“Sayangi Keluarga, Di Situlah Sumber Bahagia! Depan – Ibu, Ayah, Nenda. Belakang – Mustamin, Muhtar, Mustakim, Mursyidah”
As-Sarawaki, 3 Julai 2007: Alhamdulillah, pada hari Jumaat dua minggu yang lepas iaitu pada 22 Jun 2007, saya dan lebih kurang 70 orang rakan sekerja telah terlibat dengan satu program kebajikan mengecat bangunan Miri Home For The Aged di bawah projek “We Care, We Share” anjuran Malaysian Senior Staff Council (MSSC), Sarawak Shell Berhad.
Rumah Kebajikan Orang-orang Tua ini telah dibina pada tahun 1975 di Jee Foh Road, Lorong 7, Krokop, Miri dan menempatkan seramai 24 warga emas berbangsa Cina (7 wanita dan 17 lelaki) dan yang paling tua berusia 96 tahun. Kesemua warga emas ini tinggal secara percuma (termasuk perbelanjaan perubatan) di Old Folk’s Home yang ditadbir oleh Lembaga Amanah Kebajikan Cina Miri serta diurus selia oleh 2 orang penjaga, selain seorang nun (ustazah Kristian – sekiranya analogi ini boleh diterimapakai). Selain itu, rumah kebajikan ini hanya mendapat RM1,200 subsidi kerajaan, dan yang lainnya dibiayai oleh Persatuan-persatuan Cina dan sumbangan derma orang ramai.
Saya sempat berbincang dengan beberapa orang sahabat Muslim yang turut serta dalam projek kebajikan ini yang sebenarnya minoriti daripada 70 orang sukarelawan yang terlibat. Antara yang menyayat hati ialah apabila melihat orang-orang tua yang ada di situ yang agak uzur. Timbul persoalan di hati saya: Alangkah bosannya kalau duduk di sini sebegini ketika hari-hari tua! Kasihan mereka terpaksa menghabiskan usia senja dalam keadaan di mana waktu makan ditetapkan termasuk dari pemerhatian saya ada loceng dibunyikan untuk menandakan masa makan, tiada gurau mesra anak-anak, tiada rengekan dan usikan manja cucu-cucu, tiada interaksi muhibah sanak-saudara, dan hanya teman senasib menjadi teman bicara seharian, selain persekitaran dan wajah alam serupa yang menjadi pemandangan sayu dan sayup setiap masa setiap ketika sehingga habisnya sisa-sisa hayat.
Dari itu, sayangilah ibu dan ayah! Gembira dan bahagiakanlah hidup mereka!
“Keratan Akhbar Laporan Program Amal di Miri Home For The Aged“
“Iklan Program ‘We Care, We Share'”
“Aktiviti-Aktiviti yang Dijalankan Sepanjang Program Kebajikan Tersebut”
Entri ini sebenarnya saya tujukan khusus buat ibu dan ayah saya yang tercinta. Meskipun entri ini istimewa buat mereka, saya yakin dan percaya mereka tidak akan membacanya. Bukan kerana tidak ada akses internet, tetapi kerana ibu dan ayah saya buta huruf, tidak tahu menulis, tidak tahu membaca! Ibu saya belajar setakat Darjah 2 sebelum berhenti sekolah kerana kemiskinan. Ayah saya pula tidak pernah menjejakkan kaki ke bangku sekolah kerana telah menjadi yatim piatu sejak usia 5 tahun dan selepas itu tidak mampu ke sekolah, semuanya kerana kemiskinan.
Ayah dan ibu saya dulunya merupakan pengait kelapa sawit dengan gaji bulanan kasar kedua-dua ibu dan ayah keseluruhannya hanya antara RM150 – RM300 sebulan. Di dalam ceramah motivasi yang saya sampaikan, saya selalu memberitahu kepada peserta, sekiranya program ‘Bersamamu’ ada pada ketika itu maka keluarga kami lebih daripada layak masuk ke dalam program tersebut. Apapun, alhamdulillah, kehidupan keluarga kemudiannya lebih selesa sedikit setelah ayah diberi peluang mengusahakan sebidang tanah pertanian yang diberikan oleh pihak kerajaan.
Namun sejarah yang saya ceritakan ini bukan satu perkara yang membuat ibu dan ayah berasa malu tetapi inilah yang sesungguhnya membuat mereka gembira dan bahagia. Walaupun hidup dalam kemiskinan, ibu dan ayah saya bekerja keras dan berusaha gigih untuk memenuhi segala keperluan dan permintaan kami adik beradik dengan semampu mungkin. Ibu saya selalu berpesan: “Anak, biarlah ibu dan ayah sahaja yang susah, nanti bila besar jadilah orang yang cemerlang supaya dapat memperbaiki nasib hidup keluarga”.
“Ibu Oh Ibu.. Engkaulah Ratu Hatiku!”
Pengorbanan ibu dan ayah yang sesungguhnya telah banyak bersusah-payah demi melihat saya berjaya inilah yang telah membakar semangat diri untuk menjadi insan cemerlang dan mulia di dalam hidup. Wallahi, saya sudah banyak kali menitiskan air mata ibu dan ayah saya! Alhamdulillah, tangisan-tangisan itu adalah tangisan kerana bahagia dan bukannya tangisan kesedihan.
