
“Dari Sarawak Bumi Kenyalang ke Perlis Indera Kayangan (Darus Sunnah)”
As-Sarawaki, 2 Safar 1430H: Alhamdulillah! Allah SWT menerangkan melalui firmanNya dengan jelas lagi nyata bahawa bagi Allah, orang yang paling mulia di sisiNya ialah orang yang paling bertaqwa:
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Surah al-Hujurat, ayat 13).
Entri ini bukan entri assabiyyah! Bahkan demi sesungguhnya perjuangan Ar-Rasul yang mendaulatkan kalimah tauhid telah meruntuhkan semua sifat dan sempadan assabiyyah serta wathaniyyah yang membelenggu manusia. Entri ini sekadar mengucapkan tahniah dan selamat bertugas kepada warga senegeri, Dr. Juanda Jaya, yang bakal menggalas tugas sebagai Mufti Perlis yang baru menggantikan Dr. Mohd Asri Zainul ‘Abidin. Syabas akhi dan semoga terus beroleh kekuatan ber’amal sekaligus menjalankan amanah kerana Allah!
Mungkinkah Perdana Menteri Malaysia Orang Sarawak?
Perkembangan terbaru ini membuatkan saya berfikir sejenak tentang seperkara yang mungkin wajar diwacana dan didiskusikan dengan solusi ilmiah.. Mungkinkah suatu hari nanti Perdana Menteri Malaysia adalah orang Sarawak? Dengan sistem politik pemerintah yang wujud kini, mungkin jalannya adalah sukar meski tidak mustahil. Adakah orang Malaya (panggilan orang Sarawak merujuk kepada orang Semenanjung) sudi menerima orang Sarawak atau dalam konteks lebih luas orang Borneo sebagai Perdana Menteri? Bagaimana pula sekiranya terdapat orang Sarawak yang sememangnya berkaliber dan benar-benar layak berdasarkan merit, wajarkah peluangnya dinafikan hanya kerana dia orang Sarawak?! Mungkin sudah tiba masanya kerangka siasah kita berubah! Anjakan paradigma itu sesuatu yang wajib! Sekadar melontar buah fikiran untuk dibahaskan (jika perlu)…
Nota: Terkenang-kenang semasa di Taman Ilmu dan Budi pada tahun 2003, terpapar poster di seluruh Kampus UIA: “Sejarah tercipta: Presiden MPP UIAM yang pertama berasal dari negeri Sarawak dan Kuliyyah Kejuruteraan!”. Atas segalanya… Siapakah yang mampu membeli kenangan?! Alhamdulillah!
Dr. Juanda Jaya Mufti Perlis Yang Baru
Ketua Penolong Pengarah Dakwah Jabatan Agama Islam Sarawak, Dr. Juanda Jaya bakal menjadi Mufti Perlis yang baru berkuat-kuasa Februari ini.
Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu yang mengesahkan perkara itu di sini hari ini berkata, kerajaan negeri bagaimanapun masih menunggu surat pelepasan daripada kerajaan negeri Sarawak untuk meminjam Dr. Juanda selama dua tahun.

“Dr. Juanda Jaya, Mufti Perlis”
“Kerajaan negeri berterima kasih kepada kerajaan Sarawak kerana sudi meminjamkan pengawainya untuk berkhidmat di Perlis,” katanya ketika ditemui pada majlis jamuan sambutan Tahun Baru Cina di Dewan Khoon Aik dekat sini hari ini.
Beliau berkata Dr. Juanda merupakan antara enam calon yang nama mereka dikemukakan kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail sebagai bakal Mufti Perlis bagi mengisi kekosongan kerusi yang tinggalkan Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin pada 30 November tahun lalu.
“Dr Juanda merupakan seorang yang mempunyai pegangan akademik yang baik, selain dari kalangan pengamal fahaman Sunnah Waljamaah selari dengan perlembagaan kerajaan negeri Perlis,” katanya kepada pemberita.
Dr. Mohd. Asri, pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), menamatkan kontraknya setelah berkhidmat selama dua tahun di Perlis, lebih awal dari tempoh yang dipinjamkan oleh USM iaitu sehingga pertengahan tahun ini.
Beliau kini berada di United Kingdom melakukan kajian selama enam bulan mengenai Islam dan hadis sebelum kembali berkhidmat dengan USM sebagai pensyarah pengajian Islam.
Sementara itu, Dr. Juanda yang dihubungi Bernama hari ini mengesahkan telah menerima tawaran kerajaan negeri Perlis sejak akhir Disember lalu.
