Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for the ‘AMAL Malaysia’ Category

AMAL Malaysia   

  

Masukkan sumbangan derma ke dalam akaun AMAL Sarawak:
(This is AMAL Sarawak’s bank account for your reference:)
   

Akaun AMAL Malaysia Cawangan Sarawak   

Atau CEK bayaran atas nama “Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak”, dan hantar ke alamat yang tertera di bawah:
(Or send your cheque to below address:)

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak
Lot 741, Jalan Pujut 9, 98000 Miri, Sarawak
No. Telefon: 016-8909717

Email: amalsarawak@yahoo.com.my    

   

Sila baca juga artikel terdahulu yang berkaitan berikut:   

1. Ziarah Dakwah AMAL Ke Ulu Kota, Pakan, Sarikei   

2. Ziarah Dakwah AMAL Siri 2 Ke Ulu Kota, Pakan   

3. Sebuah Catatan: Ekspedisi Dakwah Ke Ulu Kota   

4. Kembara Mahabbah AMAL Ke Ulu Kota, Pakan   

5. Saudara Kita Di Ulu Kota.. Keprihatinan Muslimin Ditagih!   

   

TERAS BUDAYA AMAL:   

  • Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
  • Berakhlak Mulia,
  • Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
  • Berkemahiran dan Berketrampilan.

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

Read Full Post »

AMAL Malaysia

Hari Keluarga AMAL Sarawak 2010

Hari Keluarga AMAL Sarawak 2010

AMAL Sarawak, 11 Safar 1431H: Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin! Sesungguhnya Allah SWT menjadikan orang-orang beriman itu bersaudara. FirmanNya di dalam Al-Qur’an Al-Kariim:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” (Surah al-Hujurat, ayat 10)

“Muhammad adalah Rasulullah. Dan mereka yang bersamanya amat tegas terhadap orang-orang kafir dan amat pengasih sesama mereka….” (Surah al-Fath, ayat 29).

Alhamdulillah, lebih 70 orang sukarelawan Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak telah hadir mengikuti Usrah Gabungan dan berkampung memeriahkan Hari Keluarga AMAL Sarawak 2010 yang telah diadakan dengan jayanya pada 23-24 Januari 2010 bersamaan 7-8 Safar 1431H bertempat di Taman Negara Niah. Lebih menarik program 2 hari satu malam ini selain diikuti oleh sukarelawan AMAL dari Miri, Bintulu, Kuching dan Limbang, ia turut disertai oleh sahabat-sahabat seperjuangan dari negara jiran, Brunei Darussalam.

 

Program pada hari Sabtu, 23 Januari 2010 bermula pada jam 12.00 tengahari dengan pendaftaran peserta dan urusan penginapan. Setelah urusan pendaftaran selesai, program diteruskan dengan Majlis Perasmian oleh Penasihat AMAL Sarawak, Tuan Haji Jofri Jaraeei sebelum Taujihat Perdana oleh Dr. Daeng Sanusi yang memberi input bermakna dalam merencana dan menggerakkan usaha dakwah dalam masyarakat. Beliau juga menekankan betapa pentingnya du’at sensitif dengan isu-isu semasa agar dapat menyampaikan mesej Islam dengan lebih berkesan.

 

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Forum Perdana Ehwal Islam 1431H di Masjid Al-Jabbar Niah

Shell Malaysia (www.shell.com.my) Scholarships Advertisement

Read Full Post »

AMAL Malaysia

Mappada Jukuk Na Kanuku, Sipatuo Sipatongkok

…Falsafah Hidup: Mappada Jukuk Na Kanuku, Sipatuo Sipatongkok…

As-Sarawaki, 02 Dzulqaedah 1430H: Alhamdulillah! Sangat bersemangat rasanya setiap kali mengulang-ulang baca kata-kata motivasi Sa’ad bin Abi Waqqas r.a. tatkala berkata kepada Rasulullah SAW: “Aku adalah panah-panah Islam, maka tujukanlah aku ke mana sahaja yang engkau suka.” Ya, mudah-mudahan kita terus menjadikan tekad membara ini sebati di dalam jiwa!

