Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for 15 April 2008

Gambar Kenangan Bersama Saudara Mohd Fitri Bin Mohd Shukri @ Miri 

As-Sarawaki, 15 April 2008: Alhamdulillah! Percambahan buah fikiran dan berkongsi idea minda adalah satu proses yang tidak begitu diminati oleh ramai orang meski ia sebenarnya prasyarat dalam membina hidup dan kehidupan yang lebih bermakna. Alhamdulillah, saya baru sampai di rumah dan sebentar tadi baru selesai makan malam sambil berbincang-bincang dengan Fasilitator Bijak Belajar, Saudara Mohammad Fitri, anak kepada Pengendali Seminar Bijak Belajar terkemuka, Dr. Shukri Abdullah. One important thing about Fitri: He loves leadership, don’t really like management! -)

 

Saudara Fitri hadir ke bumi Miri untuk menyampaikan Seminar Bijak Belajar kepada para pelajar SMK Pujut dan dalam kesempatan ini, kami membuat temujanji untuk berjumpa dan bersembang-sembang tentang pelbagai perkara. Alhamdulillah, banyak isi perbincangan yang sempat kami bualkan khususnya tentang dunia motivasi pelajar dan pendekatan pendidikan. Selain itu, banyak juga hal-hal lain yang kami kongsikan bersama termasuk ehwal politik semasa sehinggalah tips-tips untuk menjadi ayah mithali! -)

 

Pertemuan makan malam di Hotel Mega terasa terlalu singkat meskipun dalam sedar tak sedar lebih kurang 3 jam lamanya kami berdiskusi! Insya Allah saya akan menulis menurut versi saya mengenai satu perkara yang kami sama-sama persetujui untuk dikongsikan dengan tetamu ziarah yang budiman sekalian. Saudara Fitri dan saya telah sepakat menyatakan bahawa insan yang berjaya (secara haqiqi) adalah manusia yang berprinsip!

 

Alhamdulillah di akhir pertemuan, Saudara Fitri menghadiahkan kepada saya buku “Life is an Open Secret” karya Zabrina A. Bakar. Saya sebenarnya telah lama ingin mendapatkan buku ini setelah menerima sinopsis mengenainya daripada penulis buku tersebut sendiri melalui YahooGroups ReachCircle. Alhamdulillah, tidak disangka rupa-rupanya Allah menjadikan Saudara Fitri sebagai wasilah untuk saya memiliki karya salah seorang alumni UIA ini. Saya sangat menghargai hadiah buku tersebut dan terlebih seronok dengan ucapan autograf Saudara Fitri (ayah muda kepada 2 orang puteri) pada buku tersebut: “Teruskan perjuangan & selamat bersedia menjadi seorang bapa”… -) 

 

(selanjutnya…)

Read Full Post »