“Jawatankuasa Pelaksana dan Barisan Artis Konsert Amal Merdeka 2008”
As-Sarawaki, 17 Ogos 2008: Alhamdulillah atas nikmat jiwarasa yang dahagakan halwa hakiki dan hiburan sejati. Syukur kepada Allah SWT kerana pada 17 Ogos 2008 setelah 2 hari berpogram yang rencam, Karnival ‘Amal Merdeka 2008 anjuran Yayasan Amal Malaysia (Unit Miri) telah ditutup dengan rasminya oleh Dato Sri Abg. Hj. Abd. Rahman Zohari B. Tun Abg. Hj. Openg, Menteri Perumahan Sarawak yang turut sudi menyumbangkan RM10,000 untuk pelaksanaan aktiviti-aktiviti akan datang. Pada malam tersebut, Yayasan Amal Malaysia turut menyumbangkan RM4,000 kepada Persatuan Kebajikan Anak-anak Yatim (PERYATIM). Bagi menyerikan Majlis Penutupan Rasmi ini, satu Konsert ‘Amal Merdeka telah diadakan yang menampilkan Saudara Nazrey Johani, Saudara Akhwan Afandi dan Kumpulan Devotees, selain persembahan pentomin ‘Kemerdekaan’ oleh mahasiswa dari Curtin Islamic Society (CIS). Alhamdulillah, terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi komitmen jitu dalam menjayakan Karnival ‘Amal Merdeka 2008 sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Jom jadikan kebajikan sebagai modus operandi mengubah dunia! Semoga Allah menerima segala ‘amalan kita. Amiin Ya Rabb!
[Nota As-Sarawaki: Alhamdulillah atas terlaksananya Konsert 'Amal Merdeka 2008. Untuk tahun ini sahaja, sekurang-kurangnya lima (5) konsert hiburan 'lagha' (melalaikan) telah diadakan di Bandaraya Miri yang semuanya mendapat sambutan hangat. Ramai 'membebel' tentang budaya hedonisme, tetapi apa alternatif yang kita sediakan? "Berhibur tiada salahnya kerana hiburan itu indah, hanya apabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah." Mudah-mudahan Konsert Kesenian Islam sebegini akan terus diikhtiarkan oleh para jurudakwah dalam usaha mengkayakan budi, nilai dan hikmah. Alhamdulillah, daripada maklumbalas penonton yang memenuhi Dewan Suarah Miri (anggaran kehadiran: lebih 500 orang), semuanya berpuas hati dengan persembahan yang dialunkan dan semoga turut beroleh pengisian rohani dalam mencari cinta dan menuju cahaya kebahagiaan, mudah-mudahan.]

“Majlis Penutupan Karnival ‘Amal Merdeka 2008 & Konsert Amal Merdeka”
Sila baca juga catatan-catatan berikut:
1. Majlis Perasmian Karnival ‘Amal Merdeka 2008
2. Forum Remaja: “Di Mana Kasih, Di Mana Sayang?”
3. Forum Perdana: “Benarkah Aku Sudah Merdeka?”
4. Karnival Merdeka 2008 di UPM Kampus Bintulu
5. Ukht Syafiqah: Karnival AMAL Merdeka 2008 & Hujung Minggu
6. Ust. Mohd Razi: http://razzyy.com/peristiwa/konsert-amal-merdeka.html
7. Ust. Muzaha: http://ceritaabi.blogspot.com/2008/konsert-malam-amal.html
Wallahu a’lam bissawab.














Alhamdulillah. Tahniah buat sahabat2 di Miri yang telah berusaha bersungguh2 mengadakan Karnival Amal 2008. Sekalung tahniah… Moga keikhlasan dan penat lelah ikhwah & akhawat diterima Allah swt.
As-Sarawaki: Alhamdulillah Ustaz Kamil. Semoga setelah selesai Master nanti akan kembali semula berkhidmat di Miri.
Assalamualaikum wrh bkth, Tahniah atas kejayaan Yayasan AMAL Miri! Semoga beroleh Barokah, first starting point yang sangat baik! TAKBIR!
As-Sarawaki: Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, syukran akhi atas kerja-kerja persiapan awal yang akhi selesaikan sebelum menyambung pengajian. Semoga terus sukses dalam pelajaran dan dakwah. Amiin.
Moga apa yg diadakan pada malam Konsert Amal dapat membuka minda umat Islam Miri khususnya bahawa tidak salah berhibur dalam Islam. Jadikan Konsert Amal itu sebagai alternatif hiburan Islam masa kini bukannya Konsert JoM HebOh!!
Tahniah kepada mereka yang menjayakan konsert ini.
Moga beroleh Pahala dariNya….
Tahun depan dicadangkan jemput Ust. Akil Hayy pula…..
As-Sarawaki: Alhamdulillah Ustaz Muzaha. Terima kasih atas komitmen sebagai LO kepada Saudara Nazrey dan Devotees. Semoga keikhlasan dan kerja amal kita semua akan diterima Allah. Amiin. Berkenaan program bersama Ustaz Akil Hayy boleh difikirkan… Ana syor ustaz jadi Pengarah Program…
Assalamualaikum..
