“Bandaraya Peranginan Miri.. Bumi Kelahiran di mana Hidup, Jasa, Perjuangan dan Survival Dipertaruhkan!”
As-Sarawaki, 22 April 2007: Islam dan Dakwah di Sarawak… Bagaimana sejarahnya? Bagaimana masa depannya? Bagi Muslim dan Mukmin yang ada fikir agama di Bumi Kenyalang, persoalan ini sewajarnya membuatkan kita bingkas bangun, bangkit sedar, lekas insaf dan yang lebih utama pantas bertindak dalam usaha kita memastikan masa depan umat Islam di negeri Sarawak terus terbela dan memiliki izzah.
Saya suka untuk berkongsi Kertas Kerja oleh Dr. Azhar Ahmad (Penolong Pengarah, Jabatan Pelajaran Sarawak) bertajuk “Latihan Dakwah di Sarawak: Sorotan dan Masa Depan” yang telah beliau bentangkan di Konvensyen Latihan Dakwah JAKIM 2006. Kertas Kerja ini amat baik untuk dikaji, dimuhasabah dan diperincikan oleh seluruh kader-kader dakwah (dai’e), penggerak usaha islah (muslih) serta pendokong dan pejuang gerakan Islam (mujahid) di Bumi Bertuah Sarawak yang tercinta ini. Ayuh saudara seaqidah sekalian, mari kita bersama menggembleng tenaga, menyatu fikrah, menyepadu ikhtiar dan maju seiring sejalan dalam melaksanakan usaha dakwah yang murni ini. Jom kita terus berdakwah sebagai sebahagian usaha menyambung kerja keNabian yang sesungguhnya amat mulia demi mencari redha Allah SWT. Cita-citaku Islam Tinggi Menjulang! Semoga segalanya membawa khair dunia dan Akhirat. Amiin.
———————————————-
Konsep dan Tujuan Dakwah
Konotasi dakwah bersumber dari kalimah da’a yang bermaksud menyeru kepada sesuatu perkara. Dari segi istilah, dakwah merujuk kepada usaha menyeru manusia kepada agama Allah (Abdul Karim Zaidan, 1976). Seruan kepada agama Allah bukan sekadar seruan kepada suatu gagasan pemikiran atau ideologi, tetapi juga seruan kepada penghayatan ajaran Islam sebagai ad-din atau cara kehidupan secara total. Oleh itu, usaha dakwah merupakan usaha merubah manusia dan seluruh kehidupannya sama ada dari segi pemikiran, perasaan, tingkahlaku dan tujuan kehidupan agar akur (comply) kepada tujuan dan kehendak yang ditentukan oleh Islam.
Sasaran dan Faktor Pencapaian Matlamat Dakwah
Sasaran dakwah ialah manusia keseluruhannya (Saba’ 34: 48 ) (“Tidak Kami utuskan engkau [wahai Muhammad] melainkan kepada sekalian manusia bagi menyampaikan berita gembira dan memberi peringatan”). Sasaran dakwah tidak terhad kepada manusia yang sudah Muslim (menyerah diri), tetapi juga kepada manusia yang belum menerima cahaya hidayah.
Pencapaian matlamat dakwah (membolehkan manusia menerima dan menghayati ajaran Islam dalam kehidupan) perlu mengambilkira faktor-faktor kemanusiaan dan kehidupannya seperti faktor fizikal (fisiologi, keperluan hidup), mental (tahap dan pengalaman pembelajaran), perasaan dan ruh (psikologi). Oleh yang demikian, pelaksanaan dakwah bukan sekadar menyampaikan ilmu atau ajaran Islam kepada manusia yang diseru, tetapi komponen dakwah yang lebih besar adalah membawa manusia bersama menghayati ajaran Islam melalui proses merancang, mengajak, membimbing, memimpin, melaksana dan menyelesaikan masalah kehidupan secara bersama. Inilah yang telah dicontohi oleh Rasulullah SAW dan para salaf al-soleh. Mereka bukan sahaja menyeru kepada Islam tetapi mengajar, membimbing dan hidup bersama dengan masyarakat yang mereka seru di mana sahaja mereka berada.
Perkembangan Dakwah di Sarawak
Perkembangan dakwah sebahagiannya boleh diukur dari dua dimensi utama iaitu secara kuantitatif dan kualitatif. Dimensi kuantitatif dikenalpasti melalui bilangan dan peratus jumlah mereka yang menganut agama Islam pada satu-satu masa. Manakala dimensi kualitatif pula pada kebiasaannya boleh dilihat melalui kualiti kehidupan beragama (religiousity) yang ada pada individu atau umat Islam secara keseluruhannya.
Sehingga kini, belum ada data secara menyeluruh tentang kualiti kehidupan beragama umat Islam negeri Sarawak telah dikumpul melainkan dalam beberapa kelompok tertentu sahaja seperti penghayatan akhlak dalam pelajar sekolah menengah (Azhar, 2006). Namun, perkembangan bilangan dan peratus jumlah penganut beragama Islam boleh dirujuk melalui data-data yang boleh diperolehi dari banci penduduk seperti dalam Jadual 1.1 hingga 1.3 di bawah.
Jadual 1.1: Perkembangan Agama di Sarawak 1947 – 1960
(Sumber: Report on the Census of Population – Sarawak 1960. Superintendent of Census, Sarawak and North Borneo, pg 95-96).
Jadual 1.1 di atas adalah data tentang perkembangan agama-agama dalam kalangan kelompok utama penduduk di negeri Sarawak antara tahun 1947 hingga 1960. Secara keseluruhan, data tersebut menunjukkan bahawa bilangan penduduk beragama Islam menyusut sebanyak 2% dalam tempoh berkenaan. Sebaliknya, agama Kristian berkembang sebanyak dua kali ganda dalam tempoh yang sama. Fenomena ini mungkin boleh dikaitkan dengan zaman kolonialisme yang sedang dialami penduduk negeri Sarawak dalam tempoh berkenaan.
Jadual 1.2: Perkembangan Islam di Sarawak 1960 – 2000
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, Sarawak 1960-2000.
Jadual 1.2 di atas pula menunjukkan perkembangan bilangan umat Islam antara tahun 1960 hingga tahun 2000 dalam kalangan semua bangsa di negeri Sarawak. Jadual tersebut menunjukkan pertambahan bilangan dan peratus umat Islam sebanyak 7% dalam tempoh 40 tahun berbanding dengan jumlah keseluruhan penduduk di negeri Sarawak. Walaubagaimanapun, sebahagian besar pertumbuhan tersebut disumbang oleh peningkatan jumlah umat Islam dari kalangan orang-orang Melayu yang asalnya beragama Islam (4.3%). Manakala perkembangan Islam dalam kalangan penduduk bukan Melayu berkembang secara amat perlahan (2.7%) dalam tempoh yang sama. Mungkin angka tersebut boleh dianggap sebagai petunjuk kadar pertumbuhan dakwah Islam dalam kalangan bukan Islam di negeri Sarawak sehingga kini.
Jadual 1.3: Perkembangan Kristian di Sarawak 1960 – 2000
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, Sarawak 1960-2000.
Jadual 1.3 di atas menunjukkan perkembangan agama Kristian dalam kalangan semua bangsa di negeri Sarawak dalam tempoh antara tahun 1960 hingga tahun 2000. Berbanding dengan kadar pertumbuhan umat Islam yang bergerak secara perlahan seperti yang dapat dilihat dalam Jadual 1.2 di atas, perkembangan agama Kristian pula menyaksikan kadar pertumbuhan yang amat pesat iaitu sebanyak hampir tiga kali ganda dalam tempoh yang sama dalam kalangan semua bangsa bukan Melayu di negeri Sarawak. Perbandingan antara keriga-tiga jadual di atas mungkin boleh memberi gambaran tentang tahap perkembangan dakwah Islam dalam kelangan masyarakat bukan Melayu yang amat perlahan berbanding dengan apa yang telah berlaku kepada agama Kristian.
Bagi menghuraikan fenomena ini, mungkin baik sekiranya kita meneliti ulasan yang telah dinyatakan dalam laporan penduduk oleh Superitendent of Census, Sarawak and North Borneo (1960: hal. 95-96) seperti berikut:
A pagan settling in or even visiting a Muslim area might well be converted. But these conversions to Islam were the result of accident rather than proselytizing, for missionary work by Muslims is small.. It also shows that almost none of them (Sea Dayaks and Land Dayaks) have embrassed Islam despite the fact that many of them live close to, or have certainly visited, Muslim areas. This tends to confirm the statement made earlier that evangelism by Muslims is small.
Data tentang perkembangan bilangan dan peratus umat Islam di negeri Sarawak serta komentar yang diberikan di atas menggambarkan perkaitan yang kuat antara perkembangan dakwah yang perlahan dengan kemalapan usaha dakwah terutama dalam kalangan masyarakat bukan Melayu di negeri ini. Kerancakan usaha dakwah dalam kalangan masyarakat bukan Melayu kelihatan bermusim dan berkait rapat dengan kemahuan kepimpinan politik pada ketika tertentu seperti yang telah berlaku pada tahun 1977 dan 1978 (Azhar, 1988).
Konsep dan Skop Latihan Dakwah
Latihan dakwah boleh diertikan sebagai usaha memberi pengetahuan dan kemahiran untuk melaksanakan usaha dakwah dalam ertikata yang luas. Usaha ini termasuk melatih kader-kader dakwah (du’at) yang bukan sahaja memiliki ilmu pengetahuan, tetapi juga kemahiran dan ketrampilan sakhsiah bagi membolehkan mereka melaksanakan usaha dakwah dengan berkesan. Usaha melatih para kader dakwah ini pada kebiasaannya dilakukan dalam jangka pendek melalui program-program pengisian ilmu, kesedaran dan kemahiran seperti kursus, bengkel dan seminar atau melalui proses latihan jangka panjang melalui institusi latihan seperti sekolah, madrasah, pusat latihan serta sistem tarbiah secara berterusan melalui usrah, tamrin, mu’askar, katibah dan sebagainya. Kandungan latihan dakwah meliputi keseluruhan ajaran Islam serta ilmu dan kemahiran generik kemanusiaan bagi mengupayakan pendakwah untuk melaksanakan peranan mereka dengan berkesan.
Keperluan Latihan Dakwah di Sarawak
Kombinasi konsep latihan dakwah dan realiti sasaran dakwah (mad’u) di Sarawak melahirkan keperluan latihan dakwah di negeri Sarawak yang mungkin unik berbanding dengan keperluan di tempat lain. Selain dari keperluan untuk memantapkan pengetahuan dan kemahiran asas berdakwah, keperluan latihan di Sarawak memerlukan penguasaan aspek kemahiran berkomunikasi silang budaya. Ia juga memerlukan ketabahan selain dari kesediaan pendakwah untuk hidup bersama dalam kelompok masyarakat yang mereka ingin seru.
Sejarah Latihan Dakwah di Sarawak
Perkembangan latihan dakwah di Sarawak dapat dirumuskan seperti berikut:
1. Usaha tarbiah secara berterusan di kalangan ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan seperti HIKMAH, ABIM, JIM.
2. Kursus, seminar dan konvensyen dakwah berkala yang dianjurkan oleh agensi kerajaan seperti Jabatan Agama Islam, Jabatan Pelajaran, JAKIM dan juga NGOs – seperti Bengkel Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk, Out-reach dsb.
3. Penubuhan pusat latihan dakwah yang khusus oleh BINA/HIKMAH (Institut Dakwah Bina, Institut Darul Falah, Pusat Latihan Dakwah) dan JAKIM (Pusat Latihan Sarawak & Institut Kemahiran Islam Sarawak).
