“Bersama Fasilitator Muslimin Kem Eksplorasi Minda Borneo 2008 di KKIA. [Duduk: Mohd Syamirulah, Shazif, Mohd Nazir, Nur Izat, Ahmad Faisol. Berdiri: Syafeeq, Izzul Syazwan, Mohd Afif, Mohd Latiffi, Nasiruddin, Hairul Adhan, Hijaz Ridzwan, Muhtar Suhaili, Azri Bohari, Mohd Izzat, Mohd Shazani]”
As-Sarawaki, 3 Ogos 2008: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT di atas rahmat kasih sayangNya yang tidak terhingga. Tuhan Yang Maha Agung berfirman di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 218: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” Sungguh, wawasan Akhirat melalui prestasi hidup di dunia!
Alhamdulillah, saya baru selamat tiba di rumah setelah berada di Kota Kinabalu, Sabah selama 4 hari dan 4 malam untuk mengisi program Kem Eksplorasi Minda Borneo 2008 anjuran ISAC Studio dan Iluvislam.Com. Program Jaulah Borneo ini adalah program berbentuk motivasi dan tarbiyyah yang terdiri daripada dua fasa iaitu Fasa 1 di Kuching, Sarawak pada 24-29 Julai 2008 di mana Ustaz Hasrizal Abdul Jamil hadir memberi pengisian dan Fasa 2 di Kota Kinabalu, Sabah pada 30 Julai – 3 Ogos 2008 di mana alhamdulillah saya telah dijemput untuk memberi pengisian bersama-sama fasilitator-fasilitator yang terdiri daripada mahasiswa-mahasiswi Malaysia yang kini tengah menuntut di United Kingdom, United States, Ireland, Republik Czech, Perancis, Rusia, Mesir, Malaysia dan Indonesia.
Tahniah dan syabas kepada semua fasilitator selaku penganjur khususnya kepada Pengarah Program, Saudara Azri Bohari (anak jati Sarawak yang menuntut di NUI Galway) di atas inisiatif dan usaha murni kalian! Alhamdulillah melalui program ini, saya turut berkesempatan bertemu rakan-rakan alam maya seperti Saudara Syamirulah, Saudara Isa Azzaki, Saudara Syafeeq, Saudara Shazani dan Saudara Mohd Afif dari Iluvislam.Com. Penghargaan istimewa juga buat Saudara Hairul Adhan, anak tempatan Kota Kinabalu yang menjadi teman perjalanan dan memandu saya ke tempat-tempat program sepanjang berada di Sabah. Semoga Allah SWT menerima segala ‘amalan kita. Amiin Ya Rabb!

“Kem Eksplorasi Minda Borneo 2008 anjuran ISAC Studio dan Iluvislam.Com”
“Bersama Akhi Arif, Akhi Syamirullah, Ustaz Hasrizal dan Akhi Afif [Foto]”
“Alhamdulillah, Kenangan Makan Malam Seafood di Kota Kinabalu”
Alhamdulillah sepanjang minggu ini, saya berkesempatan untuk terlibat sama dalam aktiviti-aktiviti memberi berikut:
1. 28 – 30 Julai 2008 – Nadwah Kepimpinan Pelajar Peringkat Negeri Sarawak
2. 31 Julai 2008 – Pengisian dan perkongsian rasa bersama fasilitator K.E.M. 2008 bertajuk “Menghayati Perasaan-perasaan Islam”
3. 1 Ogos 2008 – Pengisian Ceramah Motivasi di SMK Agama Kota Kinabalu
4. 2 Ogos 2008 (am) – Pengisian Ceramah Motivasi di MRSM Kota Kinabalu
5. 2 Ogos 2008 (pm) – Menghadiri Seminar Serantau Belia BIMP-EAGA: “Islam Dari Perspektif Dakwah dan Pembangunan Serantau” di UMS, Kota Kinabalu
6. 3 Ogos 2008 – Pengisian Ceramah Motivasi di SMK Agama Inanam
Nota: Ceramah Motivasi bertajuk “Hidup Lebih Hidup Dengan Kejayaan”.
