Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for 6 Mei 2007

Relax, Study, Tazkirah dan Ukhuwwah

Gambar Sekadar Hiasan: Relax.. Study.. Tazkirah.. Dan Ukhuwwah

As-Sarawaki, 6 Mei 2007: Alhamdulillah di dalam entry Terkenang Akhirat di Offshorekomen Akhi Syazwan kepada catatan tersebut menarik perhatian saya. Beliau menyatakan: “Terima kasih atas nukilan anda.. Ia membuktikan muhandis mampu menyumbang sesuatu untuk agama. Satu analogi yang menarik, integrasikan teknologi dalam keagamaan.” [Muhandis = Jurutera]

 

Apabila membaca response ini, satu perkara yang sama-sama wajar kita fikirkan betapa apapun jua bidang yang kita pelajari (yang akhirnya membawa kita kepada dunia pekerjaan yang berkaitan), tidak dapat tidak kita perlulah memastikan ilmu yang dipelajari tersebut terintegrasi dan diasimilasikan dengan ilmu agama. Dalam erti kata lain, tidak kira apa jua ilmu yang dipelajari sama ada ilmu kejuruteraan, kedoktoran, undang-undang, teknologi maklumat, seni bina, seni lukis, astronomi, ekonomi, perakaunan, pengurusan perniagaan, falsafah, bahasa, sejarah, sastera, sains kemanusiaan, perbankan, pertanian, perladangan, perhutanan, perikanan, kejururawatan, ilmu jahitan, perubatan, perbidanan, geologi, geografi, psikologi, seksologi dan sebagainya, ia hendaklah berjiwa Islami dan menjadi satu wadah untuk kita lebih cintakan Islam. Seandainya perkara ini dapat direalisasikan, ia sekaligus akan berperanan di dalam memastikan Ad-Deen ini terus terbela, Islam diamalkan oleh umat manusia dan ajarannya diaplikasikan di dalam kehidupan seharian.

 

Terima kasih kepada Kulliyyah Kejuruteraan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang banyak mengajar saya ilmu dan hikmah! Terima kasih juga buat Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang Miri dan SK Kelapa Sawit No. 5 Subis di atas jasa mengenalkan diri ini dengan huruf dan tulis baca! (selanjutnya…)

Read Full Post »