Institut Dakwah BINA adalah sebuah pusat latihan bagi menyediakan para daie di kalangan saudara baru secara lebih meluas dan berkesan bermula dengan penubuhan Darul Rahmah pada tahun 1975. 1983, Institut Dakwah BINA (kemudian IDDF) telah ditubuhkan untuk memberikan pendidikan formal dan informal bagi melahirkan alim ulama’ dari keturunan bukan Melayu serta para Imam, guru agama yang boleh menjadi contoh kepada penduduk setempat dalam bentuk peribadi dan cara mengendalikan kehidupan berpandukan ilmu ternakan dan pertanian. IDDF telah ditutup pada Disember 1999 (13 orang pelajar). Sepanjang 16 tahun operasinya, IDB/IDDF telah melatih seramai 517 pelajar dari pelbagai suku kaum seperti Melayu (143), Melanau (38), Iban (94), Bidayuh (109), Punan (1), Kenyah (1), Punjabi (1) dan lain-lain (33). Terdapat beberapa orang lulusan IDB/IDDF telah berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah di Mesir, Arab Saudi, Jordan, Libya, Pakistan, Indonesia dan universiti tempatan (LAKDF, 2001).
4. Penghantaran para kader dakwah melanjutkan pengajian di pusat latihan dakwah PERKIM dan luar negara seperti Libya, Madinah, Pakistan, Indonesia dsb.
5. Usaha pendidikan agama dari peringkat tadika sehinggalah sekolah menengah oleh pihak kerajaan dan NGOs. SMKA telah ditubuhkan di Sarawak sejak tahun 1977 dan kini telah ada lapan buah SMKA di seluruh negeri. Manakala SK Agama telah ditubuhkan sebuah di setiap bahagian.
6. Program khas pelajar Sarawak di Akademi Pengajian Islam, UM sebanyak 20 orang setahun semenjak tahun 1983.
Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan bagi memberi latihan dakwah oleh pelbagai pihak, namun ia masih perlu dipertingkatkan dari aspek kuantiti, kualiti dan keselarasan kerja. Berbagai kemungkinan boleh dikaitkan dengan kelemahan ini. Antaranya ialah faktor kesatuan fikrah dan tindakan, pembangunan modal insan, faktor ‘kesementaraan’ pendakwah, karenah birokrasi (Juanda Jaya, 2006), kekurangan data yang dikemaskini dan kekangan kewangan.
Potensi
Usaha perancangan aktiviti latihan dakwah di negeri Sarawak perlu mampu mengambilkira dan memanfaatkan beberapa potensi sedia ada seperti berikut:
1. Kemahuan politik untuk melaksanakan pendekatan Islam Hadhari dan penerapan nilai Islam dalam kalangan masyarakat.
2. Struktur organisasi, sumber kewangan dan tenaga manusia dari pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Agama Islam Sarawak, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Pertanian, Jabatan Kesihatan dll.
3. Kuantiti dan kualiti guru-guru Pendidikan Islam yang bertebaran di seluruh ceruk dan rantau negeri Sarawak (pada tahun terdapat lebih 2000 orang GPI yang sedang berkhidmat di Sarawak).
4. Pengalaman dan struktur organisasi pertubuhan-pertubuhan dakwah yang telah lama melaksanakan usaha dakwah di Sarawak.
Apa yang Boleh dan Perlu Dilakukan?
Usaha untuk merealisasikan hasrat untuk melaksanakan usaha dakwah dengan berkesan khususnya di Sarawak merupakan satu perkara yang sangat mencabar. Oleh yang demikian, komitmen berterusan terhadap beberapa prinsip berikut mungkin dapat membantu kita menghadapi cabaran tersebut:
1. Mengenalpasti matlamat, realiti, kekuatan, kekangan, keperluan dan potensi dakwah (SWOT Analysis)
2. Mengenalpasti keperluan dan potensi latihan dakwah secara menyeluruh dan bersepadu
3. Perancangan strategik latihan dakwah secara bersepadu
4. Pelaksanaan latihan dakwah secara berfokus
5. Perancangan berterusan peruntukan kewangan dan logistik latihan dakwah
6. Penilaian latihan dakwah secara berterusan
7. Keterbukaan, kesatuan pemikiran dan tindakan semua pihak yang terlibat dalam latihan dakwah dan pelaksanaan dakwah.
Rujukan:
Ab Halim Tamuri & Azhar Ahmad. 2006. Prospek Pendidikan Islam di Sarawak. Dalam Cabaran dan Prospek Pengurusan Dakwah di Sarawak. IKMAS, JAKIM Sarawak, hal. 17-36.
Abdul Karim Zaidan. 1976. Usul al-Da’wah. Maktabah al-Mannar al-Islamiyyah.
Azhar Ahmad. 1988. Pengislaman dan Pengamalan Islam di kalangan Masyarakat Bidayuh di Bahagian Pertama, Sarawak. Latihan Ilmiah, Fakulti Pengajian Islam, UKM.
Azhar Ahmad. 2006. Strategi Pembelajaran Pengaturan Kendiri Pendidikan Islam dan Penghayatan Akhlak Pelajar Sekolah Menengah di Negeri Sarawak. Tesis Doktor Falsafah, Fakulti Pendidikan, UKM.
Hazarudin Haji Baharudin. 2006. Pengurusan Dakwah: Aktiviti Pusat Latihan Sarawak. Dalam Cabaran dan Prospek Pengurusan Dakwah di Sarawak. IKMAS, JAKIM Sarawak, hal. 43-55.
Lembaga Amanah Kebajikan Darul Falah. 2001. Institut Dakwah Darul Falah Dalam Pelbagai Budaya. Kuching.
Zulkiple Abdul Ghani. 2006. Pengurusan Dakwah di Sarawak. Dalam Cabaran dan Prospek Pengurusan Dakwah di Sarawak. IKMAS, JAKIM Sarawak, hal. 2-15.
Zulkiple Abdul Ghani & Haji Abdul Kodir Sallah. 2006. IKMAS:Persedian Pendakwah Professional. Dalam Cabaran dan Prospek Pengurusan Dakwah di Sarawak. IKMAS, JAKIM Sarawak, hal. 37-42.
Wallahu a’la wa a’lam.
Sesungguhnya, kerja dakwah itu adalah suatu daftar kerja yang teramat panjang, bermula dari awal hingga berakhirnya kehidupan. Doa saya semoga Sdr. Muhtar akan sentiasa tabah dan diberikan perlindungan di sepanjang masa, ketika melaksanakan tugas sebagai khalifah. Juga dimuliakan dengan mahmudah!
Selamat berjuang!
Ukhti Zaharah yang mulia;
Terima kasih di atas do’a. Semoga Allah makbulkan. Amiin.
“Wahai orang yang beriman, sekiranya kamu membantu agama Allah.. Nescaya Allah akan membantu kamu dan meneguhkan kedudukan kamu” (Surah Muhammad, Ayat 7).
Teruskan Perjuangan sebagai Khalifah Allah S.W.T.
Ih’dinal Sira’tal Mustakim……………….Sira’tal’ lazina an’amta alaihim ghairil magh’du bi ‘alaihim walad’do”””lin. Amin.
Wassalam.
Saya berpendapat usaha dakwah kepada non-Muslim perlu ada hubung kait dengan kerja amal dan charity. NGOs dan juga dakwah tabligh patut diberi galakkan untuk buat usaha dakwah.
Terima kasih di atas komen-komen membina yang telah diberikan oleh tetamu-tetamu ziarah yang mulia.
Mungkin response Haji Ibrahim Mohamad (melalui email) di bawah wajar untuk kita fikir-renungkan bersama khususnya tentang persoalan beliau yang berikut: “Jadi apa yang kita perlu lakukan khususnya dalam hal dakwah kepada non-muslim (DNM) ini?”. Semoga Allah memberi buah fikir, kekuatan beKERJA, taufiq dan hidayahNYA. Amiin.
Masalah utamanya yang aku nampak telah disebut dlm perenggan ini:-
“A pagan settling in or even visiting a Muslim area might well be converted. But these conversions to Islam were the result of accident rather than proselytizing, for missionary work by Muslims is small.. It also shows that almost none of them (Sea Dayaks and Land Dayaks) have embrassed Islam despite the fact that many of them live close to, or have certainly visited, Muslim areas. This tends to confirm the statement made earlier that evangelism by Muslims is small.”
1. missionary work by Muslims is small
2. evangelism by Muslims is small
Tp, cakap memang senang, nak buat tu yg susah!..
Akhi Iman Amal;
Kita menoleh ke belakang untuk belajar dari sejarah. Dan kini kita perlu memandang ke hadapan untuk merencana masa depan. 🙂
Salam…
Hidup ini adalah keyakinan dan perjuangan..Dan perjuangan mukmin sejati tidak akan berhenti kecuali ketika kedua telapak kakinya telah menjejak Syurga..
Didoakan semoga perjuangan Muhandis Berjiwa Besar dirahmati dan diredhai Allah… Amiin..
Assalamualaikum,
Cakap memang senang, nak buat tu susah!..
Kita perlu memandang ke hadapan untuk merencana masa depan!
[ Jawapan seorang berjiwa besar ]
Erti HIDUP kepada perjuangan.
Kepada apa kita mengajak manusia?
Kepada Allah dan untuk kembali kepadanya.
Kita bukan ingin mencari nama, dipuja atau dijaja.
Tetapi mencari REDHA dan SYURGA Nya.
Bezakan antara Matlamat, Wasilah dan Natijah.Agar perjuangan ini terarah dan terkedepan!
Semoga dakwah terus berkembang ke seluruh alam.
InsyaAllah
Assalamualaikum sebagai pembuka bicara,
Izinkan saya memulakan fikrah saya ini dengan firman Allah yang mulia
1. Kamu adalah sebaik-baik umat yang keluar kepada manusia, menyeru kepada perkara-perkara yang baik dan mencegah daripada perbuatan-perbuatan munkar. (Ali- imran : 110
2. Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah (bijaksana) dan pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (Yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik. (surah An-Nahl : 125
Ayat pertama menerangkan bahawa manusia yang sanggup keluar ke jalan Allah untuk membawa manusia lain kepadanya, melakukan perkara-perkara baik dan meninggalkan segala perbuatan-perbuatan keji dan mungkar merupakan model umat yang terbaik, cemerlang, gemilang dan terbilang.
Kedua, untuk keluar berdakwah ini seseorang individu muslim itu harus mempunyai modal insan kelas pertama (kalau boleh) atau setidak-tidaknya dalam ilmu agamanya, mahir dalam metod dakwah seperti yang telah dijelaskan oleh Allah si ayat di atas. Otherwise, ia akan jadi sia-sia.
Saya akan bagi beberapa contoh, orang Islam terutamanya orang beragama enggan mahu menyambut salam dari orang perempuan yang bukan Islam. Alasan mereka haram. Jangankan perempuan bukan Islam, perempuan Islam pun mereka tidak mahu. Di sinilah letaknya kekurangan dalam dakwah mereka kepada orang bukan Islam.
Menurut saya, tidak ada salahnya menyambut salam daripada orang perempuan yang bukan Islam kerana mereka adalah golongan juhhal, tidak tahu menahu dalam perkara agama kita, tentang halal dan haramnya. Jadi Keengganan kita berbuat demikian (bersalam tangan) akan menjatuhkan air muka mereka di khalayak ramai. Bila ini terjadi, akan menambah kebencian mereka terhadap kita (org Islam) dan juga agama Islam itu sendiri. Inilah yang akan membantut perkembangan dakwah Islamiyyah di Sarawak khususnya dan Malaysia amnya. Kita harus bijak bila terjun ke gelanggang dakwah.
