Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for 1 Jun 2015

Penduduk Berbilang Kaum Di Sarawak.. Sarawak Truly Malaysia!

Born Muslim + Reverts (Converts) = 31% Sarawak Muslims Population

As-Sarawaki, 13 Jamadil Akhir 1431H (Siaran Semula): Alhamdulillah, segala puji bagi Allah! Alhamdulillah atas nikmat Islam yang syumul yang menjadi dasar dan prinsip kepada semua kegiatan sama ada sosial, pendidikan, ekonomi, politik dan lain sebagainya! Selamat Ari Gawai Dayak. Ngajih ka kita gayu guru, gerai nyamai, lantang senang nguan menua! “Gayu guru gerai nyamai” bukanlah ucapan sempena Hari Guru tetapi ucapan sempena Hari Gawai Dayak yang dirayakan setiap 1 Jun setiap tahun di Sarawak. Frasa Bahasa Iban “Ngajih ka kita gayu guru, gerai nyamai, lantang senang nguan menua” bermaksud lebih kurang “mudah-mudahan kita beroleh kesejahteraan, kesihatan, nasib yang baik dan hidup bahagia aman makmur di tanahair”. Buat masyarakat Kadazan, Dusun dan Murut di Sabah pula, Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan atau dalam Bahasa Melayu, Selamat Hari Pesta Menuai!.

Sebagai permulaan entri ini, berikut dikongsikan ensiklopedia mengenai Hari Gawai Dayak yang diperolehi daripada Wikipedia:

Gawai Dayak merupakan perayaan yang disambut di Sarawak oleh kaum Dayak Sarawak, terutamanya Iban dan Bidayuh. Gawai Dayak merupakan hari menuai dan mula disambut secara besar-besaran semenjak 25 September 1964, apabila Gawai Dayak diisytiharkan sebagai hari perayaan rasmi. Sambutan Gawai Dayak pada peringkat negeri adalah pada 1 Jun 1965.

Gawai Dayak mempunyai beberapa upacara yang dijalankan di bandar dan rumah panjang. Persembahan pelbagai makanan dan tuan di persembahkan kepada dewa padi untuk hasil yang baik. Penyair akan membaca mentera yang khusus untuk upacara ini dan melumur darah ayam jantan pada bahan persembahan.

Selepas upacara ini, perayaan Gawai Dayak akan bermula secara rasmi. Sebatang pokok yang dikenali sebagai ‘ranyai’ akan didirikan di tengah ruang dan dihiasi dengan makanan dan minuman. Mereka juga akan melawat kaum keluarga dan sahabat handai yang dikenali sebagai ‘ngabang’. Pakaian tradisi akan dikenakan, dan perhiasan manik orang ulu akan dikeluarkan untuk dipakai pada hari itu. Perawan Iban pula akan mengenakan perhiasan perak tradisi. Pesta Gawai Dayak ditutup berakhir dengan penurunan pokok ranyai tersebut.

Entri ini bukan mengenai Hari Gawai Dayak! Bukan juga entri untuk mengajar Bahasa Iban. Entri ini sesuai dengan tajuknya cuba untuk sama-sama mengajak tetamu ziarah yang budiman dan beriman untuk memikir serta membincangkan tentang “baka ni dakwah kita wai?” yakni “bagaimana usaha dakwah kita saudara?” terhadap masyarakat Dayak. (selanjutnya…)

Advertisements

Read Full Post »