“Semangat Merdeka… Salah Sebuah Kenderaan Yang Boleh Dijumpai Di Miri”
As-Sarawaki, 31 Ogos 2008: Alhamdulillah, sesungguhnya segala puji hanya bagi Allah, kita memujiNya, kita meminta pertolongan kepadaNya, kita meminta ampun kepadaNya dan kita berlindung kepadaNya dari kejahatan diri kita dan keburukan amal perbuatan kita. Barangsiapa yang diberikan petunjuk oleh Allah, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak ada yang dapat memberikan petunjuk kepadaNya. Bersamalah kita berdoa semoga dengan sentiasa ‘Ingat Tuhan Sampai Mati‘ dan ‘Menjadi Seperti Muhammad SAW‘, kita semua akan mati dalam husnul khatimah. Amiin Ya Rabb!
Alhamdulillah, 51 tahun sudah penjajah yang menjajah Malaya secara fizikal keluar daripada negara ini dan sudah hampir 45 tahun negara Malaysia tertubuh dengan semangat merdekanya. Mudah-mudahan jiwa dijajah dan pemikiran ‘hamba kepada sesama hamba’ juga telah keluar daripada jatidiri dan peribadi kita. Sebagaimana yang saya nukilkan dalam entri Merdeka… Negara Tidak Masuk Syurga!, alhamdulillah, saya bersyukur menjadi rakyat Malaysia dan mencintai negara ini. Saya juga bersyukur kerana negara ini sudah merdeka dari cengkaman penjajah dan kini kemerdekaan tersebut sudah mencecah usia 51 tahun. Selain itu, saya juga sentiasa berusaha untuk menjadi warganegara yang baik dan patriotik dengan melakukan atas kapasiti dan kemampuan yang ada menyumbang sesuatu ke arah pembinaan Malaysia sebagai negara yang benar-benar makmur lagi sejahtera di bawah redha Allah, atau dalam bahasa Al-Qur’annya: ‘Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghafuur’.
Rasa Riang Ria dan Bahagia Bakal Bergelar Ayah
Alhamdulillah, betapa seronoknya seorang suami yang bakal menimang cahaya mata! Betapa gembiranya seorang isteri yang bakal dipanggil ibu. Sedar tak sedar usia kandungan isteri saya sudah berusia 8 bulan. Semalam saya dan zaujah mengambil peluang dalam kesibukan kerja dan berprogram untuk membeli-belah barang-barang keperluan bayi. Kekok juga terasa pada mulanya, segan pun ada pada awalnya.. Dan rupa-rupanya baju-baju bayi kadangnya lebih mahal dari baju orang dewasa! Namun apa yang pasti, wallahi cetusan riang ria dan bahagia untuk berjiwa ayah lebih hebat menggelora di jiwa! Akan tetapi mengapa masih ada anak yang mengecilkan hati ibu dan memainkan perasaan ayah? Janganlah begitu duhai anak… Nanti di suatu masa, kau juga akan merasa betapa sakitnya hati kecewa diderhakai anak-anak! What you give, you get back! Allah Maha Tahu lagi Maha Adil!
“Barang Kelengkapan Bayi Yang Baru Dibeli Semalam… Untukmu Anakku!”
Menjiwai Remaja… Bicara Dam’ah wa Ibtisamah
Alhamdulillah sepanjang hujung minggu ini, saya telah diberi taufiq dan hidayah oleh Allah SWT untuk menabur khidmat dengan berkongsi ilmu, rasa dan pengalaman melalui 2 program ceramah. Pagi semalam, saya telah dijemput untuk menyampaikan ‘Bicara Perkongsian Dam’ah wa Ibtisamah – Setitis Air Mata, Seulas Senyuman’ kepada lebih 1,000 murid dan pelajar Islam di Bahagian Miri yang bakal menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM pada tahun ini, selain turut dihadiri oleh ibubapa dan guru-guru Islam. Program ceramah bertempat di Masjid At-Taqwa tersebut adalah sempena Solat Hajat Perdana anjuran Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Pengurusan Kecemerlangan, Unit Pendidikan Islam dan Moral, Pejabat Pelajaran Gabungan Miri dan merupakan program tahunan yang berobjektifkan taqwa, ukhuwwah dan kecemerlangan ilmu.
