“Permata Hati Ayah Dan Ibu – Muhammad ‘Izzul Islam – 14 Ramadhan 1429H”
As-Sarawaki, 14 September 2008, 3.12pm: Alhamdulillah, anak pertama kami yang diberi nama Muhammad ‘Izzul Islam seberat 3.0kg selamat lahir ke alam dunia pada pukul 11.34 pagi tadi, hari Ahad, 14 Ramadhan 1429H bersamaan 14 September 2008 di Columbia Asia Medical Center, Miri. Doakan semoga cahaya mata kami ini akan menjadi insan cemerlang di dunia dan Akhirat. Mudah-mudahan akan menjadi mujahid Ummah. Amiin Ya Rabb!
Sila klik di sini untuk gambar-gambar lain »»
Abu ‘Izz & Ummu ‘Izz;
Muhtar Bin Suhaili As-Sarawaki
Wan Lydia Salmi Binti Wan Junaidi
Entri Asal: Dam’ah Wa Ibtisamah – Setitis Airmata, Seulas Senyuman
As-Sarawaki, 14 September 2008, 9.13am: Alhamdulillah, segala puji-pujian bagimu Ya Allah! Entri ini saya tulis dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam perasaan bercelaru. Saya baru tiba di KLIA jam 8.20 pagi tadi bagi menghadiri kursus bermula 15 sehingga 18 September 2008 ini di Crowne Plaza Mutiara. Walaubagaimanapun, kita merancang dan Allah juga merancang… Pastinya perancangan Allah adalah yang terbaik! Sekarang ini saya tengah menunggu penerbangan balik semula ke Miri pukul 10.05 pagi ini secara mendadak (emergency). Doktor baru sahaja memaklumkan bahawa isteri saya akan melahirkan sama ada tengahari atau petang ini, 2 minggu lebih awal dari tarikh anggaran yang dimaklumkan oleh doktor iaitu 3 Oktober 2008.
Alhamdulillah! Maksudnya hari ini insya Allah saya akan bergelar seorang ayah… Ayah mithali hendaknya! Nikmat dalam hati, riang tiada terkira! Malah ibu dan ayah saya terlebih lagi gembira kerana akan menjadi nenek kepada cucu pertamanya! Atas segalanya, doa tetamu ziarah yang budiman lagi beriman sekalian agar segalanya khair amatlah saya harapkan.
Benarlah bahawa anak-anak adalah amanah Allah kepada ibubapa. Anak-anak adalah cahaya mata, aset agama, bangsa, dan negara. Dari Abu Hurairah, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci yakni Muslim). Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Hadith Riwayat Bukhari).
Anak-anak adalah cahaya mata
Penghibur hati penyejuk jiwa
Nikmat Allah yang paling bahagia
Nisbah benda lahiriah di dunia
Amanah Allah yang mesti dijaga!
Wallahu a’lam bissawab.
Salam Ustaz. Tahniah atas nikmat kurniaan Allah. Moga dilimpah rahmat dan murah rezeki… InsyaAllah.
As-Sarawaki: Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah dan terima kasih di atas do’a. Amiin Ya Rabb!
Assalamu’alaykum wbt. Barakallahu Fiq… Moga jadi anak soleh dan beriman!
As-Sarawaki: Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah dan terima kasih ukhti. Semoga Muhammad ‘Izzul Islam akan sehebat namanya dalam membela agama. Amiin Ya Rabb!
Salam Muhtar. Tahniah atas kurniaan Allah swt; Muhammad ‘Izzul Islam. Semuga mengikuti jejak Abu ‘Izz dan moga tahun hadapan dapat teman sepermainan, InsyaAllah.
As-Sarawaki: Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh Kak Malati. Alhamdulillah dan mudah-mudahan Muhammad ‘Izzul Islam akan mengikuti jejak yang telah ditunjuki oleh para Nabi, orang-orang yang benar, para syuhada’ dan orang-orang yang soleh. Amiin.
Salam akhi.
Mabruk! Dah naik level jadi ayah dah sekarang ye. Alhamdulillah. Semoga ‘Izzul Islam menjadi anak soleh dan membanggakan orang tuanya.
Insha Allah.
