak itu berjaya dipulihkan dengan berkat bantuan Jesus. Bagaimanapun, Nicholas tidak dapat menerima dakwaan itu sekali gus menjadi noktah kepadanya untuk tidak lagi mempercayai ajaran Kristian walaupun agama itu adalah darah dagingnya selama ini.
Pada 4 Januari 1985, Nicholas akhirnya menjejak kaki di bumi Amerika Syarikat (AS). Kali ini beliau benar-benar menghirup udara kebebasan apabila tiba di bumi asing itu. Ini kerana sembilan hari kemudian, iaitu 13 Januari 1985 menjadi tarikh bersejarah bagi Nicholas apabila tanpa menoleh ke belakang lagi beliau melafazkan dua kalimah syahadat di Islamic Centre berhampiran Askansas State University di bandar Jonesboro, Askansas.
“Al-Qur’an Al-Kariim, Surah Al-Ikhlas”
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
- Katakanlah: (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
- Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.
- Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan
- Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.
“Saya masih ingat lagi bagaimana saya menemui seorang berbangsa Arab, Qais Syarbati, bagi tujuan membantu saya memeluk Islam. Lalu dibawanya saya ke pusat Islam itu. Yang menariknya Qais sendiri berkahwin dengan seorang wanita Kristian yang diyakini merupakan golongan Ahli Kitab,” tambahnya.
Sejak itu, Nicholas yang mahu lebih dikenali sebagai Muhammad Abdullah Nicholas Slyvester memulakan hidup baru sebagai individu Muslim yang taat dan patuh kepada ajaran agama barunya.
“Alhamdullillah saya mampu melakukan ibadat dengan baik, malah sebenarnya sebelum menjejakkan kaki ke AS, saya sempat berkhatan dengan mendapat bantuan seorang rakan Melayu yang kemudian mengajak saya untuk berkhatan di kampungnya di Taiping, Perak,” katanya.
Menurut Muhammad, beliau tidak akan memeluk Islam semata-mata kerana kekurangan yang terdapat pada agama lamanya tanpa mengkaji dan mendalami agama Islam itu sendiri.
“Sepanjang di AS, duit saya banyak dihabiskan membeli buku-buku dan kitab-kitab agama dalam pelbagai tajuk dan topik. Mungkin saya tidak ada harta atau wang yang banyak tetapi buku-buku itu kini bagaikan harta yang paling berharga buat saya,” jelasnya.
Selepas meneliti dan membuat kajian terperinci, beliau tidak nampak agama lain yang cukup lengkap selain Islam. Dalam Islam, katanya, sekalipun terdapat mazhab-mazhab yang perlu menjadi ikutan oleh umatnya tetapi semua aliran mazhab itu merupakan hasil usaha-usaha agung dari segi pertumbuhan dan pertambahan khazanah ilmu bagi umat Islam.
“Itulah harta yang paling berharga bagi umat Islam, iaitu khazanah ilmunya yang sangat kaya dan berharga yang tidak lain untuk membimbing dan memudahkan umat untuk tetap berpegang kepada Islam kerana mazhab itu sendiri berasal daripada perkataan zahaba, iaitu jalan,” katanya.
Tidak seperti mazhab-mazhab dalam Kristian yang bukan sahaja tidak menunjukkan jalan, menurut Muhammad, kemunculan kumpulan denominasi Kristian itu berpunca daripada kerana soal perbezaan politik dan rasa tidak puas hati semata-mata.
Mazhab Lutheran, misalnya, dicetuskan oleh Martin Luther King, seorang paderi yang merupakan profesor di Universiti Wittenberg. Luther King menyeru pembukaan debat berkenaan penjualan indulgences di mana taubat seorang itu diterima sekiranya dia melakukan sesuatu iaitu membeli letter of indulgences untuk menebus dosanya. Penjualan ini digunakan secara berleluasa sewaktu Perang Salib untuk menggalakkan orang Kristian menentang tentera Islam.
Apabila ditanya mengenai kepelbagaian wajah-wajah Islam yang boleh ditemui di AS, Muhammad tidak menafikan betapa AS merupakan satu lagi melting pot yang tidak sahaja tertumpu kepada soal bangsa, budaya dan bahasa malah Islam di dalamnya juga terdapat dalam pelbagai warna.
Katanya, semua itu menjadikan Islam semakin indah dan beliau beruntung kerana mempunyai pemahaman asas Islam yang kuat bagi membolehkannya menerima apa juga kepelbagaian yang wujud selepas itu.
