Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for 3 Mei 2007

Pray Before You DIE!

Sahabat-sahabat dan saudara-saudara seaqidahku sekalian.. Bersama-samalah kita terus menunaikan solat kita dengan khusyu’ sebelum tiba masanya kita disolatkan!! Hayatilah klip video di atas dan gambar-gambar berikut, semoga kita semua beroleh taufiq dan hidayahNya. 

Perhatikanlah gambar-gambar tersebut dan sekiranya dalam situasi sedemikian saudara-saudara seIslam kita seluruh dunia masih boleh melaksanakan solat, mengapa tidak kita yang memiliki segala kudrat dan segala upaya juga berusaha dengan sehabis daya untuk sama-sama rukuk dan sujud menghadapkan wajah kita kepada ALLAH SWT, Tuhan yang telah menciptakan kita, memberi rezeqi kepada kita, memberi nikmat kesihatan kepada kita dan pelbagai lagi nikmatnya yang melimpah-ruah dan tiada batasannya.

Demi Allah, kejarlah syurgaNya yang terbuka kepada sesiapa yang sudi dan inginkannya. Tidakkah Tuhanku dan Tuhanmu telah pun memaktubkan kata-kataNya bahawa syurga itu indah dan tiada apa yang seindah syurgaNya. Tiada apa yang senang melainkan syurgaNya. Tiada apa yang sempurna selain syurgaNya. Begitu teliti Dia menggambarkan kehebatan hidup di sana. Tetapi, kesenangan menjejak pintu itu disusahkan oleh diri kita yang sering dikuasai nafsu dan sering terperangkap dek tipu daya syaitan.

Dari itu, kejarlah syurga itu selagi masih terbuka ruang taubat untuk kita. (selanjutnya…)

Read Full Post »