As-Sarawaki: Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah dan mudah-mudahan Akh Isa Azzaki juga akan memulakan jejak langkah dalam masa terdekat.. 🙂 Mudah-mudahan cahaya mata ini insya Allah akan menyambung dalam pelaksanaan kerja-kerja agama yang diwariskan oleh Rasulullah SAW. Amiin!
Tahniah ya akhi…
Semoga diberikan kesihatan kepada ibu dan anakanda, juga dikurniakan Allah kekuatan untuk mendidik dan membesarkannya, ameen.
Selamat datang ke kelab saya, KMM
Kelab Mata Merah…
Jangan mencari tidur yang cukup, tetapi tidurlah pada setiap peluang yang ada. Insya Allah besar kelegaannya
Komen di atas menggunakan ID Ummu Saif, namun Abu Saif yang menulisnya mewakili kami sekeluarga 🙂
As-Sarawaki: Alhamdulillah dan terima kasih buat Ustaz sekeluarga. Mudah nak ingat tarikh 14 September 2008 kerana Muhammad ‘Izzul Islam lahir pada anniversary perkahwinan ke-7 Abu Saif & Ummu Saif… 🙂 Tahniah Ustaz! Semoga terus berbahagia.
TAHNIAH… Nampaknya Mustakim pun dah jadi pakcik sekarang.. Dan mudah-mudahan Anak Buahku menjadi insan yang menjiwai agama.
As-Sarawaki: Alhamdulillah. Semoga pakcik Mustakim juga terus cemerlang.. 🙂
Tahniah dapat orang baru!! Semoga ianya menjadi perangsang untuk meramaikan Umat Nabi Muhammad S.A.W…
As-Sarawaki: Alhamdulillah. Terima kasih Ustaz Azhar yang dihormati. Semoga segalanya khair.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah. Message dari mobile ana berbunyi jam 7 lebih sebelum waktu berbuka semalam, rupanya mesej dari ayahnya Muhammad ‘Izzul Islam.. 🙂 Tahniah, InsyaALLAH doakan ana juga, menamatkan zaman berkelana solo ini ye!
As-Sarawaki: Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah akhi. Semoga segera menamatkan zaman bujang dan memasuki alam berumahtangga.. 🙂 Ana doakan.
Salam…
Tahniah… Wah nampak nya Lydia dapatlah bertenang pada hari raya… Tinggal saya yang akan berdebar-debar… n hilang mood raya…
Semoga jadi anak yang soleh… Dunia & Akhirat… Amin.
Doakan saya juga selamat…
Macam muka ummi nya jak baby ‘Izzul ni… Hehehe
As-Sarawaki: Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah Kak Tum. Saya dan isteri doakan semoga Kak Tum juga akan dipermudahkan dalam urusan bersalin. Banyakkan doa dan istighfar, insya Allah akan segalanya akan berjalan dengan baik. Seperti muka umminya? Sebab memang anak umminya pun… 🙂 Mudah-mudahan ayah ibunya mampu menjadi model dan menyediakan modul terbaik kepada Muhammad ‘Izzul Islam. Amiin.
Assalamualaikum Akh & Ukht,
Semoga ‘Izz menjadi menyambung generasi mata rantai ni. TAHNIAH. Mabruk!
Salam Ramadhan.
As-Sarawaki: Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, terima kasih Mama Hafiy di atas doa. Kami mungkin boleh belajar dari orang berpengalaman seperti ukhti. Ramadhan Kariim!
Hehe, tahniah bro.
As-Sarawaki: Terima kasih.
Alhamdulillah… Baarakallahhufikum!
Subhanallah cute!
Bro. Muhtar dan Kak Lydia, kalau baby dah boleh naik flight nanti bawalah datang ke UIA. Teringin sekali untuk bertemu dengan kalian sekeluarga.
Semoga kalian sentiasa mendapat RAHMAT dan KASIHNYA…
Wassalam fi amaanillah. 😀
As-Sarawaki: Alhamdulillah, terima kasih ukhti. Insya Allah boleh diusahakan suatu masa nanti. Semoga kita semua terus beroleh rahmah dan kasih sayangNya di Sekolah Kehidupan ini. Ilal liqa’.