Saya masih ingat airmata ibu saya yang menangis gembira apabila saya mencipta sejarah antara 3 orang murid pertama di sebuah sekolah pedalaman – SRK Kelapa Sawit No.5 yang mendapat semua A iaitu 4A di dalam UPSR.
Saya masih ingat airmata ibu saya yang menangis gembira apabila saya menjadi anak buruh pertama di kawasan ladang-ladang kelapa sawit Niah tempat ayah saya bekerja yang mendapat semua A yakni 8A dalam PMR.
Saya pastinya akan ingat sampai bila-bila airmata ibu dan ayah apabila saya mendapat keputusan cemerlang Pangkat 1, Agregat 8 di dalam SPM dan mencipta sejarah apabila menjadi anak pertama Kampung Muhibbah yang menjejakkan kaki ke universiti. Malah pada ketika itu keluarga saya dan seluruh kampung mengadakan majlis kesyukuran bagi meraikan kejayaan saya menyambung pelajaran ke menara gading.
Saya akan kenang sampai bila-bila airmata ibu saya di Lapangan Terbang Miri apabila menghantar saya bersama ayah untuk pergi mendaftar di Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Petaling Jaya dengan tambang kapal terbang adalah ehsan dari sanak-saudara. Malah airmata itu tidak berhenti menangis setiap kali datang menjemput ketibaan saya di lapangan terbang setiap kali cuti universiti dan airmata itu akan bercucuran lagi apabila menghantar saya pergi kembali ke kampus dengan menaiki belon (kapal terbang dalam bahasa Sarawak).
Saya tidak akan melupakan airmata gembira dan bahagia apabila ibu melihat perubahan hidup saya menjadi seorang yang menjiwai agama. Airmata ibu saya mengalir terharu apabila alhamdulillah saya merubah kehidupan lagha saya 180 darjah kepada kehidupan beragama (minaz zhulumati ilannuur – satu detik taubat yang tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata sehingga kini) pada tahun 1999. Inilah detik yang telah merubah saya sehingga menjadi seperti yang ada pada hari ini. Terima kasih dan syukur padaMu Ya Allah di atas nikmat keinsafan dan kesedaran yang Kau tanjapkan dalam jiwaku. Semoga diri ini terus istiqamah dalam kebaikan berbekalkan semangat dan roh perjuangan Islam yang kental serta mati dalam husnul khatimah. Amiin.
Selain itu, masih segar di ingatan saya sedu-sedan tangisan ibu saya apabila saya mencipta sejarah menjadi Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UIA pertama yang berasal dari Sarawak dan yang pertama dari jurusan kejuruteraan. Malah airmata ibu saya sentiasa menitis setiap kali melihat wajah saya tampil di kaca televisyen di dalam program Bicara Siswa dan Remaja. Ibu dan ayah saya menjadi terlalu bangga malah menerima penghargaan hormat dari masyarakat sekeliling kerana anaknya yang suatu masa dulu merupakan anak seorang pengait kelapa sawit mampu muncul secara langsung di televisyen. Disebabkan inilah ibu dan ayah beroleh nama harum dalam masyarakat. Bukankah sebutan nama yang dimuliakan dan punya maruah itu merupakan impian semua manusia?
Ibu ayah saya sekali lagi menangis apabila saya tersenarai menjadi salah seorang daripada tiga orang mahasiswa UIA yang terpilih mengikuti Latihan Industri Kejuruteraan di bumi Jerman pada April – Jun 2004. Katanya, anaknya menggembirakannya kerana bagi ibu ia bagaikan sebuah mimpi apabila anak Kampung Muhibbah mampu menjejak kaki ke Eropah. Malah setiap kali saya outstation di dalam mahupun ke luar negara kini pasti airmata ibu saya mengiringi pemergian saya. Kata-katanya dalam nada gurauan – “Anakku sekarang naik kapal terbang macam naik teksi!” Atas segalanya, alhamdulillah!
Dan tangisan yang paling istimewa dan masih terbayang di ruang mata ialah tangisan ibu dan ayah ketika mendakap hangat diri ini saat selesai Konvokesyen dan anaknya berjaya bergraduat dengan kelulusan cemerlang Sarjana Muda Kejuruteraan Mechatronics. Lebih dari itu, alangkah gembira dan berbesar hatinya mereka apabila anaknya telah menjadi seorang jurutera, Ex-Engineer Perodua dan kini Control and Automation Engineer di Shell – insya Allah Engineer Dae’i liridhalLah! Malah air jernih dari kelopak mata ibu dan ayah mengalir lagi baru-baru ini apabila adik saya yang kedua juga berjaya menyelesaikan pengajian dan bergelar graduan.
“Foto Kenangan Sekeluarga Ketika Bercuti dan Melawat Melaka”
Sungguh… Kesemua tangisan demi tangisan inilah yang sangat meruntun jiwa, menyentuh intuisi hati, menerjah sukma diri serta membangkit nyala rasa untuk menjadi anak soleh yang berjaya dalam kehidupan duniawi dan ukhrawi. Terlalu banyak jasa dan pengorbanan mereka yang tidak mungkin diri ini akan mampu membalasnya. Ibu dan ayah.. Kudoakanmu beroleh SyurgaNya!
