

Pelancaran Tabung AMAL Saudara Kita & Infaq Ramadhan 1430H
Pelancaran Tabung AMAL Saudara Kita & Infaq Ramadhan
Dipetik dari www.amalsarawak.net
AMAL Sarawak, 1 Ramadhan 1430H: Alhamdulillah, Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak telah melancarkan Tabung Saudara Kita dan Infaq Ramadhan peringkat Bahagian Miri pada 22 Ogos 2009 bertempat di Masjid Ar-Rayyan, Permyjaya. Saudara Muhtar Hj Suhaili, Pengerusi AMAL Cawangan Sarawak telah menyampaikan Tazkirah Khas Ramadhan sekaligus penerangan berkenaan Tabung Saudara Kita khususnya mengenai misi membina Surau Al-Azhar di Ulu Kota, Pakan, Sarikei selain perkampungan-perkampungan Saudara Baru di beberapa lokasi yang telah dikenalpasti di seantero negeri Sarawak.
[Nota: Saudara Kita terma semakna dengan Saudara Baru].
Selain Tabung Saudara Kita, Tabung Infaq Ramadhan iaitu sebahagian dana yang terkumpul juga akan digunakan untuk membantu fakir miskin, anak-anak yatim dan golongan yang memerlukan di sekitar Miri menjelang ‘Eidul Fitri 1430H selain membiayai program-program AMAL Sarawak pada masa akan datang.
Cikgu Osman Kiprawi, Pengerusi Masjid Ar-Rayyan Permyjaya telah melancarkan Tabung Saudara Kita & Infaq Ramadhan tersebut di hadapan lebih 1,000 jamaah yang hadir. Alhamdulillah, sebanyak RM1,210 berjaya dikutip pada malam pelancarannya. Tabung tersebut akan diteruskan ke Masjid-masjid dan Surau-surau di sekitar Miri bersempena program Safari dan Ihya’ Ramadhan 1430H dan akan berakhir di Masjid At-Taqwa Miri dengan program Majlis Penutupan Karnival AMAL Merdeka 2009 dan Ceramah Perdana Ramadhan bersama Ustaz Hj Wan Sohor Bani Leman pada 5 September 2009, insya Allah.
Untuk makluman, AMAL Sarawak juga telah terlebih dahulu melancarkan Tabung Dana Saudara Kita Peringkat Bahagian Bintulu pada 2 April 2009 bertempat di Masjid Darul Hidayah, Kidurong, Bintulu. Sila baca lebih lanjut di link berikut: AMAL Sarawak Lancar Dana Saudara Kita.
Kepada dermawan yang ingin menyumbang untuk Tabung Saudara Kita boleh terus bank-in ke dalam akaun Bank Muamalat Malaysia Berhad atas nama:
No akaun : 110 3000 7659 728.
Sementara untuk Infaq Ramadhan bagi program-program Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak:
Masukkan sumbangan derma anda ke dalam akaun AMAL Sarawak:
(This is AMAL Sarawak’s bank account for your references:)

Atau CEK bayaran kepada “Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak”, dan hantar ke alamat di bawah:
(Or send your cheque to below address:)
Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak
Lot 741, Jalan Pujut 9, 98000 Miri, Sarawak
No. Telefon: 016-8909717
Email: amalsarawak@yahoo.com.my
Sebarang maklumbalas dan persoalan, sila hubungi:
- Saudara Muhtar Suhaili: 016-8909717
- Ustaz Arisan Abdul Rahman: 013-8336027
- Ustaz Ibrahim Mat Isa: 019-4535119
- Ustaz Salehuddin Abu Samah: 019-4823755
- Ustaz Mohd Amir Ridhwan Abdullah: 019-8643076
Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Kuala Segan
AMAL Sarawak, 2 Ramadhan 1430H: Alhamdulillah. Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak dan Bintulu Iqra’ Center (BIC) meneruskan misi Ziarah Dakwah Ramadhan dan kali ini ke Kampung Kuala Segan, Bintulu pada hari Ahad, 23 Ogos 2009. Program ini adalah sebahagian daripada aktiviti Karnival AMAL Merdeka 2009 dan Ihya’ Ramadhan 1430H Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak.
