Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for the ‘Mahasiswa/ Pemuda’ Category

  Jawatankuasa Pelaksana Karnival ‘Amal Merdeka, Yayasan Amal Malaysia”

As-Sarawaki, 16 Ogos 2008: Alhamdulillah atas taufiq dan hidayah Allah untuk terus memberi khidmat dan komitmen dalam usaha pemandaian dan pengupayaan masyarakat. Syukur kepada Allah SWT kerana pada 16 Ogos 2008 Karnival ‘Amal Merdeka 2008 yang merupakan program kebajikan dan kemasyarakatan anjuran Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak Unit Miri telah dirasmikan dengan jayanya bermula dengan program Larian ‘Amal Merdeka (anjuran bersama Persatuan Kebajikan Pekerja Islam Petroleum (PKPIP) dan dengan kerjasama Persatuan Olahraga Amatur Bahagian Miri & Persatuan Bulan Sabit Merah Cabang Miri) serta Derma Darah dan Pemeriksaan Kesihatan Percuma (dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Islam Perubatan (PERKIP) dan Hospital Umum Miri).

 

[Nota As-Sarawaki: Alhamdulillah, hampir 200 orang peserta mengambil bahagian dalam Larian ‘Amal Merdeka ini dan lebih kurang separuh daripadanya adalah dari kalangan bukan Muslim (atau boleh sahaja disebut belum Muslim). Kita sering berteori tentang keperluan fikah interaksi dengan bukan Muslim khususnya di Sarawak Bumi Kenyalang, tetapi apa yang mendukacitakan ia selalunya hanyalah retorika semata-mata yang tidak merealiti. Semoga program sebegini akan terus menjadi sebahagian daripada ikhtiar para jurudakwah dalam menjalankan amanah dakwah. In terms of style swim with the current, but in terms of principle stand like a rock!] (selanjutnya…)

Read Full Post »

Jubah Konvokesyen UIAM Beserta Songkok Tinggal Kenangan!”

Kenangan Isteri Saya (Kiri Sekali) Sempena Konvokesyen UIAM 2005”

As-Sarawaki, 08.08.08: Alhamdulillah atas segalanya. Insya Allah sampai akhir hayat saya tidak akan melupakan jasa Taman Ilmu dan Budi UIAM di dalam mendidik saya sehingga menjadi jurutera hari ini. Apa yang juga pasti, saya tidak akan melupakan penghayatan Visi dan Misi UIAM yang diperjuangkan oleh Mantan Rektor Tan Sri Dr. Mohd Kamal Hassan iaitu:

 

IIUM Vision:

 

“Inspired by the worldview of Tawhid and the Islamic philosophy of the unity of knowledge as well as its concept of holistic education, the University aims at becoming a leading international centre of educational excellence which seeks to restore the dynamic and progressive role of the Muslim Ummah in all branches of knowledge for the benefit of all mankind.”

 

IIUM Mission of “Triple I CE”:

  • Integration;
  • Islamization;
  • Internationalization; and
  • Comprehensive Excellence

Saya insya Allah tidak akan lupa semua ini. Ia satu komitmen dan impian murni yang mudah-mudahan akan kesampaian!

 

Cuma entah mengapa hati kecil saya berirama gundah dan jiwarasa serta nurani saya digamit nostalgia dengan perkembangan berita di bawah. Saya dan isteri lebih cenderung untuk tidak bersetuju dengan perubahan ini. Persoalan utamanya, adakah perubahan ini memungkinkan UIAM lebih hampir kepada visi dan misinya? Anda fikirlah sendiri! (selanjutnya…)

Read Full Post »

Bersama Fasilitator Muslimin Kem Eksplorasi Minda Borneo 2008 di KKIA. [Duduk: Mohd Syamirulah, Shazif, Mohd Nazir, Nur Izat, Ahmad Faisol. Berdiri: Syafeeq, Izzul Syazwan, Mohd Afif, Mohd Latiffi, Nasiruddin, Hairul Adhan, Hijaz Ridzwan, Muhtar Suhaili, Azri Bohari, Mohd Izzat, Mohd Shazani]

As-Sarawaki, 3 Ogos 2008: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT di atas rahmat kasih sayangNya yang tidak terhingga. Tuhan Yang Maha Agung berfirman di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 218: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” Sungguh, wawasan Akhirat melalui prestasi hidup di dunia!