Salam aje, walaupun perkara itu tidak dinamakan berakhlak tetapi ia masih dikategorikan dalam moral yang baik. Tetapi Kalau perempuan Islam yang menghulur tangan, tak payahlah nak berjabat tangan. Bagilah alasan kepada mereka kamu ada wudhu. Insyaallah mereka tidak akan berkecil hati kerana mereka memang tahu akan perkara itu, akan halal dan haramnya. Itu barulah dipanggil insan yang berakhlak. (jangan pula ambil kesempatan dgn menamakannya insan bermoral baik:)
Ikutilah akhlak yang ditunjukkan oleh rasulullah saw. baginda pernah disajikan hidangan kambing oleh wanita Yahudi yang bersusah-payah memasak untuknya dan para sahabat. Baginda tidak menolak. Bila ditanya oleh para sahabat. Kalau tidak dibaca bismillah ketika menyembelih bacalah ketika makan.
Baginda juga pernah menziarahi pemuda Yahudi yang sering mengganggu dan melontar batu kepada baginda ketika ke masjid namun tatkala mengetahui pemuda itu sakit, rasulullah masih sudi bertandang ke rumahnya dan membawa buah tangan dan akhirnya pemuda tadi berasa malu dan menyesal lalu memeluk Islam di tangan rasulullah sendiri.
Inilah yang dikatakan cara berhikmah. Satu perkara lagi yang saya kurang setuju ialah nama bapa saudara baru kita di sandarkan dengan nama Abdullah sedangkan perkara itu tidak berlaku di zaman rasulullah. Inilah yang menyebabkan sambutan orang ramai kepada agama Islam kurang kerana bila dikatakan masuk Islam maksudnya jadi orang melayu. Nama bapa mesti ditukarkan kepada Abdullah seolah-olah masuk Islam ini mesti buang bapa, buang saudara. Sedangkan rasulullah sendiri bila baginda mengahwini juwairiah keseluruhan bani itu termasuk keluarganya memeluk Islam.
Apa jadi dengan Islam sekarang ini?
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Ukhti Wlyia, Bro. Hamzah dan Akhi Roslan Ali;
Terima kasih di atas response dan juga perkongsian rasa serta maklumat ilmu (apa yang diperkatakan oleh Akhi Roslan Ali ana persetujui dan ana maklumi – terima kasih kepada UIA yang banyak mengajar ilmu dan hikmah).
Semoga kita semua beroleh taufiq dan hidayah untuk terus memperdalami serta menuntut ilmu. Semoga juga dengan ilmu yang ada kita diberi kekuatan untuk terus berdakwah liridhalLah. Masanya telah tiba, bertekad bersemangat! Siiru ‘ala barakatillah.
[…] bercakap tentang paradigma dakwah. Bahawa dakwah itu harus inside-out. Bukannya outside-in. Dakwah harus datang dari suatu cetusan […]
Individu muslim adalah model manusia sejagat. Duta yang membawa Islam dan mengajak manusia kepadanya. Demi itu saya sangat bersetuju bahawa dakwah itu harus inside-out dan bukannya outside-in.
Manusia luar tidak akan terlebih dulu melihat akidah dan ibadat umat Islam secara luarnya melainkan terlebih dahulu melihat peribadi dan perilaku seseorang itu. Akhlak yang baik akan menjadi cetusan dan pemangkin kepada orang ramai untuk menghampiri Islam, mengenalinya dan akhirnya menganutinya.
Justeru itu, setiap individu muslim harus memperkasakan aqidah, ibadat dan akhlak mereka dari masa ke semasa. Akidah dan ibadat yang mantap akan menghasilkan akhlak yang unggul. Itulah cerminan muslim yang berjaya.
Roslan Ali;
Saudara telah berkata benar. Fastabikul khairat!
Al-Haqqu lillah wa ana mubaligh al- haq.
Walhal, sama -sama kita berjuang demi menegakkan dinullah wahuwa Islam di muka bumi ini.
Islam terus tersebar. Islam terus mara. Teruskan perbincangan.
Assalamualaikum,
“Non-Muslims in Malaysia generally do not understand Islam because Muslims think Islam has nothing to do with non-Muslims. The Muslims in Malaysia have not seriously played the role of ‘muballigh’ (spreaders of religion).
“I can tell you that the Muslims are not explaining Islam to non-Muslims. Muslims also should not distance themselves (from them). I said this on TV and they got angry with me. You have to play your role as ‘muballigh’”. Datuk Dr Khoo Kay Kim.
Persepsi seorang terpelajar non-Muslim berkaitan dakwah.Ana pun sependapat dengannya bhw Muslim tidak berdakwah secara serius terhadap non-Muslim di Malaysia.Sebab tu la kita tidak mendapat hasilnya yang sebaik.Pihak kristian berdakwah dengan baik sebab tu mereka dapat mengkristiankan ramai dari kalangan orang Malaysia,dari kalangan melayu pun ramai juga.Mereka yang berusaha sebaiknya maka mereka lah yang memetik hasilnya.
Ramai orang kira mempunyai tanggapan bahawa agama Islam hanya untuk disimpan,untuk diguna sendiri2,untuk kalangan orang Islam saja,bukan untuk disampaikan kepada pihak lain.Sebab tu la mereka tak rasa bersalah jika mereka tak sampaikan agama ini kepada non-Muslim,walau pun mereka sudah berkawan sejak sekian lama.Tambahan pulak ada juara2 negatif yang menyatakan”Kita sepatutnya baiki orang Islam dulu baru lah dakwah kepada non-Muslim”.Tak tau lah sampai bila mereka akan selesai membaiki orang Islam.Rasanya soal baiki orang Islam ni adalah endless.Apa salahnya sambil baiki orang Islam kita juga menyeru kepada non-Muslim.
Muslim tidak menyeru non-Muslim kerana mereka tidak tahu/tidak yakin bagaimana nak sampaikan dakwah.So badan2 Islam patut adakan kursus dakwah.Cari muslim yang banyak berinteraksi dengan non-Muslim atau yang berminat dan bagi kepada mereka pendedahan ttg perkara ini.Kursus tu biar lah ambil kira soal kemahiran sekali,dedahkan mereka cara menyampaikan dakwah secara praktikal.Begitu juga mereka tidak menyeru non-Muslim kerana mereka tiada kesedaran,inisiatif,cabaran dsbnya.
Medan dakwah non-Muslim kena kaitkan dengan kerja charity.Pendakwah kristian berpengaruh dengan jalan ini,Muslim juga wajar menyaingi mereka.Apa salahnya selalu ziarah rumah panjang/masyarakat non-Muslim,bertanya khabar,cuba memahami budaya mereka,memahami persepsi mereka.Bantu mereka di kebun,jadi orang tengah jual hasil tangan mereka.Buat kelas tambahan untuk anak2 mereka,agih buku,alat tulis dan keperluan sekolah kepada mereka.Beri pakaian terpakai kepada mereka.Buat pemeriksaan kesihatan dan sumbang ubatan kepada mereka.Semua ini perlu dilakukan oleh Orang Islam agar kita dapat menawan hati mereka kerana manusia ni ada hati dan perasaan.Manusia bukan hanya perlukan hujjah2 akal/dalil tentang kebenaran Islam malah perlu juga dijinakkan hati mereka dengan kita berbuat baik terhadap mereka.W/apa pun cara dakwah, jika anda boleh tarik mereka kepada Islam itulah kejayaannya,jika tidak anda perlu adjust cara anda tersebut sehingga membuahkan hasil.Allah maha mengetahui dan dialah pemberi hidayah.
Sufi;
Thanks for the thoughts, wonderful thoughts.. Let us work for it!
Assalamualaikum
saudara dan saudari seislam-ku,
Sikap suka memperbesarkan hal-hal yang remeh-temeh atau meremehkan perkara-perkara yang sebenarnya serius merupakan penyakit masyarakat sejak zaman berzaman.
Ia biasa terjadi dalam kalangan orang awam tetapi lebih malang lagi kalau menimpa para intelektual atau pendukung institusi Islam. Akibatnya kita akan jauh ketinggalan dalam segala hal sedangkan dunia masa kini telah pun mencapai ke tahap apa yang disebut dunia tanpa sempadan, langit terbuka luas dan sebagainya.
Perkembangan ini sebenarnya menuntut banyak persaingan dalam pelbagai bentuk termasuk dakwah Islamiah.
Bagi mengatasi perkara ini al-Qaradawi menyarankan agar institusi Islam memahami lima fiqh baru iaitu: fiqh al-Sunan, fiqh Maratib al-Amal, fiqh al-Ikhtilaf, fiqh al- Muwazanat dan fiqh al-Awwaliyyat bagi menandagani krisis pemikiran umat dan memahami realiti kekinian.
Umat masa kini jahil dengan apa yang ada pada orang lain, malah lebih jahil tentang kekuatan dan kelemahan diri mereka. Dalam hal ini, Malik al-Munabbi dan Muhammad al-Ghazali bersetuju meletakan kesalahan umat atas kejahilan mereka dengan ilmu kehidupan dan ilmu kawniyyah. Justeru itu, mereka hanya mengasyikkan diri dengan sebahagian ilmu sahaja hingga mentafsirkan bab sembahyang dan wudhuk pun mengambil masa yang berbulan-bulan lamanya malah bertahun. (Mohamad Kamil Ab. Majid, 2000)
Perkara ini sebenarnya merugikan umat Islam itu sendiri kerana Islam secara fitrahnya adalah bersifat dinamik, progresif, berdaya saing, maju serta mampu menyelesaikan permasalahan semasa kehidupan manusia sepanjang zaman.
Oleh itu suatu pendekatan dan penilaian semula pemikiran masyarakat Islam terhadap agamanya wajar dilakukan. Umat Islam yang terdiri daripada para intelektual Islam, golongan ulama harus berani berijtihad dan menggunakan akal yang dianugerahi Allah SWT dengan sebijak-bijaknya agar mereka dapat menghadapi cabaran besar dan persaingan sengit dalam era globalisasi. Contohnya, penulis ingin menyentuh bab menjawab salam daripada orang bukan Islam.
Dalam bab ini, penulis kurang bersetuju dengan pendapat kebanyakan intelektual Islam dan golongan ulama yang dilihat terlalu jumud dan lembab untuk berijtihad dan masih lagi taksub dengan jawapan ‘wa alaikum’ (dan ke atas kamu) sebagai menjawab salam daripada orang bukan Islam. Penulis tidak menafikan jawapan tersebut adalah diambil dari hadith soheh Bukhari dan Muslim menganjurkan kita berbuat demikian. Namun, perlu kita ingat juga bahawa perlaksanaan hukum di zaman rasulullah SAW boleh berubah mengikut zaman dan tempat asalkan hukum tersebut bukannya berbentuk qat’ie (muktamad).
