“Majlis Pecah Tanah Pembinaan Masjid Baru Niah telah disempurnakan pada Isnin, 21 Julai 2008. Mudah-mudahan masjid ini dibina atas asas TAQWA ya’ni lamasjidun ussisa ‘ala at-TAQWA…”

“Alhamdulillah… PKPIP berjaya memungut derma/ waqaf daripada ahlinya berjumlah RM20,000 untuk pembinaan Masjid Baru Niah”

“Presiden PKPIP, Hj Basar Nasib menyerahkan Mock Cheque kepada Datuk Hj Daud Abdul Rahman (Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam)). RM900 ribu masih diperlukan untuk membiayai pembinaan Masjid Baru Niah ini. Jumlah kos pembinaan = RM2.9 juta!”
“Pelan Lokasi Masjid Baru Niah (No 850, Niah Land, Niah)”
Sila baca entri sebelum ini: Wakaf Masjid Baru Niah… Jom Ber’amal Jariah!
Wallahu a’lam bissawab.




“Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan salat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapa pun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk” (Surah at-Taubah: 18 )
Well done! Jazakumullahu khairaan.
Moga dakwah di Bumi Kenyalang sentiasa subur.
Kirim salam sahabat2. If turun KL, let me know.
Akhi Mohd Syahir;
Mudah-mudahan atas asas TAQWA, bukan kepentingan SIASAH.
Kepada sesiapa yang ingin menyumbang melalui cek atau bank-in, sila masukkan derma atas nama:
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Baru Niah, No. Akaun: 11022010030740 Bank Islam Malaysia Berhad Cawangan Miri.
Semoga Allah menerima segala ‘amal jariah kita. Amiin.
Tahniah. Harap pembinaan masjid dapat disiapkan dan dimakmurkan oleh penduduk setempat.
As-Sarawaki: Mudah-mudahan.
Diharapkan dengan pembangunan masjid mampu menjadi lonjakan utk membentuk Umat Islam Super seterusnya umat yang cemerlang, gemilang dan terbilang bukan sekadar temberang…