 

Alhamdulillah, saya baru selamat tiba di rumah setelah berada di Kota Kinabalu, Sabah selama 4 hari dan 4 malam untuk mengisi program Kem Eksplorasi Minda Borneo 2008 anjuran ISAC Studio dan Iluvislam.Com. Program Jaulah Borneo ini adalah program berbentuk motivasi dan tarbiyyah yang terdiri daripada dua fasa iaitu Fasa 1 di Kuching, Sarawak pada 24-29 Julai 2008 di mana Ustaz Hasrizal Abdul Jamil hadir memberi pengisian dan Fasa 2 di Kota Kinabalu, Sabah pada 30 Julai – 3 Ogos 2008 di mana alhamdulillah saya telah dijemput untuk memberi pengisian bersama-sama fasilitator-fasilitator yang terdiri daripada mahasiswa-mahasiswi Malaysia yang kini tengah menuntut di United Kingdom, United States, Ireland, Republik Czech, Perancis, Rusia, Mesir, Malaysia dan Indonesia.

 

Tahniah dan syabas kepada semua fasilitator selaku penganjur khususnya kepada Pengarah Program, Saudara Azri Bohari (anak jati Sarawak yang menuntut di NUI Galway) di atas inisiatif dan usaha murni kalian! Alhamdulillah melalui program ini, saya turut berkesempatan bertemu rakan-rakan alam maya seperti Saudara Syamirulah, Saudara Isa Azzaki, Saudara Syafeeq, Saudara Shazani dan Saudara Mohd Afif dari Iluvislam.Com. Penghargaan istimewa juga buat Saudara Hairul Adhan, anak tempatan Kota Kinabalu yang menjadi teman perjalanan dan memandu saya ke tempat-tempat program sepanjang berada di Sabah. Semoga Allah SWT menerima segala ‘amalan kita. Amiin Ya Rabb!

 

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Karnival 'Amal Merdeka

[Karnival ‘Amal Merdeka 2008 yang Insya Allah akan diadakan pada 16 – 17 Ogos 2008 merupakan program anjuran Yayasan ‘Amal Malaysia (Cawangan Sarawak Unit Miri) dengan kerjasama beberapa badan Islam yang lain. Antara program yang akan dilaksanakan termasuklah Larian ‘Amal Merdeka, Forum Perdana Ehwal Islam, Forum Remaja Cemerlang, Pemeriksaan Kesihatan, Derma Darah dan Konsert Kesenian Islam yang dinamakan Konsert ‘Amal Merdeka.]

Forum Remaja Cemerlang

[Forum Remaja Sempena Karnival ‘Amal Merdeka 2008 (Poster hasil kreativiti Ustaz Ahmad Fauzi). Forum Remaja “Di Mana Kasih, Di Mana Sayang?” ini terbuka kepada semua remaja yang berada di luar sana. Para remaja dan pelajar sekolah yang berminat serta ibubapa yang ingin mendaftarkan anak-anak mereka untuk mengikuti program ini, sila hubungi/ sms penama berikut: Muhtar Suhaili (016-8909717), Ustaz Nik Syazmizi (019-4583994), Ustaz Ahmad Fauzi (016-8164466), Puan Lily Hj. Morni (016-8729208), Ustazah Noresah (013-9421300) atau Ustazah Norafifah (019-3037286). Yuran penyertaan adalah PERCUMA. Remaja Cemerlang, Negara Gemilang, Ummah Terbilang!]

Wallahu a’la wa ‘alam.

Read Full Post »

Karnival 'Amal Merdeka

[Karnival ‘Amal Merdeka 2008 yang Insya Allah akan diadakan pada 16 – 17 Ogos 2008 merupakan program anjuran Yayasan ‘Amal Malaysia (Cawangan Sarawak Unit Miri) dengan kerjasama beberapa badan Islam yang lain. Antara program yang akan dilaksanakan termasuklah Larian ‘Amal Merdeka, Forum Perdana Ehwal Islam, Forum Remaja Cemerlang, Pemeriksaan Kesihatan, Derma Darah dan Konsert Kesenian Islam yang dinamakan Konsert ‘Amal Merdeka.]

