“Sidang Akhbar Mengenai Laporan Polis Terhadap Anwar Ibrahim”
As-Sarawaki, 29 April 2008: Alhamdulillah atas nikmat terjauh dari fitnah! Malaysia sekali lagi akan gempar dengan berita sensasi ini dan secara ringkas, saya mempunyai 2 perspektif mengenainya. Perspektif 1: Memandangkan sistem siasah yang kita ada tidak berjalan atas dasar menegakkan hukum Allah, maka tidak susah bagi mereka yang ‘berani’ untuk membuat laporan fasik! Perspektif 2: Memandangkan ini merupakan kali kedua tuduhan yang sama dikumandangkan selepas huru-hara politik pada tahun 1998, maka pastinya ramai yang ingin ambil tahu kebenaran atau kepalsuan kes berat ini!
[Nota: Entri ini sama sekali bukan tuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim. Na'uzubillahi min zalik. Menurut Islam, seseorang itu tidak boleh menuduh seseorang itu melakukan zina atau liwat melainkan dengan mengemukakan 4 orang saksi yang boleh dipercayai.]
Laporan Polis terhadap Anwar atas dakwaan liwat
28 Jun, 11.53pm - Satu laporan polis telah dibuat terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa telah meliwat seorang pembantunya. Laporan tersebut dibuat oleh mangsa yang berusia 23 tahun di balai polis Jalan Travers jam 6 petang tadi. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman mengesahkan laporan tersebut dibuat.
Difahamkan Anwar telah menemui beberapa pemimpin parti dalam satu mesyuarat tergempar lewat malam ini. PKR telah menghantar SMS mengatakan bahawa polis telah menahan pembantu Anwar, Saiful Bahari petang tadi dan memaksanya membuat laporan polis yang dia diliwat oleh Anwar. Ia menambah, polis dijangka menangkap Anwar tidak lama lagi.
Sila baca lagi di Malaysiakini, Utusan Malaysia, AgendaDaily dan HarakahDaily.
Kenyataan Akhbar Datuk Seri Anwar Ibrahim
29hb Jun 2008, Shah Alam, Malaysia: Laporan polis yang dibuat terhadap saya awal hari ini adalah satu rekaan semata-mata. Saya percaya kita sedang menyaksikan ulangan pendekatan sama yang digunakan terhadap saya seperti pada tahun 1998 apabila tuduhan palsu dibuat dengan paksaan. Nyatalah ini satu tindakan terdesak oleh regim Barisan Nasional untuk menghalang usaha rakyat Malaysia menuju kebebasan, demokrasi dan keadilan.
Laporan palsu ini dirancang oleh pihak-pihak berkepentingan untuk menyerang saya sebagai satu serangan balas terhadap bukti yang saya perolehi mengaitkan Ketua Polis Negara Musa Hasan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan salah laku, termasuk usaha pemalsuan bukti-bukti kes yang melibatkan saya pada tahun 1998-99. Serangan jahat ini tidak akan menghalang saya dari mendedahkan bukti-bukti tersebut kepada awam.
Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bangun menentang kuasa-kuasa menindas yang akan digunakan oleh kerajaan pada hari dan minggu-minggu berikutnya. Kita menjangkakan pihak media, badan kehakiman dan pihak polis akan tunduk di bawah telunjuk serta arahan pemerintah.
Rakan-rakanku rakyat Malaysia – kita telah mengambil langkah berani pada 8hb Mac 2008 untuk mara demi harapan baru untuk kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat. Gerakan rakyat untuk perubahan mesti terus maju dengan segala kekuatan dan keberanian.
ANWAR IBRAHIM
Hayati Firman Allah – Ayat 6 Surah Al-Hujurat
Atas segalanya, saya amat berharap semoga sistem perundangan, eksekutif dan kehakiman serta seluruh rakyat Malaysia sentiasa beringat dengan nasihat Allah سبحانه وتعالى di dalam Surah Al-Hujurat, ayat 6 (yang bermaksud):
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu mengenainya sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan”.
Wallahu a’lam bissawab.

Salam, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.
Betapa hina-dinanya perbuatan manusia terkutuk yang sanggup menabur fitnah/ mereka-reka cerita sedemikian rupa. Hanya golongan yang tidak mempercayai kewujudan balasan hari Akhirat sahaja sanggup membiarkan ruang fikirannya dibolosi iblis/ shaitan untuk memusnahkan orang lain demi kepentingan diri sendiri yang biasanya hanya diamalkan oleh golongan fasik…
-Kita dapat meletak golongan sebegini setaraf dengan golongan yang serendah-rendah akhlak yang ada di muka bumi Allah ini.
Marilah kita jauhi kebiasaan orang fasik/ kafir yang hanya memikirkan dunia saja, atau bahkan hanya untuk isi perutnya saja. Mereka punya slogan, ‘Mengapa memikirkan hari esok, urusan sekarang belum lagi beres. Urusan Akhirat itu urusan nanti.’ Mereka akan menyesal dengan perkataan mereka tersebut pada hari Kiamat. Tapi pengakuan tersebut tidak berguna lagi pada masa itu. Semoga Allah SWT selalu membimbing kita untuk selalu tekun untuk mencari bekal untuk kehidupan kedua di hari akhirat kelak.
Allah berfirman dalam Surah Al-Fajr ayat 21 – 26 iaitu:
-Semoga Allah memelihara DSAI (Abang Anwar: Panggilan kpd DSAI oleh perwakilan pelajar semasa beliau menjadi Menteri Pendidikan dulu).
Wallahu a’lam.