Sering kita menyebut tentang ‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’, ‘remaja cemerlang, umat gemilang’ dan pelbagai konotasi positif tentang anak muda. Malah Professor Dr. Yusof Al Qaradhawi, seorang sarjana dan pemikir Islam yang tersohor dan disegani masa kini, berkata; “Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah dari kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita akan datang adalah sebuah negara yang aman makmur “baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur”, tetapi jika keadaan adalah sebaliknya maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku”.
Atas faktor inilah, maka saya dan tetamu ziarah yang budiman perlu terus berusaha dengan methodologi terbaik dalam mendekati remaja dan sama-sama mengajak mereka cemerlang di Sekolah Kehidupan. Alhamdulillah sekadar sebagai perkongsian, saya rasa terharu dengan catatan salah seorang peserta berikut yang saya maklumi hasil pautan-pautan masuk ke weblog ini. Semoga kita mampu menyelami hati kecil para remaja, memahami keperluan mereka dan terus mengikhtiarkan cara terbaik membentuk generasi pelapis harapan bangsa, negara dan agama ini. Mengertilah…
Walllimatulurus hajatil …
Ari sabtu tok ku n geng baru jak pergi sembahyang hajat di Masjid At-Taqwa Miri.Solat hajat bakal untuk pelajar yang sik sedar dirik(termasuk aku) yang mok menduduki SPM,PMR,UPSR,Tadika EXaminal test(not include) hehe…
So aku turun cya menunggangi unta duak tayar ku lagenda 110z bernombor plat QMM Rahsia…heheSebelum ya,ada ceramah oleh abg Mukhtar Suhailli yang memang aku kagumi bukan sekarang tapi dari tahun lepas semasa aku berada di tingkatan 3 lagi..Ceramah motivasinya yang santai dan tidak membosankan seperti mana penceramah yang lain yang hanya tahu berceramah secara formal..
Ketahuilah wahai penceramah sekalian alam kami sebagai muda-mudi bukan inginkan ceramah yang lurus bendul tunggul seperti formal tetapi kami inginkan kesantaian dalam penceramahan.Bukan nukilan ini untuk mengecilkan sesiapa jua tugas penceramah namun ceramah yang berkesan akan berbekas di hati nurani muda mudi seperti kami yang memang amat nakal
…
Abg Mokhtar yang berceramah dalam masa 1 jam 30 minit yang tidak berasa seperti masa sebenar cuma seperti sepintas lalu sahaja ceramahnya…
Baik..Aku juga berdoa supaya kalian akan berjaya dalam peperiksaan bukan sahaja upsr,pmr,spm,stpm malah kehidupan itu sendiri adalah peperiksaan sepanjang hayat…
GOOD LUCK EVERYBODY
Program Sirih Pulang Ke Gagang - SK Kelapa Sawit No. 5
Selain itu, pada hari Jumaat malam Sabtu yang lepas saya berkesempatan untuk menyampaikan ceramah “Jom Cemerlang UPSR” kepada murid-murid Tahun 6 SK Kelapa Sawit No. 5 di Taman Negara Niah. Ini tahun kedua berturut-turut saya berpeluang memberi khidmat kepada Sekolah Rendah yang merupakan tempat titik mula saya mengenal huruf dan nombor serta belajar tulis baca dari Darjah 1-6 pada tahun 1988-1993. Program ini bolehlah dianggap siri ‘Sirih Pulang Ke Gagang’. Banyak kenangan menggamit jiwa setiap kali terkenang zaman persekolahan di bangku sekolah rendah di daerah kecil Subis ini. Sungguh, tiada sesiapa yang mampu membeli kenangan dan saya selalu sebut kepada para peserta: “Wallahi, saya mengistiharkan perang kepada orang yang mengatakan orang miskin dan luar bandar tidak boleh berjaya!” Dengan usaha, doa dan tawakkal, pasti kejayaan milik setiap insan!