Contohnya, pernah berlaku di zaman rasulullah SAW, satu kes atau kesalahan yang sama tetapi berlainan tempat, uruf dan manusianya menyebabkan hukuman tersebut dapat dilaksanakan di satu tempat tetapi tidak dapat dilaksanakan pada tempat yang lain. Dari sini jelaslah kepada kita bahawa dalam hukum-hakam syariah ini banyak perkara bersifat fleksibel, mengambil keluasan ruang dan kemampuannya dengan melihat terlebih dahulu keadaan manusia di dalamnya yang terdiri daripada pelbagai rumpun, bangsa dan suku. Ini adalah kerana dalam kehidupan ini, manusia memerlukan sikap saling bertolak-ansur dalam menjaga hubungan sosial sesama mereka serta perlaksanaan undang-undang yang berkaitan dengan kehidupan kemanusiaan, alam sekitar dan juga dunia kontemporari.
Lantaran itu, penulis melihat isu menjawab salam daripada orang bukan Islam sebagai satu perkara yang remeh-temeh sahaja. Ia bukanlah perkara akidah atau syariah yang melibatkan soal tawhed dan cara beribadah kepada Allah SWT yang thabit dan jelas hukum halal dan haramnya tetapi sebaliknya ia merupakan undang-undang syariah yang berkaitan dalam perkara muamalah (pergaulan dan kehidupan manusia) yang adakalanya boleh menjadi harus sekiranya ada keperluan dan dengan niat untuk berdakwah kepada mereka tanpa membezakan mereka di peringkat permulaan. Ini adalah kerana orang bukan Islam yang tinggal di negara Islam telah sebati mengetahui dan hafal ucapan atau jawapan yang patut diucapkan kepada seseorang yang mengucapkan ‘assalamualaikum’.
Sekiranya diucap atau dijawab dalam bentuk ucapan yang lain seperti ‘wa alaikum’ dan bukannya ‘wa alaikum salam’ dikhuatiri akan menjadi tanda tanya kepada mereka. (kenapa dan mengapa) dan ini akan menutup pintu hati mereka untuk menganut agama Islam kerana di awal-awal lagi mereka telah dibezakan dari yang lain. Bagaimana pula nasib mereka setelah menganut Islam? Dalam hal ini kita sepatutnya menggunakan metodologi dakwah kepada orang bukan Islam seperti mana yang dijelaskan Allah di dalam Surah an-Nahl :125
اُدْعُ إِلِى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah (bijaksana) dan pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik.
Dalam ayat ini Allah memerintahkan kita menggunakan kualiti akal dengan sebijak-bijaknya demi memastikan kelangsungan dakwah Islamiah di muka bumi ini. Dan ini merupakan kelonggaran daripada-Nya untuk kita dalam perkara-perkara muamalat. Menelusuri masalah ini penulis ingin membawa masyarakat pembaca kepada dua situasi yang berbeza tetapi sama hukumnya.
Situasi pertama: Bab sembahyang fardhu.
Menunaikan Sembahyang Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak adalah wajib dikerjakan ke atas setiap mukallaf muslim. Hukum meninggalkannya adalah berdosa dan tempatnya kelak adalah di neraka. Dalilnya adalah firman Allah SWT dalam surah an-Nisa : 103
إِنَّ الصَّلاَةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَّوْقُوتًا
Sesungguhnya sembahyang itu adalah kewajiban yang ditentukan waktunya ke atas orang-orang yang beriman.
Situasi kedua: Bab hak menghadiri walimah.
Menghadiri majlis walimah adalah wajib ke atas mereka yang dijemput. Dalilnya ialah sabda rasulullah SAW,
فَمَنْ لمَ ْيَأتِ الدَّعْوَةَ فَقَدْ عَصَى اللهَ وَرَسُوْلَهُ
Sesiapa yang tidak menyahut jemputan, sesungguhnya dia telah mengingkari Allah dan Rasul-Nya. (Riwayat Tirmizi dalam Kitab nikah, bab hadith-hadith walimah, nombor 1097 daripada Ibn Mas’ud r.a.)
Perbahasan
Melihat dari dua situasi di atas, penulis ingin bertanya, adakah sama tahap wajib dari keduanya? Tentu sekali tidak. Tidaklah kerana tidak menghadiri walimah atau jemputan majlis perkahwinan seseorang menyebabkan kita berdosa dan akhirnya dicampakkan ke dalam neraka, meskipun hukum keduanya adalah sama iaitu wajib. Ini adalah kerana solat termasuk dalam perkara ibadah yang hukumnya adalah thabit wajib qat’ie sedangkan menghadiri walimah pula adalah terkandung dalam perkara muamalat yang hukumnya adalah thabit wajib ghairu qat’ie.
Penulis tidak melihat menjadi kesalahan besar dalam menjawab salam daripada orang bukan Islam dengan ucapan ‘wa alaikum salam’ kerana ditinjau dari sudut bahasa pula, tiada bezanya dengan contoh berikut.
: Ahmad sudahkah awak makan?
: Belum…
: Belum apa?
: Belum (makan).
(Makan disenyapkan).
Ini samalah juga dengan bila seseorang memberi salam.
: Assalamu alaikum. (sejahtera ke atas kamu)
: Wa alaikum (dan juga ke atas kamu)
: Dan juga ke atas kamu apa?
: Dan juga ke atas kamu (sejahtera).
(Sejahtera disenyapkan).
Walaupun kita tidak menyebut ‘dan juga ke atas kamu sejahtera’ tetapi dalam konteks ayat orang akan faham begitu. Oleh itu tiada bezanya dengan menyebut dan tidak menyebut. Namun yang demikian, penulis tidak membuka ruang ijtihad untuk orang Islam memberi salam kepada orang bukan Islam berdasarkan hadith dari Imam Bukhari yang bermaksud “Janganlah kamu memulakan orang-orang Yahudi dan Kristian dengan memberi salam”. Tetapi menurut penulis, sekiranya mereka yang memulakan dahulu, maka jawab sahajalah seperti mana kita menjawab salam kepada saudara seislam kita yang lain atas nama atau niat dakwah Islamiah.
Kita harus ingat Allah adalah bersifat rahmat yang terkandung dalam nama al-rahman dan al-rahim. Al-rahman bermaksud rahmat Allah merangkumi segala makhluknya di bumi termasuk orang-orang kafir. Mereka juga layak menerima rezeki dan sebagainya daripada Allah tetapi sebaliknya nama al-rahim hanyalah khusus untuk umat Islam sahaja. Justeru, kenapa kita (orang-orang Islam) tidak boleh bersikap baik dan rahman kepada mereka (orang-orang bukan Islam)?
Ingat, dakwah tidak akan berkesan dengan mata pedang sebaliknya dengan cara berhikmah, mauizah hasanah dan berdebat secara sihat.
Assalamualaikum,
“Pandangan saya ini berlandaskan apa yang sedang saya perhatikan berlaku terhadap agama Islam di dalam dan di luar negara. Banyak pekara yang saya lihat meyakinkan saya bahawa agama Islam yang wujud di Malaysia hari ini bukan lagi satu agama yang berlandaskan kasih sayang. Ya Rahman dan Ya Rahim yang menjadi tunggak Islam, telah dihilangkan.” Hisham Rais
Saya fikir Hisham Rais perlu tunjukkan Islam berlandaskan kasih sayang. Ya Rahman dan Ya Rahim dulu sebelum dia memerintah orang lain melakukannya. Biar tafsirannya lebih jelas…
“Seseorang itu masuk Islam atas hidayah Tuhan, bukan kerana dia nampak negara begitu, negara begini…. Cat Stevens masuk Islam selepas dia membaca terjemahan surah Yusuf…. Saya berpatah balik kepada Islam… ermm… nantilah saya tuliskan dalam jibunsyi saya… Tuhan jualah yang maha tahu.” Pn.Ainon Mohd
Saya setuju dengan Pn. Ainon…. kalau seseorang itu jadikan alasan keadaan negara dan umat Islam untuk menganut Islam, mereka tidak akan capai hidayat ini… bukan mudah hendak baiki perkara besar itu…. tetapi Islam mesti disampaikan juga.Banyak perkara yang boleh menjadi cetusan hidayat,maka kita perlu mengeksploitasinya.Keadaan negara dan umat Islam hanyalah salah satu daripada ratusan cetusan hidayah.Di dunia sekarang ini puluhan ribu yang menganut Islam setahun atas pelbagai cetusan hidayat, walau pun keadaan negara dan umat Islam agak mundur.Mereka yang tidak nak akan beri alasan macam2,tapi mereka yang disapa hidayah akan menganut agama ini.Kita perlu usahakan cetusan hidayah yang banyak ini dan tak berapa payah untuk dilakukan pun seperti lakukan kerja charity,menerangkan tentang kemurnian Islam,melayan non-muslim dengan baik dan sebagainya …. Kita berusaha,Allah lah yang memberi hidayah ….
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh;
Roslan Ali dan Sufi;
Syukran ‘alaikuma. Alhamdulillah, percambahan idea yang baik. Alangkah lebih baik sekiranya kita dapt mewar-warkan perkara ini dan masing-masing berusaha mempertingkatkan usaha dakwah atas kapasiti yang termampu. Semoga Islam terus berkembang maju. Jadilah dai’e berilmu dan berhikmah yang akan menjadi asbab hidayah!
Assalamualaikum
Saya ingin menyambung kembali fikrah saya yang terdahulu dalam menjawab salam dari orang bukan Islam.
Dalam sebuah hadith diceritakan bahawa Rasulullah berdiri memberi penghormatan kepada mayat seorang Yahudi yang melintasi depan baginda. Seorang sahabat melihat rasulullah melakukan perkara itu memberitahu baginda bahawa mayat berkenaan adalah mayat orang Yahudi. Baginda menjawab; “Apakah dia bukan jiwa?”
Selain daripada itu juga baginda juga pernah meraikan delegasi Kristian dari Najran dan membenarkan mereka tinggal dalam masjid dan mengizinkan mereka bersembahyang berhampiran dengan orang Islam di dalam masjid itu. (Fahmi Huweidi, Muwatinun La Zimmiyun, Mauqi’ Ghari al-Muslimin fi Mujtami’ al-Muslimin, muka surat 182).
Semua itu menjadi bukti menguatkan lagi apa yang disebut dalam al-Quran bahawa melakukan kebaikan kepada orang bukan Islam dianggap umat dakwah itu adalah dibolehkan dan harus hukumnya dan ia terserah kepada suasana yang dapat direalisasikan sama ada demi kepentingan mahupun menolak kemudharatan. Malah bila kita perhatikan, bagaimana Rasulullah s.a.w. menegur Siti Aishah kerana membalas salam orang Yahudi yang mengucapkan ‘sam alaikum’ yang bermaksud ‘racun ke atas awak’ dengan ‘wa alaikum sam wa laknah’ yang bermaksud ‘ke atas awak juga racun dan laknat’.
Persoalannya, kenapa Aishah ditegur? Ini adalah kerana di dalam al-Quran terdapat hukum-hukum peradilan dan hukum-hukum rahmat dan al-Quran telah menunjukkan jalan yang benar bagi penggunaan kedua-dua ayat hukum tersebut. Cuba lihat dalam surah as-Syura : 40
وَجَزَاء سَيِّئَةٍ سَيِّئَةٌ مِّثْلُهَا فَمَنْ عَفَا وَأَصْلَحَ فَأَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ إِنَّهُ لاَ يُحِبُّ الظَّالِمِينَ
‘Balasan kejahatan adalah kejahatan yang seumpamanya’ Ini adalah hukum-hukum peradilan dan selanjutnya ayat ini diakhiri dengan ‘barang siapa memberikan maaf serta memperbaiki keadaan dirinya maka pahalanya akan diberikan Allah, Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlaku zalim.’ Ini pula adalah hukum-hukum rahmat. Di tempat lain al-Quran ada menyebut di dalam surah an-Nahl : 126
وَإِنْ عَاقَبْتُمْ فَعَاقِبُواْ بِمِثْلِ مَا عُوقِبْتُم بِهِ وَلَئِن صَبَرْتُمْ لَهُوَ خَيْرٌ لِّلصَّابِرينَ
‘Dan jika kamu menyiksa mereka sebagai pembalasan, maka siksalah mereka setimpal dengan penyiksaan yang ditimpakan ke atas kamu’. Ini sekali lagi hukum peradilan dan di akhir ayat ini juga ada hukum rahmat iaitu ‘Demi Allah sungguh jika kamu bersabar tentulah sabar itu lebih baik lagi dari orang-orang yang bersabar’.