My Beloved Mother and Father…
You raise me up, so I can stand on mountains
You raise me up, to walk on stormy seas
I am strong, when I am on your shoulders
You raise me up… To more than I can be!
Ketahuilah bahawa cinta ketiga teragung setelah Allah dan RasulNya adalah kepada ibu dan ayahmu. Bahawa setiap lelah dan kesakitan yang ditanggung ibumu itu, adalah tanda dia menyayangimu sedari kau belum berada di depan matanya lagi. Setiap titis susu yang kau minum itu adalah umpama mutiara kasih dari ibumu. Manakala ayahmu, berpenat lelah mencari nafkah membesarkanmu. Peluhnya tiada setimpal dengan wang ringgitmu. Luka hatinya tiada terbayar dengan hartamu!
Maka, ayuhlah kita fahami serta menjalankan fungsi dan tanggungjawab kita sebagai anak yang mampu menggembirakan dan membahagiakan ibu dan ayah tercinta! “Ya Allah, ampunkanlah dosa kami dan dosa kedua ibubapa kami dan kasihanilah keduanya sebagaimana mereka telah mengasihani kami sejak kami masih kecil!” Amiin.
Firman Allah SWT di dalam Al-Quran Surah Al-Isra’ ayat 23 – 24 bermaksud: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia. Dan agar kamu berbuat baik terhadap kedua ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang daripadanya sampai umur lanjut dalam pemeliharaanmu, janganlah sekali-kali kamu mengatakan kepada kedua-duanya perkataan ‘Ah!’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, “Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku sejak aku kecil lagi.”
Wallahu a’la wa a’lam.
I
Kamu menulis dengan penuh perasaan.
Bahagiakanlah mereka sementara ada.
Saya pasti mereka berbangga dengan kamu.
II
“Airmata ibu saya mengalir terharu apabila alhamdulillah saya merubah kehidupan lagha saya 180 darjah kepada kehidupan beragama (minaz zhulumati ilannuur – satu detik taubat yang tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata sehingga kini) pada tahun 1999. Inilah detik yang telah merubah saya sehingga menjadi seperti yang ada pada hari ini.”
Mungkinkah kamu akan bercerita mengenai ini nanti?
III
Selamat berKERJA.
Tahniah dan syabas diatas apa yang anda kecapi.Bersyukurlah kepada Allah kerana masih memiliki ibu dan bapa.Selagimana mereka masih bersama saudara berbakti dan senangkanlah hati mereka …sesungguh ni’mat ini tidak boleh dibeli dan ditukar ganti..Alhamdulillah anda masih berkesempatan..
Takdir Allah Azza wajalla , ana tidak sempat berkongsi kegembiraan bersama almarhum ayahanda setelah memasuki alam pekerjaan .Setahun selepas pemusafiran ana ke bumi Miri, ayahanda ana dijemput Ilahi tanpa jangkaan .Masa begitu pantas, dan biasanya orang yang baik2 tidak lama di alam fana termasuk sahabat2 ana yang kemalangan dibumi Jordan pada 1995.(( Lihat ; catatan Ust Hasrizal dalam saifulislam .com)bahagian ; Dataran Syam))
Sebagai perkongsian, mungkin keluarga anapun tak jauh beza menghadapi kesulitan dan kepayahan sewaktu kami sedang membesar..mak ana sempat membawa ana menoreh di sebelah pagi sebelum ana ke sekolah pada sesi petang.Alhamdulillah hari ini anak-anak mereka telah berjaya didunia.
Sesungguhnya ibu dan bapa kita telah banyak berkorban masa, tenaga , keringat , air mata dan harta bagi membesarkan kita sehingga jadi seperti hari ini…, ana teringat kata-kata Cikgu Amir (IPS) , “ibubapa dahulu tidak tahu membaca, tetapi mampu mentarbiah anak-anak ( dgn bantuan guru)sehingga boleh membaca dan membeza, namun berapa ramai ibu bapa hari ini yang berpendidikan tetapi , anak2 pula ada yang tahun 3 masih buta huruf” ??? bukankah terbalik.!
Apapun Ittaqullah haithuma kunta..moga kita menjadi anak yang SOLEH dan MUSLEH.Teruskan perjuangan
Salam…..
Ya Allah..Muhtar….kenapa tulis macam ni…. tak pasal2 saya ‘hujan’ depan pc…tak dapat cover lagi…..nasib baik rakan2 sekerja yang tengok buat2 tak tau jak…
Yes….same thing goes to ur parent…i am also proud of u…..
Bukan semata2 kerana pengalaman melihat satu demi satu kejayaan yang sudah Muhtar lalui….
