Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for 27 Mei 2007

Dia Telah Mati Dibunuh!

Tidak tersayatkah hatimu.. Tidak tersiatkah rasa nalurimu.. Tidak terhiriskah jiwa intuisimu.. Tidak tersentuhkah kesuma insafimu.. Tidak tercabarkah ekspresi dirimu.. Dan tidak bergetarkah impresi imanimu?

 

As-Sarawaki, 25 Mei 2007: Astaghfirullah! Semoga Allah SWT mengampunkan ketidakpekaan dan kekurangprihatinan kita semua! Sebelum itu, bagi entry kali ini saya ada permintaan. Sekiranya tetamu ziarah yang mulia mahu membaca entry ini, ada beberapa syarat yang perlu tetamu ziarah sekalian penuhi. Sekiranya saudara dan saudari tidak sanggup memenuhi syarat-syarat ini, tolong jangan baca entry selanjutnya, berhenti di sini dan bacalah entry lain yang tidak memerlukan tindakan anda. Syarat tersebut adalah seperti berikut:

 

Syarat 1: Hari ini juga atau selewat-lewatnya dalam masa seminggu selepas membaca entry ini, anda hendaklah memasukkan derma anda buat Palestin dan rakyat Palestin melalui mana-mana saluran yang sedia ada. Salah satu daripadanya ialah melalui akaun Aman Palestin Berhad:

Bank Islam Malaysia Bhd :: 12029010047880
Maybank Malaysia Bhd :: 562263010787

Lebih daripada itu, untuk menjadikan sumbangan tersebut berterusan dan sebagai bukti istiqamah kita dalam membantu saudara seaqidah kita di Palestin, sama-samalah kita berusaha menjadikan amalan pada setiap bulan untuk memasukkan sebahagian daripada gaji kita ke dalam salah satu akaun tersebut. Insya Allah, amalan yang berterusan, walaupun sedikit, nilainya amat tinggi di sisi Allah SWT. Sekiranya tetamu ziarah yang mulia bersetuju dengan syarat ini, silalah teruskan membaca. (selanjutnya…)

Read Full Post »