Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for 10 Mei 2007

Mayat Anizah Othman

Mayat yang dibungkus selimut dihantar ke Hospital Sibu untuk bedah siasat

As-Sarawaki, 10 Mei 2007: Tragis, kontroversi dan meruntun rasa! Itulah kata-kata yang boleh saya nukil dan simpulkan apabila dimaklumkan berita tentang seorang ustazah graduan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Anizah Othman, 26 yang mengajar di SJK(C) Hin Hua, Song ditemui mati dibunuh berhampiran kawasan Perindustrian Bleteh, Kapit.  Rasa marah meluap-luap dan kesal kecewa memuncak di dada! Dalam masa yang sama, rasa simpati turut bersarang di sudut hati. Benarlah betapa kasih sayang kian sirna, gersang dan hampir mati di dalam dunia serba moden dan canggih kini!

 

Petikan berita:

1. Utusan Malaysia: Ustazah ditemui mati separuh bogel, mati dicekik

2. Berita Harian: Ustazah mungkin kena bunuh: Polis

3. New Straits Times: Religious teacher ‘was strangled’

4. Borneo Post: Decomposed body found in small stream

5. Borneo Post: Body belongs to missing teacher

6. Borneo Post: Teacher planned to return home for raya

7. Utusan Borneo: Jenazah guru agama diterbangkan ke Johor

8. Harian Metro: Tak sempat jumpa ibu

9. Harakahdaily: Kerajaan perlu ambil berat keselamatan guru

10. Bernama: Man arrested over murder of religious teacher

 

Amat malang dewasa ini, bunuh-membunuh, perkosa-memperkosa, cabul-mencabuli, zina-menzinai, curi-mencuri, ragut-meragut, rompak-merompak bahkan kejadian-kejadian berangkai ‘2 dalam 1’ atau ‘3 dalam 1’ seperti rogol dan bunuh, gaduh dan bunuh, rompak dan bunuh, bahkan ada kes rompak, rogol, liwat dan bunuh sekaligus yang sudah menjadi berita biasa dan sensasi! Tidak cukup dengan itu, kita diasak lagi dengan 1001 macam kes jenayah lain seperti rasuah, pecah amanah, buli, dera, penagihan dadah dan sebagainya. Malah berita-berita sebegini sudah hampir setiap hari menghiasi dada-dada akhbar dan media-media elektronik di negara kita bahkan di seluruh dunia. Pendek kata, inilah realiti sosial masa kini! (selanjutnya…)

Read Full Post »