Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for 11 Mei 2007

Workers Dead at Desk for 5 Days

Inilah jadinya bila kerja hanya menjadi kerja, dan gagal menjadi KERJA..

As-Sarawaki, 11 Mei 2007: Alhamdulillah hari Rabu dan semalam saya telah mengambil keputusan untuk bercuti dengan mengambil cuti in-lieu ketika ke offshore iaitu 2 hari daripada 4 hari yang diperuntukkan. Setelah menjalankan tugasan ke offshore selama 2 minggu berturut-turut pada 24-28 April dan 1-5 Mei yang lalu, selain sudah beberapa hujung minggu tidak mempunyai peluang masa bercuti kerana terlibat dengan program-program Task Force Kecemerlangan, maka kini tibalah saatnya untuk mengambil ruang waktu merehatkan minda dan melupakan segala perkara yang berkaitan dengan ‘business’ dan profession buat seketika.. 

 

Sesungguhnya rehat juga adalah penting dalam kerjaya supaya semua ketegangan (stress) akan hilang dan sekaligus membina kekuatan dalaman diri agar kembali segar (fresh), mencetus idea-idea bernas yang lebih hebat dan mampu untuk mencorak strategi unggul sebelum kembali berkhidmat di pejabat atau sebelum ‘turun padang’ bertemu masyarakat. Alhamdulillah, membaca dan membaca menjadi pengisian saya selama bercuti 2 hari lepas. Sesungguhnya membaca itu dapat menajamkan fikiran, mencerdaskan otak dan mengaktifkan worldview. (selanjutnya…)

Read Full Post »