Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for 18 Mei 2007

Palestin O Palestin

Zionis Semakin Mengganas, Namun Umat Masih Ketiduran!”

As-Sarawaki, 18 Mei 2007: Alhamdulillah, tepat jam 10.00 malam semalam, saya menerima satu sms dari Dr. Zainurrashid Zainuddin, salah seorang penggerak Aman Palestin yang kini berada di Beirut atas misi kemanusiaan dan inisiatif keamanan Palestin. Inilah bunyi sms yang diterima yang sesungguhnya me’nampar’ rasa saya: “Zionis semakin mengganas namun umat masih ketiduran! Salam perjuangan dari Lubnan.” Sebelum berangkat ke sana tempoh hari iaitu pada 16 Mei yang lepas, beliau juga sempat menitipkan satu sms buat sahabatnya ini yang masih bertatih dalam perjuangan membantu saudara seaqidah di Palestin. Sms beliau: “I’m leaving to Beirut shortly. Hope to see you in Kuching in July for Malam Palestin. Ilal liqa’.”

 

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar).” Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan pendorong bagimu.” (Al-Qur’an Al-Kariim, Surah Al-Baqarah: 120)

 

Di kala kita amat asyik dan mahsyuk dengan kesenangan duniawi di sini, saudara seaqidah kita di Palestin mati dibunuh! Pedulikah kita? Atau buat tak kisah dan endah tak endah? Ya, mungkin saudara peduli, tetapi di luar sana lebih ramai yang tidak peduli! Malah tidak mahu ambil tahu!! Lihatlah gambar ini dengan rasa manusiawi: mereka telah mati dibunuh kejam! (selanjutnya…)

Read Full Post »