As-Sarawaki, 6 April 2010: Alhamdulillah, hari ini Allah SWT menggembirakan keluarga kami dengan kelahiran anak kedua iaitu adik kepada anak sulung kami Muhammad ‘Izzul Islam. Bayi seberat 2.75kg ini selamat lahir ke alam dunia pada pukul 11.58 pagi tadi, hari Selasa, 21 Rabi’ul Akhir 1431H bersamaan 6 April 2010 di Columbia Asia Hospital, Miri. Doakan semoga cahaya mata kami ini akan menjadi hamba Allah yang soleh serta menjadi penyambung perjuangan suci Rasulullah SAW. Mudah-mudahan akan menjadi mujahid Ummah sekaligus insan cemerlang di dunia dan Akhirat. Amiin Ya Rabb!
27 Rabi’ul Akhir 1431H: Anak ini kami namakan Muhammad Iyad ‘Izzuddin.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua sanak famili, sahabat, teman dan handai taulan yang manghantar ucapan tahniah sama ada melalui panggilan telefon, sistem pesanan ringkas SMS mahupun melalui email. Syukran jazilan khusus kepada sahabat-sahabat yang sudi hadir menziarah terus ke hospital sepanjang hari ini. Doa dan juga ucapan kebaikan dari antum amatlah dihargai dan diucapkan jazakumullahu khairan kathiran! Ikatan persahabatan dan keeratan ukhuwwah yang dizahirkan amatlah saya sanjung tinggi. Semoga Allah merahmati kita semua dalam mencari redhaNya.
Benarlah bahawa anak-anak adalah amanah Allah kepada ibubapa. Anak-anak adalah cahaya mata, aset agama, bangsa, dan negara. Dari Abu Hurairah, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci yakni Muslim). Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Hadith Riwayat Bukhari).
Anak-anak adalah cahaya mata
Penghibur hati penyejuk jiwa
Nikmat Allah yang paling bahagia
Nisbah benda lahiriah di dunia
Amanah Allah yang mesti dijaga!
Abu ‘Izz & Ummu ‘Izz;
Muhtar Bin Suhaili As-Sarawaki
Wan Lydia Salmi Binti Wan Junaidi
Wallahu a’lam bissawab.
Tahniah akhi… Semoga anta sekeluarga senantiasa diberkati & dirahmati Allah… Takbir!
Alhamdulillah. Syukran akhi atas doa kebaikan. Semoga Allah memberkati kita semua dan memberi kebaikan hidup di dunia dan Akhirat. Amiin Ya Rabb!
Assalamualaikum…
Muhtar, gazillions congratulations for your new joy!! Semoga bahagia selalu hendaknya and baby Muhammad ‘Izzul Islam dan abangnya menjadi anak-anak yang soleh..
Assalamualaikum…
Tahniah akhi Muhtar atas kelahiran cahaya mata ke-2, semoga antum sekeluarga dirahmati dan mendapat keredhaan Allah… Anaknya lelaki ke perempuan?
Salam,
Mabruk Ya akhi… Semoga menjadi anak yang soleh wa musleh. Amin.
Salam buat Ummu ‘Izz.
Kak Tah
Tahniah. Semoga Allah memberkati dunia dan akhirat.
Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, syukran atas segala doa dan harapan, amat dihargai.
Saudari Nordiyana;
Thanks for the best wishes, highly appreciated. By the way, Muhammad ‘Izzul Islam tu nama abang baby. Nama baby masih tak finalize lagi.. 🙂
Saudara Mohd Shafiq;
Lelaki… 🙂
Kak Tah;
Syukran atas ingatan. Insya Allah.
Akh DoWell;
Amiin Ya Rabb!
Salam,
Bestnye dapat baby baru… Nanti dah letak nama bgth la pengunjung blog ni..
Salam akhi n ukhti,
Congrats for ur newborn baby! Smg Allah S.W.T menambahkan kebahagiaan dan memurahkn dgn limpah rezeki. 🙂
Dpd Ishamizu sekeluarga..
Salam brother Mukhtar,
Congratulations to you and your family! May this bundle of joy brings new hope and soul to your da’wah.
Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Saudara Fairuz Iman;
Syukran jazilan. Insya Allah, akan dimaklum.
Akhi Hisham dan Ukhti Izu;
Alhamdulillah, thanks brother and sister for the doa. Semoga kalian berdua dan anak-anak juga akan terus bahagia dunia dan Akhirat.