Tujuan program ini adalah untuk menziarahi saudara-saudara seIslam kita yang kurang berkemampuan sambil memberi sedikit sumbangan Ramadhan dari AMAL dan BIC. Program ini adalah kesinambungan kepada siri sebelum ini iaitu Ziarah Dakwah AMAL Sarawak Ke Ulu Segan. Kampung Kuala Segan adalah sebuah kampung tradisional yang terletak lebih kurang 20 minit dari bandar Bintulu. Orang kampung ini kebanyakannya bekerja sebagai nelayan dan petani dan tidak kurang juga yang bekerja di kawasan perindustrian yang terletak tidak jauh dari kampung tersebut.
Aktiviti bermula dengan ucapan dan taklimat ringkas oleh Ustaz Abd Halim, Timbalan Pengerusi AMAL Cawangan Sarawak selaku Ketua Projek di perkarangan Masjid Asyakirin Bintulu kepada para sukarewan AMAL dan BIC yang turut serta. Selepas itu, rombongan terus bertolak ke Kampung Kuala Segan dan setibanya Surau Darul Yakin, para sukarelawan terus menunaikan Solat Asar berjamaah dan diikuti dengan Tazkirah ringkas yang telah disampaikan oleh Ustaz Salehuddin Abu Samah.
Seterusnya, Ustaz Sardi Ismail selaku Pengerusi AMAL Unit Bintulu telah menyampaikan cenderahati kepada Imam Kampung Kuala Segan yang mewakili Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK. Program berakhir setelah menyampaikan kesemua sumbangan kepada para penduduk yang terpilih. Pihak AMAL mengucapkan berbanyak terima kasih kepada sukarelawan yang sanggup meluangkan masa, tenaga dan wang ringgit untuk bersama-sama AMAL turun memberi sumbangan dan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.
Pihak AMAL juga ingin mengucapkan jazakumullahu khairan khathiran kepada semua penyumbang-penyumbang yang budiman. AMAL doakan semoga segala sumbangan kita diterima oleh Allah SWT. Kepada sesiapa yang ingin menyumbang boleh berurusan terus dengan pihak AMAL atau BIC. Pihak kami turut mengalu-alukan kepada yang berminat untuk turut serta di dalam Ziarah Dakwah yang akan dianjurkan pada masa-masa akan datang.
Untuk keterangan lanjut program-program Karnival AMAL Merdeka Edisi Ramadhan 1430H di Bintulu, sila hubungi Ustaz Salehuddin Abu Samah (019-4823755), Ustaz Abdul Halim Abdul Kadir (019-3491567), Ustaz Sardi Ismail (013-9235267), Saudari Hafsah Mardiah (019-9805803) atau layari laman web www.amalsarawak.net.
Forum Perdana Khas “Ramadhan & Kemerdekaan”
AMAL Sarawak, 3 Ramadhan 1430H: Alhamdulillah. Insya Allah, Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak dengan kerjasama Masjid An-Na’im akan menganjurkan sebuah Forum Perdana Ehwal Islam bersempena Karnival AMAL Merdeka 2009 Edisi Ramadhan yang bertajuk “Ramadhan & Kemerdekaan”. Program ini akan diadakan pada hari Isnin akan datang, 31 Ogos 2009 bersamaan 10 Ramadhan 1430H bermula 4.30 petang (selepas ‘Asar) bertempat di Masjid An-Na’im Lutong, Miri.
Semua warga Bandaraya Miri dijemput bersama-sama menghadirkan diri untuk lebih menghayati dan memahami makna Ramadhan dan Kemerdekaan yang hakiki dari perspektif Islam. Semoga kita semua beroleh redhaNya dunia dan Akhirat. Amiin.
“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”




