“Kenangan Tahun 6 di SRK Kelapa Sawit No. 5, Subis – Saya Solo Lelaki
”
“Kenangan Bersama Rakan-rakan Sekerja di Belanda – Saya 4 Dari Kanan”
As-Sarawaki, 13 Ogos 2008M / 12 Syaaban 1429H: Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin, mengikut kalendar Masihi, hari ini genaplah usia Muhtar Bin Suhaili 27 tahun mencari dan memberi makna pada kehidupan. Namun sekiranya mengikut kalendar Hijriah bermula 12 Syawal 1401H, sebenarnya usia sudah mencecah 27 tahun dan 10 bulan. Pada usia dua tahun melepasi suku abad ini, diri ini masih terus berikhtiar untuk memanusiakan diri dan berusaha untuk menghayati agama agar menjadi insan cemerlang dunia dan Akhirat. Mudah-mudahan diri ini sentiasa berjiwa besar, bercita-cita jelas dan berfikir sedar sehingga akhir hayat. Insya Allah, agik idup agik berjuang!
Munajat hamba padaMu Ilahi Rabbi: “Ya Ilahi.. Aku telah redha Engkau sebagai Rabbku, Islam sebagai agamaku dan Muhammad SAW sebagai Nabi dan RasulMu. Ya Allah.. Aku berdoa semoga usia, iman, amal, akhlaq, ilmu, ikhlas, hikmah, dakwah, usaha islah dan segala kebaikanku terus seiring sejalan. Terimalah taubatku nan tulus yang lahir dari hati suci yang luhur. Ampunilah dosa-dosa silamku dan terimalah doa-doa kudus suci dari lubuk intuisi jiwa rasa. Ya Ar-Rahman Ar-Rahim, hanya kepadaMu kubawa diri dan aku telah tekadkan di dalam hati nurani yang paling dalam bahawa sesungguhnya kealpaan masa silam ingin kuhindari dan kesilapan yang dulu ingin kutebusi. Ya Allah, berilah aku kekuatan menggenggam padu azam menjejak jalanMu, sinarilah hidupku dengan cahaya Ad-DeenMu, tetapkanlah aku di landasan rahmatMu. Biarpun rintangan kan sedia menanti, akan kurempuh berbekal iman yang teguh. Meskipun cabaran datang silih berganti, insya Allah akan kutempuh berteman iman yang kukuh! Moga hidupku beroleh redhaMu, matiku husnul khatimah dan di Akhirat nanti bertemuMu Yang Esa di Jannatul Firdaus.”
Buat tetamu ziarah yang budiman sekalian… Tolong doakan ke hadrat Allah supaya diri ini diberi olehNya segala kemudahan sewaktu hendak berhijrah ke Alam Barzakh kelak seterusnya aman damai dalam penerusan perjalanan ke Padang Mahsyar. Semoga beroleh SyurgaNya.
Amiin Ya Rabbal ‘Alamin.



Selamat hari lahir. Semoga panjang umur dan sentiasa memperoleh kerahmatan daripada Allah SWT. Ketahuilah dunia ini jambatan emas menghubungkan kita dengan dunia Akhirat. Sesungguhnya yang paling dekat dengan kita adalah kematian dan yang paling jauh adalah masa yang telah berlalu. No one can go back and make new beginning, but you may start from now to make a happy ending. Adikmu sentiasa mendoakanmu…….. Terima kasih atas pengorbanan kepada adik selama ini!……
As-Sarawaki: Mustakim… Semoga terus cemerlang di UPSI dan berbahagia di dalam menempuh Sekolah Kehidupan.
Selamat Hari Lahir… Semoga Panjang Umur dan Murah Rezeki..
As-Sarawaki: Alhamdulillah dan terima kasih Kak Tum. Sama-sama tak sabar menimang cahaya mata…
Selamat hari lahir, panjang umur dengan kebaikan dan ditabahkan hati dalam sekolah kehidupan.
Akhi Muhtar dah menyerlah kepimpinan masa di sekolah rendah lagi… Jd solo nyanyi… Lagu apa ekkk? Fantasia bulan madu?? Sakaratul maut (bila Izrail…)?
As-Sarawaki: Alhamdulillah, syukran atas doa dan semoga ustaz tabah dengan mehnah yang dihadapi buat masa ini. Ana doakan segalanya khair.
Lagu tu tajuknya “Salam Perpisahan”. Masih ingat lagi lirik lagu tersebut:
Salam perpisahan
Kami ucapkan
Bertemu berpisah
Kerinduan…
Perpisahan mungkin berakhir
Maaf zahir batin
Walau di mana kami berada
Kami tak lupa!
semoga panjang umur, akhi muhtar. teruskan menulis dan berjuang demi agama yang takkan tumbang!
As-Sarawaki: Alhamdulillah, semoga kita semua terus istiqamah dalam kebaikan dan kemuliaan. Amiin.
Betul…..teruja rasa nak jadi ‘ummi’…hehehe…baby dah aktif sekarang….so hilang semua rasa seksa n senggara yang dialami masa awal2 pregnant…
Doakan semoga semuanya selamat dan dimudahkan Allah..
Lama sangat rasanya tak jumpa…biasalah ibu mengandung lebih suka relax2 atau gurin2 kalau ada masa terluang …hehehe..
As-Sarawaki: Semoga kita beroleh anak soleh dan solehah. Amiin.
Assalamualaikum wrh bkth, ya Syeikh Muhandis, Semoga panjang umur murah rezeki, istiqamah mantap2 belaka… Allahu Akbar!
As-Sarawaki: Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah dan terima kasih di atas doa. Semoga akhi terus sukses dalam pelajaran dan dakwah. Amiin.
Happy Birthday to my best friend Muhtar Suhaili
As-Sarawaki: Alhamdulillah, syukran akhi. Salah seorang Pengacara Majlis Tilawah Antarabangsa 2008 ialah sahabat baik saya…
8 Ogos lalu, ada kawan menghantar SMS ini kepada saya.
Ingin ku kirim bunga, bunga akan layu…
Ingin ku kirim senyum, takut tak terbalas…
Ingin ku kirim rindu, takut hajat tak kesampaian…
Jadi ku kirimkan doa agar kau dipanjangkan umur dalam kebaikan.
Jadi, saya sampaikan kembali kepada saudara…
As-Sarawaki: Alhamdulillah dan terima kasih Abg Afyan. Rupa-rupanya akhi tua setahun 5 hari daripada ana. Happy belated birthday!