Assalamualaikum Akhi… Ana salah seorang fasi Kem Borneo. Mengetahui ttg berita bakal kelahiran anak akhi mase akhi berceramah pd adik-adik di KK. Alhamdulillah, akhirnye muncul baby yang dinantikan tu. Tahniah akhi!~
As-Sarawaki: Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, jazakallahu khairan ukhti di atas ingatan dan ucapan tahniah, amat kami hargai. Semoga ukhti terus cemerlang dan mampu menjadi manusia berfungsi setelah bergraduat nanti. Mudah-mudahan.
Salam… Tahniah di atas anugerah tersebut, semoga ‘Izzul Islam menjadi sehebat namanya… Amin.
As-Sarawaki: Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah dan terima kasih Ustaz Razi yang dikasihi. Semoga Allah juga akan mengurniakan kegembiraan yang sama kepada ustaz suatu masa nanti. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Ummah. Amiin.
Salam Mukhtar & Wan.
Tahniah atas kehadiran ahli baru. Moga membawa rahmah dan barakah dlm kehidupan.
Abg Nazri & Kak Ni
Mesra 08, PD
As-Sarawaki: Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Abang Nazri dan Kak Ni. Semoga persahabatan kita akan berkekalan sehingga ke Syurga. Siiru ‘ala barakatillah!
tahniah.
As-Sarawaki: Terima kasih.
Tahniah, Abu ‘Izz!
Izzul Islam, cantik namanya. Moga secantik luhur akhlaknya tika dewasa kelak. Moga menurut jejak langkah bapanya pembangun jiwa manusia. Moga menurut jejak langkah para ilmuwan Islam terkenal! Moga menjadi cahaya Izzul Islam (kemuliaan Islam) yang gah bersinar di masa hadapan!
Salam tahniah dari Nizhny Novgorod!
As-Sarawaki: Alhamdulillah akhi! Segala doa dan harapan sama-sma kita pohon ke hadratNya semoga diperkenankan dan menjadi kenyataan. Ana juga doakan semoga akhi akan bertemu jodoh dengan insan yang terbaik. Mungkinkah dengan orang Russia.. 🙂
Alhamdulillah abang Muhtar. Kim salam dengan Cikgu Lydia, padah Awang kim salam. Jauh namanya dari nama Zami nak. haha. Tahniah! Tahniah! Raya dengan baby baru. 😀
As-Sarawaki: Alhamdulillah, terima kasih Awang. Cikgu Lydia kirim salam juak dengan kitak dan semua kawan-kawan. Padah dengan Zami, sidak duak sama-sama ada nama Muhammad di depan. 🙂 Cikgu Lydia madah sama-sama doakan semoga segalanya bait buat Muhammad ‘Izzul Islam. Mun ada masa raya kelak datanglah ke rumah di Kampung Muhibbah. Ramadhan Kariim.
Tahniah! Mabruk!.. Alhamdulillah.. bertambah warga PASTI… hehehehe
As-Sarawaki: Alhamdulillah. Akhi bila lagi? 🙂
Salam, tahniah dari kami… Semoga permata hati kalian sihat dan membesar dengan penuh keimanan kepadaNYa..
Muhammad ‘Izzul Islam… Nama yang bakal menjadi doa bagi semua yang melihat wajahnya… Moga kelak akan menyelusuri jejak langkah Abi & Ummi nya..
Tahniah sekali lagi.. 🙂
As-Sarawaki: Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah dan terima kasih Ustaz Ridha dan isteri di atas doa, harapan dan kata-kata perangsang. Semoga rumahtangga kita semua penuh sakinah, mawaddah wa rahmah. Amiin.
tahniah saudaraku dengan lahirnya seorang bakal pejuang umat.
salam perjuangan dari perbatasan jordan-palestin
As-Sarawaki: Alhamdulillah akhi yang mulia. Semoga semangat keperwiraan pejuang Palestin sama-sama dapat dihayati. Ana doakan semoga perjuangan membebaskan Bumi Al-Quds akan beroleh jaya dan semua yang berkorban deminya termasuk Doktor akan diterima ‘amalnya oleh Allah ‘Azza Wajalla. Amiin Ya Rabbal ‘Alamin. Palestin di hati!