Ia lebih daripada itu…yang agak sukar untuk diungkapkan…..mungkin kerana agak ‘attach’ dengan keluarga Muhtar dan dianggap sebagai ‘anak sulung’ oleh kedua-dua aji….. membuatkan saya turut ‘merasai’ apa yang orang tua rasai….masih ingat masa konvo Muhtar tempoh saya dan aji perempuan paling ’semangat’ menangis…he..he…
Pertama kali saksikan Muhtar di kaca tv pun… saya gagal untuk mengawal air mata…
Pertama kali saksikan Muhtar ‘berceramah’ secara live masa di Suai…turut mengundang air mata saya…
Harap kita dan yang lain akan sentiasa sepakat dan sama-sama bekerjasama ‘memperbaharui’ ‘warna’ kampung kita…
Salam, walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur. Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.
salam penuh takzim…
setiap kali bercerita tentang ibubapa pasti perasaan ini terusik dengan kerinduan yang tak berbelah bagi terhadap mereka yang telah membesarkan dan melahirkan saya…
saya juga ingin berkongsi cerita dan pengalaman saya..saya juga bukanlah seorang yang benar2 menjiwai agama..namun berkat usaha kedua ibubapa saya..alhamdulillah..sedikit sebanyak banyak membantu saya mengenali agama…keluarga saya bukanlah ‘warak’ dan hakikatnya memang kurang tahu tentang agama..teringat masa mula2 membuat pilihan samada ke sekolah agama atau MRSM..kedua ibubapa saya kuat untuk memasukkan saya ke sekolah agama walaupun ahli keluarga lain menentang saya masuk ke sekolah agama..katanya masuk sekolah agama dan bertudung seolah2 cam ninja…tapi ibubapa saya tetap menyokong dan berharap sayalah dpt merubah dan membentuk keluarga mengikut dan mengajar mereka tentang fardhu ain dan mengaji..alhamdulillah..berkat doa mereka sedikit sebanyak dapat merubah pendirian ahli keluarga yang lain juga..
benarlah kata orang,,doa ibubapa nih makbul untuk anak2nya..setiap kali saya kemana2 dan mengambil exam..perkara pertama yang saya lakukan adalah meminta mereka doakan saya…alhamdulillah..sekarang saya sudah bergelar graduan..saya juga bukanlah seorang yang bijak dlm pelajaran,,dan seringkali merasa terkandas setiap kali dalam exam yang saya ambil..namun setiap kali perasaan itu hadir..org pertama tempat saya meluahkan perasaan adalah dengan kedua ibubapa saya…susah nak digambarkan perasaan itu..leganya MasyaAllah…
teringat 2 minggu lagi SPM menjelma..ibu saya jatuh sakit..saya berusaha untuk menjaga ibu di hospital..masa tuh ramai yang tanya..tak kisah ke dengan SPM..boleh dapat ke keputusan yang baik utk SPM?kuasa Allah dan berkat doa ibu..saya dapat keputusan yang dapat dibanggakan..itulah kuasa doa ibu walau pada hakikatnya saya tak dpt tumpukan perhatian langsung untuk SPM..cuma saya menharapkan ibu sembuh…
dan di Matrikulasi…sekali lagi saya diuji dengan ibu sakit…susah nak gambarkan perasaan ketika menghadapi saat2 peperiksaan akhir..tapi ibu tetap mendoakan saya agar berjaya..alhamdulillah..keputusan saya ketika itu meningkat..
cukuplah perkongsian saya..utk itu…sayangilah ibubapa..tanpa mereka siapalah kita…wallahualam..
Assalamu’alaikum wrt
Salam ukhwah buat Akh Muhtar, moga sakinah hendaknya.
Tercuit rasa hati membaca lakaran kisah akh. Sedetik itu, kotak fikiran dan ruang rasa mengenangkan roda dan kitaran kehidupan.
Alhamdulillah..syukur kepada Allah swt atas nikmat kesempatan pd akh untuk memberikan dan berkongsi kejayaan demi kejayaan bersama ayah bonda tercinta kan. Tiap deraian airmata ayah bonda akh adalah airmata kegembiraan dan kesyukuran kerana berjaya mendidik dan memperoleh anugerah Ilahi yg tak ternilai ini, seorang da’ei dan pejuang agama.
Teruskan langkah akh dijalanNya.
Kenangi dan hargailah kedua ayah bonda dimana saja berada. Merekalah seharus dan selayaknya menghuni ceruk ruang rasa hati dan setelah Allah swt dan kekasihNya. Kerana akan hilang dan sirnalah hidup seorang anak itu tanpa kedua-dua mereka.
Ibu adalah ratu hati. Alangkah pilu bila mengenangkan bahawa ibu tiada lagi disisi tanpa diri belum sempat mengenggam segulung ijazah. Tika diri diasak ujian hebat diperjalanan, tiada pujuk dan jemari yang mengusap deraian airmata, tiada kedengaran lagi kata nasihat menusuk kalbu darinya, tiada lagi senyum dan senda guraunya menenangkan hati. Hanya air mata dan doa kudus ku iringi buat dirimu bonda.
Perjalanan harus terus, liku-liku hidup harus diratah satu persatu berbekalkan Iman didada,jati diri yang kental, perasaan yang terkawal serta minda yang rasional.
Itulah indahnya hidup bersama Ilahi. Percaturan hidup dan perjalanan ini amat indah dan nikmat jika kita sentiasa menghubungkaitkannya. Segala-galaNya bersebab dan ada hikmah. Bersyukurlah dengan apa yang dimiliki dan sama-sama kita menggunakannya untuk manfaat ummah.
Untuk akhirnya, buat masa kita yang masih bersisa ini, gunakanlah sebaik-baiknya..sayangi, hargai dan berbaktilah buat kedua orang tua kita sehabis baik kerana tanpa mereka siapalah kita. Diharapkan agar kita semua masih belum terlewat untuk sentiasa melafazkan sayang buat mereka.
