

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:
“Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan kebijaksanaan dan pengajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya, dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk.”
Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala ini mengandungi ajaran kepada Rasul Sallallahu ‘Alaihi Wasallam tentang methodologi pelaksanaan dakwah, atau seruan kepada manusia agar mereka berjalan di atas Jalan Allah (Fi Sabilillah) atau Jalan Yang Lurus (Shiratahal Mustaqim) yakni Agama yang benar (Ad-Dinul Haqq). Melalui ayat ini, Allah Subhanahu Wa Ta’ala menuntun Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam untuk melakukan dakwah melalui tiga cara iaitu dengan hikmah (kebijaksanaan), al-mau’izhatul hasanah (pengajaran yang baik) dan jadilhum billati hiya ahsan (bantahlah mereka dengan dengan cara yang baik atau dewasa ini disebut sebagai berdebat).
Nota: Kepada sesiapa yang berminat menjadi penterjemah, sila berhubung terus dengan PTS Islamika Sdn Bhd. Tetamu ziarah yang budiman juga digalakkan menyebarluaskan maklumat ini. Syukran jazilan.
Wallahu a’lam bissawab.

Assalamualaikum Wbr
Thank you for this post. Saya berasal dari Sabah berbangsa Kadazandusun yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam Pentadbiran Perniagaan serta mendapat Sijil Pendidikan Islam dari Universiti Malaya. Sekarang saya sedang mengikuti Diploma Pengajian dari Universiti Malaysia Sabah selama 2 tahun dan insyaa Allah akan meneruskan pengajian ini hingga ke Sarjana Muda dan peringkat Sarjana.
Tahun 2009 genaplah 20 tahun saya mengajar Al-Quran pejabat-pejabat Kerajaan dan Masjid Negeri Sabah Kota Kinabalu, Masjid Jamek Likas Kota Kinabalu dan Surau Taman Kemajuan Likas Kota Kinabalu. Pelajar saya berjumlah seramai 120 orang yang terdiri dari kanak-kanak, remaja dan dewasa termasuk Professor.
Saya juga telah lama berhasrat menterjemahkan Al-Quran dalam bahasa Kadazandusun. Sebenarnya saya sudah memulakannya kira-kira dua tahun yang lalu mengikut masa dan keselesaan sendiri. Keinginan ini menjadi lebih tinggi sekembalinya saya dari Bahrain mengikuti Seminar Dakwah Antarabangsa pada bulan April/Mei 2009 selama 3 minggu.
Saya yakin saya boleh buat kerja-kerja penterjemahan ini jika saya menumpukan sepenuhnya. Saya telah memperolehi satu kamus Kadazandusun-Inggeris yang cukup baik sebagai rujukan serta memiliki dua buah buku terjemahan Al-Quran dalam Bahasa Malaysia dan satu lagi Bahasa Indonesia dan dua buku terjemahan dalam Bahasa Inggeris yang ditulis oleh Yusuf Ali dan sebuah lagi di tulis oleh Muhammad Taqiyuddin. Saya juga memiliki 30 buah (30 juzu) buku tafsir yang ditulis oleh Ust. Ahmad Sonhadji Muhamad dari Indonesia/Singapura. Untuk sementara waktu, saya fikir rujukan ini cukup untuk menjadi panduan saya untuk membuat kerja penterjemahan.
Isteri saya juga seorang ustazah lulusan pendidikan Islam dari Universiti Malaya, boleh membantu saya dalam soal penterjemahan.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya:
gmail: jjabcgroup@gmail.com
HP : 013-8693148
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh,
Tuan yang mulia;
Semoga tuan sihat dan berada dalam kasih sayang Allah.
Terima kasih atas maklumbalas yang diberikan. Alhamdulillah, saya telah memanjangkan hasrat tuan kepada PTS Islamika Sdn Bhd dan insya Allah PTS akan berhubung terus dengan tuan. Semoga Allah membalas niat baik tuan dengan sebaik-baik ganjaran.
Jazakallahu khairan kathira.
Salam wasilah ukhuwah fillah..
Ana copy post “penterjemahan al-Quran…” dalam blog ana…
Salam, saya junior abg masa pimpinan SRC…
Mohon izin link ke blog saya. (tapi saya dah buat), kalu tak beri saya delete semula.
Nice and proud to hear your achievement. Just waiting for me! Insya Allah.
Assalamualaikum,
Salam ukhwah dari ana. Ana berminat untuk menyertai kumpulan penterjemah al-Quran ini. Ana dan kawan2 masih menuntut di Kuliyah Pondok Darul Naim Kelantan. Kami merupakan golongan saudara baru, pakar dalam Bahasa Iban. Untuk pengetahuan pihak PTS, kami belajar dalam Kuliyah Bahasa Arab cuma tidak ada nama seperti IPTA/IPTS. Seboleh-bolehnya kami ingin memulakan kerja ini dengan secepat mungkin. Hubungi kami di talian 0136659542 – Adam.