As-Sarawaki: Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih ustaz di atas komentar. Ana mengambil pendekatan tunggu dan lihat dengan disertai husnudz-dzan…
This is the judgement prior to Anwar release in 2004 which related to this issue and might shed some light:
http://www.kehakiman.gov.my/judgment/fc/archive/05-6-2003(W)dato%20hamid.htm
As-Sarawaki: Sekadar perkongsian… Saya cari melalui Google “Saiful Bukhari Azlan” dan saya dipertemukan dengan pautan ke blog Najwan Halimi. Sila baca lebih lanjut di sini: http://riwayathayat.blogspot.com/2008/02/selamat-maju-jaya-saiful.html. Friendster Saiful: http://profiles.friendster.com/saifulbukhari. Blog Saiful Bukhari http://www.mppsaiful15.blogspot.com/ pula telah dibatalkan daripada Blogger. Wallahu a’lam.
Salam…
Bila baca berita tentang keadaan yang berlaku ni… perasaan geram pun ada, meluat pun ada, apatah lagi menyampah… apakah ini (fitnah) budaya orang Melayu???, kalau nak dikatakan tidak… sejarah telah membuktikan dari zaman sebelum Kesultanan Melaka lagi fitnah dijadikan senjata untuk menjatuhkan seseorang…
Kasihan dengan guru-guru di sekolah, macam-macam cara memikirkan bagaimana nak mengatasi masalah disiplin pelajar (budak-budak)… rupa-rupanya masalah disiplin orang-orang tua di luar kelas sana lagi hebat… apatah lagi orang2 politik. Masalah rasuah, masalah rogol, masalah berzina, merompak (cara terhormat), minum minuman keras, hakim songsang, FITNAH dan segala macam sifat mazmumah diamalkan oleh mereka (orang politik) yang tidak bersandarkan kepada Al-Quran dan Sunnah RasulNya.
Kalau dipanjangkan umur dunia ini sehingga sejuta tahun lagipun, orang Melayu tak akan maju sekiranya masalah disiplin di kalangan orang-orang tua tidak dapat ditanggani. Kalau orang muda (mat rempit) di bawa terjun di kutub utara sebagai salah satu cara untuk meredakan mereka, mungkin di kalangan orang-orang tua dicadangkan dibawa terjun di “Bermuda-Triangle” ataupun dijadikan benteng apabila berlaku Tsunami. (Astaghfirullahhalazim).
Apakah ini bala dari Allah kepada bangsa Melayu???????,
Masyarakat Melayu semakin terumbang-ambing di gelanggang dunia. Kini masyarakat Melayu masuk ke era kelemahan dan keruntuhan yang menyeluruh. Masyarakat Melayu yang tidak takut lagi dengan hari pembalasan, hanya mementingkan kemewahan dunia semata dan sanggup melakukan apa saja demi kepentingan perut masing-masing.
Hadith riwayat Abu Daud yang bermaksud:
“Hampir-hampir seluruh umat mengeliling kamu sepertimana orang-orang yang kelaparan mengelilingi hidangan mereka.” Ada yang bertanya, “Apakah itu disebabkan bilangan kita kurang?” Nabi s.a.w menjawab: “Bilangan kamu pada ketika itu ramai tetapi seperti buih. Allah mencabut dalam hati seteru kamu perasaan gerun terhadap kamu dan meletakkan perasaan al-wahn dalam hati kamu.” Ada yang bertanya: “Apa al-wahn itu wahai Rasulullah?” Jawab Baginda: “Cintakan dunia dan bencikan mati.”
* Dicadangkan kepada Kementerian Pelajaran agar mewujudkan satu matapelajaran Fitnah supaya orang yang nak menabur fitnah itu dapat melakukannya sebaik mungkin, tanpa dapat dikesan keraguaannya, jangan jadi macam fitnah yang terdahulu (tahun 1998 ) di mana budak tadika pun dapat mengesan bahawa itu satu fitnah…
As-Sarawaki: Alhamdulillah. Saya terus mentaati firman Allah di dalam Surah Al-Hujurat ayat 6 dalam isu ini. Semoga sesiapa jua yang dituduh dan bersalah mendapat balasannya dan semoga juga semua yang dituduh tetapi tidak bersalah dibersihkan namanya, tidak kira siapapun dia…
Sekadar makluman…
Laporan Polis yang dibuat pada 28 Jun 2008, 5.45 PM oleh Mohd Saiful Bukhari bin Azlan (No. Kad Pengenalan: 850706-01-5687):
Sumber: Blog Rocky’s Bru.
sungguh menjelikkan budaya politik begini.
As-Sarawaki: Semoga ini bukan Kafkaesque.
Assalamualaikum wbt.
Untuk renungan bersama. Semoga ianya bermanfaat kepada kita semua, Insya Allah.
Pijakan Seorang Muslim di Tengah Gelombang Fitnah
Jum’at, 04-04-2008, 10:26am
Pertanyaan:
Derasnya gelombang fitnah yang melanda kaum Muslimin saat ini membuat sekian banyak kebingungan di tengah ummat dan bahkan terbawa oleh arus fitnah tersebut. Sehingga wajarlah kalau timbul berbagai macam kerusakan dan menambah volume fitnah. Terangkan bagaimana sikap seorang Muslim dalam syari’at Islam dalam menghadapi fitnah!.
Jawab:
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman dalam Al-Qur’an Al-Karim
وَالتَّقُوْا فِتْنَةً لاَتُصِيْبَنَّ الذِّيْنَ ظَلَمُوْا مِنْكُمْ خَاصَّةً
“Takutlah kalian kepada fitnah yang tidak hanya menimpa orang-orang yang zholim diantara kalian secara khusus”. (QS. Al-Anfal: 25).
Ayat ini merupakan pokok penjelasan dalam fitnah. Karena itu Imam Al-Bukhary dalam shohihnya memulai Kitabul Fitan (kitab Penjelasan fitnah-fitnah) dengan penyebutan ayat ini.
