[Karnival 'Amal Merdeka 2008 yang Insya Allah akan diadakan pada 16 - 17 Ogos 2008 merupakan program anjuran Yayasan 'Amal Malaysia (Cawangan Sarawak Unit Miri) dengan kerjasama beberapa badan Islam yang lain. Antara program yang akan dilaksanakan termasuklah Larian 'Amal Merdeka, Forum Perdana Ehwal Islam, Forum Remaja Cemerlang, Pemeriksaan Kesihatan, Derma Darah dan Konsert Kesenian Islam yang dinamakan Konsert 'Amal Merdeka.]
[Forum Remaja Sempena Karnival 'Amal Merdeka 2008 (Poster hasil kreativiti Ustaz Ahmad Fauzi). Forum Remaja "Di Mana Kasih, Di Mana Sayang?" ini terbuka kepada semua remaja yang berada di luar sana. Para remaja dan pelajar sekolah yang berminat serta ibubapa yang ingin mendaftarkan anak-anak mereka untuk mengikuti program ini, sila hubungi/ sms penama berikut: Muhtar Suhaili (016-8909717), Ustaz Nik Syazmizi (019-4583994), Ustaz Ahmad Fauzi (016-8164466), Puan Lily Hj. Morni (016-8729208), Ustazah Noresah (013-9421300) atau Ustazah Norafifah (019-3037286). Yuran penyertaan adalah PERCUMA. Remaja Cemerlang, Negara Gemilang, Ummah Terbilang!]
Wallahu a’la wa ‘alam.



[...] Alhamdulillah, Forum Remaja Sempena Karnival ‘Amal Merdeka 2008 yang menggandingkan saya, Ustaz Akhwan Afandi Zulkifli (Moderator Adnin Management & Training Centre) dan Ustaz Ramadhan Fitri Ellias (Perunding Syariah RHB Bank) sebagai ahli panel [...]