Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for 5 Julai 2008

SK Kpg Beraya

Gambar Program Masih Ada Yang Sayang di SK Kpg Beraya [Sumber] 

الحمدلله  رب  العالمين،  والصلاة  والسلام  على  اشرف  الأنبياء والمرسلين وعلى  اله  وصحبه  اجمعين

 

As-Sarawaki, 5 Julai 2008: Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Kaya, Maha Pemberi Hidayah dan Maha Tahu segala ehwal hamba-hambaNya. Selawat serta salam untuk Kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad صلى الله عليه و سلم.

 

[Nota buat ‘orang di hadapan: Politik Malaysia semakin celaru, keliru, haru-biru, cacamarba dan meresahkan. Orang kampung saya kata: “Semakin ramai yang berbaris panjang membeli tiket percuma masuk Neraka!”]

 

Di dalam risalah Usrah dan Dakwah oleh Al-Imam Hassan Al-Banna, beliau ada menyebut: “Kita mempunyai banyak kewajipan sedangkan masa kita terlalu sedikit.” Betapa benarnya kata-kata ini dan marilah kita doakan semoga Allah سبحانه وتعالى‎ mempermudahkan segala urusan perjuangan kita semua di Sekolah Kehidupan ini… Amiin Ya Rabb!

 

Alhamdulillah, hari ini dengan taufiq dan hidayah Allah saya berpeluang menyertai warga SM Sains Miri menjayakan Program yang dinamakan “Masih Ada Yang Sayang” di sekolah angkatnya – SK Kpg Beraya. Saya telah diberi kepercayaan untuk menyampaikan ceramah motivasi untuk murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 bersama-sama dengan guru-guru SM Sains dan SK Kpg Beraya serta dibantu oleh beberapa orang fasilitator – Azrul, Azwani, Iszuandy, Khalid, Syafiq, Farhan, Adib, Hanida, Hafizah dan Azrin. Sementara itu, ibubapa pula mengikuti sesi perkongsian bersama Puan Lily Hj. Morni, Pengetua SM Sains Miri selain ceramah bertajuk “Usaha, doa dan tawakkal” oleh Ustaz Ahmad Fauzi Yaakob.

 

Bersama Fasilitator-fasilitator Muda SM Sains dan SMK Agama Miri 

 

Saya tertarik dengan sya’ir Imam As-Syafi’e berikut: (selanjutnya…)

Advertisements

Read Full Post »