Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for 15 Mei 2007

Full Time Muslim

Full Time Muslim.. There’s no such thing as a Part-Time Muslim

As-Sarawaki, 15 Mei 2007: Alhamdulillah, hari ini sekali lagi saya mengambil cuti rehat iaitu cuti in-lieu ke offshore tempoh hari. Cuti-cuti untuk merehatkan minda dan beroleh peluang untuk membaca buku-buku yang masih tersadai belum dibaca. Mudah-mudahan akan beroleh manfaat bermakna dan booster terbaik dari buku-buku berkenaan. Membacalah, anda pasti akan beroleh nafas, ilmu dan semangat baru menghadapi hari-hari depan!

 

Beberapa hari ini ketika memandu ke tempat kerja, satu sticker yang terpamer di belakang sebuah kereta Kancil putih amat menarik perhatian saya. Kata-kata yang tertera di sticker tersebut telah membuat saya berfikir panjang sekaligus menjadi muhasabah yang sangat memberi kesan di hati. Inilah ayat power yang sesungguhnya mengandungi kebenaran dan maksud mendalam yang amat sahih: “GOD IS GOOD ALL THE TIME!”

 

Ya, benarlah betapa Allah SWT yang bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim itu sentiasa berbuat baik kepada hamba-hambaNya. Sebagaimana yang dinukilkan oleh Akhi Al-Qasam ketika membicarakan tentang ‘What love is all about’, antara sayang manusia dan kasih Allah, amat jauh bezanya. Sedarlah kita, bahawa sehebat mana cinta, kasih dan sayang pada manusia tidak mampu menandingi kasih sayang Allah yang Maha Hebat dan luas terhadap hambaNya. (selanjutnya…)

Read Full Post »