Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for the ‘Dewan Pemuda PAS Malaysia’ Category

“Kenangan Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia 2015”

As-Sarawaki, 25 Sya’aban 1436H: Alhamdulillah, puji dan sanjungan adalah hak Allah SWT yang Maha Mengetahui dan Maha Melihat hamba-hambaNya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan kepada Rasulullah SAW, manusia yang diutus Rabbnya sebagai pemberi dan penunjuk arah, pembawa berita gembira, pemberi peringatan dan penyeru kepada agama Allah dengan izinNya.

Alhamdulillah! Sebagai hamba Allah, marilah kita sentiasa melakukan muhasabah agar terus cemerlang di dalam Sekolah Kehidupan. Ayuh kita teruskan usaha memperbaiki diri dan mengajak orang lain untuk sama-sama memberi sumbangan untuk agama. Sesungguhnya, ‘title is not the measurement of a man but by his contribution’. Rasulullah SAW teladan seluruh umat telah bersabda: “Yang paling disukai Allah ialah mereka yang paling bermanfaat untuk manusia yang lain.”

Bahkan, kita telah diberi berita gembira melalui firman Allah SWT di dalam Kitab Suci Al-Qur’an Al-Kariim yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah memasukkan orang-orang beriman dan mengerjakan amal yang soleh ke dalam syurga-syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Di syurga itu mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas dan mutiara, dan pakaian mereka adalah sutera..” (Surah Al-Hajj, ayat 23).

Beristiqamah Hingga Kemenangan

Alhamdulillah, catatan ini saya nukilkan setelah berakhirnya Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Malaysia ke 56 pada 2-3 Jun di Shah Alam dan Muktamar Tahunan PAS Pusat Ke-61 pada 4-6 Jun 2015 di Kuala Selangor dengan tema Beristiqamah Hingga Kemenangan. Catatan ini juga ditulis setelah saya diamanahkan sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) bagi sesi 2015-2017 dan memegang jawatan Bendahari (saya dimaklumkan anak Sarawak pertama memegang jawatan ini). Sungguh saya tidak pernah bercita-cita untuk berada di posisi ini! Bahkan saya tidak punya impian tinggi untuk menjadi pimpinan besar dalam PAS!

(selanjutnya…)

Advertisements

Read Full Post »

“Program Jejak Kasih Ramadhan 1436H DPPWP”

Masukkan sumbangan penderma budiman sekalian ke dalam akaun Bank Islam atau Maybank “DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN” seperti tertera di dalam poster di atas.

Sila maklumkan jumlah sumbangan kepada Pengerusi Lajnah Dakwah, Saudara Mukhtar Suhaili (+6016-2339117) atau Pengerusi Lajnah Kebajikan, Saudara Mohd Shahir (+6019-2153225).

Tabung ini dibuka sehingga Rabu, 1 Julai 2015.

Website: http://www.pas.org.my/dewan/dewan-pemuda

“Beristiqamah Hingga Kemenangan!”

Wallahu a’lam bissawab.

Read Full Post »

“Saff Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia 2015-2017”

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
22 Sya’ban 1436 / 9 Jun 2015

“Kabinet DPPM Sesi 2015 – 2017”

1. Sukacita saya maklumkan bahawa kami saf kepimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia Sesi 2015 – 2017 telah mengadakan mesyuarat pertama pada 8 Jun 2015 bersamaan 21 Sya’ban 1436H di Pejabat Agong PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Mesyuarat berlangsung dalam suasana mahabbah dan penuh ukhuwah.

2. Kami pada mesyuarat tersebut telah menyempurnakan perlantikan Jawatankuasa Harian DPPM dengan taklifan seperti berikut:

2.1. Ketua Pemuda:
YB Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (Pengerusi Lajnah Politik)

2.2. Timbalan Ketua Pemuda:
Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi (Pengerusi Lajnah Antarabangsa)

2.3. Naib Ketua Pemuda:
Ir. Hj. Khairil Nizam Khirudin (Pengerusi Akademi Kepimpinan Pemuda)

2.4. Setiausaha:
Ustaz Afnan Hamimi Taib Azzamuddin (Pengerusi Majlis Setiausaha Pemuda (Sekretariat))

2.5. Bendahari:
Engr. Muhtar Suhaili

2.6. Ketua Penerangan:
Ustaz Ahmad Fadhli Shaari

2.7. Pengarah Pilihanraya Pemuda:
Ustaz Syarhan Humaizi Abdul Halim

2.8. Penolong Setiausaha 1:
Sdr. Nurul Islam Mohamed Yusoff

2.9. Penolong Setiausaha 2:
Sdr. Damanhuri Dol

2.10. Penolong Setiausaha 3:
Sdr. Eikhwan Ali

3. Pihak kami akan menyempurnakan perlantikan penuh jawatankuasa dan portfolio pada mesyuarat kedua DPPM dan selepas selesai siri lawatan ke beberapa negeri untuk tujuan ‘bottom up management review’ pada bulan Ramadhan nanti.

4. Saf bakal ditampilkan ini nanti adalah kombinasi lulusan ugama, profesional dan aktivis dari pelbagai latarbelakang bidang dan kepakaran.

5. DPPM juga merakamkan rasa prihatin terhadap mangsa banjir yang sedang melanda beberapa kawasan di negeri Melaka dan akan mengadakan lawatan segera ke sana untuk menyampaikan sumbangan kewangan kepada mangsa.

Jabatan AMAL telah pun digerakkan ke sana untuk sumbangan tenaga.

Semoga Allah merahmati anak muda Malaysia dengan keberkatan bulan Ramadhan yang bakal menjelang tiba.

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Wallahu a’lam bissawab.

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/35852-pemuda-pas-selesai-bentuk-kabinet

Read Full Post »

“Dana Tabung Dewan Pemuda PAS Malaysia Untuk Gempa Bumi Sabah”

Masukkan sumbangan penderma budiman sekalian ke dalam akaun Maybank “TABUNG KEMANUSIAAN PEMUDA”

Dana Tabung DPPM Untuk Gempa Bumi Sabah

Atau CEK bayaran kepada “Tabung Kemanusiaan Pemuda”, dan hantar ke alamat di bawah:

Dewan Pemuda PAS Malaysia, Tingkat 2, Pejabat Agung PAS Pusat, No. 318-A, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur.

Sila maklumkan jumlah sumbangan kepada Bendahari Dewan Pemuda PAS Malaysia, Saudara Mukhtar Suhaili di talian +6016-2339117 / +6016-8909717.

Tabung ini dibuka sehingga Isnin, 15 Jun 2015.

Facebook: Facebook.com/DPPMalaysia

Twitter: Twitter.com/DPPMalaysia

Youtube: Youtube.com/DPPMalaysia

Website: http://www.pas.org.my/dewan/dewan-pemuda

“Beristiqamah Hingga Kemenangan!”

Wallahu a’lam bissawab.

Read Full Post »