 

Insya Allah, saya akan berangkat pada malam ini untuk turut serta dalam Misi Kemanusiaan AMAL Malaysia Ke Padang, Sumatera, Indonesia untuk membantu mangsa gempa bumi yang menggegarkan wilayah Sumatera Barat 30 September lepas. Insya Allah saya dan rombongan Yayasan AMAL Malaysia seramai 27 orang akan berada di sana dari 22-27 Oktober 2009 bagi meneruskan beberapa siri bantuan kemanusiaan AMAL Malaysia semenjak 3 minggu yang lepas.

 

Sesungguhnya Allah SWT menjadikan orang-orang beriman itu bersaudara. FirmanNya di dalam Al-Qur’an Al-Kariim:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” (Surah al-Hujurat, ayat 10)

Wallahi, syukur kepada Allah! Masih ramai dalam kalangan umat ini yang peduli dan prihatin akan nasib masyarakat serumpunnya. Manifestasi ini dapat saya rasakan dalam persiapan Kembara Kemanusiaan kali ini. Bagi pihak AMAL Sarawak, dalam masa 4 hari yang lepas sahaja saya telah menerima sebanyak RM10,347 derma kilat yang datangnya daripada sahabat-sahabat di Miri, Kuching dan Bintulu. Semoga Allah menerima segala ‘amal jariah antum. Insya Allah semua sumbangan ini akan diserahkan secara terus kepada saudara-saudara yang memerlukan di sana selain untuk projek Water Supply Tube Well yang akan dijalankan. Ketahuilah betapa benar bahawa di dalam hidup ini manusia terbaik ialah manusia yang paling bermanfaat kepada manusia lainnya! Hidup ini bukan sekadar Que Sera, Sera!

 

Allah SWT Yang Maha Pengasih dan Penyayang berfirman:

“Dan sesiapa yang mengerjakan ‘amalan soleh (perbuatan baik), lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, nescaya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik…” (Surah an-Nahl, ayat 97)

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang mengajak ke arah kebaikan, maka ia memperolehi pahala sebagaimana pahala-pahala orang-orang yang mengikutinya, tanpa dikurangi sedikitpun dan dari pahala-pahala mereka yang mencontohinya itu, sedang barangsiapa yang mengajak ke arah keburukan, maka ia memperolehi dosa sebagaimana dosa-dosa orang-orang yang mengikutinya, tanpa dikurangi sedikitpun dari dosa-dosa mereka yang mencontohnya itu.” (Riwayat Muslim)

Alhamdulillah, kali terakhir saya ke Padang ialah ketika mengikuti lawatan sambil belajar Pemimpin Pelajar UIA ke Provinsi Riau dan Sumatera Barat pada Januari 2004. Sebagai perkongsian, berikut disertakan Artikel Perjalanan “Kembara Ilmu di Bumi Minangkabau” yang telah diterbitkan oleh Majalah Minda Mac-April 2004. Semoga ada khairnya buat tetamu ziarah yang budiman dan beriman sekalian. Mudah-mudahan. (selanjutnya…)

Read Full Post »

AMAL Malaysia

Misi AMAL Malaysia di Sumatera Barat

AMAL Malaysia, 13 Oktober 2009/23 Syawal 1430H: Yayasan Amal Malaysia (AMAL) akan meneruskan Misi Kemanusiaan ke Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Bencana yang menimpa Kota Padang baru-baru ini meninggalkan kesan yang besar kepada rakyat di sana. Masih ramai lagi mangsa yang memerlukan bantuan kemanusiaan khususnya dari masyarakat antarabangsa.

Justeru itu, hasil pemerhatian dari beberapa misi kemanusiaan yang dilakukan oleh AMAL Malaysia sebelum ini, maka bantuan akan cuba disalurkan secara berterusan sehingga suatu tahap yang stabil di sana. Pihak AMAL Malaysia telah mengatur beberapa jadual Misi Kemanusiaan ke Padang iaitu pada 15-19 Oktober 2009 yang terdiri dari Team Teknikal (Water Supply Tube Well), 22-26 Oktober 2009 terdiri dari Team Medik dan seterusnya.