Pelajar-pelajar Islam di sana waktu itu didatangi oleh pelbagai lapisan pemimpin Islam.
“Jadi semua ini membuka kepada perbincangan dan perdebatan ilmu. Islam membuka seluas-luas ruang untuk tujuan ilmu. Inilah yang membezakannya dengan agama lain.
“Sedangkan bagi penganut Kristian, mereka dan kitab Bible tidak ada hubungan yang bebas berbanding umat Islam dengan al-Quran. Tidak semua ayat dalam Bible dibenarkan untuk dibaca bagi mengelakkan kekeliruan di samping ajarannya yang lebih kepada falsafah yang diciptakan oleh manusia semata-mata,” katanya yang telah menunaikan dan mengerjakan ibadat haji.
Muhammad berkata, Nabi Muhammad s.a.w. ialah tokoh yang sangat tepat untuk menjadi idola umat manusia
“Jika penganut Kristian berkahwin misalnya, siapa yang boleh mereka contohi sebagai seorang suami atau bapa yang baik kepada keluarganya? Nabi Isa, baginda tidak pernah berkahwin, jadi bagaimana ajaran itu dapat menganjurkan konsep perkahwinan dan kekeluargaan sedangkan ia tidak pernah diinstitusikan dalam agama itu.
“Bukan bermaksud menjadi satu kelemahan kepada Nabi Isa yang tidak berkahwin tetapi Nabi Muhammad adalah individu yang sangat mengagumkan dan sirah hidupnya merupakan satu panduan dan pedoman yang memberikan kesejahteraan kepada umat Islam sepanjang zaman,” katanya.
Berkahwin dengan Halizahtun Mohd. Ali, 41, Muhammad dikurniakan sembilan cahaya mata iaitu Maryam, 19, Fatimah, 17, Omar, 15, Abu Bakr, 13, Aseeyah, 10, Khadeejah, 7, Uthman, 5, Ali, 3 dan Ayesha, 1.
“Apa yang menarik tentang anak-anak saya ialah secara kebetulan karakter mereka bertepatan dengan nama-nama besar dalam Islam itu. Kalau yang Abu Bakar dengan lembut hatinya, yang Omar memang agak garang dan begitu juga Ali, lasak, lincah dan tangkas,” katanya sambil ketawa kecil.
Muhammad yang kini mengetuai Jawatankuasa Biro Dakwah Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia (JIM) membuktikan bahawa gerakan dakwah sememangnya menjadi darah daging beliau.
Beliau bukan sahaja berkongsi pengalaman lampau namun yang lebih meninggalkan kesan kepada pendengar ialah kebolehan Muhammad menyampaikan penerangan mengenai Islam dengan begitu jelas dan tepat.
Muhammad menjadikan kelebihan bertutur dalam pelbagai bahasa terutama Inggeris dan Melayu sebagai satu kelebihan dalam berdakwah.
“Bermuhasabahlah Selalu.. Semoga Kita Temui Jawapan ‘Kita Ini Siapa?’..”
Muhtar says:
Jadilah insan yang menjiwai agama! Marilah kita tanjapkan di dalam jiwa: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku semata-mata kerana Allah, Tuhan sekalian alam! ‘Isy ‘azizan aumut syahidan!
Wallahu a’la wa a’lam.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh;
Sekadar makluman kepada mereka yang bertanya tentang mengapa ‘Saifulislam.Com Ditutup Lagi’, sila ke http://saifulislamdotcom.wordpress.com/.
Wallahu a’lam.
Ya Bro. Muhammad Sylvester ini orangnya komited dan wajahnya penuh dengan penuh sentiasa. Acapkali berjumpa dia mesti dengan senyuman yang bertambah manis dari senyumannya dari hari yang sebelumnya.
Salam alayk,
Alhamdulillah, great opportunity to have talks and discussion
with him. 🙂
He was one of tutor during our programme Journey For The End ll (J4DE ll) at UIAM last month.
No doubt, He is so inspiring!
Terima kasih M.Suhaili kerana mengemukakan article menarik.
Saya kira dakwah kpd non-muslim sangat penting bagi mengukuhkan kedudukan muslim di bumi Malaysia ini.Jika mubaligh kristian dapat menarik ramai orang Sabah,Serawak,juga semenanjung masuk agama mereka,mengapa umat Islam tidak boleh..?Jika kita perbaiki cara berdakwah kpd non-muslim nescaya kita boleh mencipta banyak kejayaan.
