Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Ogos 2009

NGO-NGO Islam Se-Malaysia

“NGO-NGO Islam Malaysia: Mari Bersatu Membela Islam!”

As-Sarawaki, 11 Sya’ban 1430H: Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji-pujian bagi Allah ‘Azza Wajalla, Tuhan sekalian alam Yang Maha Kaya lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam.

 

Saya sesungguhnya sangat teruja dengan semangat kata-kata Imam Hassan Al-Banna berikut: 

“Aku ingin menyampaikan dakwah ini hingga kepada janin di dalam perut ibunya!”

Sama-sama kita fikir-renungkan dan jadikan ia sebagai motivasi kehidupan. Semoga saya dan tetamu ziarah yang budiman sekalian terus berada dalam keadaan iman dan kesihatan yang baik serta terus diberi kekuatan sungguh-sungguh ber’amal kerana Allah.

 

Melalui entri kali ini, suka untuk saya kongsikan sebuah Kertas Kerja bertajuk “Peranan NGO Islam Di Sarawak: Kajian Kes Di Miri”. Kertas kerja ini alhamdulillah telah saya usahakan penulisannya pada Disember 2008 yang lalu untuk Jurnal Al-Tadrib JAKIM Sarawak. Rujukan utama kepada Kertas Kerja yang dihasilkan ini adalah Kertas Kerja bertajuk Latihan Dakwah di Sarawak: Sorotan dan Masa Depanoleh Dr. Azhar Ahmad, namun ia lebih memfokuskan peranan NGO dalam aktivisme dakwah. Semoga ada manfaatnya dalam merangka strategi dan memperhebat gerakan khususnya buat semua pekerja dakwah yang ikhlas di Bumi Kenyalang tercinta. Mudah-mudahan ada khair (kebaikan) padanya serta diterima sebagai amalan bermanfaat di sisiNya. Amiin!

 

PERANAN NGO ISLAM DI SARAWAK: KAJIAN KES DI MIRI

 

Mukaddimah

 

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:

 

“Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan kebijaksanaan dan pengajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya, dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk.”[1]

 

(selanjutnya…)

Read Full Post »

  “Di Palang Ini… Tolonglah Bilang Apakah Salahku?”

As-Sarawaki, 1 Ogos 2009: Alhamdulillah atas segala nikmatNya. Tetamu ziarah yang budiman sekalian tentu pernah mendengar tentang ISA = Internal Security Act. Saya berpendirian kurang bersetuju dengan akta penahanan tanpa perbicaraan ini. Mengapa? Saya tidak ingin memberikan komentar tambahan melalui entri ini, sekadar menyertakan petikan Wikipedia tentang Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 berikut untuk didiskusikan:

 

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Lazimnya dikenali sebagai ISA, iaitu akronim nama bahasa Inggerisnya, Internal Security Act) merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia. Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan. Pada tahun 1989, kebolehan mahkamah untuk menyiasat kuasa Menteri di bawah peruntukan ini telah dihapuskan dengan beberapa pindaan kepada Akta ini. Pada masa kini, mahkamah boleh melihat semula hanya perkara-perkara teknikal sahaja berkenaan sebarang penahanan di bawah ISA.

 

Semenjak tahun 1960 apabila Akta ini dikuatkuasakan, beribu-ribu orang termasuk ahli kesatuan sekerja, pemimpin pelajar, aktivis hak buruh, aktivis politik, golongan agama, ahli akademik dan aktivis badan bukan kerajaan telah ditahan di bawah ISA.

 

ISA telah digunakan secara konsisten terhadap mereka yang mengkritik kerajaan dan mempertahankan hak asasi manusia. Dikenali sebagai “keganasan putih” (white terror), ia amat ditakuti dan dibenci, meskipun menjadi satu alat mudah untuk negara membasmi sebarang penentangan dan debat terbuka. Akta ini merupakan satu alatan yang dikekalkan oleh kerajaan yang berkuasa untuk mengawal kehidupan umum dan masyarakat awam. Akta Keselamatan Dalam Negeri telah menerima kritikan dalam pengaplikasiannya terhadap kawalan isu awam.

 

[Artikel Penuh…]

Gambaran pelukis mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri, yang telah menerima kritikan dalam pengaplikasiannya terhadap kawalan isu awam.

 

(selanjutnya…)

Read Full Post »

« Newer Posts