Tahniah Akh Muhtar.. Moga ia mampu angkat keizzahan panji Islam di bumi Sarawak ini…
As-Sarawaki: Syukran akhi. Mudah-mudahan.
Alhamdulillah & tahniah.
Semoga Muhammad ‘Izzul Islam jadi anak yang soleh & semoga Muhtar & isteri jadi ibu bapa mithali.
As-Sarawaki: Alhamdulillah dan terima kasih Saudari ‘Ain di atas doa. Amiin. Menarik petikan kata dari blog Tuan Tanah: “If you can find a path with no obstacles, it probably doesn’t lead anywhere.” – Frank A. Clark. 🙂
Mabruk atas kelahiran cahaya mata. Moga jadi anak soleh dan berjasa pada ibubapa & agama.
Ingat! Masa kitak dah makin sibuk lagi dengan kehadiran cahaya mata, sik sama dengan zaman yg sik ada anak!
Dapatlah Wildan & Jazlan bermain ngan ‘Izz tika program nanti!
Apapun didoakan khair, insyaAllah.
As-Sarawaki: Alhamdulillah dan syukran ya sheikhul aziz. Mudah-mudahan anak-anak tidak lebih dicintai daripada berjuang di jalan Allah dan RasulNya. Begitulah yang sewajarnya dan mudah-mudahan kita mampu ber’amal dengan Teori Qur’ani. Insya Allah, Abu ‘Izz kena banyak belajar dengan Abu Wijaz.. 🙂 Mudah-mudahan anak-anak kita akan menyambung perjuangan di masa mendatang. Amiin.
slm akh muhtar n k.lydia..
MasyaAllah..comelnya Muhammad ‘Izzul Islam. Alhamdulillah slmt semuanya. Tumpang gembira atas kelahiran org baru..insyaAllah bakal mengangkat martabat n pejuang Islam!Cemerlang Dunia dan Akhirat!!
p/s: sampaikan salam buat Ummu ‘Izz 🙂
As-Sarawaki: Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, terima kasih Ummu Uways. Semoga segalanya khair.
P/s: Sampaikan salam buat Abu Uways 🙂
Salam ust,
Tahniah. Alhamdulillah selamat semuanya. AA
As-Sarawaki: Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, terima kasih ukhti.
Assalammualaikum wbt..
Tahniah atas kelahiran anak pertama. Erm, baru saya teringat saya juga dilahirkan pada 14 Ramadhan tapi pada tahun 1404 Hijrah..
Moga mendapat anak yang menjadi penyejuk mata dan penawar hati utk kedua ibu-bapanya. InsyaAllah he will be pejuang Islam..
As-Sarawaki: Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah dan terima kasih. Semoga doa dimakbulkan oleh Allah Azza Wajalla. Alhamdulillah, sama birth date Hijriah dengan Muhammad ‘Izzul Islam… 🙂
slma’laik..mabruk enta!!mudah2an cahaya mata ini pewaris perjuangan para anbiya’..amin.
As-Sarawaki: Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Ukht Ayat di atas kata-kata semangat. Mudah-mudahan Muhammad ‘Izzul Islam menjadi sebahagian daripada ulama’ dan umara’ Ummah. Amiin.
Assalamualaikum bang Muhtar,
Lama tak singgah ziarah disini. Mudah-mudahan Muhammad ‘Izzul Islam akan mewarisi keperwiraan dan kepetahan ayahnya dalam menyampaikan dakwah insyaAllah.
As-Sarawaki: Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh. Syukran Akh Muhammad. Mudah-mudahan lebih baik daripada ayahnya. Amiin.
assalamualaikum. salam ramadhan al mubarak.. selamat berpuasa.. tahniah di atas kelahiran cahaya mata comel itu.. semoga menjadi anak yang soleh…
As-Sarawaki: Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh. Ramadhan Kariim aidhon. Alhamdulillah dan mudah-mudahan menjadi anak yang soleh. Amiin Ya Rabb!
