“Meja Belajar Di Bilik D3-3, Mahallah ‘Ali Abi Thalib, UIA Pada Tahun 2004”
As-Sarawaki, 1 Ogos 2007: Alhamdulillah, syukur padaMu Ilahi Rabbi di atas nikmat iman dan Islam dan juga kerana memberi taufiq dan hidayah untuk hambaMu terus menulis serta memberi di laman blog ini. Saya mulakan entri kali ini dengan gambar meja belajar saya di Bilik D3-3, Mahallah ‘Ali Ibn Abi Thalib, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur. Saya masih ingat nombor bilik tersebut kerana alamat di dalam Kad Pengenalan saya masih menggunakan alamat Taman Ilmu dan Budi ini sehingga kini. 🙂
Sebenarnya apa yang ingin saya highlightkan di dalam gambar di atas sesuai dengan tajuk entri ini: ‘Applikasi Teknologi Dalam Pengaktifan Dakwah’ ialah gambar komputer atau PC tersebut. PC yang hanya menggunakan Intel® Pentium® 3 Processor ini telah saya beli pada tahun 1999 ketika belajar di Pusat Matrikulasi UIA dengan harga RM4,760 yang mana sekiranya ingin membeli PC dengan spesifikasi yang sama hari ini harganya cuma RM800! Malah laptop yang saya ada kini: Compaq Presario B1900 Notebook PC dengan saiz skrin lebar 12.1″ dan hanya seberat 1.65kg, cuma berharga RM4,450 apabila saya membelinya pada Julai tahun lepas. Ini membuktikan kecanggihan teknologi dan majunya industri pengkomputeran hari ini.
Lebih daripada itu, saya masih ingat lebih 15 tahun yang lalu, betapa gahnya seorang pakcik kaya yang datang ke surau di kampung untuk singgah solat dan membawa (atau mungkin juga dengan riya’nya menayangkan) ‘telefon bimbit’nya yang bernombor atur 010 sebesar beg laptop yang saya ada sekarang. Meskipun sebesar itu, rakan sekanak-kanak saya semua amat tertarik, teruja dan terpegun apabila dia dengan bangganya memaklumkan bahawa dengan telefon mudah alihnya itu dia boleh menelefon terus ke Kuala Lumpur dari surau tersebut! Arakian demikianlah cepatnya masa berlalu, dengan pesatnya kemajuan teknologi, telefon bimbit kini ada yang hanya sebesar 3 jari. Malah, bukan hanya orang berada memilikinya bahkan mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja termasuk pelajar tadika!
Sebelum masuk ke isi utama entri ini iaitu tentang pengaktifan dakwah, berikut dikongsikan terlebih dahulu beberapa gambar kartun yang mencuit hati dan dekat dengan kerjaya profesional saya sebagai jurutera/ engineer/ muhandis.
THE WORLD WITHOUT ENGINEERS…
“The World Without Aeronautical Engineers”
“The World Without Electronics Engineers”
“The World Without Mechanical Engineers”
“The World Without Civil Engineers”
“The World Without Communication Engineers”
“The World Without Computer Engineers”
APPLIKASI TEKNOLOGI DALAM PENGAKTIFAN DAKWAH
Kata-kata Sayidina Ali yang masyhur menyebut “Kebenaran yang tidak tersusun akan ditumpaskan oleh kebatilan yang tersusun”.