Puan Ibu Noor;
Alhamdulillah, syukran for the best wishes. Appreciated the doa and may Allah bless us all. Glad to see your happy family’s life in your blog. 🙂
Jazakumullahu khairan kathiran!
Assalamualaikum akhi,
Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi. Tahniah buat akhi dan isteri dgn kelahiran baby ke2. Kirim salam kat Pn Lydia (adik bongsu kitorang masa kat UPSI dulu2).
Aslm akhi,
Ini catatan sulung ana di laman ni. Semoga beroleh rahmat & keberkatan dari amanah Allah yang ke-2. Doakan kami beroleh zuriat pertama… tahun ini. Insya Allah.
Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Akh Othman;
Alhamdulillah, terima kasih atas doa. Saya dan terutamanya isteri merasa gembira dengan ingatan saudara. Syukran jazilan.
Akh Sharifuddin @ Abu Mus’ab;
Alhamdulillah, syukran akhi atas komentar sulung. 🙂 Ana doakan yang terbaik buat akhi dan isteri. Semoga terus beroleh sakinah, mawaddah wa rahmah melalui perkahwinan yang baru didirikan.
Semoga ukhuwwah fillah berkekalan! Amiin.
Ukht Nordiyana & Akh Fairuz;
Anak ini kami namakan Muhammad Iyad ‘Izzuddin.
Assalamualaikum wbt Bro Muhtar…
Saya perempuan, bukan lelaki.. ngee~
Kirim salam Puan Lydia, adik ‘Izzul dan baby Izzuddin.
Semoga Bro Muhtar bahagia dunia akhirat. Doakan saya begitu juga..
Assalamualaikum Bro Mukhtar,
Alhamdulillah dapat ketemu kita di Trisystem baru-baru ni.
Ana solute kat nta atas istiqomah dalam perjuangan.
Minta nta kongsi tips bagaimana untuk seimbangkan antara dakwah, keluarga dan kerjaya?
Amin Al-Kalantani
http://amin1982.wordpress.com
assalamualaikum
mabruk and congrats. da dapat dua walad… jangan segan2 tambah bint pulak… salam ya buat wife.
Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Ukht Fairuz;
Insya Allah, saya doakan yang terbaik. Maaf, silap gender.. Sekadar perkongsian, saya ada seorang sahabat lelaki di UIA dulu berasal dari Euthopia (Habsyah) yang namanya Farah… 🙂
Akh Amin Al-Kalantani;
Alhamdulillah setelah lama kenal secara maya, dapat juga jumpa anta dan teman-teman di TriSystems. Ana masih belajar… Murabbi ana pesan: sekiranya kita tak dapat buat semua, jangan tinggal semua… Sama-sama kita buat yang terbaik untuk Islam kerana Allah.
Ukht Hariati @ Kak Ti;
Alhamdulillah, terima kasih atas ucapan dan kata-kata semangat… 🙂 Selamat menanti kehadiran cahaya mata ke-4. Insya Allah.
Wallahu a’lam.
Salam,
Tahniah dpt baby baru… rezki tu… kita tak pernah mengenali… tapi sy kenal saudara krn pernah pemimpin mahasiswa uia… kalau tak silap..
Tahniah jadi belia Islamik yg aktif… teruskan perjuangan..
Mudahan perjuangan kitak mendapat berkat dari-Nya…
Salam kenal….
Assalamu’alaikum…
Bro.Muhtar and Sis. Lydia,
Masya ALLAH…alhamdulillah wa syukur lillah…
Another Muslim hero is in making, Insya ALLAH
Moga ALLAH mudahkan segala urusan.
Bila nak mai UIA Gombak ni?
Mesti tunggu ‘Izzuddin besar pulak kan?
Anyway….alhamdulillah…
Semoga anak-anak dipelihara ALLAH,
Fi amanillah
Wassalamu’alaikum warahmatullah.
Salam akhi Mukhtar.
Pertama kali nulis di sitok.
Tahniah! Moga anak ya akan jd anak y soleh n jd mujahid yg hebat! Amin.
Tahniah bro, bertambahlah umat Muhammad, alhamdulilah!
Salam akhi Mukhtar,
Lama sudah akak tak menjengah sini. Baru tahu berita ini.. mabruk! Moga menjadi anak yg soleh..ameen.