Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Jun 2007

Kerana Dia!

Jagalah Allah, Allah pasti menjagamu!”

Oleh:  Dr. ‘Aidh ibn Abdullah Al-Qarni

(Adaptasi secara bebas dari buku “Road to Success”)

 

Segala puji bagi Allah. Selawat dan salam untuk Rasulullah, keluarga dan para sahabatnya. Amma Ba’du.

 

Cerita tentang orang-orang yang bertaubat membuat hati merasa bergelora. Kisah-kisah orang-orang yang kembali kepada Pencipta begitu menarik perhatian. Sebab, kisah-kisah tersebut menceritakan kepada kita tentang kesengsaraan dan kenikmatan hidup, penderitaan dan kebahagiaan, ketakutan dan rasa aman, kecemasan dan ketenangan.

 

Ketika terbit matahari pagi dan cahaya bersinar pasti ada orang yang jujur imannya kembali kepada Allah. Ketika terbenam matahari petang dan muncul bintang yang cahayanya mampu menembus kegelapan malam pasti ada orang yang bertaubat kembali taat kepada Allah.

 

Orang yang bertaubat menjadi lunak hatinya, deras air matanya, hidup jiwanya, bergelojak dadanya… Orang yang bertaubat jujur ungkapannya, meluap-luap perasaannya, bergemuruh qalbunya, tajam emosinya… Orang yang bertaubat bebas dari perasaan ujub, tidak punya rasa takabbur (sombong), tidak banyak matlamat keduniaannya… Orang yang bertaubat antara harapan dan rasa takut, antara damai dan bencana, antara keselamatan dan kebinasaan… Orang yang bertaubat mengetahui bagaimana melepaskan dan menghubungkan, bertemu dan berpisah, menerima dan menolak.. Orang yang bertaubat di dalam hatinya ada sesuatu yang membara, di dalam jiwanya ada bara cinta, di wajahnya ada asa, di dalam air matanya terkandung pelbagai rahsia..

 

(selanjutnya…)

Read Full Post »

Jeanne AbdullahPM - Pak Lah

“Jeanne Abdullah – Abdullah Ahmad Badawi” 

PUTRAJAYA, 6 Jun 2007: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan melangsungkan perkahwinannya dengan Jeanne (Danker) Abdullah pada Sabtu ini, demikian diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri hari ini.

 

Majlis akad nikah hari itu akan dilangsungkan di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di Putrajaya dan akan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja, menurut kenyataan berkenaan.

 

Abdullah Ahmad Badawi, 67, menjadi duda setelah isterinya, Datin Seri Endon Mahmood, meninggal dunia pada 20 Oktober 2005 akibat kanser payudara. Mereka mempunyai seorang anak lelaki, Kamaluddin dan seorang anak perempuan, Nori (isteri Khairy Jamaluddin).

 

Jeanne, 53, dilahirkan di Kuala Lumpur pada 29 Julai 1953 dan merupakan anak sulung daripada empat adik beradik. Beliau juga mempunyai dua orang anak iaitu Nadiah dan Nadene daripada perkahwinan sebelumnya (dengan Osman Mahmud, adik kandung Endon Mahmood – Sumber: Malaysiakini).

 

Beliau menerima pendidikan di Sekolah Menengah Assunta dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan perhotelan dan pernah bertugas dalam pengurusan beberapa hotel terkemuka di negara ini, termasuk Hotel Hilton Kuala Lumpur dan Hotel Pan Pacific. Jeanne juga pernah bertugas sebagai pengelola kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri dan Pengurus Kompleks Seri Perdana. Sumber: Bernama.

 

Tentang Perkahwinan: “Wahai Anak Muda, Berkahwinlah!”  -)

Read Full Post »

Keindahan Desa

“Keindahan Desa Sentiasa Menggamit Rasa, Mengusik Jiwa..” 

As-Sarawaki, 5 Jun 2007 (Alhamdulillah, hari ini genap setahun saya bertugas di Sarawak Shell Berhad): Segala puji bagi Allah, pada 2-3 Jun iaitu hujung minggu yang sudah, Kelab Anak Muda Muhibbah dengan kerjasama Curtin Education Excellence Facilitating Team (E-FacT), Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Pengurusan Kecemerlangan PPG Miri dan Yayasan ‘Amal berjaya melaksanakan Kem Motivasi Insan Cemerlang di Kampung Muhibbah, Ladang 3, Niah iaitu kampung halaman saya yang tercinta.