“InsyaAllah saya akan mula bertugas pada Februari ini,” kata bekas Timbalan Mufti Sarawak berusia 38 tahun itu. BERNAMA
Sila baca juga:
Harapan kepada Mufti Perlis, jadikan tokoh agama ‘rakan sekerja’.
Wallahu a’lam bissawab.

PM dari Serawak?
Saye ok ajee, inche’ Mukhtar jadik pun saye ok.
Saudara Amin;
Terima kasih atas harapan dan sikap terbuka.
Cuma ejaan nama negeri saya ialah Sarawak dan bukannya Serawak!
Tak mustahil… Cuba tengok permata yang kerajaan ambil untuk menyelamatkan MAS… Dicanang di seluruh pelusuk dunia orang yang dikehendaki… Rupanya orang yang dicari berasal dari nun jauh di pedalaman Sarawak… iaitu Dato’ Seri Idris Jala…
Tengok sekarang cammana MAS bangkit semula…. gah..
Setuju dengan Sdr alifmimyanun,
Dan setuju juga dengan Sdr Mukhtar, “Mungkinkah suatu hari nanti Perdana Menteri Malaysia adalah orang Sarawak? Dengan sistem politik pemerintah yang wujud kini, mungkin jalannya adalah sukar meski tidak mustahil. Adakah orang Malaya (panggilan orang Sarawak merujuk kepada orang Semenanjung) sudi menerima orang Sarawak atau dalam konteks lebih luas orang Borneo sebagai Perdana Menteri? Bagaimana pula sekiranya terdapat orang Sarawak yang sememangnya berkaliber dan benar-benar layak berdasarkan merit, wajarkah peluangnya dinafikan hanya kerana dia orang Sarawak?! Mungkin sudah tiba masanya kerangka siasah kita berubah! Anjakan paradigma itu sesuatu yang wajib!”
Tetapi marilah kita renungkan sejenak, “5. Kegemilangan Muslim selepas diperbetulkan oleh Nabi Besar Junjungan saw, adalah kerana kejayaan menggunakan nilai-nilai baik, dari yang telah bercampur-aduk di zaman itu. Dengan penurunan AQ, Muslim kembali ke landasan sebenar. Bukan Islam itu sesuatu yang baru dibawa oleh Nabi Muhammad saw, tetapi Islam itu diperbetul penafsirannya olehnya. Islam telah lama bertapak di Bumi, hanya pentakwilannya yang berubah, menyebabkan bercambahnya agama-agama lain, yang sebenarnya banyak mengambil nilai-nilai Islam sebagai asas. Kita perlu buka minda melihat keadaan ini. Jangan disebabkan mereka telah salah melencungkan Islam dari landasan kita terus mengatakan tidak dapat menerima semua yang mereka lakukan. Nilai-nilai Islam yang banyak mereka gunakan untuk mencapai kejayaan, kerana nilai lain, selain daripada Islam tidak akan memberikan kejayaan.
6. Berlapanglah dada atau lebih tepat bukalah minda kita untuk memahami keadaan sebenar. Bukan-Islam telah berjaya mengubah-suai Islam untuk kegunaan mereka di atas Dunia ini. Kita sebagai Muslim sepatutnya mengunakan sepenuhnya nilai-nilai Islam, bukan sahaja untuk mencapai kejayaan di Dunia, sebagaimana Bukan- Islam telah mengubah-suai dan berjaya, tetapi meneliti kembali apa yang perlu dikembalikan kepada landasan sebenar, agar dapat menggunkannya di Dunia dan Akhirat. Bukan dengan membenci apa yang mereka telah lakukan. Sikap kebencian itu tidak akan mendatangkan hasil kepada Muslim. Bukan Islam sudah membena kekuatan menggunakan Sunnah Allah. Muslim iri-hati dengan kejayaan tersebut lantas bermusuhan dengan mereka, sedangkan apa yang mereka gunakan itu adalah asalnya nilai Islam. Mereka bukan untuk dimusuhi tetapi perlu diajak bersama-sama kembali ke landasan yang sebenarnya.”
http://sharudin.wordpress.com/2009/01/29/s69-ssas-benih/
Malaysian Appointed As Consultant To Masjidil Haram’s Expansion
KUALA LUMPUR, Jan 29 (Bernama) — Renowned architect, Prof Dr Ismawi Zen, has become the first Malaysian to be appointed as a member of an international panel of consultants to visualise the expansion and future development of Masjidil Haram (Grand Mosque) in Mecca, Saudi Arabia.
He related that it all began when he was bargaining for a pair of cheap T-shirts in the deafening, famous Namdaemon Market in Seoul, South Korea when his handphone rang.
