Iklan Debat Dari Blog http://anwaribrahimblog.com/
Iklan Debat Dari Blog http://notashabery.com/shabery
Rakyat Marhaen*… Miskin Dan Terus Bertambah Miskin
Pemimpin Kaya-Raya… Kaya Dan Terus Bertambah Kaya!
* Nota: Rakyat Marhaen = Setiap rakyat Malaysia yang melarat (bahkan sebahagian daripadanya tidak berpeluang menonton debat ini!).
** Nota tambahan selepas menyaksikan debat: Dato’ Ahmad Shabery Cheek banyak menggunakan pendekatan menyerang peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim banyak menyerang kelemahan pengurusan kerajaan dan banyak menyebut tentang nasib rakyat. Tahniah AgendaDaily dan persetujuan Dato’ Ahmad Shabery Cheek atas satu langkah berani mengadakan debat sebegini, saya memandangnya sebagai sesuatu yang positif. Tahniah Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana komitmen: “Hari ini Pakatan Rakyat membentuk kerajaan, insya Allah minyak turun 50 sen ke RM2.20!” Sms seorang teman: “Hari ini? Bila tu?”. Saya tersenyum… 🙂
Salam,
Patutlah rakyat marhain terus menderita rupa-rupanya yang jadi menteri langsung tak berkualiti, ingatkan Shabery dapat menunjukkan kehebatan seorang menteri kerajaan dalam berhujjah dengan seorang yang menjadi buruan polis. Patutlah Ezam masuk UMNO, sebab dia rasa dia lebih hebat dari Shabery (pendebat paling hebat dalam UMNO). Kalau macam ni lah keadaannya… betullah sebulan dua lagi ekonomi negara akan merudum sakan.
Nordin Kardi pula telah menonjolkan soalan BODOH nya, memalukan warga UUM je… Anak saya yang darjah 4 pun hairan kenapa Nordin tanya soalan camtu… begitulah bila emosi menguasai diri, kebodohan akan mendahului…
Wallahu a’lam..
As-Sarawaki: Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh. Mungkin saya perlu mengiyakan kata-kata Martin Luther King: “The ultimate measure of a man is not where he stands in moments of comfort and convenience, but where he stands at times of challenge and controversy.” Apa yang pasti, rakyat marhaen masih terus merintih!!
Salam Perjuangan…
Debat malam ni nampaknya memihak kepada DSAI dengan hujah dan fakta serta tepukan gemuruh daripada penonton. Lain pulak Datuk Shabery Cheek yang banyak dok hentam DSAI jer.
Begitu juga dengan Nordin Kardi yang mengatakan DSAI hanya dok cerita pasal IPP, bukan pasal minyak. Sedangkan benda tu ada kaitan dengan minyak. Nampak sangat dia tak buat persiapan yang rapi untuk menjadi barua UMNO. Betul macam kata Doi Moi, buat malu UUM jer.
As-Sarawaki: Salam Pengorbanan. Saya tidak mahu memberi komen apa-apa tentang Tan Sri Dr. Nordin Kardi. Cuma apabila menyebut nama beliau, saya teringat akan entri “Isu UUM Saman Raja Petra dan Suara Keadilan RM7 Juta“…
[…] SMS (sehingga 6 pagi 16 Julai masih belum ada entri mengenai isu ini) 6. TKO 7. Enche Pakdi 8. Muhtar Suhaili 9. YB Cina Muslim 10. Abah Fateh 11. Mohd Sayuti Omar 12. Pemuda Pelapis 13. Kick Pak Lah […]
memang terhibur dengan debat mlm tadi. semoga ada debat lagi. haha
As-Sarawaki: Terkenang semasa menjadi ahli panel program Bicara Siswa (selaku Presiden MPP UIAM 2003/2004) yang disiarkan secara langsung di RTM1 dengan tajuk “Siapa Pemimpin Negara: Ulama’ atau Sekular?” yang mana Datuk (kini Tan Sri) Dr. Nordin Kardi menjadi perantara…
Semoga lebih banyak debat seperti ini dapat diadakan di masa hadapan, untuk kebaikan rakyat. Sesuatu yang baik dan positif itu haruslah diteruskan 🙂
As-Sarawaki: Terkini: “Anwar ditahan polis bertopeng“. Mungkinkah debat seterusnya dari penjara? Rupa-rupanya tajuk debat semalam sepatutnya berbunyi “Hari Ini Debat Isu Minyak, Esok Ditahan Polis!”. Rakyat marhaen tengah menyaksikan telenovela ala Malaysiana…
Melihat kepada siaran langsung Debat anjuran Agenda Daily dan TV3 serta TV9 selaku hos penyiaran, ia membawa kepada satu petanda demokrasi sedang diamalkan dalam negara ini. Wacana isu kebajikan rakyat melalui tajuknya Hari Ini Membentuk Kerajaan membayangkan satu episod menarik dalam politik tempatan.