Di tempat ketiga pula iaitu di dalam surah al-Baqarah : 280 disebutkan
وَإِن كَانَ ذُو عُسْرَةٍ فَنَظِرَةٌ إِلَى مَيْسَرَةٍ وَأَن تَصَدَّقُواْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
‘Dan jika didapati orang yang sempit keadaan, yakni orang yang berhutang, maka hendaklah kamu memberi waktu hingga dia sanggup membayarnya’. Ini adalah hukum peradilan. Tetapi di akhir ayat ini juga terdapat hukum rahmat iaitu “kamu bersedekah kepada orang yang papa itu dengan jalan membebaskan mereka dari hutang adalah lebih baik bagi kamu dari menunggu mereka sanggup membayarnya, jika kamu mengetahui.
Begitulah Kitab suci al-Quran memberi pengertian tentang peradilan dan rahmat. Dalam kes tadi, Rasulullah menegur Aishah kerana Aishah telah menolak hukum rahmat dan juga peradilan. Beliau (Aishah) memjawab balas salam orang Yahudi tadi dengan menambah perkataan laknah (laknat) yang nyatanya tidak setimpal dengan apa yang diucapkan oleh orang Yahudi ke atas baginda rasulullah.
Selain dari sirah Rasulullah dan dalil Nabawiah, penulis juga ingin mengemukakan dalil Quraniah yang termaktub dalam surah an-Nisa: 86 untuk menguatkan lagi hujah penulis tentang tajuk di atas.
وَإِذَا حُيِّيْتُم بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّواْ بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا إِنَّ اللّهَ كَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ حَسِيبًا
Dan apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam) maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.
Abdullah bin Abbas menghuraikan ayat tersebut dengan berkata: “Sesiapa saja daripada makhluk Allah yang memberi salam kepada engkau, maka jawablah kepadanya walaupun (orang yang memberi salam itu) adalah orang Majusi”. Demikian itu kerana firman Allah “Maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya atau balaslah dia dengan cara yang sama”. Manakala Qatadah pula mentafsirkan firman Allah yang bermaksud “Maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya” adalah memberi salam kepada orang Islam dan firmannya yang bermaksud “atau balaslah dia dengan cara yang sama” adalah menjawab salam kepada ahli zimmah yakni kafir zimmi. Dalam surah al-Mumtahanah ayat 8
لاَ يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ
Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil’.
Dengan itu jelaslah tiada pengharaman yang muktamad atau qat’ieyah daripada al-Quran mahupun hadith rasulullah dalam menjawab salam yang baik daripada orang bukan Islam. Sebaliknya kita pula dianjurkan sama ada menggunakan hukum peradilan iaitu membalas ucapan yang sama ditujukan kepada kita oleh mereka atau menggunakan hukum rahmat seperti mendoakan semoga Allah memberi hidayat kepada mereka.
Menurut Ahmad Redzuwan Mohd Yunus (2003) perkataan bukan Islam merupakan istilah yang paling popular dalam kalangan para pendakwah di Malaysia kini demi menjaga maruah mereka. Ini penting kerana pada anggapan mereka penggunaan perkataan kafir menggambarkan mereka adalah orang yang melakukan kemungkaran di bumi ini sedangkan mereka juga menyumbangkan bakti ke arah kebaikan dan kemajuan masyarakat, negara dan muka bumi ini. Sebenarnya mereka tidak memahami maksud kafir itu sendiri yang ditujukan kepada mereka yang mengingkari perintah Allah SWT dan menolak Islam sebagai agama. Walau bagaimanapun, perbicaraan terhadap pengertian bukan Islam, iaitu orang yang bukan beragama Islam atau yang mempunyai kepercayaan atau agama selain agama Islam, juga meliputi beberapa istilah lain seperti perkataan kufr, al-syirk dan sebagainya. Maksud ini menggambarkan bahawa terdapat pelbagai cara yang menggolongkan seseorang itu kepada bukan Islam disebabkan keingkaran terhadap perintah Allah SWT. Namun begitu, banyak penulisan menggunakan kalimah bukan Islam yang memberi erti kafir (Berhanundin 1998, 44-45).
Bukan Islam boleh dibahagikan kepada beberapa golongan (Ibrahim 1993, 70-71):
1.Ahli Zimmi
Golongan bukan Islam yang tunduk kepada pemerintah Islam. Oleh sebab mereka telah membayar jizyah, maka hak mereka wajib dipelihara, dilindungi dan wajib dilaksanakan keadilan, malahan tidak boleh dizalimi hak mereka.
2.Ahli Mu’ahidin
Golongan bukan Islam yang memeterai perjanjian dengan pemerintah Islam dan wajib mematuhi segala perjanjian selama mereka tidak mencabuli perjanjian yang telah mereka persetujui. Jika mereka mencebuli perjanjian tersebut, maka terbatallah kewajiban untuk mematuhi perjanjian itu.
3.Ahli Muharibun
Golongan bukan Islam yang memerangi orang Islam. Hukuman kepada mereka berlainan berdasarkan sebab dan keadaan peperangan.
4.Ahli Muhadanun
Golongan bukan Islam yang membuat perjanjian untuk menghentikan permusuhan buat sementara waktu (gencatan senjata). Oleh itu, orang Islam wajib melaksanakan syarat perjanjian yang telah mereka persetujui.
5.Ahli Muammanun
Golongan yang tidak mengikat sebarang perjanjian dengan orang Islam dan tidak memusuhi serta memerangi orang Islam.Oleh itu, tidak ada zimmah yang dikenakan ke atas mereka. Mereka datang ke negara Islam kerana mempunyai sesuatu keperluan sahaja. Oleh itu, jiwa, harta, kehormatan dan agama harus dilindungi.
Dalam konteks Malaysia, orang bukan Islam di negara ini diklafikasikan dalam golongan ahli Zimmi dan Muammanun. Golongan ini bukanlah golongan yang mengancam dan memerangi orang Islam di negara Islam. Oleh itu tidak wajarlah kita mentohmah dan mencaci maki mereka kerana Malaysia adalah negara kita bersama, kita bekerja dalam organisasi yang sama dan sebagainya. Kemudian kalau kita semak balik takrifan di atas, kita tidak terkecuali dituntut untuk taat setia dalam perjanjian dengan mereka selama mana mereka juga taat setia pada perjanjian tersebut. Sebaliknya dalam suasana peperangan baharulah kita diminta bersikap tegas dan tidak boleh menunjukkan kelemahan kita di hadapan musuh kerana itu nanti boleh melemahkan semangat dan motivasi tentera Islam. Kita harus membalas ucapan mereka tanpa perlu mengikut hukum peradilan atau rahmat.
Persaingan Globalisasi
Seperti yang dinyatakan diawal tadi, dakwah Islamiah menghadapi cabaran besar dalam era globalisasi. Perkembangan proses globalisasi terkini tidak dapat ditangani oleh umat Islam sepenuhnya dan kita belum cukup bersedia untuk menerima proses ini, seterusnya mungkin kita juga yang terus terpinggir. Sebenarnya, masalah ini tidak berkait dengan ajaran agama Islam atau al-Quran tetapi masalah ini adalah masalah yang berpunca daripada kelemahan umat Islam sendiri. Golongan intelektual Islam dan para ulama takut untuk berijtihad. Inilah yang membawa kepada kemunduran Islam dan terbantutnya syiar Islam di bumi Allah yang luas ini.
Kalau kita buatkan perbandingan dengan agama Kristian sebagai sebuah agama misionari mempunyai satu kekuatan seperti yang terkandung dalam konsep ‘the Christian Service’ atau ‘Diakonia’. Ia memberi pengertian tentang pengkrealisasian Gospel dalam bentuk praktikal seperti yang didukung oleh para misionarinya. Mereka menterjemahkannya ke dalam khidmat masyarakat sosial dalam semua bidang kehidupan dan mempunyai daya pengorbanan yang begitu tinggi. Contohnya, pengekalan amalan adat istiadat serta pemujaan dewa-dewa masih diteruskan walaupun mereka manganut agama Kristian. Umpamanya upacara miring (sajian untuk roh datuk nenek atau dewa-dewa), perayaan Gawai masih tidak terjejas. Kehidupan seharian mereka seperti jenis-jenis makanan, memelihara serta memakan daging khinzir yang menjadi kesukaan mereka terus tidak terganggu walaupun mereka menukar agama mereka. Keadaan ini berlainan apabila mereka memeluk agama Islam. (Ghazali Basri, 1994)
Kewujudan Kristian sebagai agama dan Kristianisasi sebagai sebuah tenaga yang menggugat keutuhan dan kesucian agama Islam adalah merupakan suatu realiti. Dalam konteks ini umat Islam mempunyai dua tanggungjawab: pertama, mengakui kewujudan gerakan Kristianisasi di tengah-tengah umat Islam dan oleh yang demikian umat Islam perlulah mendekati mereka dengan sehikmah mungkin, dan kedua, mereka dan kegiatan mereka perlu dibendung seberkesan mungkin. Untuk dapat melaksanakan kedua-dua tanggungjawab inilah maka umat Islam diseru sama-sama menggembleng tenaga, baik dari segi fikiran, masa, wang ringgit dan seterusnya melaksanakan tugas dakwah Islamiah. (Ghazali Basri, 1994).
Tidak dinafikan, Malaysia merupakan satu-satunya negara yang memperlihatkan kesuburan Islam, walaupun di sekelilingnya seperti Indonesia dan Filipina sudah hampir dikuasai oleh Kristian. Usaha untuk mengkristianisasikan umat Islam di negara ini mendapat perhatian seluruh gerakan Kristian sedunia dan motto mereka ialah (3S) iaitu Singapura, Sarawak dan Sabah dengan (3S) juga sebagai senjata pemusnah iaitu Sport, Song and Sex.
Gerakan misionari ini pada mulanya mensasarkan golongan tertentu sahaja seperti anak luar nikah, anak yatim, golongan remaja yang jahil dalam agamanya dan orang miskin yang kesempitan hidup, orang cacat dalam kalangan umat Islam. Mereka akan mendatangi sasaran mereka ini dengan memberi gambaran bahawa Islam itu susah untuk dilaksanakan ajarannya seperti perlu mengambil wudhu sebelum sembahyang, kemudian wajib pula dilaksanakan sebanyak lima waktu sehari semalam, puasa tidak boleh meneguk air, bertudung bagi wanita, membeli makanan kena melihat label halal dahulu, yang lebih ironi, anak luar nikah dipandang hina dalam masyarakat Islam sendiri biarpun mereka tahu agama tetapi mereka tidak dibenarkan menjadi imam di masjid. Bila berkahwin pula terpaksa berwalikan hakim. Jadi kenapa tidak mahu beralih kepada agama Kristian yang mudah ajarannya. Kenapa perlu bersusah-payah kalau Tuhan yang sama itu telah memberi jaminan ke syurga? Kemudian dalam Islam, belum pasti lagi seseorang itu boleh masuk syurga sebaliknya dalam Kristian pula terjamin masuk syurga asalkan mempercayai Jesus sebagai juru selamat.