Firman Allah Ta’ala : “Takutlah kalian kepada fitnah…” ini menunjukkan wajibnya atas seorang Muslim untuk berhati-hati menghadapi fitnah dan menjauhinya dan tentunya seseorang tidak bisa menjauhi fitnah itu kecuali dengan mengetahui dua perkara:
1) Apa-apa saja yang dianggap fitnah di dalam syari’at Islam.
2) Pijakan, cara atau langkah dalam meredam atau menjauhi fitnah tersebut.
Kemudian Ibnu Katsir –rahimahullahu- dalam menafsirkan ayat ini, beliau berkata : “Ayat ini walaupun merupakan pembicaraan yang ditujukan kepada para shahabat Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa alihi wa sallam, akan tetapi ayat ini berlaku umum pada setiap Muslim karena Nabi shollallahu ‘alaihi wa alihi wa sallam mentahdzir (memperingatkan) dari fitnah”.
Kalimat fitnah dalam konteks ayat, datang dalam bentuk nakirah sehingga mempunyai makna yang umum menyangkut segala sesuatu yang merupakan fitnah bagi manusia.
Imam Al-Alusy ketika menafsirkan kalimat fitnah dalam ayat ini, beliau berkata : “Fitnah ditafsirkan (oleh para ‘ulama salaf) dengan beberapa perkara, di antaranya Mudahanah dalam amar ma’ruf dan nahi mungkar, dan di antaranya perselisihan dan perpecahan, dan di antaranya meninggalkan pengingkaran terhadap bid’ah-bid’ah yang muncul dan lain-lainnya”. Kemudian beliau berkata: “Setiap makna tergantung dari konsekwensi keadaannya”.
Dan dikatakan di dalam ayat “takutlah kalian …” ini menunjukkan bahwa fitnah itu buta dan tuli tidak pandang bulu dan dapat menimpa siapa saja. Berkata Imam Asy-Syaukany dalam tafsirnya: ”Yaitu takutlah kalian kepada fitnah yang melampaui orang-orang yang zholim sehingga menimpa orang sholih dan orang tholih (tidak sholih) dan timpahan fitnah itu tidak khusus bagi orang yang langsung berbuat kezholiman tersebut di antara kalian”.
Al-Ustadz Abu Muhammahd Dzulqarnain
Sources: An-Nashihah
As-Sarawaki: Wa’laikummussalam warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah dan terima kasih Hjh Fatimah di atas maklumat yang dikongsikan. Ya Allah, irhamna wa’fuanna waghfirlana dzunubana!
Kita tunggu tilam Saiful di mahkamah!
As-Sarawaki: Yang pasti, Buku Amalan kita semua akan dibentang di Mahsyar sana! Ketika mulut dikunci dan tangan berbicara, kaki menjadi saksi…
Nik Nazmi, bekas staff Anwar Ibrahim (Saiful Bukhari ambil alih jawatan Nik Nazmi selepas PRU ke-12) menyebut:
“Saya kenal Anwar. Hampir dua tahun menjadi stafnya membuatkan saya mengenalinya dengan cukup dekat. Kredibiliti akhlaknya memang tidak boleh dipertikaikan.
Dari tadi kami di Quality Hotel bersama ribuan rakyat. Dulu disangkakan igauan ngeri sedekad lalu tidak akan berulang, tetapi bila ia mendatang ia hanya memerkuatkan tekad menyempurnakan perjuangan yang belum selesai untuk melakar harapan baru untuk Malaysia.”
http://www.niknazmi.com/wordpress/?p=853
Dalam entri tersebut, Yuzaidi Yusoff komen:
“IF the allegation is not true, I pray to the Almighty that it is not true, how can PKR be so stupid, so naive, and too trustworthy to allow someone, initially a volunteer, without a proper, thorough and complete check on the individual’s background before making him Anwar’s aide. PKR should have know better that BN and its machinery within the government can and WILL take the opportunity on one single and small mistake that he or PKR makes. Now, instead of thinking and planning to move forward for the country, we have to be bogged down with this unnecessary episode and issue. One step forward and two steps backwards! Someone within PKR must be held responsible for this major major mistake. Rakyat cannot go through this tiring journey all over again. Please!”
Confused!!!
As-Sarawaki: Saya lebih tertarik dengan entri YB Nik Nazmi: Bahaya Fitnah.
Assalamualaikum wbt.
Kepada sesiapa di luar sana, fikir2kan lah.
Masya Allah…
Lidah Tergamam Apabila Tangan Bertutur
Kehidupan di dunia ibarat sebuah madrasah pengajian, segala ilmu diajar untuk memberi peluang kepada manusia bagi melengkapkan perbendaharaan ilmu masing-masing. Allah SWT menyediakan tenaga pengajar yg cukup mahir terdiri daripada para anbiya dan juga rasul a.s dan kemudiannya disambung pula tugas mulia itu oleh para ulama sehingga kiamat.
Justeru Tuhan telah melengkapkan segala keperluan untuk manusia melepaskan diri dari kejahilan, sehingga tidak seorang pun didataran Mashyar kelak boleh berdalih untuk menyatakan bahawa tidak ada kemudahan untuk menimba ilmu, dan tidak mungkin dapat menafikan bahawa para rasul telah melaksanakan tugasnya dengan sempurna, kerana setiap rasul itu memiliki sifat tabligh yakni menyampaikan setiap wahyu yang dikurniakan oleh Allah SWT.
Para rasul sudah menyediakan garis panduan yg selengkapnya, dan menunjukkan jalan-jalan lurus dan selamat yg mesti dilalui oleh manusia. Setelah dibentangkan dihadapan mereka jalan yg lurus, para rasul juga memberikan beberapa amaran adanya bahaya jalan yg berliku dan bersimpang-siur itu agar manusia waspada kerana jalan yg bersimpang-siur itu boleh menyebabkan manusia tersesat jalan.