Wallahu’alam
Assalamu’alaikum wbt.
“Gembira dan bahagiakanlah org tua mu”… Satu perkongsian yang amat menyentuh hati.
Wassalam.
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Cikgu AminBakish, Ustaz Mohd Kamil, Kak Tum, Ukhti Aida, Ukhti Along Salmi, Ukhti Af, dan Ukhti Ee;
Terima kasih di atas komentar, perkongsian rasa, doa, nasihat berharga dan kata-kata semangat yang dinukilkan, amat saya hargai.
Bicara dam’ah wa ibtisamah (setitis air mata dan seulas senyuman) tentang perjalanan hidup saya ini, saya rasakan tidak ramai orang yang tahu. Saya jarang bercerita tentangnya, bukan kerana malu, tetapi ia terlalu sentimental buat saya. Dan catatan ini saya catatkan di sini dengan ber’airmata’, bukan untuk melemah semangat tetapi sebagai pembangkit rasa syukur pada Ilahi Rabbi di atas nikmat kejayaan dan kebahagiaan, serta penghargaan buat ibu dan ayah. Harapan saya semoga entry ini ada manfaatnya buat tetamu ziarah yang budiman sekalian.
Semalam.. adalah sejarah..
Hari ini… mencorak sejarah…
Esok… bakal mencipta sejarah baru….
Semalam, hari ini dan esok:
Mencipta sejarah bermodalkan sejarah…..
“No one can go back and make a new beginning; but anyone can start from now and make a happy ending. So, do the best and let Allah does the rest! Starts right and ends happy.”
Wallahu a’la wa a’lam.
salam….
ditujukan khas kepada insan mulia yang bergelar IBU…..
Ibu
Dari kecil hingga aku dewasa
Kau berperang dengan dugaan
Kau menerima segala ujian
Kau menepis segala hinaan
Demi membesarkan aku ini
Ibu
aku kagum dengan ketabahanmu
aku kagum dengan semangatmu
aku kagum dengan pendirianmu
tidak kenal erti keperitan dalam membesarkan aku ini
Ibu
hapuskan air matamu
hapuskan segala kesedihanmu
hapuskan segala duka lara dalam hidupmu
kerna anakmu ini
akan membela nasibmu
akan berjuang mempertahankanmu
akan mengembalikan cahaya kehidupan yang sempurna kepadamu
setelah titisnya air mata mu
setelah keluarnya keringat kasih
hanya untuk membesarkan aku ini
Ibu
senyumlah dikau
senyumlah kembali
itu janjiku kepadamu
akan ku pegang hingga ke akhir hayat
salam ukhuwah…
ingin dikongsikan bersama…semasa menyertai program Kem Kaunseling Kelompok yang diadakan di Dusun Eco Resort selama 3 hari, En.Aziz selaku pensyarah Bimbingan Dan kaunseling dan juga yang bertanggungjawab mengendalikan program tersebut telah berjaya menimbulkan kesedaran di dalam hati kami (seramai 58 orang pelajar jurusan Bimbingan dan Kaunseling, Insya’Allah bakal2 kaunselor) terhadap pengorbanan seorang insan mulia yang bernama IBU..
tak kira lelaki ataupun perempuan. semuanya menitiskan airmata apabila rakan-rakan lain menceritakan pengorbanan dan kasih sayang insan mulia bergelar ibu….suasana menjadi bertambah pilu apabila pensyarah menayangkan video saat-saat getir seorang ibu melahirkan anak tersayang secara tidak normal iaitu melalui pembedahan…diri ini dilanda pilu kerana keadaan yang sama telah dilalui oleh ibu tercinta semasa saya dilahirkan ke dunia ini….
semoga Allah panjangkan usia ibu dan ayah
kalian adalah insan yang paling berharga dan bermakna di dunia ini…
Ya akhi Muhtar,
Saya hampir menitis airmata mengenangkan kedua arwah ibubapa saya bila terbaca keberuntungan akhi mempunyai peluang dan keazaman membalas jasa kedua ibu bapa anta. Saya rasa sangat berdosa mengenangkan perbuatan saya samada secara sengaja atau tidak semasa hayat mereka. Hanya Allah tempat memohon keampunan. Akhi, terima kasih di atas segala artikel yg saudara tulis, semuga Allah sentiasa memberi hidayah dan idea serta rezki dan kelapangan untuk anta terus berdakwah ke atas seluruh umat Islam dan bukan Islam di bumi Sarawak.
Muhtar – you have been tagged for a charity cause – check my blog for details.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Sebak dan terharu rasa hati setelah membaca entri ktk ni. Syukur alhamdulillah ktk masih dapat merasa kasih sayang seorang ibu & juga dapat membalas jasa beliau yang tidak terkira,ternilai & terjumlah banyaknya……………………..
Kadang-kadang terlintas dan terdetik juga di dalam hati ini “bagaimana rasanya kasih sayang seorang ibu” kerana sejak kecil lagi ibu sudah pergi menghadap ILAHI……..
Hanya Doa dan Fatihah sentiasa ku kirimkan buat ibu di sana.
Hargailah kedua ibu bapa mu selagi mereka masih di depan mata…..