Alangkah eloknya kiranya pendakwah2 kita dapat melatih orang Islam lain dengan ilmu,kemahiran,tatasusila dakwah.Buat bengkel,kemudian beri latihan praktikal dengan mendedahkan mereka cara sebenar berdakwah secara live.
Semoga Allah beri kejayaan
assalamualaikum
saudara ada satu artikel menarik yg saya baca baru2 ini di dalam sebuah akhbar terkenal di UK..insyAllah kalau saya ingat mana saya simpan artikelnya saya akan inform saudara..macamanapun..isi kandungannya amat menarik..kebimbangan pihak gereja di Eropah kini semakin menjadi jadi kerana mereka mendapati ramai yg sudah revert to Islam..walaupun mereka memberikan alasan2 mengarut seperti muslim sanggup membunuh priest dan nuns sekiranya mereka menolak Islam..saya tetap amat bersyukur dengan berita ini..ini adalah satu kejayaan!
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih di atas segala response dari tetamu ziarah yang budiman. Semoga lebih ramai pendakwah yang ikhlas berperanan menyebarkan agama yang indah ini. Marilah kita berdoa semoga lebih ramai yang mengikuti jejak mulia Nicholas Sylvester. Amiin.
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Ukhti Sumaiyyah;
Semoga artikel tersebut masih ada dan saya amat berminat untuk memiliki dan menghayatinya. Terima kasih juga atas e-mail yang dihantar. Fastabikul khairat!
[…] Islam Beri Ketenangan Kepada Nicholas Sylvester […]
How to get Ustaz Nicholas phone no. Can somebody please help. TQ.
As-Sarawaki: Sent to you via email. Thanks.
Assalamualaikum……….
Ana Sayuti Bin Abdullah….. Ana teringin sangat-sangat nak dapatkan no. Tuan Hj. Nicholas….. Ana nak berbual dgn beliau sendiri, boleh Tuan Muhtar beri pada ana…… Kalau xda no phone…. email beliau boleh juga…………
As-Sarawaki: Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, ana dah email maklumat ke alamat email anta. Syukran.
ASSALAMUALAIKUM….
Subhanaalllah…..
Begitu besar nikmat Islam yg kita miliki sejak azali lagi. Begitu juga nikmat hidayah Allah kepada hambaNya. Banyak pengajaran yg didapati bila membaca artikel ini. Rasa penuh keinsafan dan penuh kesyukuran terhadap nikmat Islam yang begitu indah sekali…. Syukran atas artikel yg diutarakan di atas. Semoga ramai lagi yg mengikuti jejak langkah Tn Hj… Amiin. Lastly, sapa2 yg tahu emel or no. fon Tn. Hj Nicholas sila lah berikan kepada saya… IinsyAllah banyak program yg ingin saya adakan bersama beliau…. Please bg sesapa yg tahu ok!!!! Syukran kepada semua…..
As-Sarawaki: Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, ana dah email maklumat ke alamat email anti. Syukran.
Salam..
Akh, boleh ana minta email Tn Hj Nicholas?
Anan nak btanya sesuatu kpdNya..
terima kasih..
As-Sarawaki: Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, ana dah email maklumat ke alamat email anti. Syukran.
Hello. Boleh saya minta email Tuan Haji Nicholas? Saya ada kawan yg berhasrat jadi Saudara Baru.
As-Sarawaki: Phone number sent to you via email. Thanks.
Assalamualaikum. Boleh saya minta contact no. Tuan Haji Nicholas ?
Saya ingin betanya jikalau dia boleh memberikan ceramah di sini .
salam
artikel yg amat menarik utk di baca..
boleh ana dptkan lanjut psl ust muhammad nicholas..
mcm mana ana nak contact beliau..
syukaran
Assalamualaikum..boleh minta email atau no hp Tn Hj Nicholas?
Saya ingin bertanya sesuatu kepadanya..
syukran..
Assalamualaikum..
ana juga nak minta email Tn. Hj Nicholas?
subhanaallah..
indahnya Islam.. semoga banyak yang dapat menyedari akan kebenaran agama Islam agama yang suci..
salam sejagat… betul.. tp kebanyakkan mualaf yg hebat2 memeluk islam khususnya di bumi sabah tidak seindah yg di perkatakn kerana mereka hnya sibuk berkelana berdakwah di bumi semanjung padahal d sana lbih rmi tokoh2 agama brbanding disabah yg amat kkurngn tokoh2 agama islam…inilahyg perlu di perbaiki…