Firman Allah SWT didalam surah al-An’aam ayat 153 yang bermaksud; “Dan bahawa inilah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia dan janganlah kamu tempuhi jalan yang lain, kerana jalan yang bersimpang-siur itu akan mencerai-beraikan (menyesatkan)kamu dari jalan–Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertaqwa.”
Setelah dibentangkan dihadapan mereka jalan yg lurus andainya masih ada juga yg menyimpang ke jalan yg membawa mereka ke arah kesesatan, tiada siapa yang patut dipersalahkan , kecuali mereka patut menyalahkan diri sendiri serta mengakui bahawa mereka tidak mematuhi setiap petunjuk arah yang telah disediakan di sepanjang jalan itu.
Ketika manusia terdampar didataran Mashyar jutaan tahun (menurut ukuran masa dunia), dikala mengharungi kesengsaraan yg amat dashyat, ramai dikalangan penghuni Mashyar yg terkenangkan kampung halaman. Mereka menyesali diri kerana memandang sepi seruan para Rasul dahulu. dan bersikap dingin keraan seruan dakwah oleh para ulama terhadap para penyeru ke jalan Allah.
Setelah mereka menyaksikan setiap perkara di Mashyar teringatlah dia kebenaran hari Qiamat yg diberitahu oleh para Rasul dahulu.Dalam ratapan ahli Mashyar, merintih merayu kepada tuhan agar memberi peluang mereka kembali ke dunia walau sejenak untuk memperbaiki keimanan dan melakukan amal soleh, seperti yang digambarkan didalam Al-Quran surah As-Sajadah ayat 12; yang bermaksud…
“Dan (alangkah ngerinya ) jika sekiranya kamu melihat orang-oranng yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, mereka berkata:Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar , maka kembalikanlah kami (ke dunia),kami akan mengerjakan amal soleh , sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin”.
Kesedaran yg terlewat hanyalah penyesalan yang tidak berfaedah, kerana planet bumi untuk tempat kembali seperti yg dirayu oleh ahli Mashyar itu sudah hancur. Manusia ingin pulang ke dunia, tetapi tidakkah mereka datang dari dunia? Apakah yang menyebabkan mereka abai terhadap kesempatan yang tuhan berikan untuk hidup didunia dahulu?
Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud: “Dihari akhirat Tuhan akan bertanya kepada setiap manusia :Hai manusia, bukankah Aku telah kurniakan kepada engkau kemeriahan masa remaja? Untuk apakah kamu habiskan masa remajamu? Tidakkah Aku telah kurniakan umur yang panjang? Untuk apa umurmu itu kamu pergunakan? Bukankah telah Aku kurniakan rezeki yang melimpah? Tetapi untuk apa kamu habiskan harta itu? Bukankah Aku telah berikan kamu ilmu? Tetapi untuk apa ilmu itu kamu gunakan.”
Empat soalan penting yg dikemukakan oleh Allah SWT di akhirat ialah yg pertamanya mengenai alam remaja, suatu lembaran hidup selepas bermulanya taflik syarak. Tuhan tidak menanyakan seseorang tentang alam kanak-kanak kerana usia kanak-kanak belum diberi beban atau tanggungjawab memikul suruhan dan larangan yg terkandung di dalam syariat.
Alam remaja merupakan zaman kejutan kepada suatu perubahan emosi, saat remaja mulai terdedah dengan persoalan kejantinaan. Suatu cabaran baru mengenai panduan, kawalan dan kejayaan dalam menghadapi masa remaja bergantung kepada sejauh mana kefahaman supaya mampu mengendalikan kehidupan yang lurus.
Runtunan masa remaja akan menjadi asas yang kukuh untuk menghadapi cabaran usia yang berikutnya, tetapi kegagalannya akan menjadi titik hitam yang merumitkan, terutama ketika menyediakan jawapan terhadap soalan yang bakal dikemukakan oleh Allah SWT dihari Mashyar kelak.
Apabila menempuh usia dewasa dan hari tua , bererti Tuhan telah mengurniakan umur yg panjang. Mengharungi kehidupan yg panjang bererti lebih banyak peranan yang harus di pikul. Sebagai individu insan, berbagai kelengkapan perlu disediakan, iaitu iman yg berasaskan ilmu wahyu, amal soleh merupakan buah kepada ilmu.
Sebagai ketua keluarga dia adalah ‘murabbi’, yang memikul peranan dan tanggungjawab memimpin rumahtangga , mengasuh keluarga dengan didikan berasas ketaqwaan. Sebagai anggota masyarakat, dia mempunyai peranan sebagai pemimpin yang mengajak manusia ke arah mematuhi ajaran Islam, atau menjadi manusia yang sedia dipimpin dalam suatu wadah perjuangan Islam. Terlaksanakah semua beban kewajipan itu?
Selain itu, Tuhan menjanjikan rezeki kepada setiap hamba-Nya yang diciptakan dimuka bumi ini. Manusia yg mempunyai peranan sebagai khalifah, adalah makhluk istimewa yg dikurniakan berbagai kekayaan dunia, samada kekayaan yg terpendam diperut bumi, kekayaan dilautan, kekayaan didaratan dan juga kekayaan di udara.
Tetapi semua itu hanyalah merupakan alat-alat yg mesti dipergunakan untuk melakukan ketaatan kepada Allah SWT. Bagaimana cara mendapatkan kekayaan harta tersebut, samada dgn cara betul dan halal atau cara yg terlarang. Untuk apa pula dipergunakan harta yg melimpah ruah, adakah utk menjadi penghimpun kekayaan dan lupa daratan seperti Qarun, samada Qarun klasik atau Qarun moden.
Segala yg bersangkutan dengan harta kekayaan Allah kurniakan itu, adalah diantara soalan yg mesti dijawab didataran Mashyar kelak. Harta halal yang terhimpun banyak, akan melambatkan seseorang masuk syurga sebaliknya harta yang diperoleh dengan cara haram, akan menjadi api pembakar untuk dirinya sendiri didalam neraka (wal iyazu billah).