Terima ksih banyak2 kpd abg Muhtar dan seluruh AJK Konsert Amal Merdeka 2008. Kami amat berbesar hati dapat bsama2 warga Miri. InsyaAllah ada rezki jumpa lagi.
Iboh lupak kamek orang..
As-Sarawaki: Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah akhi. Mewakili Yayasan Amal Malaysia Unit Miri, kami mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian hadir dan komitmen jitu Devotees dalam menjayakan Konsert Amal Merdeka 2008. Segala sumbangan tenaga, buah fikir dan masa amatlah kami hargai. Insya Allah mudah-mudahan pada masa akan datang kita akan dapat beramal bersama lagi. Agik idup agik berjuang!
Salam untuk Semua.
Tahniah diucapkan di atas kegigihan dan daya usaha Amal Sarawak (Unit Miri) dalam usaha mengadakan program sedemikian.
Selain daripada mengisi program, di samping dapat memperkenalkan Yayasan Amal Malaysia kepada masyarakat khususnya Kerajaan Negeri Sarawak, yang lebih penting ialah masej dapat disampaikan untuk Islam yang merdeka.
Tahniah dan terima kasih.
ABD. HAMID SEMAN
As-Sarawaki: Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah Tuan. Terima kasih atas sokongan Amal Pusat. Semoga kita semua terus beroleh kekuatan istiqamah dalam ber’amal kerana Allah. Amiin.
Berita di Laman Web AMAL Malaysia:
AMAL Miri Cemerlang Anjur Karnival Amal Merdeka 2008 »»
Assalamua’laikum…
Semoga usaha sahabat-sahabat di Miri diRedhai Allah.
Pertamanya ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas jemputan bagi menjadi panel FORUM REMAJA dan KONSERT AMAL MERDEKA.
Keduanya, tahniah di atas kejayaan menjalankan program dengan baik pada hari tersebut, persediaan yang rapi dan masa yang panjang untuk menjayakan program ini memerlukan pengorbanan dan komitmen yang tinggi dari sahabat sahabiah di sana.
Ketiganya, apa-apa yang terkurang dari ana harap dimaafkan…. “Tak sudi memandang tidak mengapa… kerna ku mengerti aku insan hina… tapi dengar apa ku katakan, untuk pedoman di hari muka”
Keempat, ana ditimpa kemalangan sehari selepas pulang dari Sarawak, dalam perjalanan ke Utara Kedah dari KLIA Melaka, kereta remuk abih…. tapi Alhamdulillah insan di dalam kereta selamat…
Wassalam.
Semoga dipanjang usia, ditambahkan rezeki, dikuatkan semangat, dipermudahkan urusan, dikekalkan perjuangan, ditingkatkan iman untuk bertemu di dalam program-program akan datang dengan MODUL-MODUL Keibubapaan, Remaja, Pelajar, Kakitangan, Kanak-kanak, Perjuangan dan MODUL PENGHAYATAN bersama Akhwan yang lebih MENGGEMPARKAN untuk dikongsi bersama… ALLAHU AKBAR!!!
As-Sarawaki: Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah dan syukran jazilan di atas kesudian hadir bersama dalam menjayakan program-program Karnival ‘Amal Merdeka 2008. Ana mewakili pihak penganjur amat menghargai sumbangan Ustaz, jzakallahu khairan kathira. Takziah atas kemalangan yang menimpa dan semoga segalanya khair. Insya Allah pihak Miri akan usahakan program-program bersesuaian bersama Ustaz pada masa akan datang. Ramai orang Miri dah teruja dengan kebolehan Ustaz.
‘Ala kulli hal.. Siiru ‘ala barakatillah!
Assalamualaikum,muhandis.
Alhamdulillah,rancak sekali usaha da’wah di sana.Semoga usaha-usaha ini akan lebih giat lagi diadakan di seluruh malaysia.
Semoga para artis-artis nasyid juga aktif untuk menyumbang.Berbesar hati untuk sama-sama memberi.
Duhai penasyid-penasyid,kembarakanlah diri anda untuk menyebarkan da’wah melalui bakat yang Allah anugerahkan buat antum semua.Semoga akan terbit sinar kefahaman Islam bagi yang mendengarnya.
Memberi untuk berkongsi akan kemanisan nilai Islam.
InsyaAllah.Semoga sarawak akan lebih menyinar dengan Islam.Amiin.
As-Sarawaki: Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah. Jom bersama memakai formula fastabikul khairat (berlumba-lumba melakukan kebajikan).. Semoga Allah SWT menerima segala ‘amalan kita. Amiin.
Tahniah akhi dan semua warga YAM Unit Miri. Kesungguhan dan komitmen antum menjadi perangsang kepada kami di Kuching. Syabas dan barakallahu lakum.
As-Sarawaki: Semoga keikhlasan dan kesabaran semua pejuang agama memberi sinar baru kepada kemajuan Islam. Amiin Ya Rabb!