Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for 26 April 2008

Foto Imbasan ‘Cahaya Mata’ Berusia 4 Bulan Dalam Rahim Isteri Saya 

As-Sarawaki, 26 April 2008: Alhamdulillah! Di dalam entri Isteriku… Ku Ingin Kau Jadi Wanita Mulia!, saya dengan sukacitanya telah menzahirkan perasaan yang lahir di jiwa iaitu ‘nikmat dalam hati, riang tiada terkira!’ apabila menerima berita gembira isteri saya disahkan mengandung setelah lebih kurang sebulan usia perkahwinan kami. Alhamdulillah sedar tak sedar, kandungan isteri saya sudah masuk bulan keempat! Rasa teruja dan seronok memerhatikan foto imbasan (scanning) bayi di dalam rahim isteri saya dari bulan ke bulan bermula bulan pertama sehingga bulan keempat kini. Do’a di dalam hati: “Ya Allah, mudah-mudahan anakku akan menjadi aset Islam dengan menjadi pejuang agamaMu, pembela kebenaran dan pemerkasa keimanan. Amiin Ya Rabb!”. Semoga saya terus bermotivasi untuk membina generasi kukuh yang diidamkan. Mudah-mudahan biiznillah!

 

Promosi Buku: Aku Terima Nikahnya..

 

Dari Abu Hurairah, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

 

Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci yakni Muslim). Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim).

 

Selain itu, satu lagi hadith yang pastinya menjadi motivasi unggul kepada semua ibubapa beriman dalam tanggungjawab dan amanah memandaikan anak-anak tentang agama ialah Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

 

Apabila anak Adam meninggal dunia, maka putuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan untuknya.

 

Di sini jelas menunjukkan bahawa anak-anak yang dididik dan diasuh dengan Tarbiyyah Islamiyyah sehingga menjadi anak yang soleh merupakan aset berharga kepada ibubapanya. Di dunia dialah penyeri dan penyejuk mata, manakala di Akhirat pula menjadi harapan buat ayah bondanya menjadi ‘mayat cemerlang’ yang dirahmati Allah.

 

Harus Mengislamkan Rumahtangga dan Keluarga

 

Ustaz Fathi Yakan di dalam bukunya “Madza Ya’ni Intimai Lil Islam?”  atau dalam terjemahan Bahasa Melayunya “Apa Ertinya Saya Menganut Islam” menyatakan dengan jelas bahawa makna komitmen kepada Islam itu perlulah dicerminkan pastinya melalui akidah, ibadah dan akhlak selain harus untuk mengislamkan rumah tangga dan keluarga, mampu mengalahkan hawa nafsu serta sentiasa optimis lagi amat yakin bahawa masa depan adalah milik Islam.

 

(selanjutnya…)

Read Full Post »