AMAL Sarawak, Kuching: Alhamdulillahi kathiran! Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Agung lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak Unit Kuching akan menganjurkan Program Penghayatan Ramadhan 1431H. Berikut merupakan antara program yang akan dilaksanakan:
-
Forum Ambang Ramadhan pada 27 Sya’ban 1431H /7 Ogos 2010, selepas Maghrib bertempat di Masjid Al-Muhajirin, Taman Matang Jaya. Moderator: Dr Ridhuan (AMAL Sarawak). Ahli-ahli Panel: Ust Yazid Rajali (Pegawai Pendidikan Islam PPD Kota Samarahan) & Ust Azmi bin Shaari (Pendakwah Bebas)
-
Kuliah Fiqh, Setiap Ahad mulai 15 Ogos 2010, 9.00 – 10.30 pagi di Masjid Al-Muhajirin, Taman Matang Jaya. Tenaga Pengajar: Ust Anuar Jusof, Kitab: Fiqh Manhaji Fekah Mazhab Syafie
-
Kuliah Dhuha Muslimat, Setiap Ahad mulai 15 Ogos 2010, 9.00 – 10.30 pagi di Masjid Ikhwanul Islam, Taman Sukma. Pengkuliah: Ustazah Meriyusnita Rajab & Ustazah Julia Mohamadin
-
Penerbitan Risalah Sinar Ramadhan, Tazkirah Ramadhan sekitar 10-15 minit sebelum Solat Terawih di Masjid/ Surau sekitar Bandaraya Kuching
-
Iftar Jamaie bersama penduduk kampung bertempat di Masjid Kolong 2 pada 12 Ramadhan 1431H/ 22 Ogos 2010
-
Sumbangan kepada Anak Yatim pada 18 Ramadhan 1431H/ 28 Ogos 2010 bertempat di Bangunan HPA Kuching
-
Qiamullail Perdana pada 19 Ramadhan 1431H/ 29 Ogos 2010 bertempat di Masjid Taman Malihah.
Seluruh Muslimin-Muslimat di sekitar Kuching dijemput bersama-sama menjayakan program-program tersebut. Bersama kita mengazamkan agar Ramadhan yang bakal menjelang merupakan Ramadhan terbaik dan masa untuk bertambah-tambahnya ‘amalan. Selamat beribadah dengan penuh keikhlasan dan semoga kita semua menjadi orang-orang yang bertaqwa!
Rasulullah SAW menjelaskan bahawa puasa memberi syafaat kepada tuannya pada Hari Kiamat yang penuh dengan kecemasan dan ketakutan itu. Sabda Baginda Rasulullah SAW:
“Puasa dan Al-Qur’an memberi syafaat kepada hamba Allah pada Hari Kiamat. Puasa berkata, ‘Wahai Tuhanku, aku telah menghalanginya makan minum dan memenuhi syahwatnya pada siang hari, maka perkenankanlah aku memberi syafaat baginya.’ Dan Al-Qur’an pun berkata, ‘Aku telah menghalanginya tidur pada malam hari, maka perkenankanlah aku memberi syafaat baginya.’ Lalu syafaat keduanya diterima Allah.” (Hadith Riwayat Ahmad)
Untuk keterangan lanjut program-program Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak di Kuching pada masa akan datang, sila hubungi Saudara Mohd Nor (019-8574578), Saudara Abdul Aziz (019-8874784), Saudara Syamsul Bahri (019-9617951), Ustaz Afnan Faiz Ridzuan (013-3789411) atau layari laman sesawang www.amalsarawak.net.
Masukkan sumbangan derma ke dalam akaun AMAL Sarawak:
(This is AMAL Sarawak’s bank account for your reference:)
Atau CEK bayaran atas nama “Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak”, dan hantar ke alamat yang tertera di bawah:
(Or send your cheque to below address:)
Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak
Lot 741, Jalan Pujut 9, 98000 Miri, Sarawak
No. Telefon: 016-8909717
Email: amalsarawak@yahoo.com.my
TERAS BUDAYA AMAL:
-
Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
-
Berakhlak Mulia,
-
Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
-
Berkemahiran dan Berketrampilan.
“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”
Tinggalkan komen