Melihat kepada perkembangan kemajuan teknologi maklumat atau Information Technology (IT) hari ini yang dari sehari ke sehari semakin canggih dan sophisticated, maka mekanisme yang ada ini wajar untuk digunakan dengan semaksimanya sebagai salah satu methodologi penyampaian dakwah dan ilmu-ilmu Islam. Kita tidak wajar membiarkan wadah ini hanya dimonopoli, dikuasai dan dimanipulasi oleh penyampai dakyah songsang, pencinta dunia, pengkagum materialistik, pencipta idealisme Baratism, para perencana kemaksiatan, penyebar bahan lucah dan video seks serta pengangkat budaya hiburan melampau dan hedonisme sahaja. Malah kita tidak mahu dunia siber ini hanya menjadi medan kepada aktivis-aktivis dan pejuang sekularisme, liberalisme, kapitalisme, darwinisme, komunisme, sosialisme dan isme-isme sesat yang lain ligat memainkan pemikirannya, mempamerkan aksi jahiliyyah dan menyebarluaskan kebobrokannya. Sungguh… Kita tidak mahu!
“Islam Did Not Spread By Itself…”
Justeru itulah, kita memerlukan lebih ramai bloggers untuk mengaktifkan dakwah melalui alam maya yang mana kini segala maklumat boleh diperolehi di hujung jari dalam masa sesaat dan satu klik sahaja. Sudah tidak ada masa lagi untuk tidak berdakwah! Ini adalah salah satu dari cara dan medium dakwah berkesan di dunia serba edan dan di era globalisasi kini. New World Disorder memerlukan dakwah sebegini dipersada.
Walaubagaimanapun, saya tidak menafikan betapa usaha-usaha dakwah dengan cara-cara yang lain dan manhaj yang berbeza juga perlu diteruskan kesinambungannya. Bagi yang seronok berdakwah bil lisan dan bil hal, teruskan perjuangan. Bagi yang berbakat di bidang penulisan (sama ada fiksyen atau bukan fiksyen), kembangkan. Bagi yang memilih siasah dan NGO sebagai medan berdakwah, aktifkan. Bagi yang memilih berdakwah melalui aktiviti-aktiviti usrah, tamrin, kem ibadah dan kuliah-kuliah, dialu-alukan. Bagi yang selesa berdakwah rumah ke rumah, teruskan usaha. Bagi yang mampu untuk berdakwah dengan khidmat masyarakat, turun padang dan program kebajikan, silakan. Dan sesiapa yang mampu untuk melakukan kesemuanya, faya tafaddhal masykura! Pendek kata, jadilah pendakwah yang berdakwah mengikut kemampuan masing-masing dengan tujuan dan matlamat redha Allah.
Malah sebenarnya, di dalam cara berdakwah konvensional yang dinyatakan tadi pun, kemajuan teknologi maklumat dan teknologi perhubungan juga amat memudahkan usaha dakwah tersebut. Penggunaan telefon, sms, mesin faks, e-mail, tele-conference, video-conference, tv internet, dan lain-lain lagi sewajarnya mengaktifkan lagi usaha dakwah liridhalLah ini. Sekali lagi, sudah tidak ada masa untuk tidak berdakwah! Sudah tidak ada masa untuk beralasan itu ini dan begitu begini.. Persoalannya, hanyalah sama ada nak ke tak nak. Jangan tidak, tidak!
Sila baca juga: Habit 4: Think Win-Win Untuk Survival Dakwah.
Atas segalanya, semoga saya, tetamu ziarah yang budiman dan semua pekerja dakwah (du’at) dapat memantapkan diri dengan ilmu, amal, kemahiran dan kecanggihan teknologi ke arah pengaktifan dakwah. Semoga syi’ar Islam yang syumul terus berkembang maju dan menyinari alam maya ini. Semoga dengan dakwah, Islam terus terbela dan memerintah dunia! Amiin Ya Rabbal ‘Alamin.
“Sampaikanlah yang benar itu walaupun ia pahit…”
“Berilah ruang pada hati kecil berbicara, menilai sesuatu dengan iman dan niat ikhlas.. Andai kebahagiaan dan kebenaran yang dicari, redha Allah yang didamba.. Lambat-laun akan dibukakan jalan kepada kita.. Jalan kejayaan.. Yakinlah! Dan bila suara hati sudah berbicara.. Pohonlah agar ianya jalan yang Allah tunjukkan.. Jalan yang menuju padaNya.. Jalan yang telah dilalui oleh para Nabi, Siddiqin, para Syuhada’ dan orang-orang yang soleh.. Bukan jalan orang-orang yang Dia murkai dan bukan pula jalan mereka yang Dia sesatkan.”
