
“Industri Minyak dan Gas: Fardhu Kifayah Memanfaatkan Sumber Alam”
As-Sarawaki, 26 Rabi’ul Awwal 1430H: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Yang Maha Pemberi Rezeki dan Maha Kuasa atas segala-galanya. Alhamdulillah, sudah 4 hari saya berada di pelantar luar pantai (offshore) dan insya Allah akan berangkat pulang dengan helikopter sejam daripada sekarang. Saya pernah menulis entri-entri pengalaman ke offshore beberapa kali sebelum ini. Tetamu ziarah yang budiman boleh membacanya di pautan berikut:
1. Terkenang Akhirat di Offshore
2. Khabar Muhasabah Dari Laut (Offshore)
3. Mehnah Dan Tribulasi Dalam Perjuangan
Sungguh, berada di tengah lautan meskipun makannya 6 kali sehari (5 pagi – Sarapan, 9 pagi – Minum Pagi, 12 tengahari – Makan Tengahari, 3 petang – Minum Petang, 6 petang – Makan Malam dan 9 malam – Minum Malam) dan pakaian semuanya dibasuh oleh orang lain, namun hati sering sahaja teringat keluarga di daratan (onshore) khususnya anak yang tercinta, Mohd ‘Izzul Islam. Selalu orang kata rindu di rumah kerana terkenangkan anak, tapi sebenarnya yang lebih dirindu ialah ibu kepada anak iaitu isteri yang tercinta! Orang yang sudah berumahtangga pasti memahami.
Sebenarnya banyak perkara yang ingin saya tulis dan kongsikan dengan tetamu ziarah sekalian. Namun apakan daya kesibukan kerja dan kesibukan aktiviti luar membataskan kemampuan untuk berbuat demikian. “Ya Allah, janganlah kau bolak-balikkan hati kami. Tetapkanlah hati kami di jalanMu.” Benarlah kata-kata Imam Hasan Al-Banna:
“Tanggungjawab yang kita ada terlalu banyak berbanding masa yang kita ada.”
Sesungguhnya kepimpinan itu adalah satu AMANAH yang perlu dipastikan keberkesanan pelaksanaannya. Alhamdulillah wa astaghfirullah, di dalam Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak baru-baru ini, saya telah ditaklifkan memimpin AMAL peringkat negeri selaku Pengerusi Cawangan yang baru. Mohon sahabat-sahabat yang beriman di luar sana doakan semoga saya sentiasa berada dalam keadaan iman dan kesihatan yang baik, terus istiqamah dalam hal kebaikan dan kemuliaan serta terus diberi kekuatan “Berkhidmat Untuk Kemanusiaan dan Ber’amal Kerana Allah.” Semoga ALLAH SWT memberikan pertolongan, bimbingan dan hidayahNya buat kita semua. Kalau Bukan Kita, Siapa? Kalau Bukan Sekarang, Bila Lagi?

Alhamdulillah, sepanjang berada di offshore ini, saya membawa bersama buku “Durus Fi Al-’Amal Al-Islami” – “Memahami Prinsip-prinsip ‘Amal Islami” karangan Al-Ustadz Sa’id Hawwa untuk menambah bekal dalam menjalankan amanah memperkasa agenda dan gerak kerja AMAL Malaysia di bumi Sarawak.
Secara kesimpulannya, melalui buku ini saya mendapati akan benarnya betapa para du’aat yakni pekerja dakwah tidak wajar untuk cepat berpuas hati, cepat bersenang-lenang lagi cepat ketawa riang apabila memperolehi kejayaan yang bersifat semu. Sesungguhnya masih banyak lagi tugasan yang menjadi kewajiban kepada individu Muslim akan tetapi belum kita laksanakan! ‘Ala kulli hal, semoga kita semua yang memperjuangkan agamaNya terus thabat dalam perjuangan! Amiin Ya Rabb!.
Sebagai perkongsian melalui entri ini, saya teruja untuk berkongsi dengan tetamu ziarah kata-kata pengantar buku ini yang ditulis oleh Al-Ustadz Ya’qub Muhammad Hussin yang amat bernas sekali untuk kita fikir-renungkan. Semoga ada manfaatnya, insya Allah.
Para dae’i yang benar-benar ikhlas dan ber’azam hendak menyebarkan risalah Islam wajarlah sentiasa mengingati bahawa medan ‘amal mereka ini bukanlah kegiatan memenuhi masa lapang yang boleh dibuat secara sambil lewa, dan membiarkan diri dan ‘amal mereka dipengaruhi oleh suasana persekitaran yang sentiasa berubah. Sebaliknya seorang dae’i perlu menginsafi bahawa mereka sedang membawa satu amanah yang amat besar lagi berharga, satu tugas paling mulia yang kerananya Nabi-nabi dan Rasul-rasul diutuskan.