Selain itu, pihak AMAL Malaysia juga mempelawa para sukarelawan yang ingin turut serta boleh menghubungi Pejabat Yayasan Amal Malaysia di Batu Caves, Gombak di talian 03-6187 4382 (Cik Juisa). Pendaftaran awal sangat diharapkan bagi memudahkan AMAL Malaysia menyusun jadual berdasarkan kepakaran-kepakaran yang dimiliki oleh para sukarelawan Malaysia.

AMAL Malaysia turut amat mengalu-alukan sebarang bentuk bantuan khususnya sumbangan kewangan daripada semua pihak yang prihatin terhadap bencana yang menimpa masyarakat serumpun di Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Sumbangan boleh disalurkan ke Akaun Maybank, 553010122090 YAYASAN AMAL MALAYSIA dan sila maklumkan ke 019-9831927 atau 019-6644796. Semoga Allah menerima ‘amalan kita semua.

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

Read Full Post »

AMAL Malaysia

Gempa Bumi Padang Sumatera Barat

AMAL Malaysia, 2 Oktober 2009/ 12 Syawal 1430H: Yayasan Amal Malaysia (AMAL) telah menghantar satu pasukan peninjau iaitu Misi Kemanusiaan Mangsa Gempa Bumi di Padang, Sumatera, Indonesia awal pagi tadi. Mereka menaiki pesawat Air Asia pada pukul 7.50 pagi tadi waktu Malaysia. Pasukan itu terdiri dari Tuan Hj Jamuliddin Elias, Timbalan Presiden AMAL Malaysia dan Encik Jamel Saring, Naib Pengerusi 1 AMAL Selangor. Tujuan pasukan ini adalah untuk melihat dan menilai keadaan selepas gempa bumi yang melanda di situ bagi persiapan pasukan bantuan seterusnya dari AMAL Malaysia.

AMAL Malaysia melihat keperluan memberi bantuan kemanusiaan kepada negara jiran yang menerima musibah tersebut. AMAL akan mendapatkan maklumat awal dari pasukan sukarelawan Bulan Sabit Merah Indonesia (BSMI) dan MUAMALAT iaitu NGO di Indonesia. Selepas penilaian dari pasukan tersebut, tindakan susulan akan diambil oleh AMAL untuk menghantar pasukan sukarelawan seperti Pasukan Perubatan dan lain-lain jika perlu.

Maklumat lanjut akan diperolehi dari pasukan ini kelak. Oleh itu, pihak AMAL Malaysia sangat mengalu-alukan sebarang bentuk bantuan khususnya sumbangan kewangan dari semua pihak yang prihatin terhadap bencana yang menimpa masyarakat serumpun di Padang, Sumatera Barat, Indonesia.

Sumbangan boleh disalurkan ke Akaun Maybank, 553010122090 YAYASAN AMAL MALAYSIA dan sila maklumkan ke 019-9831927 atau 019-6644796. Semoga Allah menerima segala ‘amalan kita semua. Amiin.

(selanjutnya…)

Read Full Post »

AMAL Malaysia

Qurban 1430H AMAL di Mindanao

Program Qurban 1430H Yayasan AMAL Malaysia
Pembetulan: Untuk Sarawak, Bayaran bagi satu bahagian Qurban atau Aqiqah Lembu ialah RM370, manakala bagi Qurban atau Aqiqah Kambing ialah RM500/ satu ekor. Harap maklum.

 

[Program Qurban Yayasan AMAL 1430H: Dapatkan Borang Di Sini »».]

 

TERAS BUDAYA AMAL:

  • Berilmu, Beriman dan Ber’amal,
  • Berakhlak Mulia,
  • Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
  • Berkemahiran dan Berketrampilan.

 

Read Full Post »

« Newer Posts - Older Posts »