Semoga perjuangan dalam membela & menegakkan agama ALLAH ini kita teruskan bersama.AMIN……..
Assalamualaikum.
Ana rasa amat wajar jika anta dapat menulis detik-detik kehidupan semasa kanak-kanak dan remaja untuk ditatap oleh anak-anak remaja zaman ini, bukan untuk berkongsi kesedihan tetapi melihat usaha-usaha anta, ibu bapa dan orang-orang yang disekeliling anta yang mampu mengeluarkan seorang bernama ‘Muhtar Suhaili” yang ada pada hari ini.Mungkin juga perubahan diri ke arah kesedaran beragama boleh dikongsi ramai remaja yang leka dan lagha.
Pada pemerhatian ana, tidak kurang anak-anak kampungan yang dihimpit kesukaran hidup atau masalah kehidupan (keluarga) menyebabkan mereka kurang motivasi untuk menjadi insan yang berjaya. Tidak bercita-cita tinggi dan lebih rela menjadi penonton kepada arus kemajuan.
Andaikata anta dapat paparkan dalam bentuk penulisan tentu ramai pelajar, remaja dan pengamal kaunseling boleh manfaatkan. Moga “malakah ” yang Allah kurniakan pada diri akhi terus menyinar. Siiru ‘ala barakatiLLah.
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Ukhti Wlyia, Akhi Jolly dan Ukhti Hayati;
Terima kasih di atas komen dan luahan rasa yang dikongsi. Sungguh.. Seandainya air di lautan dijadikan dakwat untuk menulis jasa ibu dan ayah, pasti air di lautan itu akan habis tetapi jasa ibu dan ayah masih ada banyak yang belum tertulis..
Akhi Rush Murad;
Maaf, tak sempat nak respond lagi. Insya Allah will try to roll the ball of your tag later on. By the way, thank you very much, highly appreciated.
Ustaz Mohd Kamil;
Terima kasih di atas cadangan, sangat baik dan amat ana hargai. Tentang kisah ana sudah banyak kali ana ceritakan di dalam ceramah motivasi yang ana sampaikan, cuma ia belum ditulis. Insya Allah akan diusahakan untuk dinukilkan menjadi satu catatan bermakna bila ilham dan keinginan hadir. ‘Ala kulli hal, doakan segalanya khair.
Fastabikul khairat!
Hai… mula2 baca cerita ni dlm ummikusayang forum (someone ada hantar artikel ni)… akak baca je tanpa ada perasaan.. pas tu nampak ada gambar.. tgk nama.. Muhtar….. cam kenal jek…. rupa2nya mmg Muhtar lepas akak tgk betul2 gambar…. so touching….
Kak Mona;
Thanks for the compliments. Alhamdulillah.
“The heart has its reasons which reason knows not of it.” 🙂
Assalamualaikum…..
Tak bosan-bosan rasanya saya ulang baca entry Muhtar kali ni…
dalam banyak-banyak kisah ibu bapa yang saya baca….saya sangat ‘touching’ dengan yang ini…saya rasa cerita yang Muhtar coret kali ini sangat ‘dekat’ dengan saya…
Ingatkan dah baca berkali-kali dah dapat tahan…tapi nampaknya saya masih gagal mengawal air mata…kalau bercakap tentang ibu bapa….entah mengapa… saya mudah sangat tersentuh….walaupun setakat ini saya belum pernah lagi mengecewakan ataupun menyakiti hati kedua ibu bapa saya tahap yang tak dapat di maafkan…
Saya bersyukur untuk itu….dan semakin saya matang…saya semakin ‘bijak’ dan ‘pandai’…. dalam ‘melayan’ kedua orang tua saya… saya mula untuk memandang mereka dengan pandangan hati….and my love is unquestioning…
I’m grateful to Allah, because He’s giving me ’bapak’ n ‘mak’ who would see thorough me, which he sincerely gives his heart to loves me and siblings, cares of us, be with us, guides us…
Saya sedar….kasih sayang anak-anak terhadap kedua ibu bapa tidak mungkin menyamai kasih sayang ibu bapa pada anak-anak….ia tak mungkin ‘exactly’..
Pernah suatu ketika dulu…saya saksikan seorang anak perempuan menengking dan memarahi bapa nya di hadapan saya….di mana, si bapa menangis teresak-esak…..dan saya yang ada di situ turut menangis…..sedangkan anak perempuan beliau….sudah seperti orang ‘gila’…. marah tak henti-henti tanpa belas pada bapa nya… dan si anak langsung tak menangis… saya heran melihat anak begini….
tak tersentuh kah hatinya melihat bapanya menangis teresak-esak kerana terlalu sedih di marahi anaknya….
Kepada semua pembaca…sama-samalah kita sayangi kedua orang tua kita… Semoga Allah berikan kedua ibu bapa kita kesihatan…long live…..murah rezeki….semoga kita di tetapkan pendirian untuk terus menyayangi kedua ibu bapa kita hingga akhir hayat….Menyayangi mereka sepenuh jiwa raga kita….tanpa syarat…..tanpa sempadan….ikhlas sepenuh jiwa mencintai mereka….
dan sama-samalah kita berdoa….semoga kita dan ahli keluarga kita masih lagi ’sekeluarga’ di Syurga Allah…Amiin…
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Kak Tum;
Dalam persahabatan, Khalifah Umar Abdul Aziz mengingatkan rakyatnya agar jangan bersahabat dengan orang yang menderhakai ibubapanya. Katanya: “Sesungguhnya mereka itu tidak akan menjaga persahabatannya denganmu sebagaimana mereka telah memutuskan hubungannya dengan kedua ibubapanya.”