Namun rancangan Debat ini memerlukan satu susulan penting. Ia memerlukan satu maklumbalas daripada rakyat selaku penonton pada 15 Julai lalu. Kerajaan melalui media-media tempatan dapatlah menjadikan ini sebagai peluang ke arah pembaikan demi kesejahteraan bersama.
Satu kaji selidik dan maklumbalas daripada program siaran langsung ini perlu bagi melihat kecenderungan rakyat. Kecenderungan ini memfokuskan kepada cadangan menurunkan harga minyak sebanyak RM0.50 melalui mekanisme yang diperkenalkan.
Kurang 24 jam selepas itu,
Saya tiba di Kuala Lumpur jam 5.00 petang. Bas Delima Ekspress yang dinaiki berhenti betul-betul di tepi jalan tempat mereka berhimpun. Kelihatan ramai sudah berkumpul di hadapan di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur.
Waktu kerja sudah tamat, sebahagian yang keluar dari pejabat menunggu di situ bersama kumpulan yang sedia ada dan sebahagian lain menuju ke monorel. Ada yang terpinga-pinga bertanya apa yang sedang berlaku.
Masing-masing yang berada di situ memegang sepanduk Free Anwar dan kenderaan membunyikan hon tanda sokongan. Saya sendiri tidak pasti apa yang berlaku kerana tidak berkesempatan mengikuti berita tengah hari ini melainkan makluman Datuk Seri akan ke Putrajaya dan IPK hari ini.
Anwar rupa-rupanya telah ditahan jam 1.05 petang.
Nota: Sahabat saya di TV3 memaklumkan sehingga jam 12.45 malam masih ada menunggu di hadapan IPK sambil menghidupkan lilin menunggu Anwar.
ZAMRI MOHAMAD
http://www.zamrimohamad.com
As-Sarawaki: Alhamdulillah dan terima kasih Akhi Zamri di atas perkongsian. Allah SWT berfirman di dalam Surah Al-Anfaal, ayat 29: “Wahai orang-orang yang beriman! jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu al-Furqan (yang membezakan antara yang benar dengan yang salah), dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang Maha Besar.” Sila baca “Kudambakan al-Furqan Itu“…
Hari ini Pakatan Rakyat memerintah.. InsyaAllah minyak turun 50 sen yang sedikit sebanyak mengurangkan beban rakyat yang menghadapi inflasi…
As-Sarawaki: Alhamdulillah Mustakim. Semoga terus cemerlang di UPSI! 🙂
Salam,
Yang terkesan pada saya ialah gambar Rumah Rakyat (RR) dan Rumah Menteri (RM).
Bagaimanapun, yang menyedihkan ialah RM dimungkinkan dari kuasa orang yang tinggal di RR. Bukan masaalah penindasan berlaku sebenarnya, tetapi kerana manusia tidak suka membuka minda luas untuk mengkaji carakerja Allah, sehinggakan tidak dapat memikirkan pemimpin bagaimana yang seharusnya dijadikan ketua. Saya melihat kedua-dua penyokong dan pembangkang adalah pemimpin, ibarat ibu dan bapa memimpin keluarga. Kedua-duanya patut berbahas (bukan berbalah) dan hasil perbahasan yang menjadi landasan memerintah negara. Kedua-dua menjadikan Islam sebagai pegangan tetapi malangnya kefahamanan tentang Islam masing-masing yang menjadi alat mereka berbalah.
As-Sarawaki: Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh. Setiap manusia mengimpikan bahagia… Lebih indahnya, bahagia itu maknawi dan juga bersifat rohaniah… Allah SWT memberi berita gembira: “Sesungguhnya yang paling mulia dalam kalangan kamu ialah yang paling tinggi taqwanya!”