Oleh itu, sekira dibandingkan antara Islam dan Kristian perkembangan agama Kristian adalah jauh lebih pesat. Ini adalah kerana mereka menghalalkan cara asalkan matlamat menginjilkan manusia dapat tercapai. Dalam hal ini penulis ingin membawa perhatian masyarakat pembaca dalam kalangan umat Islam mengenai Bible (al-Kitab) terbitan Indonesia yang telah menggunakan istilah yang sama seperti dalam al-Quran seperti Allah, Firman, Wahyu, Malaikat, Iman, Dosa, Pahala, Taubat, Sembahyang dan seumpamanya. Ini merupakan satu lagi usaha keras mereka untuk mengelirukan umat Islam dari segi akidah. Sekarang, mereka juga cuba menyamakan ibadat mereka dengan Islam seperti pergi haji ke Mekah dengan melawat makam Jesus di Jerusalem. Kalau orang Islam mencium hajar aswad mereka pula mencium pelantar tempat Jesus dilahirkan. Kemudian, cadangan mengubahsuai kekerapan bunyi loceng gereja mengikut seruan azan lima kali sehari seperti orang Islam, mengadakan pertandingan membaca atau menghafal Bible dalam kalangan umat Kristian seperti yang dilakukan oleh umat Islam yang mengadakan pertandingan membaca dan menghafal al-Quran (Ghazali Basri, 1994: 42).
Kesimpulan
Usaha dan dakyah gigih gerakan Kristianisasi di Malaysia ini bolehlah diumpamakan sebagai seorang pengail ikan yang saban hari beroleh tangkapannya. Keadaan ini menyebabkan seorang demi seorang umat Islam menjadi murtad. Apakah dengan berdiam diri merupakan jalan penyelesaiannya? Apakah tiada jalan keluar bagi kita umat Islam dalam menghadapi cabaran ini? Ternyata era globalisasi menuntut kita untuk aktif berijtihad dalam penyebaran dakwah Islamiah dan satu usaha kecil yang boleh dipraktikkan ialah dengan tidak membezakan orang bukan Islam dalam menjawab salam.
Assalamu alaikum warahmatullah,
Akhi Mukhtar,
Alhamdulillah ana sempat menatap segala tulisan anta. Mukhtar Suhaili bagi ana adalah nama tokoh dakwah internet yg sekaliber Zaharuddin atau Hasrizal bagi netters yg perihatin dengan isu dakwah dan lebih membanggakan lagi adalah anta seorang anak Jati Sarawak.
Mungkin ana terlambat, tapi artikel ttg perkembangan di Sarawak amat menarik perhatian ana, lebih2 lagi bila nama IDB/IDDF disebut sebagai salah satu institusi yg memberi impak melahirkan du’at di kalangan saudara kita. Sebagai bekar Pengetua IDDF yang sempat berbakti sejenak sebelum ‘pemakaman’nya pada tahun 1999, ana rasa kami baru setakat berjaya membuka ruang pendidikan yang mencelikkan lagi golongan saudara kita dengan membudayakan mereka cara hidup yg asasi sebagai seorang muslim. Kami belum sempat berbuat banyak untuk mencetak mereka menjadi afrad dakwah yang boleh membentuk tanzim mereka sendiri apabila mereka keluar. Jasa para ikhwah yang di luar yang membawa mereka ke dalam jaringan dakwah yang lebih bertanzim sangat banyak dalam menyempurnakan lagi asas yang kami sediakan sehinggalah mereka mampu meneruskan komitmen mereka di peringkat pengajian yang lebih tinggi.
=====
Setiap individu muslim seharusnya sedar bahawa dirinya adalah sumber kekuatan / kelemahan Islam dari mana-mana sudut pun ia dilihat. Atas kesedaran ini, tanpa mengira di mana pun kita berada, peranan sebagai da’i tak pernah ada masa lapangnya.
Di antara kelemahan dlm gerak dakwah kita adalah melihat entiti dakwah lain sebagai pesaing atau pengancam. Sarawak telah menyaksikan sebaliknya apabila dakwah force bersepadu berjaya dirintiskan oleh ikhwah dalam HIKMAH yang sangat akomodatif bagi pelbagai badan dakwah yang lain. Semoga ia masih berterusan.
Semoga semua badan dakwah yg sedia ada masih bersedia untuk berkompromi agar kita berbahagi2 bidang fokus kita berdepan dengan mechinary nasara yang lebih besar dananya.
Dlm masa yg sama , sepatutnya birokrasi pemerintahan yg berkaitan dengan kehidupan umat tidak menjadi penyekat kepada kemajuan dakwah. Sebaliknya dengan ketiadaan rasa risau akan kekurangan dana, birokrat ini menjadikan agensi yg diamanahkan kepada mereka untuk mempermudahkan lagi usaha dakwah kita yang memang sedia kekurang tenaga ini.
Salam ukhuwwah dari saya ,
Rahmat AS
Masjid Universiti Teknologi PETRONAS
Perak
Assalammualaikum…
Dakwah memerlukan pengorbanan dan komitmen. Jika kita hanya berbicara tentang dakwah tetapi tidak pernah memberikan sepenuh komitmen dan mengerahkan tenaga serta mengorbankan masa tidaklah ada gunanya.
Janganlah kita ni seperti masyarakat yang dalam keadaan futur jiwa, yang hanya pandai menghukum tetapi tidak pernah menilai apakah di sebaliknya yang terjadi.
Kenapa para sahabat Rasulullah SAW dahulu berjaya di dalam dakwah?
Itu adalah kerana mereka yakin akan janji Allah. Dan setiap ada ayat yang turun mereka akan bertanyakan kepada Rasulullah dengan secara langsung agar mereka dapat mempraktikkannya apa yang terkandung dalam ayat tersebut.
Tetapi kita, Al-Qur’an dah lengkap tetapi kenapa kita hanya tadabbur tetapi tidak mahu mempraktikkan dan membandingkan diri kita agar kita senantiasa muhasabah diri kita?
Sekarang kita telah banyak organisasi-organisasi Islam…
Tetapi pernahkan kita terpikir.. Adakah organisasi ini bersatu hati…..
Terlalu banyak ideologi dan khilaf sehingga lupa akan tujuan sebenar….
Ikhwah….. Kenapa ada asa’biyah dalam diri… Sehingga lupa matlamat tujuan dakwah… Sedangkan tujuan sama iaitu mengharapkan redha Allah……
Fikir-fikirkanlah ……….
Wallahu a’lam.
—Akhukum fillah—
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Ukhuwwah Fillah;
Akhi Roslan Ali, Akhi Rahmat AS dan Akhi Kanjeng Preman;
Sesungguhnya ana amat menghargai input-input dan juga percambahan fikiran yang diutarakan. Sesungguhnya kalian telah menyatakan hal yang sememangnya merupakan terapi mujarab kepada jalan dakwah. Mudah-mudahan sumbangan setiap individu Muslim dan gerakan Islam di dalam ikhtiar dakwah dan usaha islah ini akan dapat digiatkan lagi dan semoga ianya akan menjadi asbab hidayah dan menjadi ‘anak-anak tangga’ menuju nahdah Islamiyyah (kebangkitan Islam). Sama-sama kita ikhtiar, usaha dan doakan semoga sinar Islam terus berkembang maju. Amiin.
teruskan usaha dan perjuangan untuk islam
Insya Allah, wa iyyaka ya akhi!
Untuk berjaya dalam urusan agama/akhirat, kena pandang “ke belakang”..
Untuk berjaya dalam urusan dunia, kena pandang “ke hadapan”..
[…] Latihan Dakwah di Sarawak: Sorotan dan Masa Depan. […]
Assalamualaikum….. berhenti sekejap di web anta…
tempat persinggahan tuk sementara mencari ilmu tuk bekalan di Akhirat nanti…. rapatkan ukhwah, teruskan perjuangan…..
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih sudi ziarah ke sini. Insya Allah sama-sama menjaga iman, menuntut ilmu, meningkat taqwa dan menambah amalan sebagai bekalan menuju Akhirat.
Teruskan perjuangan!
[…] Sila baca juga: Latihan Dakwah di Sarawak: Sorotan dan Masa Depan. […]
[…] melubangi jantung hati imani saya dan mengundang airmata para du’at yang saya petik dari entri Latihan Dakwah di Sarawak: Sorotan dan Masa Depan. Statistik ini bukan untuk dihiba-hibai tetapi untuk sama-sama kita bangkit sedar dan bingkas […]
Terima kasih…
Assalamualaikum kitak…
Kamek baca kajian kitak tentang Latihan Dakwah di Sarawak.. cam best jak… kitak polah kajian tok bila ka o? Cam mok lanjutkan jak.. may be untuk master or PHD lak, Mek doakan kitak terus cemerlang dalam medan dakwah… Kamek sentiasa sokong n sedia memberi khidmat 🙂
‘UKHUWAH FILLAH’
‘ALHAMDULILLAH’
‘Dakwah Cemerlang Ummah Terbilang’
Widyamirza, JPDK,FPI,UKM.
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Fye;
Terima kasih kembali.
Wydymirza;
Kertas kerja di atas ya adalah kertas kerja oleh Dr. Azhar Ahmad (Jabatan Pelajaran Sarawak) yang nya telah bentangkan di Konvensyen Latihan Dakwah JAKIM 2006 di Miri.
Benar.. ‘Dakwah Cemerlang Ummah Terbilang’. Sama-sama usahakan.. 🙂
Secara tak sengaja saya tertangkap ungkapan ini dari seorg teman sekuliah di dalam kelas dakwah. Kata si ukhti (namanya tidak pernah saya tahu) “Nahnu Al-Daa’e, wa Allah huwa Al-Haadi” – kita melangsungkan usaha dakwah, sedangkan Allah adalah penentu hidayat –
Saya juga tertarik dgn usaha Sdr Farhan yg telah mengIslamkan hampir 2000 saudara baru.. Juga dengan teman saya dari Algeria yg kini menetap di KL yg telah mengIslamkan 4 org dan di antaranya seorg Cina Taiwan yg berurusniaga dengannya…
Teringin sekali saya menyemarakkan kalimah Allah dan menggerakkan usaha dakwah… kerana peranan transit sebagai seorg da’i yg berjaya mengIslamkan hatta walau seorg pun, sungguh tidak terhingga nikmatnya…
Kalaulah mungkin usaha dakwah ini diterapkan secara piramid MLM, akan bergemalah takbir dr mulut saudara2 baru… Pun begitu gerakkerja dakwah ini maha luas, bukan sahaja pada prospek non-muslim. Muslim sendiri memerlukan dahwah yg berterusan dlm memantapkan iman dan taqwa…
فذكر فإن الذكرى تنفع المؤمنين
minta pandangan tuan tentang jemaah tabligh, secara serius ikhlas dan benar… kerana tidak menepati syarat ini, saya akan dakwa tuan di akhirat nanti….
assalamualaikum wbt…
ana kagum di atas usaha sdra dlm mbgkitkn smgt ank muda spt ana… tq di ats prkongsian pglmn & pngetahuan sdra.. ana brhrp satu ms nnti ana akn brsama-sama sdra mmprjuangkn kebenaran & mghncrkn kebatilan.. insya4JJl.. salamualaik ya akhi!
Assalamualaikum..