Sudah menjadi satu yang lumrah bahawa setiap sesuatu yang besar lagi berharga sukar dicapai melainkan dengan bayaran dan pengorbanan yang besar. Begitu juga sesuatu tujuan dan matlamat yang besar terpaksa melalui dan mengharungi ranjau, kesulitan-kesulitan yang mencabar, dugaan-dugaan yang besar, ujian-ujian yang pahit, penderitaan dan kesedihan, kesukaran-kesukaran dan aneka kesusahan di samping saat-saat merasai kemanisan dan harapan.
Liku-liku yang sangat panjang dalam perjalanan dakwah menuntut para dae’i mempersiapkan diri dengan bekalan supaya dengan bekalan ini perjalanan mereka menjadi lebih terjamin dan sempurna. Mereka memerlukan kasih sayang dan rahmat dari Arhamarrahimin, Tuhan yang dariNya bersumber segala kurniaan dan denganNya berakhir segala ganjaran kerana dariNyalah amanah risalah ini diwarisi ke atas para dae’i.
Hanya dengan bekalan dan panduan-panduan dari Allah para pendokong risalah ini dapat bergerak dengan benar dan menerima limpahan rahmat dariNya. Dengan menyedari dan menuntut bekal ini, para dae’i akan selalu kembali kepada Tuhannya dalam segala perkara dan harapan mereka akan sentiasa hidup kerana panggilan dan bimbingan dari Allah ’Azza Wajalla adalah panggilan yang menghidupkan!
Persoalannya, sejauh mana persiapan kita? Setinggi mana komitmen kita? Dan setahap mana ujian yang kita telah terima dan sanggup terima? Iman yang sahih pasti akan sentisa menjawab:
Allah Matlamat Kami!
Ar-Rasul Ikutan Kami!
Al-Qur’an Panduan Kami!
Jihad Jalan Kami!
Mati Di Jalan Allah (Syahid) Cita Tertinggi Kami!
Firman Allah SWT di dalam Kitab Suci Al-Qur’an:
“Dan sesiapa yang mengerjakan ‘amalan soleh (perbuatan baik), lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, nescaya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik…” (Surah an-Nahl, ayat 97)
“Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan ‘amalan soleh (perbuatan baik), bahawa mereka akan memperolehi Taman Syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai…” (Surah al-Baqarah, ayat 25)
Nota: Setakat ini dulu catatan kali ini kerana sebentar lagi saya akan bertolak pulang ke Miri dengan helikopter. Semoga perjalanan selamat sampai hendaknya. Sehingga berjumpa lagi, tidak di dunia ini mudah-mudahan kita akan berjumpa lagi di Syurga yang abadi!
Wallahu a’lam bissawab.


Assalamu’alaikum wrh wbt, Abg Muhtar.
Perantau Musafir Perjuangan,
Tabahkanlah Hatimu,
Berjuang Di Rantau Orang,
Sedih Pilu Hanya Engkau Yang Tahu.
Ingatan Anak dan Isteri,
Janganlah Menghiris Hatimu,
Kerinduan Desa Nan Permai,
Janganlah Melemahkan Semangat Juangmu.
Di Waktu Ujian Badai Terus Melanda,
Engkau Tetap Gigih Berjuang,
Membenarkan Sabda Junjungan,
Terus Memburu Menuntut Janji,
Pastilah Islam Gemilang Lagi.
Tapi Pejuang Kembara Perjuangan,
Ujian Bukan Batu Penghalang,
Kerana Itulah Syarat Dalam Berjuang.
Pejuang, Di Mana Pun Ada Ketenangan,
Di Mana Pun Ada Kebahagiaan,
Bila Insan Kenal Pada Tuhan,
Kasih Sayang Dan Pembelaan-Nya,
Bagi Insan Yang Menyerahkan Jiwa Dan Raga,
Anak Dan Isteri Kepada ALLAH.
-Nazrey Johani & The Zikr – “Perantau”
Semoga Terus Hebat Dalam Universiti Kehidupan Dan Perjuangan!
Raihlah Ijazah First Class Honours-mu Di Akhirat Nanti, Itulah Sebenar-benar Kejayaan!
I Wish You All The Best and Wish You Well In All Your Undertakings.
Alhamdulillah sempat berjumpa anta di Miri. Moga Miri, terus bercambah amal Islaminya di sana. Amin
Teruskan berjuang.. agama, bangsa dan negara!
Tahniah diatas pemilihan akhi sbg Pengerusi YAM Caw. Sarawak. Pikullah AMANAH dengan penuh ikhlas. Siiru ‘ala barakatiLLah.
Salam Muhtar,
Apa khabar?
Lama tak update blog? Honeymoon kali ke-2 ke?
P/s: Kalau datang KL bagitau la ye. Lama tak jumpa
Salam… Kau memang hebat la bro!… Aku respek kau!
Salam,
Muhtar, lama benar tidak jumpa.. ana cuma meilhat nta dari jauh… smga terus istiqomah.
Syam Ghaz
Teruskan perjuangan. Jika kesempatan mohon perkongsian pandangan dari artikel ini:
http://tintataghyir.wordpress.com/2009/05/24/cinta-yusuf-tidak-berakhir/