“Risalah Maklumat Dan Penerangan Wakaf Pembinaan Masjid Baru Niah”
As-Sarawaki, 1 Julai 2008: Alhamdulillah atas nikmat rasa keimanan! Melalui entri ini diiklankan risalah yang memperincikan tentang cadangan pembinaan Masjid Baru Niah untuk makluman tetamu ziarah yang beriman dan budiman sekalian. (Nota: Niah adalah daerah kelahiran saya). Percaya betapa umat Islam perlu menjadikan kasih sayang dan saling membantu sebagai strateginya, saya dengan ini menyokong penuh inisiatif pembinaan Masjid Baru Niah yang saya rasakan satu keperluan mendesak melihat kepada senario setempat masa kini. Kalau bukan kita, siapa? Kalau bukan sekarang, bila?!
Berikut adalah Surat Permohonan Derma/ Wakaf untuk pembinaan Masjid Baru Niah yang dihantar kepada PKPIP daripada YB Rosey Hj Yunus, ADUN N61 Bekenu mewakili Jawatankuasa Pembinaan Masjid Baru Niah untuk perhatian saudara dan saudari yang dirahmati oleh Allah:
“Surat Memohon Derma/ Wakaf Pembinaan Masjid Baru Niah”
Sesiapa yang berminat merebut peluang keemasan ini dengan memberi sumbangan serta ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman web http://wakafmasjidniah.org/. Semoga Allah merahmati kalian! Amiin.
Daripada Ibn Abbas رضي الله عنه daripada Rasulullah صلى الله عليه و سلم meriwayatkan hadith ini daripada Tuhannya Tabaraka Wa Ta’ala, katanya:
“Sesungguhnya Allah telah menetapkan yang baik dan yang jahat, dan telah menerangkan keduanya itu. Maka barangsiapa yang bercita-cita kepada kebaikan, kemudian ia tidak mengerjakannya – Allah akan mencatat di sisinya satu hasanah (kebaikan) yang sempurna. Dan jika ia melaksanakan, nescaya Allah akan mencatatkan di sisiNya sepuluh hasanah hingga tujuh ratus kali lipat ganda dan hingga sampai beberapa kali ganda banyaknya. Dan jika ia bercita-cita mengerjakan sesuatu kejahatan kemudian tidak dilakukannya, Allah akan mencatatkan di sisiNya satu hasanah yang sempurna. Jika ia meneruskan cita-cita jahat itu dan melakukannya, Allah akan mencatatkan baginya satu kejahatan sahaja.” (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.)
Rasulullah صلى الله عليه و سلم juga dikatakan pernah bersabda:
“Orang yang bermurah hati dekat kepada Allah, dekat kepada manusia dan dekat kepada Syurga. Dan orang yang bermurah hati jauh dari Neraka. Sedangkan orang yang kikir, jauh dari Allah, jauh dari manusia, pun jauh dari Syurga, dan dekat kepada Neraka. Orang jahil yang bersifat pemurah lebih disukai Allah daripada ahli ibadat tetapi kikir.” (Diriwayatkan oleh Tirmidzi.)
Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, sabda Rasulullah صلى الله عليه و سلم:
“Apabila mati anak Adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: sedeqah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan untuknya.” (Diriwayatkan oleh Muslim.)
Jom menderma… Hidup lebih bermakna dengan ’amal jariah!
Wallahu a’lam bissawab.




Masjid yang dibina atas dasar TAQWA insyaAllah akan dimakmurkan oleh orang yg beriman…
“lamasjidon ussisa ‘ala taqwa…”
As-Sarawaki: Mudah-mudahan atas asas TAQWA, bukan kepentingan SIASAH.
Kepada sesiapa yang ingin menyumbang melalui cek atau bank-in,
sila masukkan derma atas nama:
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Baru Niah, No. Akaun: 11022010030740 Bank Islam Malaysia Berhad Cawangan Miri.
Semoga Allah menerima segala ‘amal jariah kita. Amiin.
[...] “Majlis Pecah Tanah Pembinaan Masjid Baru Niah telah disempurnakan pada Isnin, 21 Julai 2008. Sila baca entri sebelum ini: Wakaf Masjid Baru Niah… Jom Ber’amal Jariah!“ [...]
masjid-masjid lain untuk derma ada kat sini – info-jariah.blogspot.com
——————————————————–
info-kesihatan-anda.blogspot.com
our-health-info.blogspot.com