 

Sekalung perhargaan dan jutaan terima kasih buat semua yang terlibat menjayakan program ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Sungguh terlalu banyak kenangan manis dan detik bermakna yang dilalui bersama sepanjang program 2 hari satu malam ini. Seramai 65 peserta terdiri daripada anak-anak Kampung Muhibbah dengan julat umur dari 10 ke 19 tahun yakni murid Tahun 4 sehingga ke Tingkatan 6 telah mengikuti program ini. Kesungguhan urusetia khususnya anak-anak muda kampung telah menjadikan program tahunan kali ke-2 ini mampu direalisasikan. Komitmen para fasilitator yang terdiri daripada mahasiswa Curtin University dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sesungguhnya telah memberitahu dan memberimahu kepada adik-adik peserta untuk cemerlang dunia dan Akhirat melalui 4 slot Latihan Dinamika Kumpulan (LDK) dan sesi Koreksi Diri yang telah dijalankan. Selain itu, kewibawaan ilmu, kehebatan penyampaian dan semangat membara para penceramah jemputan juga telah menambah input bermakna kepada pengisian-pengisian program. Alhamdulillah! (selanjutnya…)

Read Full Post »

LaknatulLah 

Kebangkitan Islam bukannya menanti keredhaan orang kafir dan munafiq, tetapi Islam bangkit di tengah-tengah kekafiran dan kemunafiqan

Oleh:  Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

(Mufti Kerajaan Perlis Darul Sunnah)

 

Sabda Nabi S.A.W. maksudnya: “Sesiapa yang mati sedangkan dia tidak pernah berperang (jihad) dan tidak pernah berlintas dalam dirinya untuk berperang(berjihad), maka dia mati atas satu cabang kemunafikan” *1

 

Hadith ini memasukkan mereka yang tidak menyertai jihad atau berhasrat menyertai jihad sebagai golongan yang mati di atas satu cabang dari nifaq (sifat munafiq). Ini kerana sifat golongan munafik sejak pada zaman Nabi S.A.W. takutkan dan enggan menyertai perang jihad.

 

Perkataan jihad di dalam Islam memang luas maksudnya. Ianya merangkumi, jihad harta benda, pendidikan, dakwah dengan lisan, dakwah melalui penulisan dan seumpamanya. Namun apabila kita menyebut peperangan atau di dalam bahasa Arabnya al-Harb, atau disebut sebagai al-Jihad al-Qitali iaitu jihad peperangan atau mungkin diterjemahkan sebagai perang jihad maka kita maksudkannya ialah peperangan menentang musuh demi menegakkan al-din dengan senjata. Kata al-Zurqaniy (wafat 1222H): “Jihad di segi syarak ialah mencurahkan tenaga dalam memerangi golongan kuffar”  (selanjutnya…)

Read Full Post »

Cita-citaku Islam Tinggi Menjulang

“Cita-citaku.. Islam Terus Cemerlang, Gemilang dan Tinggi Menjulang!”

As-Sarawaki, 1 Jun 2007: Kes Lina Joy pastinya salah satu isu kontroversi yang mengundang pelbagai reaksi, komentar, diskusi dan analisis. Sepanjang perbicaraan kes rayuan Azalina Jailani atau Lina Joy di Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada 30 Mei yang lepas, saya menerima puluhan sms dan email termasuk sms-sms live dari awal sehingga akhir perbicaraan dari 2 orang sahabat seperjuangan yang mengikuti penuh debaran keputusan kes ini di Palace of Justice  iaitu Tuan Hj. Ibrahim Mohamad (Yang Dipertua JIM Sarawak) dan Sdr Khairul Anwar.

 

Berikut dikongsikan dengan tetamu ziarah sekalian tulisan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin bertajuk “Murtad: Antara Emosi dan Realiti” yang mana pada pendapat saya amat wajar untuk kita fikir-renungkan bersama. [Alhamdulillah, pada 27 Mei yang lepas saya sempat bertemu dan bertanya khabar dengan Mufti Perlis ini di KLIA. Saya tiba di KLIA dari Miri untuk menghadiri konvokesyen adik saya di UiTM Shah Alam manakala beliau pula dalam perjalanan pulang ke Perlis.]

 

Selain itu, turut dikongsikan di dalam entry ini ialah Surat Terbuka Untuk Umat Islam Malaysia petikan dari laman Ulama’ Ummah, selain url terpilih, petikan berita, artikel berkaitan dengan isu Lina Joy, satu entry menarik nukilan Ustaz Abdullah bertajuk “Iceberg”.. Lina Joy serta Kenyataan Rasmi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Muslim Professionals Forum (MPF) dan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) yang telah saya terima melalui e-mail. Semoga ada khair dan manfaatnya buat insan-insan berfikiran yang budiman sekalian. Amiin Ya Rabbal ‘Alamin. (selanjutnya…)

Read Full Post »

« Newer Posts