Persoalan keempat di dalam hadith Nabi s.a.w itu ialah mengenai ilmu. Tuhan bertanya `Bukankah Aku telah kurniakan engkau ilmu? Bagaimanakah ilmu itu dimanfaatkan’?
Sesungguhnya Allah SWT menjadikan manusia sebagai makhluk istimewa mengatasi makhluk yang lain hatta malaikat sekalipun, tidak lain kerana manusia dikurniakan ilmu pengetahuan. Justeru itu manusia adalah makhluk sejak dari manusia pertama iaitu Adam a.s.
Firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 31; ”Dan Dia mengajarkan kepada Adam (ilmu) nama-nama (benda)seluruhnya, kemudian mengemukakan kepada Malaikat lalu berfirman “Sebutkanlah kepada–Ku nama benda–benda itu jika kamu memang dari golongan yang benar”.
Ternyata cabaran Allah SWT terhadap para Malaikat tentang kelebihan ilmu pengetahuan yang dikurniakan kepada Nabi Adam a.s itu tidak dapat disahut oleh Malaikat, sebagaimana pengakuan Malaikat yang dinyatakan oleh Al-Quran surah al-Baqarah ayat 32; yang bermaksud.
“Mereka menjawab :Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Bijaksana”.
Allah SWT mengiktiraf orang-orang yang berilmu kerana dengan ilmu itu Allah telah mengangkatnya ke satu martabat yang tinggi, sebagaimana firman Allah didalam surah Al-Mujaadilah ayat 11; yang bermaksud…
‘Nescaya Allah akan meninggikan darjat orang-orang yang beriman diantaramu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat”.
Di samping itu,Allah SWT juga menyifatkan orang yang jahil itu sebagai seteru-Nya seperti yang di perjelaskan oleh sebuah hadith Rasulullah s.a.w; yang bermaksud.
“Orang alim itu adalah kekasih Allah sekalipun dia fasiq, sementara orang yang jahil itu adalah seteru Allah meskipun dia seorang ‘abid’.”
Meskipun demikian Tuhan akan persoalkan juga tentang ilmu yg di kurniakan oleh Allah SWT terhadap hamba-Nya, kerana ilmu juga boleh digunakan untuk kebaikan yang memberi manfaat dan mengangkat darjat manusia . Sebaliknya ilmu juga boleh disalah gunakan, hingga mendatangkan malapetaka dan kebinasaan terhadap manusia sendiri. Terlalu banyak contoh manusia binasa oleh ilmu.
Demikianlah diantara beberapa perkara yang akan ditanya oleh Allah SWT di hari Mashyar kelak, malah perilaku dan amalan baik atau sebaliknya tidak akan terkecuali walau sedikitpun.
Firman Allah SWT didalam surah Al-Hijr ayat 92-93 yang bermaksud;
“Maka demi Tuhanmu Kami pasti akan menyoal mereka semuanya tentang apa yang telah mereka kerjakan dulu.”
Soalan dihari Mashyar bukanlah soalan bertaraf ijazah yang bagaimana sulit pun pasti akan dijawab oleh mereka yang menguasai ilmu.
Sesungguhnya soalan di dataran Mashyar tidak akan terjawab oleh lidah, lantaran itu lidah yang petah tidak mendatangkan manfaat lagi. Sebaliknya yang bakal menjawab adalah setiap indera , iaitu tangan-tangan mereka , sementara kaki pula akan menjadi saksi bagi mengesahkan pengakuan yang telah mereka lakukan.
Firman Allah SWT didalam surah Yasin ayat 65; yang bermaksud; “Pada hari Kami tutup mulut mereka, dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksian kaki-kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan.”
Sesungguhnya tergamamlah lidah apabila tangan dan anggota lain saling membuat pengakuan terhadap berbagai dosa yang telah dilakukan semasa di dunia dahulu.
Sources: Blog entri Hamba Allah (mohon sejuta kemaafan untuk tujuan rujukan bersama).
As-Sarawaki: Bahana Al-Wahn: Cinta dunia dan takutkan mati…
Kepala-kepala akhbar lagilah suka. Naik lagi jualan mereka.
As-Sarawaki: Nilai Taqwa versus Nilai Komersial.
Masya Allah!
sape2 yang buat komplot jht tue… berani tuduh, berani buat, berani le tanggung! belum pun sempat kat akhirat/ depan Allah nanti, harap2nya Allah tunjuk kat dunia lagi..jd pengajaran pd diri+others jg.
tak takut ke, diorang tue… tuduh sedap2 mulut/ tangan je… dah le xbw saksi..
yang benar akan tersingkap, yang salah juga akan tersingkap!! tunggu, masanya tetap + pasti tiba!!
ya Allah… Engkau bantulah para pejuang agama-Mu…
As-Sarawaki: Semoga kita semua tidak terlalu emosional lantas dengan mudahnya menjadi hakim. Sila baca artikel tentang Pandangan Islam Tuduhan Anwar Liwat »». Allah Maha Tahu dan semoga kebenaran akan terzahir seadilnya. Kita doakan segalanya khair. Rabbana-ghfir lana wa li ‘ikhwani nalladzina sabaquna bil imani wa la taj’al fi qulubina ghillal-lilladzina amanu. Rabbana innaka ra’ufur Rahiim. Amiin!
Menarik, dipetik dari YahooGroups [myMasjid.net.my]:
Apalah National Monument pun tak tahu…
Tentu sekali anda pernah melihat iklan NST yang sedang disiarkan di kaca TV sekarang. Menceritakan faedah seorang pelajar yang tahu berbahasa Inggeris sehingga dapat membantu seorang pelancong menunjukkan jalan yang betul ke National Monument.