Mabruk ya akhi…
Semoga anak ini akan mengikut jejak langkah ayahnya…
As-Sarawaki: Syukran Akh Hafizi. Sama-sama doakan semoga menjadi insan yang lebih baik daripada ayahnya dan menjadi peribadi mencontohi Rasulullah SAW. Amiin.
Mabruk alaik..
Mudah2han permata hati ini menjadi pengikat & pengukuh kasih sayang kalian..
Semoga Izzul Islam menjadi anak soleh yang mampu menjadi pemimpin ummah di masa akan datang, insyaAllah..
Salam dari Mama Muaz.. Kajang, Selangor
As-Sarawaki: Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah dan terima kasih Mama Muaz. Semoga anak-anak kita semua menjadi penyejuk mata, penawar hati dan pemimpin Ummah. Amiin.
Salam…
Mabruk ya akhi! Ana tumpang gembira dgn kelahiran org baru. Ana skrg tgh tunggu hari zaujah ana pulak. Doakan kami ya akhi!
Ana dan zaujah ucapkan selamat menjadi abu dan ummu yang mithali!
Kullu `am wa antum bikhair!
Wassalam.
As-Sarawaki: Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah Ustaz yang mulia. Insya Allah ana doakan semoga zaujah akhi akan dipermudahkan ketika bersalin dan mudah-mudahan zuriat yang akan lahir menjadi insan cemerlang dunia dan Akhirat. Semoga kalian terus berbahagia.
Barakallahulakuma wa jama a bainakum fil khair……….. Lamak sik nenga brita kitak bang Mokhtar, dah dpt baby gik ya… Doa Nabi SAW ke atas Hasan n Husin RA. Lps baca tiupkan pada baby: u ee zuka bikalima tillah hitta mmah min kulli syaitan wa haam mah wamin kulli ainin laa mmah (aku pohon perlindungan utkmu dgn kalimah Allah yg sempurna dari gangguan syaitan, binatang berbisa n mata yg jahat).
As-Sarawaki: Alhamdulillah dan jazakallahu khair Ustaz. Benar juak, lamak dah sik nengar berita. Dirik bila lagik tek? 🙂 Mudah-mudahan segala urusan berkeluarga kita beroleh redha Allah dan menjadi sebahagian daripada jalan-jalan khair menuju Syurga. Amiin.
Tahniah akhi. Moga jadi mujahid ummah, kebanggaan agama dan memperjuangkan kemuliaan Islam.
As-Sarawaki: Alhamdulillah. Do’a dari insan hebat seperti akhi amat kami hargai. Ya Allah, perkenanlah impian dan harapan kami. Amiin.
Mubarak ya akhi, moga bertambah seorang lagi mujahid fiddakwah wal islah. Didiklah dia dengan tarbiyyah Islamiyyah. Selamat menjalani ibadah dalam bulan yang mulia ini.
As-Sarawaki: Alhamdulillah ya ustaz. Mudah-mudahan beroleh kekuatan dan hidayah untuk mendidik Muhammad ‘Izzul Islam dengan tarbiyyah Islamiyyah. Jazakallahu khairan kathira.
Tahniah… Tahniah.
Alhamdulillah… Semoga menjadi anak yang mengikut perintah Allah. Amin. Menjaga anak perlu kesabaran dan daya tahan yang tinggi.
InsyaAllah tuan boleh..
As-Sarawaki: Alhamdulillah dan jazakallahu khair Tuan. Anak murid seperti saya kena belajar banyak dari cikgu dan insan-insan yang lebih berpengalaman. Semoga kita semua mampu menjadi murabbi yang mendidik anak-anak dengan panduan Al-Qu’ran dan As-Sunnah. Amiin.
tahniah! tahniah! Smg tabah menjadi ayah n ibu…
ramai betol babies bulan ini…bile la nak ade anak sendiri ni…huhuhu
As-Sarawaki: Alhamdulillah, terima kasih ukhti. Saya doakan semoga Allah permudahkan urusan ukhti ke arah mewujudkan Baitul Muslim yang penuh sakinah, mawaddah wa rahmah. Amiin.
Yaa Abaa ‘Izzil-Islaam (يا أبا عزّ الإسلام),
Tahniah saya ucapkan buat abg Muhtar dan Isteri atas kurniaan seorang cahaya mata.