Wallahu a’lam.
Salam Muhtar,
Alhamdulillah…..setakat ini ‘geng2 keras’ saya terdiri daripada golongan-golongan anak ‘mak’ and anak ‘bapak’…..memang jenis yang taat pada orang tua…dan terbukti mereka juga memang berjaya menjadi sahabat yang baik…
Yes…u are rite my dear,….kita adalah siapa kawan kita…
Semoga kita akan jadi anak yang soleh dan solehah pada kedua org tua kita….
Insya Allah…
Salam..
Nasihat ustaz akan saya pegang. Insya Allah..
Ustaz seorang yang penyabar dan kuat semangat..
Insya Allah, apa yang ustaz lakukan akan diberkati…
Insya Allah.
Salam ya akhi..
Entry ni betul2 mengusik jiwa saya.. Cerita akhi ni membangkitkan semangat saya supaya dapat berjaya seperti akhi.. Seperti kata ukhti ‘ain.. Akhi seorang yang tabah dan kuat semangat.. Insya Allah saya akan membahagiakan ibu bapa saya selagi mereka masih ada di dunia ini..
Wallahu a’lam..
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, ana berkesempatan unutuk membaca nukilan anta… Terharu dan bangga dengan anta.. Memang betul apa yang anta nukilkan itu.
Melakukan kebaikan kepada ibu bapa merupakan suatu perintah dari Allah s.w.t. kepada setiap Muslim. Sebagai seorang anak kita diingatkan agar melakukan kebaikan kepada kedua ibu bapa. Di samping itu, kita hendaklah tahu menghargai budi dan jasa yang dicurahkan mereka siang dan malam demi melihat anak-anak dalam keadaan baik dan berjaya dalam hidup tanpa mengharapkan apa-apa balasan.
Di dalam Al-Quran, Allah s.w.t. dengan tegas menjelaskan peranan dan tanggungjawab anak terhadap kedua ibu bapa. Di mana Allah s.w.t. menyuruh agar anak-anak sentiasa taat dan patuh kepada ibu bapa dengan sentiasa berbuat baik kepada keduanya dan apabila berbicara dengan mereka hendaklah dengan menggunakan bahasa yang lembut. Sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah al- Isra’ ayat: 23.
Yang bermaksud: “dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau keduan-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)”.
Ana mengharapkan diri ana dan pembaca2 kita hargai jasa kedua ibu bapa kita walau macam mana keadaan mereka. Tugas kitalah mendidik dan membimbing mereka ke arah yang lebih sempuna jikalau mereka tidak mengetahuinya.
“Dodoian ibu menidurkan anak, sayup terdengar memecah sunyi, tidur hai anak jangan kau khuatiri ayahmu bekerja nanti kan kembali”
Wassalam.
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Kak Tum;
Alhamdulillah. Semoga kita semua mampu menjadi sahabat yang baik yang menyebar kebaikan kepada sahabat yang lain.
Adik ‘Ain dan Najihah92;
Selamat maju jaya di 2 buah sekolah: SMK Agama Kota Kinabalu dan Sekolah Kehidupan. Bersama sentiasa menghayati perasaan-perasaan Islam.
Cikgu Shahril;
Alhamdulillah, terima kasih akhi. Semoga terus mampu mendidik para pelajar yang sebahagiannya adalah anak-anak kampung ana. Semoga mereka akan menjadi pelajar dan anak yang soleh dan solehah. Ibu dan ayah.. Jadikan mereka jantung hati kita.
Wallahu a’lam.
Salam…
Satu perkongsian yg cukup menyentuh hati dan perasaan,tak terasa mutiara jernih di pipi dan hati deras mengalir… Ya Allah, berilah aku peluang dan ruang utk membahagiakan mak,mama dan ayah hingga ke akhir hayatku…Ya Allah aku ingin lebih dekat dengan mereka,tapi tak berpeluang…aku ingin lebih lama bersama mereka tapi seringkali jarak waktu tak mengizinkan… Cuma yg termampu aku lakukan hanya terus mendoakan mereka dr kejauhan. Apapun,kelak suatu hari nanti aku ingin hidup bersama mereka lebih dekat, lebih lama….kerana aku sygkan mereka…aku rindukan mereka…
Ya Allah, panjangkanlah umur mereka dlm kebajikan dan ketaqwaan,payungilah hidup mereka dgn rahmat dan kasih sygMu, limpahilah hati mereka dgn nur hidayah dan taufiqMu, salutilah jiwa dan hati mereka dgn maghfirahMu…. tempatkanlah mereka kelak di SyurgaMu….aminn,aminn Ya Allah… Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani aku sewaktu aku kecil….
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Ustazah Mariani;
Alhamdulillah ukhti, sesungguhnya nikmat kesedaran dalam diri adalah nikmat terbesar yang dikurniakan kepada manusia. Insya Allah, ibu dan ayah ustazah pasti sejuk hati memiliki anak solehah seperti ustazah. Amiin.