Bayangkanlah… Jika iklan tu menunjukkan seorang pelajar yang sedang membaca senaskah terjemahan Al-Quran. Kemudian beliau di’perli’ oleh rakan-rakan lain seperti iklan yang asal. Tiba-tiba datang seseorang bertanya tentang jalan menuju ke Syurga.
Anda tahukah jalan menuju ke Syurga?
“You go straight, don’t kona kona..”
“Itulah.. Jalan ke Syurga pun tak tahu, lain kali kajilah Al-Quran…”
Mudah-mudahan Tuhan mengampunkan kita yang terlalai.
Wallahu a’lam.
As-Sarawaki: Alangkah baiknya juga kalau iklan ringtone lagu “Makhluk Tuhan Paling Seksi” di TV diolah menjadi “Makhluk Tuhan Paling Solehah”…
Assalamualaikum wbt.
Marilah bermuhasabah diri… Peringatan yang selalu diulang-ulang, tapi masih ramai yang melakukannya.
FITNAH ADALAH HARAM DAN TERMASUK DALAM DOSA BESAR
MARILAH kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dalam melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertaqwa dan beriman serta selamat di dunia dan di akhirat.
Bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana telah melimpahkan nikmat yang tidak terkira banyaknya kepada kita. Di antara nikmat yang utama yang dikurniakan Allah Subhanahu Wata’ala kepada hamba-Nya ialah lidah. Lidah mempunyai kebaikan dan manfaat yang amat banyak, bagi mereka yang menjaga dan menggunakannya ke arah tujuan yang sebenar seperti berzikir kepada Allah Subhanahu Wata’ala, membaca Al-Qur’an, berdakwah menyeru manusia ke arah mentaati perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya dan memberi nasihat serta teguran yang berguna kepada sesama manusia. Sesungguhnya lidah itu merupakan nikmat yang amat berharga kerana itu kita hendaklah menjaga dengan sebaik-baiknya, jangan sampai disalahgunakan seperti membuat fitnah.
Namun dalam era kemajuan sains dan teknologi ini, manusia bukan sahaja menyebar fitnah menggunakan lisan, tetapi juga melalui kecanggihan teknologi maklumat, sama ada melalui media cetak mahupun media elektronik. Tujuan kemudahan itu dicipta untuk memudahkan kita melihat, mendengar dan menyebarkan apa jua berita dan maklumat tentang keadaan yang berlaku di sekeliling kita, sama ada apa yang berlaku di dalam negeri mahupun di luar negeri. Oleh itu kita hendaklah menggunakan kemudahan-kemudahan tersebut dengan baik dan bijaksana. Namun apa yang membimbangkan pada masa ini terdapat segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan menyalahgunakannya untuk menyebarkan berita-berita yang tidak benar, khabar-khabar angin apatah lagi yang mengandungi unsur-unsur fitnah.
Kita perlu mengetahui bahawa fitnah itu adalah satu perkara yang buruk dan boleh menjejaskan maruah seseorang. Fitnah ialah tuduhan, khabar, kisah dan lain-lain yang diadakan atau dibuat-buat untuk memburukkan atau membencanakan seseorang dan memfitnah pula ialah membuat fitnah dan mengada-adakan sesuatu untuk memburuk-burukkan atau membencanakan sesuatu pihak yang dilakukan sama ada dengan perkataan atau tulisan atau isyarat dan gerak-geri dan sebagainya, sama ada perkara itu sememangnya suatu keaiban atau kekurangan mahupun bukan. Orang yang membuat fitnah itu dikatakan juga sebagai orang yang membawa mulut atau mengadu domba.
Adapun perbuatan fitnah itu hukumnya adalah haram dan termasuk dalam perkara dosa-dosa besar. Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al-Qalam ayat 10 – 11 tafsirnya:
“Dan janganlah kamu menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina, yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan.”
Diriwayatkan daripada Khuzaifah Radiallahuanhu, beliau mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya:
“Tidak masuk syurga orang yang suka memfitnah (mengadu domba).” (Hadis riwayat Imam Muslim).
Daripada dalil-dalil tersebut jelas menunjukkan bahawa fitnah itu adalah suatu perkara yang sangat dilarang dan perlu dijauhi. Oleh yang demikian, kita hendaklah memelihara diri dan keluarga kita dari perbuatan menabur fitnah. Maka apabila disampaikan kepada kita suatu berita yang memburuk-burukkan orang lain, maka kita hendaklah memelihara diri kita daripada mendengarnya dan menghebah-hebahkannya kepada orang lain.
Memang tidak dapat dinafikan dalam kehidupan kita berkeluarga, berjiran dan bermasyarakat, sememangnya kita tidak dapat mengelakkan diri dari mendengar berita-berita atau cerita-cerita yang diperbualkan ketika bertemu, sama ada ketika berada di majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan, majlis kenduri atau di kedai-kedai kopi dan sebagainya. Dalam hal sedemikian, jika kita mendengar perbualan yang boleh mendatangkan dosa seperti cerita yang direka-reka, memburuk-burukkan orang lain, memfitnah dan sebagainya, maka kita hendaklah berusaha mengelakkan diri daripadanya, seperti tidak membenarkan atau mempercayai apa yang disampaikan itu, kerana orang yang membawa fitnah itu adalah termasuk dalam golongan orang-orang yang fasiq dan berita yang dibawa oleh mereka itu tidak boleh dipercayai.
Selain itu, kita sepatutnya melarang orang yang membawa fitnah itu daripada meneruskan perbuatannya dan menasihatinya serta menerangkan kepadanya bahawa perbuatannya itu adalah salah di sisi agama. Janganlah pula cerita yang disampaikan oleh orang yang memfitnah itu membuatkan kita terdorong untuk menyelidiki dan mencari-cari sama ada ianya benar atau sebaliknya. Allah Subhanahu Wata’ala berfirman dalam Surah Al-Hujuraat, ayat 12 tafsirnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.”