“Kejayaan Milik Setiap Insan… Dengan Usaha, Insya Allah Kita Pasti Berjaya!”
Kebajikan Itu Bukan Rasa Kasihan, Tetapi Kasih Sayang
Ya, kabajikan merupakan tanda kasih sayang. Tanda kasih sayang sesama manusia dan cinta keTuhanan. Kebajikan kerana rasa kasihan semata-mata bukanlah kebajikan tetapi simpati. Simpati tanpa empati adalah satu sifat yang membawa kepada angkuh bahawa ‘aku lebih baik daripada dia’, ‘aku lebih bertuah daripada dia’ dan ’aku lebih mulia daripada dia’. Akan tetapi kasih sayang dengan empati adalah baja penyubur kepada ukhuwah Islamiyyah yang berkekalan dunia sampai Akhirat.
Alhamdulillah, pagi tadi Yayasan Amal Malaysia (Unit Miri) bersama-sama SM Sains Miri dan Task Force Pengurusan Kecemerlangan telah berganding bahu melaksanakan program Ziarah Mahabbah – ‘Sejambak Kasih, Seharum Kasturi’ ke Kompleks Kebajikan Hamidah (Rumah Anak-anak Yatim) Tudan. Ini adalah program kali kedua seumpamanya dan yang pertama di bangunan baru. Semasa lawatan pada tahun lepas anak-anak yatim ini masih lagi mendiami sebuah premis rumah kedai yang disewa di Bumiko dan alhamdulillah hasil derma orang ramai, sebuah Kompleks Kebajikan (dinamakan Kompleks Kebajikan Hamidah) yang serba lengkap termasuk asrama, dewan kuliah, dewan makan, padang permainan dan surau telah berjaya dibina untuk menempatkan insan-insan mulia ini di Tudan berhampiran Permyjaya. Atas segalanya, satu nasihat dan teladan bermakna yang perlu sama-sama kita renungi ialah betapa pentingnya untuk kita menyayangi dan mencintai ibu dan ayah kita. Kasih seorang ibu dan pedoman seorang ayah merupakan jalan menuju ke Syurga!
“Lawatan ke Rumah Kebajikan Anak Yatim Sarawak di Bumiko, Miri - 2007”
“Lawatan Mahabbah ke Kompleks Kebajikan Hamidah di Tudan, Miri – 2008”
Sila baca juga laporan program beserta foto di pautan berikut:
1. http://ceritaabi.blogspot.com/2008/08/lawatan-ke-rumah-anak-yatim.html
2. http://sadaufm.blogspot.com/lawatan-ke-kompleks-anak-yatim-miri.html
3. http://razzyy.com/peristiwa/ziarah-mahabbah-ke-rumah-anak-yatim.html
Melawat Mangsa Kebakaran Pujut Adong Miri
Manakala di sebelah petangnya pula, Yayasan Amal Malaysia (Unit Miri) berkesempatan menziarahi mangsa kebakaran di Pujut Adong. Seramai 4 buah keluarga terlibat yang tinggal sehelai sepinggang setelah rumah yang mereka diami hangus dijilat api termasuk kereta yang tidak dapat diselamatkan. Kini mereka ditempatkan di Dewan Orang Ramai dan terpaksa menyambut Ramadhan di sana pada tahun ini. Alhamdulillah, banyak pihak dan orang ramai datang memberi sumbangan dan bantuan yang sewajarnya. Sekali lagi di sini, konsep kebajikan itu adalah kasih sayang dan bukannya atas rasa kasihan semata-mata. Semoga Allah merahmati kita semua… Amiin.