Wallahu a’la wa a’lam.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh;
Sila baca tentang “Bersangka Baik Terhadap Usaha Dakwah” di http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=14994&mode=thread&order=0&thold=0
Quote: “Jangan kita biasakan diri dengan sikap ‘aku boleh buat, kenapa tidak engkau?’. Cuba biasakan diri dengan sikap ‘aku buat apa yang aku mampu, semoga engkau akan lakukan apa yang engkau mampu’.”
Wallahu a’lam.
Gamba-gamba tu memang best… Tanpa teknologi, susah juga kehidupan… Bersyukur dengan apa yg ada… Alhamdulillah…
Berdakwah menggunakan semua kemudahan yang ada. InsyaAllah jika betul caranya, dakwah akan sampai dengan telus. Syukur kita boleh berdakwah dalam keadaan yang aman damai, tanpa perang dan ugutan bunuh dari mana-mana pihak.
Lol. Patut la macam kenal. Bro Muhtar Suhaili rupanyer. Senior aku nih.
Siapa Pembebel?
Hint* Pembebel sekolah sama dengan Amin Idris.
Ekeke..
tapi macam mane pulak kalau ada orang dakwah ‘lari’ bila ada orang dakwah lain datang bilik/ rumah untuk ajak dia pergi surau atau keluar membaiki diri????
mudah2an usaha baik Muhtar akan Allah terima. Amin.
-RakAn Lama.
assalamualaikum..
syukran sekali lagi atas perkongsian yang bagus untuk diambil iktibar..
“..Sekali lagi, sudah tidak ada masa untuk tidak berdakwah! Sudah tidak ada masa untuk beralasan itu ini dan begitu begini.. Persoalannya, hanyalah sama ada nak ke tak nak. Jangan tidak, tidak!”
hmm… qumuu ya syabab…
Salam Bro Muhtar.
I would like to grab the cartoon. may I? I’d love to share it in our kulliyyah engineering forum..
http://eng.iiu.edu.my/forum
🙂 and credit will be given to you.
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Akhi Shawal;
Terima kasih atas komentar dan nasihat.
Akhi Muhammad;
Terima kasih atas pandangan dan e-mail yang dihantar. Insya Allah akan dibalas selepas ini. 🙂
Ukhti Bayan dan Akhi Mohd Didi;
Terima kasih atas perkongsian rasa. Kita tidak usah memperlekehkan pergerakan dakwah lain bahkan bersangka baik dan saling bantu-membantu dalam menegakkan syiar Islam. Selain itu, usah dilanda penyakit putus asa dan kecewa dalam ikhtiar dakwah. Teruskan berdakwah.
Pembebel;
Terima kasih. Mat Imin atau Pidak ke? Ana kurang arif. Apapun, tahniah Pembebel.. Entry terbaru anta mengandungi mesej dakwah. 🙂 Teruskan berblog demi redha Allah.
Sist. Nur Farahshila;
Please, a good initiative. I’m more than happy if any useful information in this weblog is shared and hopefully it will benefit others.
Wallahu a’lam.
Assalamualaikum..