Ketahuilah bahawa tidak ada orang yang suka dirinya diperkatakan atau menjadi bahan cerita orang, apatah lagi cerita itu tidak berasas, tidak benar dan hanyalah fitnah semata-mata. Maka jika mendengar sesuatu cerita, berita atau khabar-khabar angin, yang mana cerita, berita atau khabar-khabar angin itu boleh menyebabkan hati orang yang dijadikan bahan cerita itu tidak tenteram, mencemar maruah dirinya dan sebagainya, maka hendaklah orang yang mendengar cerita, berita atau khabar-khabar angin itu tidak menceritakan atau memanjang-manjangka n lagi apa yang telah diceritakan kepadanya. Sebagaimana kita tidak suka diri kita diperkatakan orang, sepatutnya kita tidak juga memperkatakan tentang orang lain.
Jika difikirkan apakah kebaikan yang boleh diperolehi daripada perbuatan-perbuatan sedemikian? Ianya tidak lain hanyalah menggembirakan orang yang berhati busuk. Sedangkan sebenarnya mereka itu telah terpedaya oleh syaitan sehingga pandangan mereka menjadi kabur, lalu merasakan apa yang mereka lakukan seolah-olah tidak salah, tetapi sebenarnya adalah buruk dan berdosa besar. Perkara ini bukan sahaja dilarang oleh agama Islam, bahkan undang-undang dalam bernegara juga menegahnya dan boleh diambil tindakan, lebih-lebih lagi jika fitnah itu boleh menggugat keselamatan dan keharmonian dalam beragama, bermasyarakat dan bernegara. Begitu juga dengan perbuatan mereka-reka dan menyebar khabar angin, baik dilakukan secara individu atau kumpulan yang bertujuan untuk memfitnah atau mengaibkan maruah atau martabat mana-mana pihak. Maka dalam hal ini, perbuatan tersebut akan diambil tindakan oleh pihak-pihak yang berkenaan sebagai langkah dalam memastikan keharmonian dan ketenteraman awam.
Sebagai bahan renungan, pernah berlaku suatu peristiwa di zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, yang lebih dikenal dalam kitab-kitab Sirah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai hadisul ifki bilamana terjadinya fitnah ke atas isteri Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam iaitu Sayidatina ‘Aisyah Radiallahuanha.
Dalam peristiwa tersebut, Sayidatina ‘Aisyah Radiallahuanha telah difitnah oleh orang-orang munafik yang diketuai oleh Abdullah bin Ubai bin Salul dan beberapa orang di kalangan Muslimin telah terpengaruh dengan cerita fitnah yang disebarkan itu. Mereka menabur fitnah mengatakan bahawa Sayidatina ‘Aisyah Radiallahuanha telah berlaku curang atau membuat hubungan sulit dengan seorang sahabat yang terkenal jujur dan amanah iaitu Safwan bin Muaatal. Akhirnya Allah Subhanahu Wata’ala menurunkan ayat 11 – 20, Surah An Nuur sebagai penjelasan bersihnya Sayidatina ‘Aisyah Radiallahuanha di atas fitnah yang dilemparkan ke atasnya.
Allah Subhanahu Wata’ala berfirman dalam ayat 19, Surah An Nuur tafsirnya:
“Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebahnya tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan ingatlah Allah mengetahui segala perkara sedang kamu tidak mengetahui yang demikian.”
Membuat fitnah itu dipandang berat dan dilarang oleh agama Islam, sebab ia boleh menimbulkan permusuhan dan permusuhan pula boleh menimbulkan kepada perpecahan dan huru-hara. Fitnah adalah tuduhan yang tidak benar dan tidak berasas dan perbuatan itu mendatangkan azab di akhirat kelak. Ingatlah! Bahawa semua anggota tubuh badan termasuk lidah akan menjadi saksi di depan penghakiman Allah Subhanahu Wata’ala pada Hari Kiamat.
Akhirnya peliharalah diri kita dari perbuatan fitnah dan menaburnya. Didiklah diri kita, keluarga kita dan masyarakat dengan saling menasihati dan tegur-menegur terhadap perbuatan yang membawa kepada dosa dan maksiat, apatah lagi membawa kepada dosa-dosa besar seperti membuat dan menabur fitnah. Semoga dengan amalan sedemikian, kita dapat menikmati kehidupan yang aman tenteram dan sentiasa mendapat petunjuk, hidayah dan berkat dari Allah Subhanahu Wata’ala jua. Amin Ya Rabbal’alamin.
Firman Allah Subahanhu Wata’ala dalam Surah Al- Baqarah ayat 191, tafsirnya:
“Dan ingatlah bahawa angkara fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan.”
Source: Cahaya Nur Iman (Mohon kemaafan, untuk renungan bersama.)
As-Sarawaki: Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Hjh Fatimah atas komentar yang ke-3 dalam entri ini. Peringatan yang panjang-panjang sampai boleh dibuat entri…
Assalamualaikum wbt.
Renung2kan lah. Insya Allah…
Fitnah dan Berburuk Sangka
FENOMENA fitnah dan khabar angin sering digunakan dalam menyebarkan maklumat yang tidak benar. Mereka menggunakan kemudahan canggih ini untuk melaga-lagakan sesama manusia sehingga yang bersahabat menjadi musuh, suami isteri bercerai gara-gara e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS), surat layang, internet dan seumpamanya.
Islam melarang keras perbuatan fitnah dan menyebar khabar angin dan golongan penyebar maklumat palsu itu dijanjikan Allah dengan balasan azab yang amat pedih.
