Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for 23 Mei 2007

Miskin Duniawi

MISKIN.. Everyone has a first poor story to tell..

As-Sarawaki, 23 Mei 2007: Alhamdulillah, berita terhangat di seantero Malaysia sehari dua ini tentunya tidak lain dan tidak bukan pengumuman berita gembira yang disifatkan sebagai ‘terbaik dalam sejarah perkhidmatan awam’ apabila kakitangan kerajaan menerima kenaikan gaji antara 7.5 hingga 35 peratus berkuat kuasa 1 Julai ini. Saya dapat merasakan kegirangan sahabat-sahabat civil servants yang mendapat durian runtuh ini setelah kali terakhir mereka menikmatinya ialah pada tahun 1992.

 

Saya turut tumpang merasa bahagia dengan keceriaan kalian! Kenaikan gaji setelah 15 tahun ini pastinya akan mengimbangi kenaikan harga petrol, kenaikan bayaran tol, kenaikan harga ayam, kenaikan harga minyak masak, kenaikan harga tepung, kenaikan harga susu tepung, kenaikan taarif elektrik, kenaikan taarif air, kenaikan harga barangan runcit, kenaikan harga roti canai, kenaikan harga teh tarik dan kenaikan-kenaikan harga yang amat panjang senarainya. Tanda aras kenaikan gaji ini juga kemungkinan besar merupakan petanda jelas bahawa Pilihanraya Umum kian menjelang tiba! ‘Ala kulli hal, alhamdulillah syukur nikmat!

 

Secara amnya kenaikan gaji tersebut bolehlah disimpulkan seperti berikut:

(selanjutnya…)

Read Full Post »