Konsert 'Amal Merdeka 2008

[Konsert ‘Amal Merdeka 2008 (Poster hasil kreativiti Ustaz Fauzi). Konsert Nasyid ‘Amal sempena Karnival ‘Amal Merdeka ini adalah julung-julung kalinya diadakan di Bandayara Miri. Marilah berhibur sambil ber’amal kerana Allah!]

Wallahu a’la wa ‘alam.

Read Full Post »

Karnival 'Amal Merdeka

[Karnival ‘Amal Merdeka 2008 yang Insya Allah akan diadakan pada 16 – 17 Ogos 2008 merupakan program anjuran Yayasan ‘Amal Malaysia (Cawangan Sarawak Unit Miri) dengan kerjasama beberapa badan Islam yang lain. Antara program yang akan dilaksanakan termasuklah Larian ‘Amal Merdeka, Forum Perdana Ehwal Islam, Forum Remaja Cemerlang, Pemeriksaan Kesihatan, Derma Darah dan Konsert Kesenian Islam yang dinamakan Konsert ‘Amal Merdeka.]

[Larian ‘Amal Merdeka 2008 (Poster hasil kreativiti Ustaz Fauzi). Sila dapatkan Borang Penyertaan di sini »» dan serahkan kepada penama-penama yang dinyatakan di dalam poster di atas. Insya Allah, sebahagian daripada yuran penyertaan akan didermakan kepada rumah anak-anak yatim dan golongan yang memerlukan. Marilah ber’amal sambil beriadhah kerana Allah!]

Wallahu a’la wa ‘alam.

Read Full Post »

SK Kpg Beraya

Gambar Program Masih Ada Yang Sayang di SK Kpg Beraya [Sumber] 

الحمدلله  رب  العالمين،  والصلاة  والسلام  على  اشرف  الأنبياء والمرسلين وعلى  اله  وصحبه  اجمعين

 

As-Sarawaki, 5 Julai 2008: Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Kaya, Maha Pemberi Hidayah dan Maha Tahu segala ehwal hamba-hambaNya. Selawat serta salam untuk Kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad صلى الله عليه و سلم.

 

[Nota buat ‘orang di hadapan: Politik Malaysia semakin celaru, keliru, haru-biru, cacamarba dan meresahkan. Orang kampung saya kata: “Semakin ramai yang berbaris panjang membeli tiket percuma masuk Neraka!”]

 

Di dalam risalah Usrah dan Dakwah oleh Al-Imam Hassan Al-Banna, beliau ada menyebut: “Kita mempunyai banyak kewajipan sedangkan masa kita terlalu sedikit.” Betapa benarnya kata-kata ini dan marilah kita doakan semoga Allah سبحانه وتعالى‎ mempermudahkan segala urusan perjuangan kita semua di Sekolah Kehidupan ini… Amiin Ya Rabb!

 

Alhamdulillah, hari ini dengan taufiq dan hidayah Allah saya berpeluang menyertai warga SM Sains Miri menjayakan Program yang dinamakan “Masih Ada Yang Sayang” di sekolah angkatnya – SK Kpg Beraya. Saya telah diberi kepercayaan untuk menyampaikan ceramah motivasi untuk murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 bersama-sama dengan guru-guru SM Sains dan SK Kpg Beraya serta dibantu oleh beberapa orang fasilitator – Azrul, Azwani, Iszuandy, Khalid, Syafiq, Farhan, Adib, Hanida, Hafizah dan Azrin. Sementara itu, ibubapa pula mengikuti sesi perkongsian bersama Puan Lily Hj. Morni, Pengetua SM Sains Miri selain ceramah bertajuk “Usaha, doa dan tawakkal” oleh Ustaz Ahmad Fauzi Yaakob.

 

Bersama Fasilitator-fasilitator Muda SM Sains dan SMK Agama Miri 

 

Saya tertarik dengan sya’ir Imam As-Syafi’e berikut: (selanjutnya…)

Read Full Post »

« Newer Posts - Older Posts »