Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for 5 Mei 2007

Khabar Dari Laut

Khabar Gembira Dari Laut.. Kala Tugas Di Pelantar Bertaut..

As-Sarawaki, 5 Mei 2007: Alhamdulillah, saya baru sampai di rumah di Miri setelah 5 hari berada di Labuan dan sekaligus meneruskan tugas ke offshore di Pelantar Kinabalu KNDP-A. Di dalam catatan lawatan kerja pertama ke sana pada minggu lepas, saya telah berkongsi dengan tetamu ziarah sekalian tiga (3) analogi yang diperolehi iaitu:

 

Analogi 1: Kita Dihantar ke Dunia dengan Satu Tujuan

Analogi 2: Kita Semua di dalam Pelayaran yang Sama 

Analogi 3: Rindu Kepada Negeri Asal – Kampung Akhirat

 

Insya Allah di dalam catatan kali ini, saya suka untuk berkongsi satu lagi tamsilan kehidupan hasil dari lawatan kerja ke Labuan dan pengalaman ke offshore yang mudah-mudahan membawa khair serta ada manfaatnya buat saya dan tetamu ziarah sekalian. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Pratchai Fotopages

Gambar Hiasan. Kredits: http://pratchai.fotopages.com/

Oleh: Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

(http://www.saifulislam.com/)

Melepek.

Bukan melepak. Tapi melepek.

Itulah saya hari ini. Bagai hilang nyawa, saya separuh mati untuk bangun ketika dikejutkan anak.

Itulah saya, yang sering ‘lupa diri’ apabila menyungguhkan penyampaian. Lima slot dalam tempoh 24 jam, sangat meletihkan.

KEINGINAN MEMBARA

Burning desire, burning desire… “, berkali-kali saya sebutkan kepada peserta program KRIM siang tadi.

Peserta ternganga melihat saya seperti lupa diri semasa berceramah tadi.

Ia bukan ceramah. Ia suatu keluhan nada tinggi. Luahan minda dan hati dengan keghairahan yang membakar seperti api.

Saya bercakap tentang paradigma dakwah. Bahawa dakwah itu harus inside-out. Bukannya outside-in. Dakwah harus datang dari suatu cetusan yang berlaku di dalam diri, bukannya yang berlaku kepada diri.

DAKWAH OUTSIDE-IN

Dakwah outside-in, adalah dakwah kerana persekitaran. Kerana kawan. Malah kerana desakan kewajipan. Allah kata dakwah kena buat, Nabi peringatkan dakwah mesti buat.

Salahkah berdakwah kerana dakwah itu wajib?

Pelajar takut nak menjawab. Entah kenapa.

Tentu sahaja tidak salah. Melakukan sesuatu yang diwajibkan ke atas kita, adalah perkara biasa.

Tetapi dakwah bukan puasa yang muncul setahun sekali. Bukan haji yang cukup seluruh umur buat sekali. Dakwah adalah ibadah jangka panjang. Sepanjang umur dan usia. 1000 tahun kurang 50, kata al-Quran dalam memaklumkan usia dakwah Nabi Nuh bersama umatnya.

Dakwah juga bukan untuk mengalih meja, atau membetul jalan raya. Dakwah ialah agenda mengubah manusia. Mengubah manusia, panjang ceritanya.

Di hari patuh pada yang wajib, berdakwah kerana wajib masih boleh mendorong dakwah. Di hari wajib bercambah-cambah, wajib mana yang naik tangga, wajib mana yang K.I.V. lama-lama? (selanjutnya…)

Read Full Post »