Doakan saya supaya dipercepatkan kurniaan zuriat oleh Allah 😀
As-Sarawaki: Alhamdulillah! Mabruk akhi atas pernikahan tempoh hari. Baarakallahu lakuma wa baaraka ‘alaikuma wa jam’a bainakuma fi khair. Mudah-mudahan Allah akan melimpahkan suami isteri ini dengan sa’adah, sakinah, mawaddah wa rahmah yang dijanjikanNya. Amiin. Insya Allah, semoga segera beroleh cahaya mata, saya doakan.
kmk bok nikah 15 ogos ya tek. doa dpt baby next year. mun raya pg kuching kontek n jln umh. kmk msh make no hp lmk.
As-Sarawaki: Alhamdulillah! Mabruk akhi atas pernikahan kitak. Maaf sebab kamek sik dapat maklumat! ‘Ala kulli hal, baarakallahu lakuma wa baaraka ‘alaikuma wa jam’a bainakuma fi khair. Selamat menempuh kehidupan berumahtangga. Petua 3T: Taqwa, Toleransi dan Tawakkal! 🙂
Salam,
Alhamdulillah, dan Tahniah!
Semoga anakandamu itu bakal menjadi anak mithali kebanggan ayahanda dan bondanya. Amin.
As-Sarawaki: Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, mudah-mudahan menjadi penyejuk mata dan penawar hati.
salam tahniah,
moga kebanggaan mukhtar dan zaujah membesar menjadi insan soleh
As-Sarawaki: Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah dan terima kasih Kak Asiah, sangat dihargai doanya. Selamat Hari Raya, sampaikan salam buat Abu Ashraf.
Assalamualaikum…
Tahniah, Moga ur baby be a good man…
Selamat menjadi seorg bapa.
As-Sarawaki: Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah dan terima kasih. Hopefully our beloved son will become an ‘alim and mujahid liridhalLah. Amiin Ya Rabb!
Assalamualaikum,
Tahniah!!! Dah lama x lawat blog ni terus baca berita gembira ni. Alhamdulillah!
Semoga tuan rumah sekeluarga diberkati Allah…
As-Sarawaki: Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, selamat berziarah semula ke blog ini. 🙂 Semoga kita semua terus beroleh kekuatan ber’amal kerana Allah. عِيْدُ مُبَارَكْ .. تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
Tahniah Syeikh atas kelahiran Muhammad ‘Izzul Islam. Anak kmk pun sama bulan dan tahun anak ktk juak. Nama diberi, Muhammad Khalif Ashraf.. pun awal 2 minggu dari tarikh yang dipadah doktor.
Rindok rasa nyawa dapat baby tok owh….
Tahniah pada enta.
Tarikh lahirnya sama dengan ana… cuma tahun aje yang berbeza.
Semoga beliau menjadi hamba-Nya yang soleh.. Insya Allah.
Al-Salaamu alaykum wa rahmatullahi wa barakatuh waridhwanuh
🙂 Mabrouk ‘alaykuma, Al-Hamdulillah Allah The Compassionate Has blessed you with a source of joy, as that’s what children does best at… May you be thabat in raising your amaanah, and please keep sharing your experience(s) with us in doing so. 🙂 Once again, tahniah Akh Muhtar & Ukht Lydia!!
*Akh Muhtar, I have long thought of enquiring, (as its evident from your sidebar that you have a tight schedule), what is your secret recipe to good self/ time management?
Emm ok, that may sound a bit paradoxical as answering it would no longer make it a ‘secret’.. hehe… basically, what has been your personal practice in your day to day management? how do you cope and harmonize career and personal life?
Jemput titipkan some sound advice at my humble blog… oh but please excuse the backdated-ness. Haha. I’ve only just recently made a return… so you see, thats exactly the point of inquiry, I’ve not been ‘juggling’ well,. but Hamdan lillah nevertheless I’ve just lately came out of a one year adjustment period to career life… so ya insha’Allah, I should be able to continue on with the writing from now onwards.