Alhamdulillah, nangga rupa, aktiviti-aktiviti dakwah dah makin rancak, especially kat miri nun.. mudah-mudahan semua yang terlibat terus diberikan petunjuk dan kekuatan oleh-Nya dalam berdakwah..
erm, mok mintak pendapat, kadang-kadang, sik semua orang suka aktiviti-aktiviti dakwah, contohnya, ada orang sik minat mok dengar dakwah yang disampaikan (contoh: usrah, majlis ilmu, tazkirah, even nasihat yang baik, etc) ataupun ambik enteng jak.. biasanya, orang yang suka dengan aktiviti-aktiviti dakwah ialah orang yang dah sedia bait (insyaAllah), jadi, camne cara mok attract orang-orang yang agak tersasar dari penghayatan Islam yang sebenar?
maksud kamek, mungkin menyampaikan ya mudah, tapi mok polah penyampaian ya benar-benar berkesan dan memberi kesan kat orang lain, agak mencabar, silap cara, orang boleh pertikaikan kredibiliti si penyampai.
mungkin kita boleh berfikir secara think win-win dalam berdakwah, tapi orang yang ingin di’dakwah’kan mungkin anggap sebaliknya. bagi pendakwah, niat berdakwah ialah sama-sama memperbaiki diri, sama-sama menuju kebaikan, tapi bagi orang yang sik suka di’dakwah’kan, mungkin anggap tujuan pendakwah ialah saja mok point-out kelemahan dan mungkin kata dalam hati, “alah, macamlah aku tak tahu semua itu”, etc.
jadi, cabarannya ialah memberiMAHU kerana MAHU itu telah dibataskan oleh paradigma segelintir insan yang menganggap, sama ada mereka telah TAHU apa yang ingin diberiTAHU ataupun mereka tidak perlu TAHU apa yang ingin diberiTAHU.
Allahu’alam
p/s: erm.. istilah ‘dakwah’ ya mungkin terlalu besar bagi tahap kamek tok, bak kata akhi muhtar, buat sekadar yang termampu, mungkin konteks kamek, dakwah yang kecil-kecilan jak, macam beri nasehat/ peringatan kat adik-adik, rakan sebaya, famili.
syukran. 😉
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Ukhti Syafiqah;
Alhamdulillah, doakan semoga segalanya khair.
Secara ringkasnya, di dalam berdakwah, konsep “Aslih nafsak, wad’u ghairak” wajar menjadi panduan. Maksudnya ialah bersama-sama kita memperbaiki diri kita sendiri dan dakwahkan/ ajak orang-orang lain untuk sama-sama memperbaiki diri dan memperjuangkan kebenaran serta mendaulatkan Islam.
Sebagai muhasabah, bersama kita renungi kata-kata ini: “Hati yang mati tidak akan menghidupkan hati mati yang lain.”
Teruskan perjuangan dan dakwah saudari! Semoga segala urusan akan dipermudahkan oleh Allah SWT. Amiin.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Syukran ya akhi!
insyaAllah, akan diteruskan perjuangan.. 🙂
Assalamualaikum Bro Mukhtar. Saya telah baca blog anda dan mendapati yang anda seorang Muslim sejati dan berasa bertuah dapat kongsi pendapat-pendapat bernas anda. Saya ex-UIA student jurusan Bahasa Arab dan Kesusasteraan graduate tahun 1998. Ana mustalhif ila qiraati afkaarika asaati’ah wa ila liqaain akhaar. Inshaallah!
please write ur blog in english language. so that non-muslim or non-malay will be able to understand this blog easily..
salam saudara muhtar…
kerana teknologi yang tidak bersempadan berlaku tikam-menikam lidah… semuanya disebabkan namewee… naik berdiri bulu roma saya membaca dan mendengar pendapat menghurai isu namewee ini… apa pula pendapat saudara mengenai isu namewee ini?
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Akhi Wan;
Alhamdulillah, terima kasih dan salam ukhuwwah fillah. Doakan semoga istiqamah dalam kebaikan dan berjaya dunia dan Akhirat. Selamat maju jaya dalam lapangan yang diceburi. Semoga segalanya khair.
DcsBoy;
I’ve wrote several entries in English. Kindly read my “English Entries” here: https://muhtarsuhaili.wordpress.com/tag/english-entries/
Think Tank;
Dari satu perspektif, Namewee telah pergi melampaui ‘accepted limit’ di dalam ‘kesepakatan bersama’ masyarakat majmuk Malaysia.