Entri-entri berkaitan program K.E.M. Borneo 2008:
1. Kem Eksplorasi Minda Borneo 2008 ~ SaifulIslam.Com
2. Pelajar oh Pelajar! ~ SaifulIslam.Com
3. Biar Jauh Dipisah Benua, di Bumi Borneo Bertemu Jua! ~ Leokid Blog
4. Kami berlari… ~ http://syafeeqridzam.wordpress.com/
5. Cuti Berkualiti??? ~ http://isaazzakizainal.blogspot.com/
6. Report on KEM Borneo, Sarawak ~ http://fatehulkashfia.blogspot.com/
7. Kem Xplorasi Minda08 Borneo ~ http://the-little-potion.blogspot.com/
8. Berjalan, Melihat dan Mentafsir ~ http://imanmuslihah.blogspot.com/
9. KEM 2008: My Perspective ~ http://inijalanku.blogspot.com/
10. Kem Eksplorasi Minda 2008 Borneo ~ iLuvIslam.Com
“Nadwah Kepimpinan Pelajar Islam Peringkat Negeri Sarawak di Miri”
“Ceramah Motivasi Kecemerlangan SPM di SMK Agama Kota Kinabalu”
“Ceramah Motivasi Kecemerlangan SPM di MRSM Kota Kinabalu”
“Ceramah Motivasi Kecemerlangan SPM di SMK Agama Inanam”
Seruan Cemerlang Di 2 Buah Sekolah
Alhamdulillah, sepanjang pengisian-pengisian yang saya sampaikan, saya menyeru kepada para peserta iaitu para pelajar Tingkatan 5 supaya cemerlang di 2 buah sekolah. Remaja berusia 17 tahun ini perlulah menyedari bahawa mereka bukan sahaja perlu cemerlang di Sekolah Menengah masing-masing yakni dengan memperolehi keputusan cemerlang di dalam peperiksaan SPM yang akan mereka duduki pada tahun ini. Apa yang lebih penting dan genting, mereka dan kita semua juga perlu memahami betapa generasi harapan untuk mencemerlangkan bangsa, negara dan agama pada masa akan datang ini turut dituntut supaya cemerlang di dalam Sekolah Kehidupan.
Seterusnya, saya turut mengajak kepada hadirin supaya berusaha keras mengenal potensi diri dan memahami erti hidup. Setiap insan ketika lahir ke dunia mempunyai potensi yang sama untuk cemerlang! Oleh itu, persekitaran didikan yakni suasana pendewasaan pemikiran perlulah diwarnai dengan ikhtiar percambahan sikap positif dan tindakan proaktif. Secara konsklusif, saya mengajak para peserta untuk menjadi insan yang berjiwa besar dan bermula dari hari ini marilah kita bersama-sama ‘membuka kitab bahagia dan menutup buku derita’.
Melalui Bahagian 2 pengisian saya pula, saya telah berkongsi petua dan teknik dengan para peserta melalui teori yang saya namakan sebagai Teori MUKHTAR©. Rahsia kejayaan yang paling penting ialah usaha, usaha dan terus berusaha! Do the best and let Allah does the rest!
Alhamdulillah, mudah-mudahan pengisian-pengisian yang telah disampaikan beserta modul-modul LDK oleh para fasilitator seperti Sharing Moment, IRP = Intensive Revision Program, Study Group dan Mind Mapping akan membantu kecemerlangan para peserta di dalam SPM 2008 dan lebih penting lagi gemilang di dalam Sekolah Kehidupan. Amiin Ya Rabb!
“Jujur Kepada Diri Sendiri”
Alhamdulillah sepanjang berada di Kota Kinabalu, saya juga berkesempatan hadir mewakili Yayasan ‘Amal Malaysia ke program Seminar Serantau Belia BIMP-EAGA “Islam Dari Perspektif Dakwah dan Pembangunan Serantau” anjuran ABIM, JHEAINS, JAKIM, KBS Sabah, UMS, YADIM, MBS, JBS (P) Sabah, WADAH, PPIM, YaPEIM dan USIA bertempat di Universiti Malaysia Sabah. Wakil-wakil badan Islam dari Malaysia, Indonesia dan Filipina telah dijemput membentang kertas kerja di dalam program ini. Antara pembentang kertas kerja ialah Dato’ Dr. Siddiq Fadzil, Dr. Mohd Farid Mohd Shahran, Hj. Ahmad Azam Abdul Rahman, Datuk Harris Mohd Salleh, Dr. Mohammad Noer, Julasri Hajad (Asree Moro), Ir. Nashrullah Chatib, Hj. Salnuri Hj. Yahmin dan Dr. Hj. Kasim Hj. Md. Mansur.
Walaubagaimanapun, disebabkan komitmen di dalam program Kem Eksplorasi Minda, saya cuma berkesempatan mengikuti pembentangan 2 kertas kerja iaitu Kertas Kerja 3 “Gerak Kerja Mutakhir Rantau BIMP-EAGA: Menelusuri Status dan Pencapaian Semasa” oleh Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman, Mantan Presiden ABIM dan Kertas Kerja 4 “Sumbangan Tenaga Kerja BIMP-EAGA Terhadap Pembangunan Ekonomi Malaysia: Perspektif Sejarah dan Membina Masa Depan” oleh Yang Berbahagia Datuk Harris Mohd Salleh, Mantan Ketua Menteri Sabah/ Presiden Yayasan Islam Sabah.
“Datuk Harris Mohd Salleh Di Seminar Serantau Belia BIMP-EAGA, UMS”
“Jujur Kepada Diri Sendiri” yang menjadi tajuk entri ini sebenarnya merupakan kata-kata Datuk Harris ketika ditanya di dalam sesi soal jawab tentang rahsia beliau berjaya dalam politik, perniagaan dan dakwah. Petua ini beliau nyatakan ketika membentangkan dengan amat berterus-terang tentang senario dakwah dan politik Malaysia khususnya di Negeri Sabah Di Bawah Bayu. Semoga kita semua dapat menghayati petua ini: Jujurlah kepada diri sendiri!