Jazak Allah khayr in advance.
salam, abu wa ummu ‘izz, mabrook.. moga menjadi ummi dan abi yang berjaya mendidik ana mengenal cinta Allah dari segenap sudut. akh, enta masih igt lagi pada ana? remember my mail to you through friendster setahun yang lepas? ana memohon pandangan enta berkaitan keadaan ana pada waktu itu. Alhamdulillah, dengan segala izin dan kasih sayang Allah, insha Allah walimah ana hujung tahun ini.. doakan ana. Benarlah selepas setiap kesulitan pasti ada kemudahan dan Allah tidak bebankan sesuatu yang tak mampu kita hadapi.. dan ujian itu penting untuk meningkatkan martabat iman kita, juga kifarah pada dosa2.. kehadiran cahaya mata juga adalah satu nikmat juga ujian yang punya matlamat yang satu ia mendekatkan kita dengan Robbul Jaleel…
Mabrook ‘alykum…
Semoga kebahagian dunia akhirat milik kalian…
Wassalam
Salam Aidil fitri…..
Tahniah mendapat permata hati…… hadiah Ramadhan…….
Semoga berjaya mendidik permata hati dgn baik, insya Allah….
Bertambah lah lg umat Muhammad di atas muka bumi……
Ummu Akram Soleh
Assalamua’laikum wbt..
Tahniah untuk ustaz dan isteri selamat malahirkan insan suci ke dunia, dengan izin ALLAH…nak minta kebenaran mengopi artikel ustaz boleh? pastu ana nk bg bagi potongan ayat yg ustaz tulis di atas , kerana fitrah manusia ini sering lupa angkara syaitan laknatullah yang dengki dengan manusia yang beriman kepada Allah swt…
Benarlah bahawa anak-anak adalah amanah Allah kepada ibubapa. Anak-anak adalah cahaya mata, aset agama, bangsa, dan negara. Dari Abu Hurairah, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci yakni Muslim). Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Hadith Riwayat Bukhari).
Allahu a’lam
Jazakallah khu khoiran kathiro
Subhanallah…
Alahamdulillah…
Allahuakbar…
Alfu mubarak ya ustaz 🙂
Moga baby Izz bakal menjadi generasi penerus usaha dakwah di bumi Miri-amin- 🙂
Assalamualaikum
Syabas dan tahniah kepada ktk sbb mwjdkn lmn web tok. Wlupun kmk tlh lwt sdr tntg lmn web tok, sbg seorang muslimin Miriy, kmk amat brbangga atas usaha ktk mmprkmbgkn syiar Islam n mmberikan bimbingan berguna buat warga muslimin di Miri. Mdh2an usaha ktk mndpt kbrktn daripada Allah swt. Allahu Akbar…
Alfu mabruk ‘ala hudhuril walad fi hayatik..
Insya-Allah sayakunu ibnuka waladan solehan.. Aminn
Salam n peace to u..
Cantik nama anak tu… Tahniah!…
Assalamualaikum..sekali lg..mnggalkan komen..td..sy tglkan komen di entri dua pertemuan jurutera-kaunselor..rupanya tersilap..ada entri tbaru lgi…tsalah klik pula…tapi alhmdullah..dpt knl juga senior sy..kak lidya..saya pljar UPSI juga…kem salam dekat kak lidya..dah dapat chaya mata…comey sangat…smoga jd generasi yang teguh mmbwa pnji Allah…
ada klpangan sila-silakan ke blog sy ya..oh..ya..kak lidya..org mana..asl kelantan ke…sbb Nama hadpnnya Wan…
Afiti, UPSI
http://afitieysoon.blogspot.com – laman blog saya
~assalamualaikum.~
Tahniah ustaz dan isteri, atas hadiah yg di kurniakan Allah ini… Semoga menjadi anak yg soleh. Mabruk.. Mabruk..
Selamat menempuh alam keibu-bapaan.
[…] Alhamdulillah, hari ini Allah SWT menggembirakan keluarga kami dengan kelahiran anak kedua iaitu adik kepada anak sulung kami Muhammad ‘Izzul Islam. Bayi seberat 2.75kg ini selamat lahir ke alam dunia pada pukul 11.58 pagi tadi, hari Selasa, 21 Rabi’ul Akhir 1431H bersamaan 6 April 2010 di Columbia Asia Hospital, Miri. […]