Kasih Sayang (Raihan)
Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri
Dari kasih timbul simpati
Dengan sayang ada persaudaraan
Kerana kasih ingin berbakti
Saling sayang maaf-memaafkan
Kasih sayang itu baja
Kasih sayang penyubur jiwa
Kasih sayang itu penawar
Penguat cinta penghapus duka
Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih TUHAN tiada bertepi
Sayang TUHAN janjiNYA pasti
Tanpa kasih sayang TUHAN
Tiada simpati tiada persaudaraan
Tanpa kasih sayang TUHAN
Tiada bakti tiada kemaafan
Kasih sayang pada semua
Kasih sayang sesama kita
Kasih sayang oooo dunia
Moga selamat di Akhirat sana!
“Ziarah Kasih Sayang Mangsa Kebakaran di Pujut Adong oleh AMAL Miri”
Makna Merdeka Hakiki Menurut Islam
Buat akhirnya sempena Sambutan Kemerdekaan ke-51 negara tercinta pada hari ini, marilah kita sama-sama menghayati makna merdeka yang sebenar selaras dengan peranan membebaskan kehidupan manusia keseluruhannya dari perhambaan sesama manusia, kepada mendaulatkan sistem Allah yang adil untuk semua sebagaimana yang ditegaskan oleh Rib’i Bin ‘Amir di hadapan angkatan tentera Parsi:
“Allah yang membangkitkan kami agar kami mengeluarkan sesiapa yang dikehendakiNya dari pengabdian sesama hamba menuju pengabdian kepada Allah, dari kekejaman agama-agama kepada keadilan Islam, dari dunia yang sempit kepada keluasan dunia dan Akhirat.”
“Merdeka… Kemerdekaan Palestin Masihkah Dijiwai Oleh Muslim Sedunia?!”
Wallahu a’lam bissawab.











Salam. Pernah mendengar tazkirah/kuliah daripada saudara semasa ’singgah’ di UIA dahulu. Sudah terfikir bahawa saudara akan terusan jadi manusia yang berguna untuk diri sendiri dan memanfaatkan manusia lain. Selamat meneruskan perjuangan bersama zaujah serta aulad dan banat yang bakal menjadi penawar bisa kehidupan.
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, thana’ dan puji hanya layak untuk Allah SWT. Syukran jazilan atas kata-kata semangat, amat saya hargai. Terima kasih juga kerana menjadi orang pertama memberi komen untuk entri ini. Dulu ramai yang meninggalkan komen, tetapi mungkin sebab dah lama tak update blog ini, maka ramai yang sudah jarang berkunjung ke sini.
‘Ala kulli hal, fastabikul khairat! Ramadhan Kariim.
assalamualaikum br muhtar.. tahniah! semoga dipermudahkan urusan zaujah dan akhi jugak. tgk2 byk kaler biru.. nampaknya mujahid ya yg akan keluar?
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Ukht Afidalina;
Alhamdulillah. Insya Allah mujahid..
Syukran.
slm a.muhtar n k.lydia..
wah..mesti dah tak sabar2 nak melihat wajah anak nnti kan?? itulah perasaan yang sukar digambarkan oleh setiap bakal ayah dan ibu..
insyaAllah sy doakan dipermudahkan Allah segalanya..
p/s: saya pn tumpang gembira..
insyaAllah Uways akan dapat kawan/adik yang sama bulan kelahirannnya..
salam..
alhamdulillah kalian bakal bergelar ayah & ibu ..
semoga terus cemerlang di persada dakwah dan semoga isteri enta akan dipermudahkan urusan sepanjang tempoh mengandung & bersalin..
salam ukhwah dari ana, suami & muaz the little caliph..
(MPMUM 2003/04)
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Ukht Mardiana dan Ukht Hairin Herlina;
Alhamdulillah, terima kasih di atas ingatan. Doa, dorongan dan harapan teman-teman setugas semasa di kampus dulu amat dihargai. Doakan semoga segalanya khair buat zaujah dan kandungan. Semoga kita semua terus cemerlang di Sekolah Kehidupan. Amiin.
Tahniah dan syukur atas rumahtangga bahagia kalian!