Alhamdulillah, di Seminar Serantau Belia ini juga saya berkesempatan bertemu dengan Saudara Julasri Hajad atau nama penanya Asree Moro yang berketurunan Suluk sekaligus membeli buku karangan beliau “TAUSUG dan Kesultanan Sulu”. Bagi mereka yang ingin menyelami rahsia kekuatan Bangsa Tausug dalam mempertahankan aqidah Islam, maruah bangsa dan tanah air mereka dari dirobek oleh bangsa Sepanyol, Amerika Syarikat dan Kerajaan Filipina (sejak 1972) yakni sejarah perjuangan Islam di Selatan Filipina, buku ini perlu anda miliki. Mudah-mudahan kita semua beroleh manfaat darinya. Amiin.
“Promosi Buku: Tausug & Kesultanan Sulu oleh Asree Moro”
Buat akhirnya sebagai peningkat motivasi, marilah kita hayati firman Allah SWT di dalam Surah At-Taubah, ayat 111:
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan Syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.
Wallahu a’la wa a’lam.












Assalamualaikum akhi Muhtar.
Tahniah dengan program sebagus ini di Kota Kinabalu. Program lebih bermakna jika ana dapat menumpang usaha anta… Salam ukhuwwah
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Ustaz Hasrizal yang dihormati,
Alhamdulillah dan syabas atas usaha ustaz untuk terus memberi. Semoga Allah SWT menerima segala ‘amalan kita. Amiin.
[...] Post akhi Muhtar mengenai KEM2008 [...]
Jelas matlamat dan wawasan serta menyalurkan kekuatan ke arah itu. Matlamat dan wawasan secara dasarnya adalah mengabdikan diri kepada Allah dan mencari keredhaannya. Umat Islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baik dari semalam untuk mencapai kejayaan di sekolah kehidupan..
Salam akhi Muhtar,
Alhamdulillah, dapat juga bertemu, sebelum ni baca kat blog je. Ana kagum dengan semangat dakwah akhi, penyampaian menarik! Pengisian akhi tentang Menghayati Perasaan Islam tu masih terngiang-ngiang lagi.
Sayang ana tak dapat ikut ceramah akhi untuk adik-adik f5, ana kena balik KL awal.
Moga kita dapat jumpa lagi, insha Allah.
Salam ukhuwah..:)
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Akhi Syamirulah;
Alhamdulillah dan terima kasih atas penghargaan dan catatan. Selamat maju jaya dalam segala bidang yang diceburi.
Akhi Mustakim;
Alhamdulillah dan terima kasih atas komentar yang diberikan. Semoga terus cemerlang di UPSI.
Akhi Isa Azzaki;
Alhamdulillah, ana seronok juga dapat berjumpa dengan akhi. Insya Allah mudah-mudahan selesai pengajian perubatan dengan cemerlang dan ana dengan segala hormatnya mempelawa Doktor berkhidmat di Bumi Kenyalang.
Fastabikul khairat dan salam ukhuwwah kembali.
Siiru ‘ala barakatillah.
Salam
Tahniah semua atas usaha dan kejayaan.
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Pak Din;
Semoga Allah SWT menerima segala ‘amalan kita. Amiin.
Tetamu ziarah yang budiman;
Jemput baca entri terkini Ustaz Hasrizal: Pelajar oh Pelajar!
Assalamualaikum wbt.
Akhi Muhtar,
InsyaALLAH jika ada kekuatan ini, nak menjemput akhi datang ke Utara pulak tahun depan. Tgk jadual akhi tahun ni penuh dah nampak gaya
makan kat seafood tu yg takleh lupa tu. hehe.
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Akhi Nizam;
Insya Allah, ada masa ditakdirkan kita akan bertemu di Utara. Teringat ketika Group Binding MPP UIAM di Baling, Kedah!
Akhi Syamirulah;
Kenangan mengusik jiwa.
salam..
kmk kenal ktk tok kerana ktk bekas student kolej bujang dolok nak? mun xsilap. maaf mun salah. kmk ex kolej bujang jwk dolok.
terimak kasih buat suma
Salam…
Gembira boleh jumpa kitak.
Harap boleh jumpa gik pada masa yg akan datang.
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Adik Eka;
Auk, kamek ex-Kolej Hj Bujang. Tanjung Lobang daerah mesra.
Akhi Shazani;
Alhamdulillah, kamek pun sama juak. Ukhuwwah fillah selamanya!
salam ya akhi..
masyaalah..tak sangka pula enta link kan pula entry ana yang tak seberapa itu..jazakallah..
apa-apa pun, ana kagum dengan enta semenjak sebelum kita ketemu lagi, akh azri yang beria-ria memperkenalkan enta utk program kami ni..ustaz ana ketika di sekolah menengah dulu pun kalau boleh mahu bertemu enta, tak sangka pula anak muridnya pula yg dapat peluang itu dulu.
terima kasih atas kesudian enta mencurahkan ilmu! semoga dibalas kerahmatan yang melimpah ruah..selamat menyambut kelahiran perhati hati tak lama lagi..patutlah tersenyum lebar sokmo sepanjang program.
wassalam.