Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for 1 Mei 2007

Jalan Jauh ke Sana

Pekerja Produktif, Ummah Kompetitif

As-Sarawaki, 1 Mei 2007: Selamat Hari Pekerja 2007. Ingatlah dunia ini merupakan jambatan emas yang menghubungkan kita dengan negeri Akhirat. Contoh teladan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW, para sahabat radhiyallahu ‘anhum ajma’in dan salafus soleh jelas menunjukkan kepada kita bahawa kehidupan yang cemerlang di dunia tidak menghalang kita daripada mencapai kebahagiaan di negeri Akhirat. Justeru, bersamalah kita terus  bekerja dan berikhtiar mencari keperluan penghidupan di dunia ini seolah-olah kita akan hidup seribu tahun lagi, dan beramal serta beribadahlah seolah-olah kita akan mati esok hari.

 

Firman Allah SWT: “Dan carilah apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri Akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan” (Surah al-Qhasas, ayat 77).

 

Sama-samalah kita berdoa semoga segala kerja menjadi KERJA! Amiin.

Read Full Post »