Alhamdulillah…
saya syukur sgt2 kebetulan terbaca artikel ttg ibu melalui pglaman ustaz muhtar ni… maklum saya sibuk juak dgn tugasan… benar2 menyentuh hati saya juak…
it is more than words…
moga artikel sprti ini dapat memberi manfaat kepada seluruh anak2 remaja pada hari ini yg mgkin secara sedar atau tdk sedar byk melukakan hati ibubapa mereka…
syukran…
Assalamualaikum.
Saya baru saja selesai membaca entry akhi ni.
Saya agak sedih membacanya sebab ibu dan ayah saya jugak seperti ibu dan ayah akhi. Mereka jugak tidak bersekolah kerana kemiskinan hidup. Zaman kanak-kanak saya jugak dilalui dengan keperitan hidup dan saya membesar di kawasan setinggan.
Semoga Allah juga memberikan saya kesempatan untuk membalas jasa mereka mengharumkan nama mereka walau mungkin tidak sehebat akhi.
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Ustaz Fatim dan Ukhti Hasmawati;
Alhamdulillah. Mudah-mudahan. Selamat maju jaya dunia dan Akhirat!
I must say that your parents must be awfully proud to have you as their son.. 🙂 that’s the ultimate bliss in being a child…
Sedih baca artikel saudara. Saya memahaminya kerana pernah merasai semua itu.
assalamualaikum… terima kasih dgn khdrn web ini krn ia mmbri ddkn…
terima kasih…
abd. hadi ishak…
ukhuwah fillah…
salam… sy amat terharu dan amat tersentuh atas apa yang telah di tulis… sy yakin sume org dlm dunia ni psti amt menyayangi mak dan ayahnye… sy juga amat menyayangi mak dan ayah sy… terlalu syg… sampai sy nak pergi utk melanjutkan pljrn di semenanjung yg jauh dr dakapan mrka… masa itulah sy tlh melihat bagaimana suatu pengorbanan yg amat besar dilakukan oleh mrka… ms itu jugalah sy mlhat bagaimana air mata kedua mak dan ayah mengalir… harap kt sama berjuang untuk berjaya dan sekaligus menjaga mak dan ayah kita… salam ukhwah…
[…] Bacaan umum: Gembira dan Bahagiakanlah Orang Tuamu!. […]
Saudara Muhtar,
Fenomena dunia sekarang..
Masih kecil kita diasuh diberi makan minum, pakai dan dilayan sebagai anak..
Sewaktu belajar, ibu bapa sanggup bergadai dan mengirim wang setiap bulan tanpa gagal..
Sewaktu bekerja, anak-anak terpaksa berjauhan, wang dikirim setiap bulan. Seandainya bertemu jodoh maka hubungan itu semakin jauh kerana ruang waktu dan ekonomi yang tidak menentu..
Nasib baiklah ada cuti Hari Raya, lepas raya ke-2, suasana sunyi kembali menghias rumah orang tua..
Itulah yang berlaku setiap masa dan akan berhenti bila masanya akan tiba..
Layakkah kita digelar Anak Soleh jika itu tradisi anak-anak masa kini?.
Salam..
Di ruangan sempat yang padat ini, ingin skali ana berkongsi suka duka menjadi seorang anak kepada ibu yang mithali.
Ana anak pertama, segala kepayahan semua di tangan ana sehinggakan ana tiada peluang untuk belajar seperti kawan-kawan ana yg lain smata-mata mahu menjaga ibu dan adik2 ana. Ana bersusah payah ikut ibu menoreh, digigit nyamuk seawal Subuh. Tiap kali dalam doa, ana tersenyum mendengar adik ana yang kecil berkata ‘wahai Tuhan, peliharalah akak dan ibu adik dari nyamuk sbb bila ibu digigit nyamuk nnt tangan ibu merah2 macm mana nak jaga adik’. Terukir senyuman sekejap tp dlm hati menangis dan terharu adik yg berusia 5 tahun pun tahu erti kasih sayang. Ibu ana banyak memberi kasih sayang sehingga adik ana pun dapat memahami. Tapi, kuasa Tuhan menetukan, ibu pergi dahulu kerana denggi… Adik diam, lansung tak menangis cuma sebelum jenazah dikebumikan adik sempat bertanya, ‘kenapa Tuhan tak dengar doa adik setiap pagi.’ Ana cuma tersenyum dalam terpaksa, ana katakan padanya ‘bukan Tuhan tak dengar, cuma Tuhan lebih sayangkan ibu, Tuhan ambil ibu sbb Tuhan tak nak ibu digigit nyamuk lagi’. Adik ana peluk erat dan dia cuma pesan jgn menoreh lagi sbb dia takut Tuhan ambil kakaknya pula.
Sampai sini dahulu. Semoga ibu tenang di sana. Anak-anakmu sentiasa mendoakan kesejahteraan Ibu dan kebahagiaan Ibu.
salam,,,akhi ika mengalirkan air mata apabila membaca nukilan ini..inilah yg menambahkan semangat ika..syukran akhi..dan tahniah kerana akhi telah menjadi abg sulong yang menjadi contoh terbaik kpd adik2..akhi lah yg byk membimbing kamiadik2 utk mnjadi lbh baik dan mnjadi cemerlang…