“Jawatankuasa Pelaksana Karnival ‘Amal Merdeka, Yayasan Amal Malaysia”
As-Sarawaki, 16 Ogos 2008: Alhamdulillah atas taufiq dan hidayah Allah untuk terus memberi khidmat dan komitmen dalam usaha pemandaian dan pengupayaan masyarakat. Syukur kepada Allah SWT kerana pada 16 Ogos 2008 Karnival ‘Amal Merdeka 2008 yang merupakan program kebajikan dan kemasyarakatan anjuran Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak Unit Miri telah dirasmikan dengan jayanya bermula dengan program Larian ‘Amal Merdeka (anjuran bersama Persatuan Kebajikan Pekerja Islam Petroleum (PKPIP) dan dengan kerjasama Persatuan Olahraga Amatur Bahagian Miri & Persatuan Bulan Sabit Merah Cabang Miri) serta Derma Darah dan Pemeriksaan Kesihatan Percuma (dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Islam Perubatan (PERKIP) dan Hospital Umum Miri).
[Nota As-Sarawaki: Alhamdulillah, hampir 200 orang peserta mengambil bahagian dalam Larian 'Amal Merdeka ini dan lebih kurang separuh daripadanya adalah dari kalangan bukan Muslim (atau boleh sahaja disebut belum Muslim). Kita sering berteori tentang keperluan fikah interaksi dengan bukan Muslim khususnya di Sarawak Bumi Kenyalang, tetapi apa yang mendukacitakan ia selalunya hanyalah retorika semata-mata yang tidak merealiti. Semoga program sebegini akan terus menjadi sebahagian daripada ikhtiar para jurudakwah dalam menjalankan amanah dakwah. In terms of style swim with the current, but in terms of principle stand like a rock!]
“Majlis Perasmian Karnival ‘Amal Merdeka 2008 & Larian Amal Merdeka”
Sila baca juga catatan-catatan berikut:
1. Ustaz Mohd Razi: http://razzyy.com/peristiwa/larian-amal.html
2. Ustaz Muzaha: http://ceritaabi.blogspot.com/2008/08/larian-amal.html.
Wallahu a’lam bissawab.










[...] 1. Majlis Perasmian Karnival ‘Amal Merdeka 2008 [...]
Saudara Muhtar,
Tahniah di atas penganjuran program Karnival Kemederkaan 2008. Satu usaha yang amat dialu-alukan dan semoga berterusan di masa akan datang. Maaf kerana tidak dapat menghadiri dan menglibatkan diri dalam program tersebut disebab sibuk dengan pelbagai urusan kerja di P.44 dan tugasan parlimen yang mula bersidang. Saya berasa amat gembira dengan perkembangan aktiviti Saudara Muhtar selama ini sejak berada di Miri.
Saudara Lukanisman;
Alhamdulillah dan terima kasih di atas penghargaan yang diberikan. Kamek selalu juak dengar nama kitak dan sekadar melihat dari jauh keaktifan kitak bersama JASA. Di P.44 Permatang Pauh?
Semoga segala kegiatan dan aktiviti yang dianjurkan terus dapat menyemarakkan lagik program-program memandaikan dan membangunkan masyarakat. Mun ada program-program yang boleh kita laksanakan bersama, sila maklum dan kita bincang tindakan dan kerjasama yang boleh dilakukan.
‘Ber’amal Kerana Allah’.