Apapun, tiada senikata yang menghina Allah dan Rasul secara direct di dalam senikata lagu tersebut. Orang ini hanya menyindir suara azan dan ianya hanyalah pemikiran dangkal seorang bukan Islam jahil yang mungkin belum sampai kepadanya seruan dakwah Islamiyyah dari pekerja dakwah yang ikhlas. Pemikiran ini wujud di mana-mana semenjak zaman Rasulullah dan menjadi tanggungjawab kita untuk memperbetulkan persepsi dan pemahaman mereka dari negatif kepada positif, dari benci kepada cinta. Dalam masa yang sama, masyarakat bukan Islam juga perlu memastikan perkara yang melibatkan sensitiviti beragama sebegini tidak lagi dibangkitkan demi kelangsungan toleransi, keharmonian dan keamanan.
Baca juga: http://nikabduh.wordpress.com/2007/08/11/siapa-lebih/
Atas segalanya, 2 perkara penting dari isu ini ialah:
1. Be polite
2. Be sensitive
Wallahu a’lam.
[…] Jemput baca entri: Applikasi Teknologi Dalam Pengaktifan Dakwah. […]
Assalamu’alaikum w.b.t….
Tahniah coz berjaya hasilkan blog yang cukup bermanfaat untuk generasi Muslim dunia. Kamek student Fakulti Pengajian Islam UKM, Jabatan Dakwah dan Kepimpinan mok mintak pandangan kitak tentang tajuk tesis. Artikel kitak “Aplikasi teknologi dalam pengaktifan dakwah’ ya cam menarik minat kamek untuk mengkaji dengan lebih mendalam gik. Lagipun modul kamek di modul komunikasi Islam.. Maybe kita boleh bekerjasama 🙂
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Sdr Widyamirza;
Alhamdulillah. Mun kitak rasa sesuai, kamek sik ada masalah kitak jadikan entri tuk sebagai tajuk tesis kitak. Insya Allah kamek sedia bekerjasama. Apa-apa yang perlu dibantu, sila maklumkan. Ma’at taufiq wan najah.
Assalamualaikum kitak…
Makceh cz sudi bekerjasama, xpa… lak da papa yang kamek perlu bantuan kitak mek madah kitak k. Syukran jazilan wa kathiran ya akhi 🙂 bitaufiq wal hidayah, ma’asalamah 🙂
Eh kitak… lupak tanyak terus tek… pa pandangan kitak tentang Technodaie? explain ngan kamek lok… thanks a lot 🙂
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Sdr Widyamirza;
Alhamdulillah. Bagi kamek Technodai’e is just a term. Whatever it is, whoever you are, whenever you are and wherever, you need to be dae’i liridhalLah.
Wallahu a’lam.
[…] Aplikasi Teknologi Dalam Pengaktifan Dakwah […]
[…] Aplikasi Teknologi Dalam Pengaktifan Dakwah […]
salam, alhamdulillah,
ana ada satu soalan, apakah sumbangan teknologi dalam medan dakwah?
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Ukhti Zulaikah,
Teknologi mampu menggiat dan mempekayakan methodologi dakwah. Bacaan tambahan, sila dapatkan Majalah i Mei 2008 yang membicarakan tentang “Giatkan Dakwah di Media Online”.
Wallahu a’lam.
Assalamualaikum,
Ana sedang mencari bahan untuk membantu sahabat ana yang sedang mengumpulkan maklumat tentang pengaplikasian telefon di medan dakwah. Ana tertarik dengan petikan2 di dalam entri ini dan sisipan gambarnya amat menarik “World without engineer”
Kalau tidak keberatan, ana ingin mendapatkan izin enta untuk “copy” gambar tersebut.
Didahului dengan syukran jazilan.
As-Sarawaki: Wa’alaikummussalam warahmatullah. Sila.