Alhamdulillah, semoga usaha dakwah di Sarawak akan berterusan dan berjaya..
Saya setuju dengan pendapat yang mengatakan usah kita perbesarkan perkara yang remeh temeh jika perkara itu benar2 remeh dan temeh. Tetapi janganlah sesuatu perkara yang penting dan ada kene mengena dalam syariah ditolak tepi semata-mata untuk menjaga hati seseorang atau sebaliknya, seperti yang dikatakan oleh akh Roslan ali agar kita menolak tepi hukum yang ditetapkan dalam Islam tentang akibat dan hukuman bagi mereka yang menyentuh kulit seorang wanita yang bukan muhrimnya hanya untuk menjaga aib wanita tersebut. Saya bertanya apakah kamu permainkan hukum yang telah ditetapkan? Apakah hukum berubah?? Sungguh tak berubah hukum yang ditetapkan dalam Al-Quran dan Sunnah kerana perkara menyentuh tangan lelaki wanita, berjabat tangan sudah ada sejak zaman Rasulullah S.A.W, siapa yang pandai2 ni nak membolehkan perkara yang terang2 tak boleh?? Hanya untuk kepentingan individu2 tertentu.. Harus diketahui yang membolehkan sesuatu yang haram apabila dalam keadaan darurat.
Di dalam Al-Quran Allah berfirman:
هل يستوى الذين يعلمون والذين لا يعلمون
Bermaksud: Apakah sama mereka yang tahu dan mereka yang tidak tahu???
Sekarang, kamu mengetahui haram menyentuh wanita tetapi kamu lakukan. Bukanlah satu dakwah untuk menyebarkan agama Islam jika Pendakwah itu sendiri melanggar hukum2 yang ditetapkan kerana ia umpama meremeh temehkan hukum yang ada. Ingatlah, Orang Islam yang sejati tetap dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah, dan tidak melanggar demi kepentingan yang lain.
Kamu mengetahui dakwah secara hikmah dan kata2 yang baik, kenapa tidak mengatakan kepada wanita tersebut akan ajaran Islam yang sebenarnya?? Supaya wanita itu mengerti itulah Islam sebenarnya yang sangat2 menjaga hal-hal hubungan lelaki dan wanita. Orang ramai pasti akan bertanya kenapa kita tidak berjabat tangan.. Inilah masanya di mana kita boleh menyebarkan ajaran Islam itu sebenarnya, tetapi, apakah boleh jika kita sendiri dah berjabat tangan dengan wanita tersebut, kemudian kita berdakwah dan mengatakan menyentuh wanita yang bukan muhrim itu haram sedangkan kita sendiri melakukannya. Na’uzubillah!!
Bangunlah wahai saudaraku!! Cerminkanlah diri kamu dengan Islam. Kenapa malu dengan apa yang Islam ajarkan? Kenapa?
Akhir sekali, Islam itu sempurna, apa yang kita perlukan adalah Islam itu sendiri dan tidak ada Islam Liberal, Islam Hadhari dan bermacam-macam lagi… Bangunlah!!!! Fikirlah dengan menggunakan mata hati kamu…
Assalamualaikum…
Salaam ukhuwah!
Saya baru jadi warga Sarawak dan tinggal di Batu Kawa. Minta tolong Ustaz, bagitahu di mana saya boleh join aktiviti2 usrah/ muslimah di area sinun.
As far yang saya tahu, Batu Kawa ini kawasan Non Muslim, sampai nak dengar azan pun susah…
Jazakallahukhaer
Ikhlaskan amalan kita semua kerana Allah. Amalan tanpa ikhlas tidak dipandang Allah…
Salam dan bertemu kembali di dalam arena ini.
Sesungguhnya lama tidak melayarinya tetapi hari ini tergerak hati dan tangan untuk melakukannya. Terbaca pandangan saudara Bilal.
Begini sajalah. Islam bukanlah sekadar agama yang rigid untuk dianuti oleh seluruh alam tetapi ia juga merupakan satu sistem hidup yang mengatur seluruh manusia dari berbagai zaman dan makan kerana itu selepas kewafatan rasulullah SAW pintu ijtihad tidak pernah tertutup untuk para ulama Islam berijtihad. Itulah kelebihan Islam dari agama lain. Contohnya, bila timbul isu baru yang tidak wujud di zaman nabi, isu klon contohnya, Islam masih mampu lagi menyelesaikannya berbeza dengan agama Kristian yang hanya merujuk kepada hukum yang sudah termuat atau tersedia ada di dalam kitab suci mereka. Segala masalah yang baru tidak dapat diputus atau diselesaikan.
Dalam bab menyentuh kulit, terdapat khilaf ulama di dalamnya . Menurut imam Syafiee batal wudhu secara mutlak biarpun perempuan itu adalah isterinya yang sah. Tetapi bagi Imam Maliki tidak batal bersentuh dengan perempuan ajnabi selagi tidak dengan tujuan talawwuz (berseronok-seronok) sebagai syaratnya. Manakala bagi imam hanafi pula tidak batal sama sekali kerana mentakwilkan perkataan sentuh itu dengan perbuatan jimak yang pada dasarnya memang membatalkan wudhu kerana keluar air mani sebagai ilah atau penyebab batalnya wudhunya.
Dalam konteks dakwah agar menggunakan cara berhikmah dengan orang yang non Muslim. Apakah pada saudara Bilal mereka akan masih atau sudi mendengar syarahan tentang kebaikan Islam setelah saudara enggan menyambut salam tangan dari mereka? Setelah saudara jatuhkan air muka mereka di khalayak ramai? Malah mungkin perempuan itu akan lari keluar dengan perasaan malunya diperbuat demikian. apakah dengan cara itu, Islam akan tersebar dan diterima oleh umat lain? Apakah itu hikmah namanya? Kalau saya seorang perempuan, saya tidak akan mnedengar apa-apa selepas itu. Dalam kepala saya Islam adalah agama yang sombong dan sebagainya.
Dalam hal ini kita kena bijak saudara (mempunyai hikmah) Mula-mula kita terima salamnya Bila dah kenal dengan lebih mendalam baharulah kita menjelaskan hukum disebalik itu iaitu ajaran Islam yang sebenarnya kepada dia. Ini juga apa yang dilihat oleh Dr. hamka mengenai perkara ini. Cuba saudara lihat Syeikh Tantawi yang juga bekas mufti Mesir semasa kunjungan Multaqa Ulama di Malaysia dalam beberapa bulan sebelum ini. Beliau berjabat tangan dengan kanselor perempuan di Universiti swasta (yang saya tak ingat) yang kita dapat saksikan di surat khabar. Apa yang penting jangan kita yang memulakan tetapi kita sekadar menyambut salam demi menjaga jatuhnya air muka mereka.
Nabi Muhammad sekalipun dalam perjanjian Hudaibiah masih lagi sanggup berkrompomi dan menjaga air muka musuh-musuhnya biarpun disuruh untuk memadam gelaran Mohd sebagai pesuruh Allah demi genjatan senjata dan kebaikan semua.
Saudara jangan menjadi begitu rigid. Kita sebagai umat akhir zaman ini harus ditengah-tengah. Islam suka umatnya yang sederhana. Kalau kita hendak melihat hukum menyentuh perempuan ajnabi memang haram pada dasarnya tidak kira dalam bidang perubatan pun tetapi sekiranya tiada doktor perempuan atau kekurangan doktor maka perkara itu dibolehkan dalam perkara darurat jadinya untuk menjaga nyawa.
Sekiranya saudara melihat seorang gadis yang berpaut di tebing bukit meminta tolong. Adakah saudara akan tertanya-tanya sama ada mahu menolong dengan menyambut tangannya atau masih lagi berkira-kira pasal haram dan halal hukumnya. walaupun berjabat tangan dengan perempuan yang non Muslim bukan dalam situasi darurat atau menghulur bantuan tetapi sebagai ruang untuk berdakwah.
Kita lihat para-para du’a yang berdakwah di pedalaman dengan orang-orang asli yang kita sedia maklum babi merupakan binatang ternakan yang paling berharga dalam kehidupan mereka. Simbol kpd kekayaan & kesenangan. Untuk menjayakan misi kita, kekadang kita tidak boleh elakkan dari memakannya (tengok zuruf). Mula-mula mereka pelawa, kita tolak. Lepas tu tangan mereka yang beru memegang babi dipegangnya kita, kita sabar tetapi lama-lama di rumah panjang atau tempat mereka lambat-laun para-para daie kita juga akan termakan binatang itu. Paling tidak pun seperti yang kita dengar ada seorang daie itu dapat mengelak dari memakan babi kemudian dihidangkan kepadanya kera. Tak akan dia hendak menolak dengan mengatakan itu tak boleh ini tak boleh dalam Islam kepada orang yang memang tak tahu tentang Islam. Last-last dia makan. Setelah lama berda di situ baharulah dia dapat menjelaskan tentang hukum Islam yang sebenarnya setelah mereka menganut Islam.
Kena perlahan-lahan dan menuntut kesabaran yang tinggi. Begitulah perjuangan saudara-saudara kita yang berdakwah jauh di pedalaman. Jangan terlalu cepat menghukum itu tak boleh ini tak boleh. Gunalah akal dengan sebijak-bijaknya kalau mahu Islam tersebar.
[…] entri Latihan Dakwah di Sarawak: Sorotan dan Masa Depan, kita dapat melihat bagaimana perkembangan dakwah di Sarawak khususnya kepada non-Muslim. […]
Assalamualaikom..
Lama sungguh tk menjenguk laman ini. Terima kasih bagi yang membalas komen ataupun pandangan saya.
Saya setuju dgn pendapat saudara roslan ali bahawa agama Islam itu bukan sahaja agama yang boleh dianuti oleh semua manusia bahkan Islam merupakan sistem yang terbaik utk kehidupan ini, tidak syak lagi kerana ianya datang dari Pencipta alam ini. Oleh itu, apa yang diajarkan kepada manusia adalah yang terbaik dan patut diikuti, setuju?
Sememangnya, setiap zaman yang berlalu pasti ada sahaja sesuatu yang baru. Seperti zaman moden hari ini, contohnya, masalah klon, credit card dan macam-macam lagi, dimana pada zaman Nabi tidak wujud masalah-masalah tersebut. Oleh yang demikian, Islam telah meletakkan kaedah yang tertentu bagi menghukumkan sesuatu yang baru itu mengikut Al-Quran dan AsSunnah.
Tetapi, masalah hubungan antara Lelaki dan Perempuan, adakah tidak wujud pada zaman Nabi? Itu persoalan saya..
Saya hanya ingin mengatakan, berani kerana apa yang kamu lakukan itu benar, dan takutlah kerana salah.. Hidayah dan yang membuka pintu hati dan yang memberi petunjuk adalah Allah. Jika hati perempuan tersebut akan terbuka, pasti dia akan bertanya lebih lagi tentang hubungan lelaki wanita dalam Islam.
Apakah sentuhan tanpa keinginan syahwat dibolehkan? Jika saudara mengatakan demikian, tidak salahlah kiranya para pelakon melakonkan sesuatu adegan sentuh-menyentuh, berpelukan antara satu dengan lain itu boleh selagi tidak dengan syahwatnya??? Siapa yang letakkan hukum begitu? Apa yang saya tahu, siapa yang menyentuh tangan wanita ajnabi tanpa sebab yang munasabah (Darurat) itu tidak boleh dan lebih baik orang menyentuh itu pegang besi yang panas, itu yang lebih baik. 🙂
Ya, saya setuju dengan pandangan saudara, hukum berubah dalam keadaan darurat.. contohnya jika tiada siapa yang dapat menolong seorang wanita yang perlu pertolongan, maka lelaki itu boleh menolongnya, tetapi itu sekadar menolongnya. Begitu juga dalam bidang perubatan, tidak salah Doktor lelaki merawat pesakit wanita kerana ianya termasuk dalam perkara Darurat.
