“Ya Allah, Berilah Kami Rezeki Berhaji ke Baitullah Al-Haram! [Foto]”
As-Sarawaki, 4 Jun 2008: Alhamdulillah atas nikmat keinginan dan kemahuan! Sebentar tadi saya baru balik dari Pejabat Lembaga Tabung Haji Miri untuk menanyakan status permohonan menunaikan haji bapa saudara saya dan sekaligus berniat untuk mendaftarkan diri. Seperkara yang membuat saya terkejut apabila dimaklumkan bahawa sekiranya saya mendaftar sekarang, maka saya hanya akan menunaikan haji 12 tahun akan datang yakni tahun 2020, insya Allah! Jangkaan 12 tahun ini adalah berdasarkan giliran dan kuota tahunan di dalam sistem database Lembaga Tabung Haji (TH).
Apapun, kemungkinan untuk menunaikan haji lebih awal masih boleh menjadi kenyataan sekiranya mereka yang mendaftar lebih awal belum memenuhi syarat untuk membolehkannya menunaikan haji atau meninggal dunia. Rayuan dengan alasan yang kukuh dan munasabah juga boleh dilakukan selepas tempoh dua (2) tahun dari masa pendaftaran.
Sekadar perkongsian dan makluman, TH melaksanakan sistem pendaftaran haji terbuka. Ini bermakna umat Islam boleh membuat pendaftaran bila-bila masa melalui mana-mana pejabat TH di seluruh negara.
Syarat-syarat Pendaftaran:
-
Warganegara Malaysia dan pemastautin Tetap yang beragama Islam.
-
Menjadi pendeposit Tabung Haji (TH) dan mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM1,300 semasa pendaftaran dilakukan.
-
Jika pemohon seorang muflis, surat pelepasan daripada Pejabat Pemegang Harta hendaklah dikemukakan semasa mendaftar.
Sila baca lebih lanjut di sini »».
Kadar Wang Perbelanjaan Haji (WPH) adalah seperti berikut:
SEMENANJUNG MALAYSIA | SABAH | SARAWAK | |
---|---|---|---|
15 tahun ke atas | RM 8,973.00 | RM 9,054.00 | RM 9,096.00 |
2 hingga 15 tahun | RM 7,943.00 | RM 8,024.00 | RM 8,066.00 |
2 tahun ke bawah | RM 15.00 | RM 15.00 | RM 15.00 |
“Carta Aliran Aktiviti Jabatan Haji. [Sumber Info]”
Atas segalanya, saya menyeru kepada tetamu ziarah yang budiman dan beriman sekalian marilah segera mendaftarkan diri untuk menunaikan haji. Jangan tunggu lama-lama… Bertindaklah sekarang dan mudah-mudahan Allah SWT memudahkan dan memilih kita menjadi tetamuNya. Amiin Ya Rabb!
Wallahu a’lam bissawab.
assalamualaikum…
Ibu dan bapa saya sudah menjangkau umur 63 tahun dan 65 tahun. Ingin segera menunaikan haji dan telah pun berdaftar hampir 2 tahun. Jadi, boleh bagitau tak cara-cara untuk diawalkan giliran menunaikan haji? Adakah cukup dengan menelefon pihak Tabung Haji? Atau buat surat rayuan? Apa yang perlu ditulis dalah surat tersebut? Maksud saya isi-isi penting yang utama. Dan apa syarat2nya? Harap dapat bagi jawapan segera. JazakaAllah
Sila layari blog haji saya:http://tanahsucimabrur.blogspot.com/