Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for 19 Mei 2007

Ayat-ayat Cinta (Versi Indon)Di Atas Sejadah CintaKetika Cinta Bertasbih

Karya-karya Kang Abik – Habiburrahman El-Shirazy

As-Sarawaki, 19 Mei 2007: Tetamu ziarah yang mulia pernah dengar nama Habiburrahman El-Shirazy? Pernah membaca dan menghayati karya-karya beliau? Alhamdulillah, saya telah khatam membaca dwilogi terbaru beliau berjudul ‘Ketika Cinta Bertasbih‘ (Bahasa Indonesia – Edisi Bahasa Melayu belum diterbitkan, terbitan Penerbit Republika dan Pesantren Basmala Indonesia, Cetakan Ke-4, Mac 2007). 

 

(Nota:  Alhamdulillah, novel ‘Ketika Cinta Bertasbih – Episod 2’ juga telah dikhatamkan pada 22 Januari 2008).

 

Alhamdulillah, sebelum ini saya telah membaca novel ‘Ayat-ayat Cinta’ dan Koleksi Kisah-kisah Teladan Islami ‘Di Atas Sajadah Cinta’. Untuk membaca catatan sinopsis saya tentang novel ‘Ayat-ayat Cinta’, sila klik di sini ». Setelah membaca ‘Ayat-ayat Cinta’ dan ‘Di Atas Sajadah Cinta’, saya merasakan bahawa karya-karya Habiburrahman El-Shirazy atau Kang Abik sesungguhnya berjaya menggugah jiwarasa dan memberi kesan kepada hati nurani.

 

Justeru, saya mengesyorkan kepada tetamu ziarah sekalian untuk memiliki, membaca dan sekaligus menikmati nilai-nilai bermakna serta mesej-mesej khair yang terkandung di dalam kisah cinta Islami ini. Kisah dan plot cerita yang dipaparkan mengeksplorasi sepenuhnya tokoh protagonis yang wajar menjadi contoh ikutan muda-mudi tanpa ‘memberi muka’ kepada watak antagonis cinta yang kian merosak citra kasih sayang yang suci murni. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Ukhti Zaharah, ‘novel ini banyak mengetengahkan gaya hidup yang bersih/ baik untuk muda-mudi yang kebanyakannya sudah pupus di zaman sekarang ini’.  (selanjutnya…)

Read Full Post »