Tetapi dalam masalah sekarang (berjabat tangan) tanpa ada paksaan dan bukan di waktu kecemasan, saudara rela hati menhulurkan tangan. Jika begitulah hendaknya, tak guna ada hukum yang melarang. Tidak guna kita mengetahui hukumnya..
Komen saya tentang masalah makan babi dalam keadaan terpaksa tidak mengapa jika tidak ada makanan lain. Kenapa dari mula kita tidak boleh menghukum ini dan itu tidak boleh? Saya tanyakan pada saudara, siapa yang meletakkan hukum tersebut? saudara?
Selagi saudara tahu hukumnya tidak boleh, tidaklah boleh saudara mengikut rentak dan gaya mereka yang melanggar hukum kerana mereka tidak tahu. 🙂
Tedapatkah perbezaan mereka yang tahu dgn yang tidak tahu? Wallahu ‘Alam!
Waalaikumus salam dan salam ukhuwah
Terima kasih kembali kepada saudara bilal di atas percambahan ilmu dan perkongsian rasa selama ini.
Dalam pertemuan maya kali ini saya akan segera menjawab pertanyaan yang diutarakan oleh saudara bilal.
Soalan yang dikemukakan ialah; Adakah tidak wujud pada zaman Nabi masalah hubungan antara Lelaki & Perempuan?
Jawapan saya; Pada dasarnya, Islam membataskan dan mengharamkan pergaulan bebas antara lelaki & p’uan yang bukan mahram bagi menjaga maslahah dan mengelakkan berlakunya perzinaan sebagaimana tersedia maklum, ia merupakan salah-satu daripada dosa-dosa besar dan pintu kepada kemaksiatan.
Namun yang demikian, dalam konteks berjabat tangan atau bersalaman tangan di antara lelaki muda dgn perempuan tua (wanita yang telah putus haid & tidak mempunyai nafsu syahwat) para ulama Islam telah memberi kelonggaran dlm perkara ini dimana persentuhan kulit tanpa talazzuz itu dibolehkan. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim dimana Nabi saw pernah tidur tengah hari di rumah Ummi Haram binti Milhan, kepalanya berbantalkan pangkuan ummi Haram yang sedang memicitnya. (Rujukan Kitab al-Adab, Fathul Bari 13/231)
Sebelum dan terdahulu daripada itu juga dalam Kitab yang sama 13/230 melalui riwayat Malik bin Anas menyatakan Nabi saw juga pernah membiarkan tangannya dimainkan oleh hamba-hamba perempuan dari Madinah.
Jadi, jelasnya Nabi saw sendiri juga pernah bersentuhan kulit dengan wanita.
Dalam artikel Mingguan malaysia, Ahad 30 Januari 2000 di bawah tajuk: Jangan MUdah Buat Keputusan Kalau Tidak Mempunyai Pemgetahuan: Hukum Bersalaman Dengan Wanita, oleh DR. Abdul Hayai bin Abdul Sukor, Akademi Pengajian Islam menyatakan; Diharuskan bersentuhan kulit antara L & P dalam 2 syarat yang sangat mustahak diberi perhatian, iaitu
1. Tiada nafsu dan tiada fitnah yang mungkin berlaku pada bersalaman itu.
2. Kehrusan bersalaman itu hanya pada ketika dan salam suasana tertentu sahaja bagi seorang Muslim. Ia tidak harus diperluaskan. Sebaik-baiknya bagi seorang Muslimtidak bersalaman dengan wanita yang bukan mahramnya, tidak lebih dahulu menghulur tangan kecuali apabila dihulur.
Pendapat ini menepati pendapat sebilangan besar para ulama termasuk prof. Hamka, Syeikh al-Qardhawi dan Tantawi yang menurut mereka bersalaman tangan dengan wanita masih merupakan suatu bidang ijtihad yang masih terbuka kepada para ahli.
Menurut Dr. Fariza Md. Sham, ketua Jabatan Dakwah dan kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM menyatakan pada dasarnya hukum bersalaman tangan di antara L & P itu adalah haram. Walau bagaimanapun dalam keadaan dan situasi tertentu, hukum tersebut berubah menjadi HARUS. Keadaan atau situasi tersebut ialah darurat, hajat (keperluan), maslahah syarie dan kebiasaan adat setempat.
Kembali dalam perbincangan kita saudara bilal, dalam menangani masalah menyambut huluran tangan dari wanita non muslim, yang tidak tahu-menahu tentang hukum-hakam agama kita, tiada salahnya selagi tidak melampui batas, tidak dengan talawwuz dan kita niatkan sebagai langkah permulaan untuk berdakwah dengan mereka. Itu pada saya ialah cara berhikmah. Mungkin betul juga cara saudara jikalau dengan keengganan itu tidak menyebabkan dia lari dan membuat kesimpulan negatif terhadap Islam, sebaliknya mengambil langkah ingin lebih tahu kenapa dan mengapa. Apapun terpulang kepada gaya seseorang dalam menyambung kembali kerjaya dakwah ini, warisan anbiya.
Sesungguhnya segala perdebatan dalam kalangan ulama dan cerdik pandai merupakan hal yang biasa berlaku apatah lagi muamalah yang membahaskan perkara-perkara ijtihaadi. Oleh itu, pendapat-pendapat yang mengandungi perbezaan pendapat ulama merupakan bukti keunggulan syariah dan kesempurnaannya dalam menyelesaikan segala isu-isu yang sedang hangat diperbincangkan.
Wallahu a’lam.
[…] Sila baca lebih lanjut entri Latihan Dakwah di Sarawak: Sorotan dan Masa Depan. […]
Assalamu’alaikum,
Saya ingin mengambil kesempatan untuk bertanya kepada tuan-tuan semua tentang usaha dakwah kepada ‘non-muslim’ atau lebih spesifik kepada ‘non-malay’ yang dibincangkan dalam rencana ini. Apakah usaha setakat di kertas sahaja untuk meneruskan kerja dakwah ini? Sebelum tuan-tuan pergi jauh, fikirkanlah perkara berikut:-
a) Buku rujukan Islamiah yang cukup serta meluas berdasar bahasa dan kaum yang menjadi target dakwah. Mana kumpulan yang bergerak aktif di bawah naungan Pejabat Agama Negeri yang bergiat menyusunatur atau menterjemah buku-buku rujukan Islam kedalam bahasa pertuturan kaum masing-masing? Cuba tuan-tuan perhatikan Kitab Injil yang diterjemahkan ke dalam bahasa Iban, Orang Ulu dan sebagainya – kenapa boleh?;
b) Di Sarawak, hakikatnya, Islam masih lagi dilihat sebagai agama ‘eksklusif’ untuk orang Melayu. Fikirkan, bagaimana untuk mengubah persepsi dan pandangan ini walaupun ada yang tidak bersetuju. Tanyalah saudara-saudara kita dari ‘non-malay’ yang beragama Islam mengenai hal ini. Insya Allah, kita akan dapati sentuhan dakwah Islam yang ada perlu banyak diubahsuai untuk memenuhi keperluan setiap kaum yang dibincangkan dalam statistik rencana ini.
Saya amat mengalukan mana-mana pihak, individu atau kumpulan yang mahu berbincang dan berkongsi maklumat tentang cara-cara menjalankan perintah Allah S.W.T ini.
DICKSON DOLLAH
JABATAN LAUT SARAWAK, MIRI
019-4825436
085-442121
thanks sbb buat artikel ttg keadaan islam di sarawak… ia dapat memudahkan saya melengkapkan tesis ba sy… thanks…
[…] Sila baca juga: Latihan Dakwah di Sarawak: Sorotan dan Masa Depan. […]
salam abg mokhtar…
sebagai seorang islam kita sememangnya patut berdakwah…
islam can do it…!
Assalamualaikum saudara Mukhtar
Lama tidak menulis dalam entri ini tapi lama lagi tidak menerima artikel-artikel terkini dari saudara Mukhtar. Apa khabar? Kalau ada bahan-bahan bacaan silalah sudi berkongsi bersama.
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh Ustaz Roslan.
Alhamdulillah saya telah menyiapkan Kertas Kerja bertajuk “Peranan NGO Islam di Sarawak: Kajian Kes di Miri” untuk Jurnal PLS JAKIM. Insya Allah saya akan kongsikan kemudian setelah ia diterbitkan. Alhamdulillah, saya sihat. Semoga tuan demikian juga. Siiru ‘ala barakatillah!
Assalamualaikum wrt
Sekadar berkongsi pengalaman mengajar di Baram. Kebanyakan pelajar baru (Penan) yang datang ke sekolah saya tidak mempunyai pengetahuan agama/ tidak ada agama langsung. Tetapi di sekolah, wujud persatuan Kristian yang akan cepat2 mendaftarkan pelajar2 tersebut dan menarik mereka untuk menyertai sesi ‘sembahyang’ (lebih mirip nyanyian ala konsert) pada setiap malam.
Lagu2 ketuhanan mereka pun saya perhatikan (dengar dan lihat sendiri buku lagu pelajar) ada pelbagai bahasa mengikut etnik (Melayu, Kayan dan Iban). Sebenarnya jika ditanya, pelajar ini tidak tahu apa2 pun dan sekadar mengikut orang sekeliling kerana hanya itu je yg ada. Kami, guru Muslim sekadar boleh lihat je keadaan tu kerana tiada pelajar Muslim di sekolah. Orang2 dari gereja Miri akan kerap turun ke kampung bila melihat ramai guru Muslim dihantar.
Dakwah perlu diteruskan…
assalamualaikum
ust, ana adalah slh sorg bekas student smka miri…
slalu pgi n dgr cramah motivasi ustaz…suke dgr…
ana skrg menuntut di uia juge..
harap ustaz dpt mengajak ana jika memerlukan tnaga utk buat ssuatu prgram d srwk..ana sgt suke dgn prgram dakwah, khususnya yg mlibatkn masyarakat miri n sarawak…=)
Assalamualaikum ya sheikh…
Saya cuma ingin berpesan selagi dakwah itu tidak dilakukan dengan cara Nabi S.A.W maka ia hanya sia-sia kerana mana mungkin sesuatu penyakit itu dapat diatasi kecuali dengan doktor yang pakar serta ubat yang betul. Begitu juga dengan dakwah Islamiah… Solat Subuh pun tak penuh masjid, apa lagi nak dakwah non-Muslim. Sedih laa.. Saya masuk Islam kerana cantiknya Islam.. Nikah pun dengan mualaf takut tengok gadis Melayu dedah sana dedah sini, tak takut Tuhan ke? Ini berlaku di Sarawak tanah airku..
Nama penyadi Islam enti kitai enda ngintu ia enggau manah. Hentikanlah mengarut dengan cara dakwah yang salah. Aku mupok dulu enti ka ngiga aku mukul lah talipun aku ba lumur 0136659542.
[…] JAKIM Sarawak. Rujukan utama kepada Kertas Kerja yang dihasilkan ini ialah Kertas Kerja bertajuk “Latihan Dakwah di Sarawak: Sorotan dan Masa Depan” oleh Dr. Azhar Ahmad, namun ia lebih memfokuskan peranan NGO dalam aktivisme dakwah. […]