Rasulullah SAW pula bersabda dalam sebuah hadis bermaksud: “Awasilah diri kamu dari berburuk sangka kerana perbuatan itu adalah satu pembohongan besar. Jangan mencari berita buruk, berhasad dengki, bermasam muka dan marah, sebaliknya jadikanlah diri kamu semua bersaudara-mara. (Riwayat Bukhori & Muslim)
Rasulullah mengingatkan kita agar sentiasa menjauhi diri daripada terjerumus dalam perbuatan keji yang dinyatakan dalam hadis tersebut. Sesungguhnya impak daripada perbuatan keji itulah yang membawa berlakunya budaya penyebaran surat layang dan fitnah memfitnah.
Perbuatan bersangka buruk terhadap orang lain sebenarnya timbul daripada perasaan tidak berpuas hati dan dengki khianat atas sebab tertentu. Perbuatan sebegini melambangkan betapa rendahnya moral pelaku yang sanggup menghancurkan maruah orang lain dengan menolak segala pertimbangan dan rasional akal dianugerahkan Allah kerana diri dikuasai nafsu marah dan dengki khianat berpanjangan.
Jika sesuatu tuduhan itu ada kebenarannya, orang yang mengambil kesempatan berbuat demikian perlu mengadakan bukti kukuh dan munasabah bagi membuktikan kebenarannya, bukan dengan mencantumkan cerita dibawa daripada mulut ke mulut dan dijadikan modal untuk menyebarkan prasangka buruk, tuduhan palsu dan negatif kepada seseorang individu.
Akibat perbuatan sebegitu, sudah pasti perasaan dendam akan terus berpanjangan di antara yang menuduh dan yang kena tuduh, masing-masing ingin membuktikan tuduhan dibuat adalah benar.
Allah Taala berfirman bermaksud: “ Wahai orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik yang membawa berita maka periksalah dengan teliti kebenarannya agar kamu tidak menimpakan musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesali perbuatan kamu itu.”(Surah al-Hujurat, ayat 6)
Islam juga amat melarang umatnya dari perasaan suka mengorek rahsia orang lain. Peribahasa Melayu ada menyebut, jangan jaga tepi kain orang. Tetapi, dalam beberapa hal membabitkan kebatilan dan perkara sumbang dalam masyarakat yang mengundang kemudaratan kepada ajaran agama, maka dibolehkan berbuat demikian dengan tujuan menegahnya agar tidak terus menular dalam hidup bermasyarakat.
Apa yang berlaku dalam masyarakat hari ini, perbuatan mencari rahsia orang lain bukan bertujuan untuk menegahnya dari berlakunya perkara sumbang, tetapi bertujuan mendapatkan mesej tertentu mengenai peribadi seseorang dan kemudiannya dijadikan umpan sebagai alat membalas dendam kepada orang berkenaan.
Islam sendiri menuntut umatnya agar menyembunyikan keaiban orang lain walaupun kita mengetahuinya kerana Allah akan menyembunyikan keaiban kita daripada terhebah kepada orang lain.
Telinga antara pancaindera anugerah Allah yang tiada bandingannya, justeru umat hendaklah menjaga telinga mereka daripada mendengar berita atau khabar angin yang masih belum tentu kebenarannya, tetapi jika terpaksa mendengarnya atas faktor keadaan, maka dituntut agar tidak pula menjadi penyebar kepada apa yang didengar kepada orang lain. Ini untuk mengelakkan dari turut sama terbabit sebagai penabur fitnah.
Satu sifat mazmumah paling kerap melanda diri manusia yang suka menyebarkan khabar angin dan fitnah ini ialah sifat hasad dengki dan iri hati. Hasad dengki dalam definisi yang lengkap membawa maksud mencari jalan atau ikhtiar untuk menghilangkan nikmat yang ada pada orang lain. Impaknya amat besar, bukan saja kepada orang yang didengki itu, tetapi juga akan terpalit kepada seluruh anggota masyarakat umum.
Rasulullah SAW bersabda lagi bermaksud: “Berhati-hatilah kamu terhadap hasad dengki kerana ia boleh merosakkan amal kebaikan kamu seperti api memakan sekam.” (Riwayat Muslim).
Source: Edirossa (Mesra.net Forum) – Mohon maaf sdr/sdri, untuk tujuan rujukan dan renungan bersama. Terima kasih.
Allhamdulillah. Sekadar berkongsi sumber yang boleh memberi manfaat kepada semua, insya Allah. Walau bagaimanapun, tidak dikira menyalahi akta, kan? Mohon maaf.
Wassalam.
Assalamualaikum
Terlebih dahulu janganlah kita terlalu mengikut perasaan. Kita dengar dan fikir dengan mendalam hujah-hujah yang akan dikemukakan nanti. Dakwaan baru bermula, perbicaraan belum dilaksanakan. Kesahihan dakwaan belum lagi dapat dibuktikan. Sekiranya dakwaan ini betul nanti kita kena terima dengan tenang.
Wassalam.
As-Sarawaki: Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh. Saya memerhati dari kejauhan dengan husnudz-dzan.
Allah سبحانه وتعالى berfirman di dalam Al-Qur’an, Surah Al-Hujurat, ayat 6:
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu mengenainya sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan”.
Sila baca:
1. Liwat: Boleh Percaya Atau Tidak? – Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman
2. Kudambakan al-Furqan Itu! – Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
Wallahu a’lam bissawab.
Apabila kerakusan kuasa berlaku maka halal dan haram sudah tidak dipersoalkan lagi. Dalam mengejar popular segala kesilapan telah dilupai. Kadang-kadang mereka menganggap dengan menonjolkan perkara yang baik pada mata kasarnya pengikutnya akan tertipu. Tetapi Allah tidak boleh ditipu. Apabila bencana menimpa, ke mana arah kita untuk meminta pertolongan. Cubalah kita imbas kembali terbayarkah sudah dosa kita yang lalu. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Berbanyak solat taubat dan muhasabah diri…… Renungkan.