The voice on the other side conveyed a message that he had been chosen as one of the four members of the International Panel of Visioning of Masjidil Haram, set up on the royal decree by King Abdullah of Saudi Arabia.
“I was asked to attend the first workshop with the other three committee members from Turkey, Switzerland and Saudi Arabia on Oct 4 and 5, 2008 if I agreed to the appointment,” he said during a public lecture to share his experience in the panel, at the International Islamic University Malaysia (IIUM), near here, today.
Ismawi said there were now six members in the panel which was set up in September 2008.
“I am the only one from Asia. The others are from Lebanon (two members), Algeria, Turkey and Saudi Arabia,” he said.
As a panel member, he was basically tasked with developing what is known as the “Vision Brief”, a document that outlines the concerns, problems, opportunities and new paradigm to be incorporated in the planning and design of the Masjidil Haram.
The brief also outlines what are expected from the 16 international architect firms chosen to present their proposals based on many aspects, including rituals, environment, population increase, new materials and technologies.
“I was involved in the workshops and discussions with these top architects and finally, we assessed their proposals based on the Vision Brief and made our recommendations to King Abdullah,” said Ismawi.
According to him, this is the third expansion of Masjidil Haram by the Saudi Arabian government as King Abdullah wants to project a new image of Islam.
“Therefore, we should take this opportunity to turn the mega project into a model of a unified Muslim world.
“The monarch also recognises that as the custodian of the holy place, it is his role to look after the pilgrims,” he said.
Ismawi said the authorities in Saudi Arabia had forecast that in the next five years, the number of pilgrims to Mecca was expected to be between eight and 10 million compared to the current 3.5 million.
– BERNAMA
NOTE: Prof Dr Ismawi Zen is also a Sarawakian!
Assalam mualaikum wr wbt,
Jangan risau, kalau orang mana sekalipun yang berkebolehan tetap boleh jadi. Syaratnya berilmu, beriman dan bertakwa!! Syarat yang mudah tetapi berat!!.
Bagi saya orang Pahang, kalau orang Pahang (comming soon) jadi Pee Emm pun tidak ada syarat tiga di atas tak payahlah.
Kalau ada orang Sarawak yang punyai syarat kental yang tiga itu ia pasti jaya. Allah dah janji bumi ini akan diwarisi oleh yang bertakwa!! Kalau Sarawak ada bakal calon ketengahkan jangan simpan diSarawak bawa keluar permata itu.
Cukup dulu, salam perkenalan!! TK
Alhamdulillah… saya juga anak sarawak… terfikir sejenak dengan buah fikiran di atas.
Saya berpendapat tiada yang mustahil kerana terlalu ramai sebenarnya anak sarawak yang cemerlang dalam akademik, kerjaya dan kehidupan bermasyarakat mereka, tetapi bilangan nya terlalu sedikit yang berani tampil ke depan seperti saudara Muhtar.
Mungkin teori kejayaan saudara Muhtar perlu dicanang (bukan tujuan dibanggakan) tetapi sebagai contoh teladan kepada seantero bumi kenyalang.
Selamat lah negeriku.. ya Allah!!!!
Assalamualaikum wrh bkth,
Syeikh Uthman As Sarawaki, merupakan salah seorang ulama’ besar di Mekah Mukaramah, pada 1900an. Itu adalah salah satu sejarah yang tak pernah kita tatapi. Walhal ia adalah satu sejarah yang cukup bermakna untuk anak Sarawak.
Anak Sarawak anak yang kental!
Banyak lagi kerja-kerja yg perlu dibereskan. Terutama anak-anak Melayu Sarawak yg sekarang lebih berminat berkaraoke dan berclubbing.
Tak termasuk anak-anak gadis Melayu bawah umur yang turut terlompat-lompat di kelab malam. Paling menyedihkan bila ada segelintir isteri-isteri pemuda Melayu yg turut sama apabila suami bekerja jauh mencari nafkah. Suasana ini amat menyedihkan sebenarnya.
Ibu bapa rata-rata lebih mementingkan kejayaan anak agar menjadi penyanyi dan apa-apa saja yg glamour. Terlalu sikit ibu bapa yg berusaha menhantar anak mereka ke pusat-pusat pengajian islam.
En Muhtar adalah golongan yg bertuah. Hanya segelintir saja. Mudah-mudahan akan ramai lagi yg akan muncul berdakwah dan mengubah nasib anak bangsa di negara dan negeri tercinta. Insya Allah
Sekadar memberi pandangan.
Amrin